Gabungan
Alicia POV
Mataku terbuka.
Semuanya terlihat putih.
"Aku....kat mana ni?"Ujarku pada diri sendiri.
Tiba-tiba aku melihat seorang gadis kecil bersama lelaki berjaket hitam.
"Itu aku dan papa...."Gumamku perlahan.
Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu.
"PAPA! PAPA!"Aku menjerit memanggilnya.
Namun,dia tetap meneruskan langkahnya sambil memimpin tangan gadis kecil itu.
Aku cuba mengejar mereka.
"PAPA-Buk!"Aku terlanggar dinding halimunan yang menyebabkan aku terjatuh.
Aku segera bangun dan melihat mereka pergi begitu sahaja.
"Papa........."Mataku mula berkaca.
Lututku jatuh ke tanah.
"Ya,Alicia?"Aku terdengar suara seseorang memanggilku.
Aku segera menoleh.
Lututku yang tadi jatuh,sekarang bangun lalu berlari sepantas mungkin menghampiri kelibat lelaki itu.
"PAPA!!"Aku memeluknya dengan erat.
Dia membalas pelukan ku.
"Alicia.....kamu kena sedarkan diri..."Katanya perlahan.
Pelukan ku dilepaskan lalu aku melihat wajahnya.
Tusukan di dadanya masih kelihatan.
"Ali dalam bahaya..."Tambahnya lagi.
Aku tersentak.
"T-Tapi......papa?"Ujarku merasakan aura yang tidak berapa ku suka.
Kedua-dua tangannya menggenggam erat bahuku.
"CyberRaya dalam bahaya Alicia.......kamu kena bantu Ali untuk kalahkan Kheng."Balas papa serius.
"Betul tu."Aku terdengar seseorang menyampuk.
Aku melihat ke arah datangnya suara tersebut.
Mataku membulat.
"E-Ejen Z-Zain?"Ujarku gugup.
Dia berjalan menghampiri kami berdua.
"Betul tu Alicia.Kamu perlu sedarkan diri dan bantu Ali untuk kalahkan Kheng."Kata Ejen Zain.
"Tapi......kalau Ali pun tak boleh nak kalahkan.......apatah lagi saya?"Ujarku yang mula berputus asa.
Ejen Zain menunjukkan sesuatu yang digenggamnya.
"I-Ini...."
"Peluru ciptaan Ali untuk kamu Alicia."Kata Ejen Zain tersenyum.
"Gunakannya dan kalahkan Kheng."Kata papa yang berada dihadapan ku.
Aku memeluk mereka berdua buat kali terakhir.
"Baiklah....."
"Jom kalahkan dia,Ali."
End of Alicia POV
.......................................................................
"ALICIA?!"Jerit mereka berdua apabila melihat gadis tersebut memegang balistik miliknya.
"ALI! LARI!"Jerit Alicia yang masih kesakitan.
Ali segera bangun dan berlari menghampiri Alicia.
"JANGAN HARAP!"Kheng cuba menghilangkan dirinya.
Namun,badannya tetap kaku disitu.
"Eh?!"Dia mula hairan.
Alicia yang berdiri mencampak balistiknya ke tepi.
Dia menarik nafas sedalam mungkin.
Ali melihat nano-nano kuning di sut Alicia mulai hilang.
"Apakah?"
"Ali! Cepat! Aku dah tembak Kheng guna peluru ciptaan kau!"Jerit Alicia memberi arahan.
Ali tergamam melihat radiasi cip nano yang mulai hilang itu terkumpul membentuk sfera di tangan Alicia.
"Letak tangan kau bawah tangan aku! Cepat!"Suruh Alicia.
Ali tanpa membuang masa terus meletakkan tangannya tepat dibawah tangan Alicia.
Matanya terbuntang apabila radiasi azurium dari IRIS menghasilkan sfera yang sama seperti Alicia.
Cuma bezanya,Ali berwarna biru dan Alicia berwarna kuning.
Perlahan-lahan,radiasi mereka berdua mula bergabung menghasilkan sfera gergasi berwarna hijau cerah.
"Wah......"Gumam Ali kagum.
"HAHAHA!Kau ingat dengan sfera kecik tu,korang boleh kalahkan aku?"Kata Kheng tersenyum lebar tidak ubah seperti seorang psychopath.
"Kalau kau masih boleh bergerak,mungkin tak.Tapi,kalau kau tak boleh?"Balas Alicia tersenyum sinis.
"Hah?!"
"Tit!"
Badan Kheng melekat dengan sendirinya pada tanah akibat peluru balistik Alicia yang tiba-tiba dibaling dari arah belakang.
"SEKARANG!"
Ali dan Alicia berlari laju ke arah Kheng lalu mereka melompat setinggi yang boleh.
"TAMATLAH KAU!"Jerit mereka berdua.
"BOOOOOOM!!!!!!!"
Letupan maut itu menyebabkan kawah yang besar tepat di tempat Kheng berada.
Wajah dan badan Kheng hangus terbakar.
Dia sudah mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.
Ali yang badannya dipenuh luka cuba memandang ke arah Alicia.
"Alicia,kau o-"Kata-katanya terhenti apabila tubuh gadis itu yang tadi berdiri tiba-tiba jatuh ke tanah.
"ALIC-Bweek!"
Baru sahaja mahu memanggil gadis itu, lututnya yang lemah dengan sendirinya jatuh ke tanah.
Dia memuntahkan cairan darah sebelum dia betul-betul tidak sedarkan diri.
........................................................................
2 Hari kemudian
MATA Medical Centre (Ali POV)
Jam 1130
Mataku akhirnya terbuka setelah sekian lama tidak menyedarkan diri.
Aku terbaring diatas katil memakai baju khas pesakit dengan bantuan pernafasan di mulut dan balutan yang penuh diseluruh badan.
Aku melilau bilik wad tempat aku dirawat.
"Pusat Rawatan MATA........"Gumamku mengejutkan beberapa orang yang berada di dalam bilik itu.
"Ali!!"Aku terdengar seseorang menjerit namaku.
Badanku ditegakkan untuk duduk.
Aku perlahan-lahan memaling ke arah suara itu.
"Uncle......"Ujarku lemah.
Dia memandangku sambil tersenyum lembut.
Aku hanya membalas senyumannya lemah.
"Maafkan saya.....Unc-"Mulutku ditutup menggunakan jarinya.
"Biarlah Ali.....yang penting kau selamat."Katanya.
Tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang kurang.
Mataku membulat.
"Alicia!"Ucapku dengan nada yang sedikit tinggi.
Aku berusaha turun dari katil.
"Eh Ali?! Jangan!"Uncle menahan perbuatanku.
"Tapi saya nak tengok keadaan Alicia!"Balasku seolah-olah melupakan sakit di badanku ini.
"Sini.Naik atas kerusi roda ni."Kata Uncle sambil membuka kerusi roda tersebut.
Aku tanpa membuang masa terus naik ke atas kerusi tersebut.
Dia menolak ku keluar dari bilik itu.
.
.
.
Setelah lebih kurang 15 minit ditolak,Uncle mengatakan bahawa aku telah berada di depan wad tempat Alicia dirawat.
Mataku terbuntang apabila mengingati apa yang pernah Ejen Geetha katakan tentang bilik wad ini.
Flashback
"Setakat ini,bilik wad di depan kamu bertiga merupakan satu-satunya bilik yang tidak pernah diletakkan pesakit di dalamnya."Kata Ejen Geetha.
"Kenapa?"Tanya Bulat.
"Wad ini dilengkapkan dengan teknologi canggih yang akan digunakan untuk pesakit yang memerlukan rawatan terperinci."
Balas Ejen Geetha dengan senyuman manisnya.
"Dan kebiasaannya,orang yang diletakkan di bilik ini memang tidak akan bertahan lama kerana kecederaan mereka yang sangat parah dan rumit."Tambah Ejen Geetha lagi.
Flashback off
"T-Tak......"Gumamku.
"Eh,kenapa ni Ali?"Tanya Uncle terdengar risau.
"Uncle,Alicia akan selamat.....kan?"Ujarku tanpa memandangnya.
Dia terdiam.
Tiba-tiba dia berjalan dan duduk menghadapku.
Kedua-dua bahuku dipegang.
"Kita tak boleh nak agak Ali.Kita kena banyak berdoa."Kata Uncle.
Aku tidak memandangnya.
"Kreaaak....."Pintu bilik wad itu terbuka.
Mataku tertumpu kepada wanita bertopeng yang juga memandangku.
"Kamu Ali Ghazali ke?"Tanya wanita itu kepadaku.
Aku hanya mengangguk.
"Ikut saya sebentar,boleh?"Mintanya.
Baru sahaja Uncle mahu menolak kerusi roda yang diduduki ku mengikuti langkah wanita itu,niatnya tiba-tiba terhenti.
"Encik Bakar boleh rehat dulu ye,biar saya yang bawa Ali."Katanya.
Uncle hanya mengangguk tanpa banyak soal.
.
.
Semasa dia sibuk menolak kerusi roda ku,aku cuba bertanya soalan untuk memeriahkan suasana.
"Ada apa ye Cik nak jumpa saya?"Tanyaku sopan.
"Saya nak tanya kamu beberapa soalan."Balasnya masih menolakku.
"Tentang apa?"Tanyaku lagi.
"Tentang Cik Alicia."
........................................................................
Walaupun tak sampai 57,nah chapter baru.Author terlebih rajin:))))
Chapter seterusnya akan reveal the 'dark secret' of Alicia.
So stay tune and let's go for 58 votes!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro