Dilucut Jawatan
Selepas seminggu,Ali telah pulih dan discaj dari MATA Medical Centre.
Dia telah pergi ke kubur tempat mendiang General di tanam.
Pembedahan membuang tumor dari otak Alicia juga berjalan lancar.
Namun,Ali masih tidak dibenarkan untuk menjenguk Alicia yang coma.
-
SMT CYBERAYA
Jam 0710
Ali masuk ke dalam perkarangan sekolah menengah itu tanpa senyuman di wajah.
"Ali!"Panggil seseorang.
Ali menoleh kebelakang.
"Oh.Hai Viktor."Ujar Ali tersenyum pahit.
"Eyy.....kenapa sedih-sedih ni? Kau kan dah sihat,kenalah happy!"Kata Viktor memberi semangat.
"Macammana kau tahu aku sakit?"Tanya Ali hairan.
"Haiyaa.....Cikgu kelas sudah beri tahu maa...dia kata kau accident."Balas Viktor.
"Aku datang pergi rumah kau,tapi kunci.Doktor G pergi kerja kot."Tambah Viktor.
"Oh....sorry."Ujar Ali sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.
"Dahlah,jom masuk kelas."Kata Ali menukar topik.
........................................................................
Ali ditegur ramai cikgu dan para pelajar semasa kelas bermula.
Dia tidak mampu fokus di dalam kelas.Otaknya bercelaru.
Kerusi milik Alicia ditenungnya bagaikan batu permata.
"Alicia...mana kau....."
"Aku rindu kau."
Jam 1030
Ali seperti biasa,keluar kelas kerana waktu rehat telah bermula.
Dia tiada selera mahu makan,jadi bangku khas milik sekolah menjadi pilihannya untuk menenangkan diri.
Namun,ia tidak bertahan lama.
"Weyh,best jugok Alicia tak mai sekoloh.Takdo siapo boleh kacau aku."Ali terdengar suara seorang lelaki tidak jauh darinya.
"Suara Syed."Gumam Ali.
"Kan.Aku harap dia duduk jelah kat hospital tu,takyah datang pun takpe."Balas lelaki yang lain.
"Hahahaha!"Mereka tertawa.
"BUK!"Muka Syed ditumbuk kuat oleh Ali.
"Wei! Apahal kau?!"Marah Shaun mahu memukul Ali.
Namun Ali lebih pantas,perut buncit Shaun ditumbuknya sehingga terpelanting ke dinding sekolah.
"Kalau tak tahu apa-apa....."
"DIAMLAH!!"Tengking Ali kepada mereka berdua.
"Oh.Kau marah sebab pengawas serba 'perfect' tu eh."Kata Shaun tersenyum sinis.
"Kami cakap benda betui! Dia tu annoy-PAK!"Belakang Syed disepak kuat oleh Ali.
"Ish! Kau ni!"Shaun berlari sambil menggenggam penumbuk ke arah Ali.
"Tsk!"
Lutut Ali diangkat mengenai dagu milik Shaun
"ARGH!"
Shaun terduduk sambil memegang dagunya yang sakit.
"Ha! Tunggu apa lagi?! Tambahlah!"Jerit Shaun masih berani.
Baru sahaja Ali ingin menghalakan penumbuk di wajah Shaun-
"ALI!!"Jerit seseorang.
Ali menoleh kebelakang.
Matanya membulat.
"Pe-Pengetua?"
........................................................................
Bilik Pengetua SMT CYBERAYA
Jam 1100
"Kamu sedar tak apa yang kamu buat ni Ali?!"Marah pengetua.
Ali hanya menundukkan wajahnya malas bersemuka dengan pengetua sekolahnya itu.
"Shaun,Syed,apa yang kamu berdua buat kali ni?"Tanya pengetua tegas sambil merenung tajam ke arah mereka.
"Kitorang tak buat apa-apa yang melanggar peraturan sekolah pun pengetua."Kata Syed.
"Haah.Kitorang cakap sikit je lepastu Ali ni ha yang datang entah dari mana tiba-tiba tumbuk muka kitorang."Tambah Shaun.
"Betul ke apa yang diorang cakap,Ali?"Tanya pengetua mengalihkan pandangannya kepada budak berkemeja biru itu.
Ali tidak merespon.
"Tengok ni pengetua.Habis dagu saya dia hentak guna lutut."Kata Shaun sambil menunjukkan dagunya yang lebam.
"Perut saya pun dia tumbuk,belakang saya pulak dia sepak."Tambah Syed.
Pengetua meletakkan tangannya di batang hidung sambil menggelengkan kepala.
"Baiklah,kamu berdua boleh balik untuk dapatkan rawatan."Ujar pengetua.
Kedua-dua budak itu tersenyum sinis lalu membuka langkah beredar dari bilik itu.
.
.
"Ali,kamu baru je sihat lepas accident, apa yang kamu buat ni?"Tanya pengetua kecewa dengan budak lelaki di depannya.
Ali masih menundukkan wajahnya dan berdiam diri.
Sebenarnya,dia sedang sibuk memikirkan Alicia.Sebab itulah apa yang dikatakan pengetua tidak dipedulikannya.
"Maafkan saya Ali,tapi kamu terpaksa digantung selama seminggu."Kata pengetua.
Ali masih tidak mengendahkannya.
"ALI!"Jerit pengetua.
Budak lelaki itu akhirnya mengangkat wajahnya.
Riak mukanya jelas kelihatan menyampah.
"Kamu dilucutkan jawatan sebagai pengawas sekolah."
Mata Ali terbeliak.
"Jadi,sila pakai baju putih selepas tamat tempoh gantung sekolah."Kata pengetua.
"Dan saya akan laporkan salah laku kamu kepada Dr.Ghazali."Tambah pengetua itu lagi.
Ali hanya terkaku di depan pengetua sekolahnya itu.
"Itu sahaja.Kamu boleh ambil beg kamu yang kat dalam kelas dan pergi balik."Ujar pengetua.
Ali hanya mengangguk.
........................................................................
"Woohoo!"Jerit Ali lalu mengambil sekuter merahnya dan terus menaikinya.
"Ingat aku sedih sangat ke kena lucut? Lagi happyla dapat cuti free untuk jenguk Alicia!"Monolognya sendirian.
Dia mengaktifkan mod 'boost' untuk menuju ke Cyber Perdana tempat HQ MATA terletak.
.
.
Dia melipat sekuternya kembali dan meletakkannya di belakang beg.
Destinasinya adalah MATA Medical Centre.
.
.
Dia masuk ke dalam basement itu dan terus berlari pantas menuju ke wad tempat Alicia berada.
Lariannya secara tiba-tiba berhenti apabila melihat wanita yang sama tempoh hari.
"Doktor!"Panggil Ali.
Dia berlari menghampiri doktor itu.
"Macammana keadaan Alicia doktor?"Tanya Ali.
"Oh Ali,tepat pada masa.Saya ada sesuatu nak beritahu kamu."Kata wanita tersebut.
"Jom.Duduk dekat bangku sana sekejap."Tambahnya.
Ali hanya mengangguk dan mengikut wanita itu dari belakang.
.
.
"Jadi,apa yang doktor nak beritahu saya?"Tanya Ali.
Wanita itu menunjukkan tablet kepunyaannya kepada Ali.
"Semalam,kami menjumpai tumor kecil di dalam Cerebellum milik Alicia."
"Cerebellum berfungsi sebagai pengawal motor di dalam tubuh Alicia.Ini bermaksud,jika Cerebellum mempunyai masalah,Alicia berkemungkinan akan hilang keupayaan untuk berjalan."
"Tapi,Alhamdulillah.Kami sempat membuangnya sebelum dia merosakkan saraf yang lain."Jelas doktor.
Ali mengangguk faham.
"Tapi....tumor besar tempoh hari telah merosakkan Temporal lobe milik Alicia."Kata doktor itu kepada Ali.
"M-Maksudnya?"Tanya Ali gugup.
Doktor wanita itu menghela nafas berat.
"Alicia akan mengalami amnesia yang teruk dan tidak boleh dipulihkan."
Mata Ali membulat.
"Bukan setakat tidak mengingati orang sekitarnya,Alicia juga......"
"Akan lupa cara untuk bercakap dan berjalan."
........................................................................
Sorry fans General Rama.Author terpaksa bunuh jugak.
And yes,coma Alicia bukan yang selalu korang tengok dalam tv tu.Yang ni lagi parah.
So stay tuned for the next chapter.
Btw,The 12 Power Holders dah dipublish.So,tunggu apa lagi? Pergi baca la dey!
54 votes to unlock the next chapter.Let's go!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro