Bab 9
(Gianna)
Tangannya digenggam sesama sendiri untuk meresap rasa debar yang menyesakkan. Menanti elevator sampai ke tingkat bawah dari tingkat sepuluh The Lincoln Marriott Cornhusker Hotel itu seolah-olah terlalu cepat.
Tidak tahu kenapa tetapi melangkah dengan gaun berwarna krim dan bersulam indah dan taburan manik dengan kasut rekaan yang mungkin kosnya jauh lebih tinggi daripada gaji setahun Gianna bekerja di kedai buku terpakai itu seolah-olah membuatkan dia menggalas beban. Tidak mungkin Emeeriz hanya ingin makan malam dengan melaburkan duit dengan kos pakaiannya.
Mengikut kata hati Gianna, dia ingin menurut sahaja rentak Emeeriz. Tapi sampai bila? Entahlah. Malam ini bukanlah waktu yang sesuai untuk Gianna meninggalkan dunia indah yang diperlihatkan Emeeriz kepadanya.
Pintu elevator terbuka. Umar sudah berdiri di hadapan elevator ketika Gianna mendongak. Dia melangkah keluar dari elevator. Umar memberikan Gianna laluan sebelum pemuda itu menapak di belakang di sebelah kanannya. Kaki Gianna terasa ingin cepat sekali mengatur langkah, matanya tidak sabar untuk melihat wajah Emeeriz.
Walaupun baru dua jam lepas lelaki itu hilang dari matanya, hati Gianna sesak dengan perasaan yang tidak sepatutnya. Dia rindu untuk mendengar suara itu. Gianna, ini bukan kau! Ini bukan tempat kau. Sekian lama jeritan hatinya dibiarkan. Gianna sedar tetapi dia ingin menjadi berani merebut bahagia. Mungkin kali ini dia berjaya. Mungkin saat ini adalah untuknya.
Fikir Gianna, Emeeriz menantinya di lobi namun kelibat lelaki itu tidak kelihatan. Sebaliknya Umar memintanya untuk terus ke pintu utama.
Kereta CV yang dinaiki Gianna dan Emeeriz petang tadi sedia menunggu namun hanya pemandu yang membukakan pintu belakang untuk Gianna. Curious! Tetapi Gianna menurut sahaja. Sebaik dia masuk dan pintu kereta ditutup. Umar masuk ke seat sebelah pemandu dan kereta itu meluncur.
"Encik Umar, mana Emeeriz?" Gianna tidak mampu menahan mulutnya daripada mengeluarkan bicara. Umar mengiringkan badannya sedikit dan tunduk.
"Emeer tunggu kat sana, Cik Gianna."
"Kat mana?"
"Di restoran tempat cik dan yang lain makan malam." Arh, jawapan Umar yang menambahkan persoalan membuat Gianna bertambah gementar. Bukankah mereka ada makan malam rasmi? Di mana? Berahsia sungguh!
"Lama lagikah nak sampai, Encik Umar?" Baru lima minit mencecah jalan utama, Gianna sudah bertanya. Namun Umar tidak menunjukkan soalan Gianna sesuatu yang mengganggu. Dia menjawab dalam nada yang tenang kemudian.
"Tak lama, cik. Dan cik patut panggil saya Umar sahaja," perbetulnya. Gianna mengangguk. Tidak lama? Gianna rasa dia seolah-olah duduk di atas bara api. Tidak senang duduk.
Kereta yang dinaikinya berhenti di hadapan sebuah rumah banglo berseni lama Eropah. Banglo lama yang dijadikan restoran eksklusif. Terdapat papan tanda bertulis Billy's Restaurant dengan huruf berwarna maroon. Ucapan good evening, miss diterima Gianna daripada penyambut tetamu yang berdiri ketika dia keluar dari kereta. Seperti biasa, Gianna membalas dengan senyuman.
Umar mendahuluinya ketika Gianna sudah sampai di hadapan pintu restoran. Pintu kayu berangkai dua itu ditolak dan memberi ruang untuk Gianna menapak masuk.
Cahaya di dalam restoran agak malap namun masih lagi mampu untuk Gianna melihat Katrina dengan gaun hitamnya berdiri ketika Gianna menapak masuk. Senyuman di wajah Katrina lebih ceria daripada biasa. Melihat wanita itu berdiri, empat lagi Al-Wazir yang terdiri daripada Mikhail, Rayyan, Nadzim dan Hana bangun.
"You nampak sangat wow!" Katrina memeluk Gianna mesra ketika langkah kaki Gianna sampai di tengah-tengah ruang. Gianna membalas pelukannya sambil tertawa kecil. Pakaian boleh mengubah penampilan seseorang. Dari pakaian juga, persepsi manusia boleh dipengaruhi.
"You pun." Pelukan dileraikan. Ruang yang sederhana luas itu dipenuhi dengan tetamu yang Gianna tidak kenali. Bilangan mereka tidak ramai tetapi tumpuan yang terarah padanya membuat Gianna terasa berada di tengah-tengah ribuan manusia. Dia senyum dan menunduk sedikit ketika matanya bertemu pandang dengan seorang dua daripada mereka. Tumpuan Gianna teralih apabila ada tangan yang menyentuh sikunya dengan lembut.
"Hai." Gianna mendongak sedikit untuk melihat wajah Emeeriz lebih jelas. Lelaki itu memakai pin strip suit berwarna biru gelap dan kemeja putih tanpa bow atau tali leher. Rambutnya disikat rapi dan kemas. Wajahnya ditrim rapi.
"Hai." Emeeriz senyum padanya sebelum memandang pada Katrina.
"Excuse me, Rina." Dia mendorong Gianna mengikut langkahnya. Emeeriz menarik kerusi di tengah-tengah ruang yang agak berjarak dengan meja lain untuk Gianna. Meja yang dikhaskan untuk dua orang. Gianna memandangnya.
"Duduk." Emeeriz masih tersenyum dan mengisyaratkan Gianna duduk. Gianna masih memandangnya ketika mengambil tempatnya.
"Apa semua ni?" Gianna memegang tangan Emeeriz sambil mendongak. Tidak melepaskan matanya dari wajah itu.
"You akan tahu dalam beberapa minit lagi," bisik Emeeriz di telinganya dan mengusap tangan Gianna sebelum melepaskan pegangan. Dahi Gianna berkerut. Emeeriz melangkah menuju ke sudut di mana terdapat mini stage. Dia mencapai gitar dan duduk di bar stool. Mendekatkan mikrofon ke arahnya. Huh? Gianna mencari Katrina yang duduk di meja sebelah kanannya.
Katrina hanya tersenyum. Bunyi ketikan gitar menarik perhatian Gianna ke arahnya kembali. Serius? Emeeriz reti bermain gitar.
"Whenever I'm weary... From the battles that raged in my head... You made sense of madness... When my sanity hangs by a thread... I lose my way, but still you... Seem to understand... Now and forever, I will be your man..."
Gianna hampir terjatuh dari kerusi yang didudukinya. Suara Emeeriz menyanyikan lagu itu jauh lebih mengejutkan daripada mengetahui lelaki ini reti bermain gitar. Emeeriz tersenyum. Dia masih memandang Gianna sambil bernyanyi. Gianna tertawa kecil sambil menggeleng. Sweet Emeeriz yang cukup membuat Gianna hilang dalam senyuman. Apakah yang telah Gianna lakukan dalam hidupnya untuk layak mendapat episod hidup begini?
"Sometimes I just hold you... Too caught up in me to see... I'm holding a fortune... That Heaven has given to me... I'll try to show you... Each and every way I can... Now and forever, I will be your man..."
"Now I can rest my worries... And always be sure... That I won't be alone, anymore... If I'd only known you were there... All the time... All this time... Until the day the ocean... Doesn't touch the sand... Now and forever... I will be your man... Now and forever... I will be your man..."
Emeeriz menyudahkan lagu nyanyian Richard Marx itu dengan senyuman buat Gianna. Senyuman yang indah sekali. Dia menerima tepukan daripada tetamu dan pelayan restoran. Gianna bangun dan memberikan tepukannya. Jika ini hanyalah mimpi, Gianna ingin tidur selama-lamanya. Dia tidak kesah jika reaksinya nampak berlebihan tetapi Gianna ingin memperlihatkan pada Emeeriz. Lelaki itu berjaya mencuri hatinya dan dia rela jika ia tidak dikembalikan.
Emeeriz meninggalkan pentas mini dan menghampiri Gianna. Setiap langkah Emeeriz dihitung Gianna. Gianna mengangguk kepala sambil menuturkan perfect dengan gerak bibir. Beberapa saat lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.
"Boleh tak I jadi suami you?" soalnya dari jarak kurang semeter daripada Gianna. Gianna tertawa kecil.
"If you must," jawabnya. Emeeriz maju sedikit dan mengeluarkan sesuatu dari poket seluar sleknya. Kotak kecil dibuka di hadapan Gianna.
"Bunyinya agak cheesy tapi sudikah you berkahwin dengan I untuk selama-lamanya, Gianna?" Gianna mungkin ternganga tetapi dia tidak punya daya menutup bibirnya. Emeeriz telah melamarnya dengan cara santai sebelum ini membuat Gianna tidak menduga Emeeriz akan melamarnya di hadapan rakan-rakan dan tetamunya.
Apakah yang Gianna lakukan dalam hidupnya sehingga dia layak mendapat anugerah seperti ini? Adakah manusia yang tidak menurut perintah Tuhan sepertinya masih layak untuk mendapat perhatian lelaki sebaik Emeeriz?
"Emeer, you. Semua ni terlalu berlebihan buat I. You tak perlu..." Gianna tidak mampu meneruskan katanya. Tekaknya tersekat. Tidak sampai dua bulan mereka berkawan, Emeeriz membuat Gianna terasa seolah-olah layak mendapat perhatian seumur hidupnya.
"Yes or no?"
"Yes. I dah jawab dengan yes sebelum ni." Gianna menjawab pantas. Sepantas itu juga air matanya bergenang. Wajah Emeeriz di hadapannya menjadi kabur kerana air matanya yang memenuhi tubir mata.
"Shhh. Janganlah nangis." Kotak cincin diletakkan di atas meja. Emeeriz mengusap air mata yang menuruni pipi Gianna. Dia ketawa kecil sambil memaut pipi Gianna dengan kedua-dua belah tangannya.
"Thanks." Mata Emeeriz turut tersenyum ketika dia menuturkan kata. Gianna tunduk mengeringkan sisa air mata bahagia dari pipi. Dia yang terlalu cheesy dan itu sungguh membuatnya malu. Emeeriz mencabut cincin dari kotak dan disarungkan ke jari manis kanan Gianna. Cincin platinum permata biru gelap itu muat di jari Gianna. Cantik! Secantik hidup Gianna ketika ini. Tepukan kedengaran sekali lagi.
"Come, I nak kenalkan you dengan seseorang." Emeeriz menarik Gianna menuju ke arah tetamu yang berada di dalam restoran.
"Kenalkan, Gianna. Gianna, kenalkan Kamarul, ayah saudara I yang paling muda. Nalilah, ibu saudara I dan Uncle Fattah, suaminya." Oh, semuanya keluarga terdekat, detik hati Gianna. Gianna menyambut huluran salam daripada Nalilah dan memberikan senyuman pada Kamarul dan Fattah.
"You buat pilihan terbaik, Gianna. And you juga, Emeeriz." Nalilah mengusap bahu Gianna. Wanita dalam lingkungan akhir 30-an itu nampak vogue sekali dengan gaun labuh merah dan bertudung hitam.
"Pilihan Emeeriz memang cantik. Isn't it, Auntie Lilah?"
"Allah. Kalau Emeer pilih cantik, cantik tak bertahan lama sayang. Pilihlah sebab hati. Auntie Lilah tahu Gianna ada sifat yang cukup layak untuk mendapat kasih sayang daripada Emeer." Nalilah memeluk anak saudaranya sebelum menepuk-nepuk pipi Emeeriz membuat lelaki itu sengih. Dia kemudian kembali memandang Gianna.
"Kalau Emeer buli Gianna, datang jumpa auntie. Auntie tak tinggal jauh. NYC." Imejnya ditambah dengan kelembutan Nalilah membuat dia seperti karakter dalam filem dongeng.
"Terima kasih, aunty." Gianna senyum. Wajahnya rasa memerah kerana Nalilah memerhatikan segenap sudut wajahnya dengan senyuman yang masih mekar di bibir seperti sedang mengagumi hasil seni pelukis terkenal dunia.
"Gianna, ini Naziril, juga ayah saudara I. Dan isterinya, Auntie Marshela. Dan mereka ayah dan ibu Mikhail dan Ian." Emeeriz mendorong Gianna untuk beralih ke meja seterusnya. Marshela mempunyai persamaan seperti anak-anak lelakinya. Bukan sahaja dari wajah tetapi gerak laku. Dia terus memeluk Gianna seketika.
"Welcome to the family."
"Gianna boleh datang rumah uncle kalau Rina balik hujung minggu. Uncle dan aunty tunggu." Naziril mencelah kata-kata isterinya. Gianna mengangguk. Tidak ada kata yang mampu dia luahkan pada penerimaan menghangatkan hati ini.
"Dan saya." Seorang remaja awal 20-an tiba-tiba mencelah di hadapan Gianna. Tindakannya agak nakal. Menghulur tangan sambil mengenyitkan sebelah mata pada Gianna. Wajah yang kacak itu mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Manly kurang sesuai kerana lesung pipit menjadikan wajahnya lebih keanak-anakan. Boyish. Pretty boy.
"Boy," tegur Marshela.
"Awak?" Gianna menjongket kening. Emeeriz di sisinya tidak nampak terganggu. Dia hanya tersenyum lebar.
"Huh, saya kurang suka nama saya. Tapi, nama saya tetap nama saya. Hai, saya Yazeed." Tangannya dijatuhkan tanpa rasa perlu disambut oleh Gianna. Nyata sekali dia hanya bergurau.
"Yazeed. Nama yang cukup maskulin."
"Jangan puji dia, Gianna. Boy suka riak." Katrina yang berdiri di belakangnya mencelah. Kata-katanya mengundang tawa pasangan di hadapannya. Yazeed menunjukkan buku limanya pada Katrina. Terlihat kemesraan Katrina dengan keluarga Naziril dan Marshela.
"Boy pemain ragbi. Dan dia sangat suka watak superhero Spiderman dan addicted dengan Starcraft." Emeeriz mencelah. Yazeed juga nampak sangat manja dengan Naziril dan Marshela. Cara Marshela memandang anak lelaki bongsunya itu menampakkan segalanya.
Gianna tertanya-tanya bagaimana kehidupan Marshela apabila ketiga-tiga anaknya adalah lelaki. Mikhail dan Rayyan membesar dengan sempurna. Wajah yang seiras dan tidak pernah terpisah sejak kecil menjadikan adik-beradik kembar itu bagaikan simbol kasih sayang Marshela.
"Please, along. Jangan bercakap seolah-olah boy budak sepuluh tahun."
Yazeed menyiku Emeeriz dibalas dengan tumbukan perlahan Emeeriz di rusuk kanannya. Gianna hanya tersenyum melihat tingkah laku kedua-dua lelaki itu. Gianna selangkah lagi ke dalam hidup Emeeriz. Kini Gianna mengenali keluarga lelaki itu walaupun bukan kedua ibu bapa atau adik-beradiknya.
"Mari kita makan." Emeeriz kemudian mendorong Gianna kembali duduk di atas kerusi tadi. Mereka mengambil tempat dan pelayan meletakkan makanan di atas meja. Ketika Gianna sudah mencapai garpu dan sudu, Umar datang berbisik sesuatu di telinga Emeeriz. Cukup perlahan sehingga Gianna yang hampir dengannya tidak mampu mendengar dengan jelas. Wajah Emeeriz yang tadi tenang bertukar serius dan tegang.
"Sayang, you makanlah. I keluar kejap. Lima minit." Emeeriz bangun sebelum mencampakkan napkin di atas ribanya ke atas kerusi.
"Ada masalah?"
"Tak berkaitan dengan you," jawap Emeeriz. Tanpa mengendahkan wajah Gianna yang berubah, dia menapak meninggalkan meja mereka.
Apakah yang disembunyikan Emeeriz sebenarnya? Gianna curious! Banyak sekali perkara yang berlaku tetapi Gianna tidak dapat menangkap situasi itu dengan akalnya.
Sebagai contoh, peristiwa petang tadi. Siapa 'mereka' yang Emeeriz begitu risaukan akan mencederakan Gianna? Dia tahu dia tidak akan dapat memahami segala-galanya kecuali Emeeriz sendiri yang membuka mulut dan menjelaskan pada Gianna. Dan melihat dari cara Emeeriz, Gianna ragu detik Emeeriz bersikap terbuka padanya akan tiba.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro