Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ALEX 42

"apa yang kau fikirkan tu?", lamunan alex terhenti bila dia terdengar suara neneknya menegurnya. dia mendongakkan wajahnya. kelihatan nenek yayan berdiri di muka pintu bilik tidurnya. "eh... nenek... aku tak sedar pun nenek berdiri kat situ tadi...", alex bersuara pada neneknya. "oh... nenek ada ketuk pintu bilik tidur kau ni tadi tapi tak ada orang membukanya jadi nenek bukalah pintu ni... nenek fikir kau masih tidur tadi. tak sangka pula kau masih belum tidur....", nenek yayan menghampirinya lalu duduk di sebelahnya. "sebenarnya aku tak dapat tidur nek... banyak perkara yang aku fikirkan. buat pengetahuan nenek, avanisha dah banyak kali call dan mesej aku tetapi aku tak nak menjawap panggilannya dan membalas mesejnya tu....", balas alex perlahan lahan. "kenapa pula?", soal nenek yayan dengan lembut. "sebab aku tak mau berhubungan dengannya buat masa ni... sebenarnya dia nak jawapan dari aku samada aku sudi mengahwininya atau pun indak...", jawap alex dengan lembut. "jadi apa keputusan kau?", soal nenek yayan ingin tahu. "aku belum dapat buat keputusan lagi nek... fikiran aku buntu... itu sebabnya aku perlu tenangkan fikiran aku ni dulu tapi dia macam tak paham aku pula...", kata alex dengan suara yang sedikit tegang. "macam ni sajalah... kau ambil masa yang sesuai untuk berbual bual dengannya dulu di dalam telefon... cakap elok elok dengan dia... jangan marah pada dia... dalam hal ini dia indak bersalah kerana jatuh cinta pada kau sebab cinta itu adalah anugerah dari Tuhan. setiap manusia berhak mencintai sesiapa pun di dalam hidupnya. apa apa pun nenek menasihati kau agar kau bersabar dengannya. cakap saja pada dia yang kau nak tenangkan fikiran kau dulu... jangan cakap kasar kasar dengannya. nanti dia kecewa dan sakit hati pada kau pula...", kata nenek yayan. "baiklah nenek... mungkin pagi esok aku akan call dia...", tutur alex. "baguslah tu... sekurang kurangnya kau tak membiarkan dia tertunggu tunggu jawapan dari mulut kau tu...", kata nenek yayan sambil tersenyum. "yelah nek... apa apa pun terima kasih nek sebab nenek banyak beri nasihat di saat fikiran aku kacau bilau macam ni...", kata alex pada neneknya itu. "sama sama... sebaiknya kau tidurlah dulu... jangan berjaga sampai tengah malam ya...", kata nenek yayan dengan lembut. "baiklah nek...", balas alex seraya tersenyum. "selamat malam lex, nenek pergi tidur dulu...", nenek yayan bersuara seraya bangun dari birai katil cucunya itu. "baiklah nek... selamat malam, nek...", balas alex. "selamat malam...", balas nenek yayan. dia terus melangkah keluar dari situ. alex menutup pintu bilik tidurnya. kemudian dia berbaring di atas katilnya sambil cuba melelapkan matanya...

*** *** ***

alex terbangun dari tidur sebaik saja jam loceng di mejanya berbunyi nyaring. dia mengambil jam locengnya itu lalu mematikan alarmnya. dia lihat ianya tepat menunjukkan pukul 6 pagi. "kurrr... kurrrr... kurrr...kurrr....", sayup sayup kedengaran suara neneknya memanggil ayamnya makan pagi di halaman rumah. alex bangun lalu membuka pintu jendelanya. dia lihat neneknya sedang sibuk menabur beras di atas tanah sambil memanggil ayam ternakannya makan pagi itu. "selamat pagi nek, awalnya nenek bangun pagi ni...", tegur alex dari jendela bilik tidurnya. "oh... selamat pagi... kau dah bangun eh?.... kau pergilah bersarapan pagi di dapur sana tu... nenek dah sediakan sarapan pagi untuk kau...", kata nenek yayan sambil tersenyum lembut. "baiklah nek... aku nak mandi dan berus gigi dulu ya nek...", kata alex. "yelah... yelah...", balas nenek yayan. dia kembali sibuk memberi makan ayam ternakannya.seperti biasa alex pergi mandi dan berus giginya dulu sebelum dia bersarapan pagi di dapur. setelah siap dia mula bersarapan pagi di dapur. Ketika dia sedang sarapan pagi tu tiba tiba mobile phonenya bernyanyi minta di angkat. alex lihat nombor si pemanggil. rupa rupanya itu ialah badli rakan serumahnya. dia pun terus menjawab panggilan tersebut "hello...", sapa alex. "hello... lex, kau di mana ni?", soal badli di hujung talian. "aku di kampung ni. kenapa kau tiba tiba call aku ni?", soal alex ingin tahu. "aku cuma nak bagitahu kau bah tadi ada perempuan cari kau kat rumah sewa kita ni...", kata badli. "siapa perempuan tu pula?... luciana ke?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "bukan... perempuan ni nampak elegant sikit. dia pakai baju kot dengan skirt pendek... siap bawa kereta mewah lagi tu... dia macam anak orang kaya lorh... kau ada girlfriend kaya raya ke lex?", soal badli ingin tahu. alex terdiam seketika. dia yakin itu pasti avanisha. dia pasti avanisha sedang giat mencarinya di merata tempat. "apa dia cakap?", soal alex ingin tahu. "dia cakap dia nak cari kau... dia dapat alamat rumah sewa kau pun dari co workernya di pejabat... wei... siapa gadis cantik yang pakai kereta mewah tu ar? itu girlfriend kau ke?", soal badli sekali lagi. "bukan... itu anak majikan aku... ada apa lagi dia cakap sama kau?", soal alex ingin tahu. "dia cakap kalau kau balik ke sini, dia suruh kau berjumpa dengannya sebab dia ingin berbincang dengan kau... anyway kenapa dia beria ia sangat nak berjumpa dengan kau ar? kau dan dia ada apa apa ke?", soal badli ingin mengorek rahsia. "lain kali saja aku cerita sama kau. susah nak cerita dalam phone ni...", balas alex perlahan lahan. "okaylah... bila kau balik sini nanti kau mesti cerita pasal perempuan kaya tu sama aku, ya. jangan pula kau merahsiakannya padaku...", kata badli dalam mobile phonenya. "hm... yelah tu... okay, I've gotta go, bye...", cepat cepat alex mematikan talian phonenya. dia mula mencari nombor phone avanisha dalam daftar phonenya. dia mula berfikir, "nak call dia ke, tak ni?", soal alex dalam hatinya. baru saja dia hendak tekan simbol call kat skrin phonenya tu tiba tiba ada incoming call. dia terus perhatikan nombor si pemanggil. itulah avanisha. dia indak menyangka avanisha akan call dia lagi. mahu indak mahu alex pun terpaksa menjawap panggilan phone dari perempuan tersebut. "hello...", sapa alex sepatah. "oh... hello lex... oh... thank God... akhirnya kau jawap juga phone call aku ni...", kedengaran suara avanisha bergema di hujung talian. "ada apa kau call aku ni?", soal alex dalam nada suara yang indak berapa senang. "lex... aku rindu sama kau... boleh kan kalau kita bertemu?... kau di mana ni?... just tell me the place and I will come to see you there...", tutur avanisha dalam nada suara yang cukup riang sekali. "aku kat kampung aku... anyway, tak payahlah kau cari aku sampai kat kampung aku ni pula...", kata alex dalam nada suara yang sedikit tegang. "kenapa kau cakap macam tu pula?... kau tak rindu ke sama aku?... lex, janganlah buat aku macam ni... aku betul betul rindukan kau tau... boleh kan kalau kita bertemu sekejap saja?... i really wanna see you and I really wanna talk to you face to face...", ucap avanisha di hujung talian. "aku tak bulih berjumpa dengan kau... nanti papa kau marahkan aku pula. sebaiknya kau batalkan saja niat kau yang hendak berkahwin dengan aku tu sebab papa kau indak mahu kita berkahwin. malah dia mengugut aku jikalau aku masih keluar bersama kau dia akan mengambil tindakan ke atasku...", kata alex dengan wajah yang serius. "jadi kau ikut saja apa yang papa aku katakan tu?", soal avanisha dalam nada suara sedih. "yelah... takkanlah aku terus melawan cakap papa kau... papa kau kan tak mahu orang miskin kahwin sama anak dia...  dia kata  anak urang kaya macam kau indak bulih berkahwin sama urang miskin macam aku... apa apa pun itu suatu kata penghinaan buatku nisha... tapi tak apa... aku terima saja kata kata penghinaan papa kau tu... aku sedar siapa diri aku ni... aku umpama semut kecil yang indak berguna di mata papa kau... tapi satu saja aku mahu cakap sama kau... lebih baik kau cari lelaki kaya yang setaraf dengan kau... jangan kau mengharapkan cinta dari lelaki miskin macam aku ni... nanti kau akan kecewa dan merana...", tutur alex panjang lebar. "isskk... iskkk... iskkk...", kedengaran avanisha menangis di hujung talian. mungkin dia sedih apabila dia mendengar perkataan alex itu. "jangan kau dengar cakap papa aku tu... sebenarnya aku ada rancangan yang terbaik untuk masa depan kita...", kata avanisha setelah tangisannya reda sedikit. "rancangan?... rancangan apa tu?", soal alex ingin tahu. "sebenarnya aku merancang agar kita kahwin lari ke siami kat ailand...", kata avanisha. "apa???!!.... kahwin lari???!!....", alex terkejut bukan kepalang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro