PROLOG
"AKU sayang kau, Yan."
"Aku pun sayang kau, Bert. Kita kawan sampai mati, eh?"
"Kawan aje? Aku nak kahwin dengan kau, Yan."
"Kahwin? Eh! Kita kecik lagilah, mana boleh kahwin?"
"Alah. Bila kita dah besarlah."
"Eh! Mana boleh? Tak boleh, tak boleh. Ayah aku cakap aku tak boleh kahwin dengan kau, Bert. Sebab kau tak sunat."
Albert sudah merunduk muka pandang hujung kaki. Kemudian wajahnya diangkat. Mata kembali singgah pada wajah comel Daryan.
"Kena sunat dulu ke baru boleh kahwin?"
"Iye. Ayah aku cakap macam tu."
Gulp! Albert telan liur. Meremang bulu tengkuk dia.
"Sunat tu... sakit tak?" tanya Albert perlahan sebelum liur diteguk lagi. Seram yang amat dia rasakan.
"Sakit. Macam kena gigit harimau," sebut Daryan bersungguh siap dengan gaya harimau mahu menerkam mangsa.
Pucat muka Albert. Kembali kepalanya merunduk ke bawah.
"Kita kawan ajelah sampai mati. Tak payah kahwin. Kita kawan sampai mati, ya Bert?"
"Nanti bila besar... besar lagi macam baba, aku sunat."
"Eh! Mana ada orang sunat bila besar macam baba? Abang Dani sunat masa dia umur 12 tahun."
"Abang Dani tak mati kan lepas sunat?"
"Tak. Tapi Abang Dani cakap sakit sangat-sangat. Macam kena gigit harimau." Kembali Daryan menyebut ayat serupa. Kali itu kedua tangannya siap buat gaya cengkaman.
Gulp! Tak henti Albert telan liur sampai perut naik sebu. Muka pucatnya sudah berpeluh-peluh kerana kepala sedang cuba membayangkan keadaan .
"Kita kawan sampai mati, eh?" Daryan hulurkan kelengkeng. Hanya menunggu masa ia berkait.
"Tapi..." Albert masih tak berpuas hati. Bukan itu yang dia nak.
"Cepatlah, Bert. Aku nak pergi ngaji ni. Kalau lambat, kena rotan dengan Tok Kamal."
"Yan."
"Janji. Kita kawan sampai mati." Daryan masih dengan kelengkeng yang terhulur.
"Yan, aku nak ikut kau pergi rumah Tok Kamal, boleh?" Albert tukar tajuk.
Selebihnya dia tak mahu berjanji dengan sesuatu yang dia tak setuju. Dia tak nak cuma berkawan dengan Daryan. Dia nak lebih daripada itu.
"Ikut ajelah. Bukan Tok Kamal marah pun. Tapi janji dulu. Cepat." Daryan menggesa.
Terpaksa Albert kait kelengkeng Daryan dengan muka tak berpuas hati. Tapi di belakang badan, jari telunjuk dan jari tengah tangan kirinya sengaja disilangkan antara satu sama lain sebagai isyarat membantah. Isyarat yang janji dia dengan Daryan tu tak boleh diguna pakai. Boleh dilanggar bila-bila masa sahaja.
VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.
_FROM_ME_WITH_LOVE_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro