ALEX 5
pintu di buka. kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut. alex terpaksa duduk di atas kerusi membelakangi lelaki tersebut. "mana lelaki yang bercakap dengan kau tadi tu, avanisha?", soal lelaki itu pada anaknya. "lelaki mana pula ni? tak ada lelaki pun kat sini... aku bersama kawan baru akulah... namanya alicia ivan...", kata avanisha berbohong pula. "alicia?... mana alicia?", soal papanya lagi. "tu yang duduk atas kerusi tu...", bilang si avanisha pura pura macam orang yang bercakap benar padahal dia 'kelentong' saja bah itu. papanya mula menghampiri kawan anak gadisnya itu. dia cuba melihat wajah kawan baru anak gadisnya tapi kawan baru anak gadisnya tu menyembunyikan wajahnya di sebalik huraian rambut palsu yang panjang mengurai. "weh!... kawan kau ni manusia ke atau pontianak?... kenapa dia tutup wajahnya dengan rambut depannya pula?", soal papa si avanisha sedikit terkejut di saat dia melihat perempuan tu menutup seluruh wajahnya dengan rambut panjang berwarna hitam itu. ianya kelihatan seperti pontianak sesat dalam hutan pula. "oh dia ni manusia biasalah, pa... cuma dia ni pemalu sikit orangnya... kan alicia kan?...", avanisha menyiku pinggang alex yang sedang duduk di atas kerusi saat itu. alex terpaksa mengiyakan perkataan perempuan tersebut. "iya....", tapi suaranya kedengaran garau sekali. "eh... kenapa suara kawan kau ni garau macam suara lelaki pula... kawan kau ni perempuan ke atau lelaki?", soal papa avanisha dalam nada suara yang terkejut.
"eh... mestilah perempuan... kan alicia kan?...", sekali lagi avanisha menyiku pinggang pemuda itu. "iya... iya... saya ini perempuan....", balas alex dengan lembut macam suara mak nyah di tepi jalan pula. "er.... cuba kau buka rambut depan kau tu....", perintah papa avanisha. "aduhhh.... mak... matilah aku kali ni... kalau dia tahu aku ni seorang lelaki sudah tentu akan meletus perang dunia ketiga kat sini nanti... aduhh... macamana ni?", soal hati alex cukup gelisah. jantungnya berdebar sakan. baru saja dia ingin membuka rambut depannya tiba tiba mobile phone si papa avanisha berbunyi nyaring. cepat cepat papa si avanisha menyambut panggilan di mobile phonenya. dia melangkah keluar dari dalam bilik tidur anak perempuannya. sebaik saja papa si avanisha beredar dari situ alex cepat cepat bangun dari atas kerusinya. dia segera mengambil kain bajunya dari bawah katil kemudian dia membuka pintu jendela yang ada di situ. "eh... kau nak pergi ke mana tu?", soal avanisha ingin tahu. "baliklah... takkanlah aku terus berlakon jadi mak nyah kat sini pula...", kata alex separuh geram. dia terus memanjat keluar melalui pintu jendela tersebut. "eh... takkanlah kau keluar ikut pintu jendela pula... nanti kau jatuh kau sendiri juga yang susah...", avanisha cuba menarik belakang baju gaun yang di pakai oleh alex saat itu. "hish.... jangan tarik baju gaun aku nilah... nanti koyak pula.... aku tahulah macamana nak keluar ikut pintu jendela ni..... kau pergilah urus papa kau sana...", bilang alex sambil cuba melepaskan hujung gaun yang di pakainya dari tangan perempuan itu. mahu tidak mahu avanisha terpaksa melepaskan baju gaun yang di pegangnya. baru saja alex ingin melompat ke bawah sekali lagi baju gaunnya di tarik oleh avanisha dari belakang. "ada apa lagi ni?", soal alex separuh geram. dia menoleh ke belakang. tanpa di duganya avanisha terus mencium bibirnya. berderau darah alex di buatnya. "please dont forget me...", bisik avanisha di telinganya sebaik saja dia selesai mencium bibir pemuda itu. alex terpinga pinga di saat dia mendengar perkataan perempuan itu namun dia cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. dia pantas melompat keluar dari atas jendela itu. bagaikan sebiji buah nangka busuk dia jatuh bergolek di atas tanah. "aduiii.... sakitnya...", alex mengurut pergelangan kakinya yang terasa sakit. perlahan lahan dia bangun lalu beredar dari kawasan rumah agam tiga tingkat itu.
*** *** ***
badli baru saja balik dari tempat kerjanya. letih bukan main lagi rasanya dia hari itu. dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah kaki yang lemah longlai sekali. macam robot mainan yang kehabisan bateri saja gayanya saat itu. walaupun dia bekerja sebagai seorang pekerja angkat barang di sebuah supermarket terbesar di bandar KK namun rasanya angkat barang naik turun tangga bukan satu pekerjaan yang mudah. maklumlah dia terpaksa angkat berkotak kotak barang seorang diri sampai berpeluh peluh ketiaknya di buatnya. dahlah tu dia terpaksa naik turun tangga ke tingkat atas dan pergi lagi ke tingkat bawah untuk ambik barang lain. aduiina... hampir ke'pengsan' dia apabila dia mengangkat kesemua barang barang tu tadi. kalau dia tahu begitu sengsaranya jadi pekerja angkat barang tu lebih baik dia jangan ambik kerja tu dulu tapi apa bulih buat dia dah ambik kerja tu so dia terpaksa lah teruskannya biar pun dia rasa macam mau ke'pengsan' semasa dia mengangkat semua barang barang tu tapi demi menampung kos sara hidupnya di bandar yang penuh dengan pancaroba itu dia pun terpaksa bekerja berhempas pulas membanting tulangnya. nasib baik kerjanya tu ikut shift... kalau dia kerja tak ada shift mungkin dia sudah lama dia jatuh ke'pengsan' di tempat kerjanya. dia baru saja membaringkan tubuhnya di atas kerusi sofa ketika dia terdengar ada bunyi orang membuka pintu rumah yang di sewanya. dia tidak jadi berbaring di situ. dia terus bangun dan dia cuba melihat siapakah yang datang itu. alangkah terkejutnya dia apabila ada seorang mak nyah melangkah masuk ke dalam rumah sewanya.
"mak aiii... siapa pula mak nyah sesat ni?.... kenapa pula dia masuk ke dalam rumah ni? dia salah masuk rumah kah, apa?", soal badli dalam hatinya. dia pun terus bangun. "weiii... nyah... siapa kau ni ar?....", soal badli cukup terkejut. alex yang baru saja masuk ke dalam rumah tu terpaksa membuka rambut palsu yang di pakainya. "aku bah ini, alex....", balas alex. "apa?.... kau ke tu alex?..... hahahahahaha.... kau jadi mak nyah pula. 'cali'nya kau ni.... hahahaha....", badli ketawa berhabis sampai berair matanya kerana terlalu kuat ketawa. "tak guna punya kawan.... tahu mentertawakan orang saja kerjanya....", kata alex dengan wajah yang masam mencuka. dia melemparkan sebiji cushion ke arah rakan serumahnya itu. badli mengelak sambil ketawa lagi. alex menggetapkan giginya. geram betul dia pada rakannya yang satu itu. "sejak bila kau jadi mak nyah ni ar?.... kau di upah bekerja sebagai seorang mak nyah ke?..... hehehehe....", soal badli masih ketawa mengekek. "taklah...", balas alex sambil mengelap kesan lipstick merah di bibirnya. "habis tu apasal pula kau jadi mak nyah ni? kau nak bertukar menjadi lelaki pondan ke, apa?", tanya badli masih ketawa kecil. "taklah.... aku di paksa menjadi mak nyah tanpa kerelaanku...", balas alex seraya mengelap kesan pembayang mata dan kesan bedak di wajahnya dengan kain perca di tangan. "maksud kau apa?.... kau ceritalah pada aku apa yang telah terjadi....", bilang si badli tapi kali ini dia indak ketawa lagi. alex diam seketika. dia indak tahu bagaimana caranya dia hendak menceritakan semua perkara yang telah terjadi di dalam hidupnya pada rakannya itu. semuanya terjadi di luar dugaannya...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro