ALEX 29
sebaik saja habis waktu bekeraja alex pun segera balik ke rumah sewanya. dia malas hendak keluar merayau selepas habis waktu bekeraja sebab dia mahu berehat di rumah saja. baru saja dia membuka pintu rumahnya tiba tiba, "kau baru balik ke?", tegur suatu suara. alex menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan mak cik salmah berdiri di sebelah pagar rumahnya. di tangannya ada sebatang penyapu. dia mungkin membersihkan halaman rumahnya kot sebab itu dia berada kat tepi pagar tu. "oh hai mak cik?... mak cik apa khabar?", soal alex ingin tahu. "apa?....", soal mak cik salmah lagi. "aku tanya mak cik apa khabar?", sekali lagi alex menyoal dengan meninggikan suaranya. "ohhh.... mak cik sihat saja... mak cik lihat korang sudah ada kawan baru menyewa dalam rumah ni, eh?", soal mak cik salmah seraya tersenyum lebar. "ya... mak cik...", balas alex seraya membalas senyuman perempuan itu. kebetulan pada waktu yang sama kelihatan kumar baru saja balik dari tempat kerjanya. dia memberhentikan motosikalnya di halaman rumah. "panjang pun umurnya mak cik...", alex bersuara masih dalam nada suara yang tinggi. mak cik salmah hanya tersenyum padanya.
"eh... kau sudah lama sampai ke?", soal kumar seraya membuka helmet di kepalanya. "oh... aku baru sampai pun... ini mak cik salmah jiran sebelah rumah kita. dia nak berkenalan dengan kau...", kata alex pada rakan serumahnya itu. "oh... begitu... apa khabar mak cik salmah?", soal kumar ingin tahu. "suratkhabar?... oh mak cik tak jual suratkhabar... mak cik cuma jiran sebelah rumah korang ni saja...", balas mak cik salmah dengan ramah sekali. kumar terpinga pinga sebaik saja dia terdengar jawapan dari mulut perempuan tua itu. "aku ada tanya pasal suratkhabar ke tadi?...", bisik kumar pada alex. "aduh mak... dia salah dengarlah tu....", gerutu alex sambil menepuk dahinya dengan tangannya sendiri. "mak cik, kawan aku ni tanya apa khabar mak cik?... bukan dia tanya pasal suratkhabarlah....", kata alex pada jirannya itu. "oh yakah?!... aduhhh... sorrylah mak cik salah dengar tadi... ingatkan kawan kau ni cakap pasal suratkhabar... apa apa pun siapa nama kawan baru kau ni?", soal mak cik salmah ingin tahu. "oh.... nama dia kumar ranjit mak cik... dia baru menyewa kat sini...", jawap alex. "eh... kuman pancit?.... pelik betul namanya tu...", kata mak cik salmah separuh terkejut. "eh... bukan... bukan... nama dia ialah kumar ranjit!... bukan kuman pancit lah... aduh... mak cik ni....", alex bersuara dalam nada suara yang tinggi. "oooohhhh... kumar ranjit... maaflah... telinga mak cik ni ada sound problem sikit... harap korang tak marah ya...", mak cik salmah bersuara dalam nada suara yang serbasalah. "tak apa mak cik, its okay....", balas kumar seraya tersenyum kambing. "er... mak cik kami masuk ke dalam rumah dulu ya... kami nak berehat...", kata alex. kemudian dia cepat cepat bawa kumar masuk ke dalam rumah sewa mereka.
"kenapa dengan mak cik sebelah tu?", soal kumar seraya ketawa kecil. "dia pekak badak lorh. lain urang cakap lain yang di jawapnya. anyway, lain kali kalau kau bercakap dengan dia cakaplah dalam nada suara yang tinggi. baru dia dapat dengar suara kau...", balas alex dengan wajah yang selamba. "oh begitu...", balas kumar sambil menganggukkan kepalanya. "er... lex... aku nak bagitahu kau dan badli tentang suatu perkara...", kata kumar perlahan lahan. "apa dia?", soal alex ingin tahu. "urm... nantilah aku bagitahu korang, eh....", tutur kumar perlahan lahan. "okay...", balas alex sepatah. tidak lama kemudian kelihatan badli baru balik dari tempat kerjanya. "hai lex... hai kumar... korang dah makan?", soal badli ingin tahu. "belum...", balas alex dan kumar hampir serentak. "ni nak masak mee lah ni...", kumar bersuara seraya menunjukkan bungkusan mee maggi di tangannya. "okay juga tu... aku pun ada beli mee maggi tadi...", kata badli pula. "eh... korang ni... asyik makan mee maggi saja... korang dah tak ada menu lain lagi ke nak makan ar?", soal alex dengan kening kirinya terangkat ke atas. "kau ingat rumah kita ni macam kat restoran ke?... ada menu menu segala...", soal badli seraya memutarkan bola matanya. "eh... apa salahnya kalau kita ada menu makanan sihat dalam rumah ni?... kita makan nasi dengan sayur...", kata alex seraya menunjukkan masakan istimewa dari dalam majalah di tangannya. "wei... itu masakan dalam buku majalah lorh... bila masa lagi kau nak masak makanan yang perfect macam tu sedangkan perut aku dah berbunyi minta di isi?", soal badli seraya menunjuk ke arah perutnya sendiri. "hm... ikut suka hati koranglah... aku malas nak cakap lagi...", tutur alex perlahan lahan. dia pun terus pergi ke dapur untuk memasak nasi dalam rice cookernya. manakala dua urang kawannya sibuk memasak mee maggi mereka di atas stove.
setelah mee maggi mereka masak mereka pun makan bersama sama. hanya alex seorang saja yang indak ikut mereka makan mee maggi sebab dia nak tunggu nasinya masak. "lex, bulih kau duduk dengan kami sekejap tak?... aku nak cakap sesuatu dengan korang ni...", kata kumar. alex pun duduk di atas kerusi indak jauh dari pemuda tamil itu. "apa yang kau nak cakapkan tu?", soal alex ingin tahu. " begini... aku ada seorang kawan di tempat kerja aku tu... dia kata nak menumpang kat rumah sewa kita ni dalam dua tiga hari sebab dia baru saja 'keluar' dari rumah sewa dia gara gara housemate dia tak baik pada dia... dia selalu saja kena buli oleh housemate dia tu jadi dia pun indak tahan. so dia minta tulung sama aku supaya aku membenarkan dia menumpang di rumah sewa kita ni hanya untuk dua tiga malam saja sambil tu dia cari rumah sewa yang baru... itu pun jikalau korang benarkan dia menumpang di sini...", kata kumar panjang lebar. "oh i see... kawan kau tu perempuan ke atau lelaki?", soal badli ingin tahu. "lelaki...", balas kumar sepatah. "oh... kami tak menghalang pun jikalau dia mahu menumpang dalam dua tiga hari kat rumah ni tapi dia nak tidur di mana?... mana ada lagi bilik kosong untuk dia dalam rumah ni...", soal badli. "tak apa... dia bulih tidur dalam bilik tidur aku dan aku pula bulih tidur di ruang tamu...", balas kumar. "hm... ikut suka hati kaulah kumar. janji kawan kau tu tak akan timbulkan masalah dalam rumah ni...", kata alex pula. "korang jangan bimbang dia tak akan timbulkan sebarang masalah dalam rumah ni lorh...", balas kumar sambil tersenyum. "yelah tu...", balas badli di sebelahnya. "kalau macam tu malam ni juga aku akan panggil kawan aku tu datang ke sini...", tutur kumar. "yelah tapi kau tulung cakap sama dia jangan menumpang kat sini lama lama ya nanti puan sarimah tahu, nahas kita bertiga nanti...", kata badli pula. "yelah tu... aku akan bagitahu dia nanti...", balas kumar. sebaik saja selesai makan malam kumar pun terus keluar dari dalam rumah tersebut. mungkin dia pergi menjemput kawan dia kot. alex malas hendak fikir apa apa. jadi dia pun terus saja masuk ke dalam bilik tidurnya. begitu juga dengan badli.
keesokan paginya alex bangun pagi. hidungnya terhidu bau wangi masakan dari dapur. alex kehairanan seketika. "siapa pula yang rajin masak awal pagi ni?... biasanya kumar dan badli tak pernah pun masak sesuatu pada waktu pagi...", timbul tanda tanya di minda alex. perlahan lahan dia bangun dari atas katilnya. dia berjalan menuju ke ruang dapur. sayup sayup kedengaran seseorang menggoreng sesuatu dalam kuali. bau masakan enak seakan akan membuka selera makannya. langkah kaki alex terhenti sebaik saja dia lihat ada seorang lelaki lembut sedang menggoreng telur di dalam kuali dengan gaya tangan yang lemah gemalai seperti seorang perempuan pula. "jangan jangan lelaki lembut tu ialah kawan si kumar yang dia cakap pada kami tu tak?...", timbul tanda tanya di hatinya. dia bersembunyi di dekat pintu dapur itu. tiba tiba, "opocot... mak kau berperut buncit macam terung buncit!.... mak aihhh... apasal kau berdiri kat belakang pintu dapur tu... macam hantu mamai saja kau di situ... auwww... terkejut betul aku.... kuss semangat...", latah lelaki lembut itu sebaik saja dia lihat alex bersembunyi di dekat pintu dapur tersebut. alex hanya menahan tawa di dalam dada apabila dia lihat lelaki lembut itu melatah di depan matanya. dia kelihatan 'cali' betul ketika melatah sebentar tadi... siap bersilat berkuntau lagi dia tu...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro