Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BLURB

ALBERT DARYAN by EYRA SHAZLEYRA

"Kita kawan sampai mati?" 

xxxx

"Kita bahagia sampai syurga."



Kalau bukan sebab agama, mungkin dia dah jadi menantu Encik Dahlan. Disebabkan bangsa mereka tak sama, Daryan cuma nak berkawan dengan dia sampai mati.

Albert tak nak, tapi dia tahu banyak benda yang dia kena tempuh. Mengubah pegangan agama semata-mata kerana cinta, Daryan juga tak yakin dia mampu menjadi pembimbing buat Albert padahal dirinya pun tak sempurna.


"Aku dah tak nak kawan sampai mati dengan kau, Yan. Aku nak kahwin." - Albert Ng.


Namun, rasa di jiwa Albert terhalang. Daryan sudah selamat menjadi tunang Azim. Daryan akan jadi milik lelaki lain tak lama lagi.

Albert tahu dia tak sempurna. Dia cuma sedih kerana Daryan memungkiri janji mereka. Sedangkan dia sanggup buat apa saja demi kebahagiaan Daryan. Dia sanggup untuk terus terluka asalkan Daryan tersenyum bahagia.


"Aku sanggup nak temankan kau, Yan. Bukan setakat The Pan. The Can, The Sand, The Hand, The Land semua aku sanggup pergi. Tak boleh ke kau berterima kasih dengan aku, bukannya marah-marah. Ke kau senggugut? Period? Menopause?"

"Kau tahu tak, kalau seseorang tu ikhlas nak buat semua benda, dia pun tak harapkan ganjaran, tau. Tak harapkan ucapan terima kasih." – Daryan.


Mana ada lelaki hanya berkawan dengan perempuan? Suatu masa, perasaan akan berubah menjadi cinta. Kisah Albert Ng dan Daryan pula, ada perkara yang lagi besar menjadi penghalang iaitu pegangan agama.

Mampukah Albert lalui semua itu hanya kerana cinta di dadanya? Masihkah ada peluang untuk mereka bersama? Azim pula nak campak ke mana?


VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.

_FROM_ME_WITH_LOVE_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro