Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

(Gianna)

Emeeriz membawa Gianna makan di sebuah restoran halal yang menghidangkan masakan Afrika, Baraka Cafe. Harga makanan di restoran ini tidak terlalu mahal namun tidak juga murah. Tidak cukup murah untuk membolehkan Gianna membayar dengan cash yang dia ada di dalam dompetnya.

Ah, beg tangannya juga tertinggal di kereta. Tanpa meminta pendapat Gianna, Emeeriz memesan makanan dan minuman. Gianna ingin mencelah tetapi memikirkan 'tangan' yang membayar, dia melupakan niatnya.

Dalam tempoh menunggu pesanan mereka sampai, Emeeriz lebih tertarik dengan iPad Air miliknya dari memandang Gianna yang masih menanti kata-kata seperti I faham atau okey, ini kali terakhir I ganggu you. Entah apa yang menarik di skrin gadget itu hingga Emeeriz boleh tersenyum sendiri. Tengok majalah Playboy ke? Apa lagi yang boleh membuat lelaki kaki perempuan seperti Emeeriz jika bukan perempuan seksi? Emeeriz hanya meletakkan iPadnya di sisi kanan meja ketika pelayan meletakkan makanan yang dipesan. Couscous Brochettes, Bartsilla Torte dan Bekloula sebagai pencuci mulut serta minuman, jus lemon.

"Makanlah." Sejak tadi, hanya perkataan itu yang ditujukan Emeeriz padanya. Makan. Sekali lagi lelaki itu mengarahnya dengan perkataan itu, Gianna tidak tahu tangan kanan atau kirinya yang akan mencium muka kacak Emeeriz. Sekali lagi Emeeriz membiarkan Gianna bersabar dengan diamnya yang seolah-olah tidak berminat untuk bercakap. Memang hobi lelaki itu agaknya berjalan bersama perempuan. Tetapi oleh kerana kali ini perempuan itu adalah Gianna yang cukup tak menarik atau menggoda, dia hilang mood untuk bercakap.

Mereka menjamu selera tanpa bercakap. Walaupun keadaan itu amat menyesakkan Gianna, dia bertahan. Sabar, Gianna. Kali ini aje! Gianna yang menunduk angkat muka ketika terasa wajahnya diperhatikan, namun Emeeriz masih seperti tadi. Makanan lebih penting daripada Gianna. Eh, mestilah. Mati pula orang kalau tak makan!

"Muka you pucat. You tak sihat?" Emeeriz mengangkat sudu dari atas meja dan meletakkannya di tangan Gianna untuk mendorong gadis itu memakan pencuci mulut. Layanannya seolah-olah Gianna budak berumur 5 tahun.

"I sihat sehingga setengah jam lepas," jawab Gianna sinis sambil matanya memandang wajah Emeeriz yang juga turut memandang matanya.

"Sehingga I nampak muka you yang datang jumpa I dengan cara samseng," sambung Gianna kemudian apabila wajah Emeeriz masih tenang. Dia mahu melihat lelaki itu rasa 'sakit' dengan kata-katanya. Namun, dia gagal.

"Habiskan desert you." Lain yang keluar dari mulut Emeeriz. Gianna menggenggam sudu di tangannya dengan kuat.

"You tahu tak? Kalau I nampak you dari jauh, you seolah-olah bawa sign board don't think, just hate me. You macam hateful machine bergerak. You macam caterpillar di mata I dan I sangat bencikan caterpillar." Gianna tidak putus asa walaupun itu bermakna dia mengarut.

"Hateful machine? Caterpillar? Boleh jelaskan secara spesifik?"

"Pendek kata, I tak sukakan you. Benci lebih tepat."

"I tahu. You tidak perlu gunakan bahasa berbunga-bunga." Ya. Ya, Emeeriz. I bukan macam you yang guna bahasa tahap Dewan Bahasa dan Pustaka.

"Oh, come on."

"You bukan orang yang I hendak marah, Gianna. You bukan orang yang I ingin tunjukkan sisi I yang buruk. You takkan suka jika I betul-betul sedang marah." Emeeriz memintas.

"You menakutkan? Manusia yang bertukar jadi serigala. Macam dalam filem The Howling?" Wajah Emeeriz yang serius hilang berganti sengihan sebaik Gianna menyebut judul filem lama yang dikeluarkan pada tahun 1981. Senyumannya mengandungi sejuta maksud namun hanya debaran yang dirasakan Gianna. Ah, dia dah mula hilang dari radar lagi. Hilang kawalan.

"You tengok filem yang diterbitkan sebelum you lahir? You mesti orang yang suka lepak depan tv makan snek dalam masa yang sama kawan you keluar bersuka ria. Atau mungkin sukakan movie lama." Mata coklat Emeeriz masih melekat pada wajah Gianna.

"Ya. I tak rasa pelik. Kebanyakan orang Malaysia masih menonton filem P. Ramlee yang jauh lebih klasik daripada itu. You tahu P. Ramlee? Tokoh seni dari Malaysia. I agak walau sekaya manapun, Malaysian mesti tahu siapa P. Ramlee."

"Di library rumah I, ada section yang menempatkan semua karya-karya dan buku tentang P.Ramlee. Karya dia menjadi salah satu bahan rujukan lazim pelajar seni. I pun hendak jadi macam dia. Walaupun sudah lama meninggal dunia, tapi nama dia masih dikenali jauh lebih baik daripada orang yang masih hidup," ujar Emeeriz.

"You serigala. Makan seberapa banyak manusia yang you boleh. Satu dunia takkan lupakan you," cebik Gianna. Namun Emeeriz hanya tersenyum memandangnya. Susah untuk menduga apa yang difikirkan Emeeriz.

"I buat lawak ke?"

"You nampak cantik bila you blushing." Senyuman Emeeriz semakin lebar hingga matanya juga kelihatan seperti tersenyum. Aku blushing? Gianna tidak sedar.

"Ya? You tahu tak ayat bagaimana yang paling bodoh selalu keluar dari mulut lelaki kaki perempuan? You cantik bila you marah, you nampak seksi bila you ketawa, you nampak cute bila kenyit mata. You fikir I akan percayakan you? Tak. I tahu you dapat line ketinggalan zaman tu daripada filem-filem tak berkualiti. Banyak juga lelaki yang jujur dengan I dan mereka kata I tak cantik langsung!" Dan Gianna tahu lelaki menipu bila mengatakan dia cantik. Ia cukup membuat Gianna naik angin. Emeeriz hanya menjongketkan keningnya pada kata-kata Gianna yang penuh dengan kemarahan.

"Wow. Penyakit pesimis you memang kronik." Emeeriz menggeleng kesal.

"Berapa banyak 'mereka' yang you ada?"

"Siapa?"

"Yalah, 'mereka'. Your 'ex-s' or boyfriends." Emeeriz berpeluk tubuh. Wajahnya tidak lagi tersenyum. Dia memang bertanya sesuatu yang dia benar-benar ingin tahu. Kunyahan Gianna terhenti. Dia memutarkan soalan Emeeriz di mindanya berkali-kali. 'Ex-s' dan 'boyfriends' yang ditegaskan dalam ayat Emeeriz mencuit hatinya. Adakah Gianna kelihatan seperti perempuan yang mempunyai bekas teman lelaki dan teman lelaki yang ramai? Tidak sama sekali. Gianna tidak bergelar teman wanita kepada sesiapa dan dia ragu jika dia pernah memegang gelaran itu.

"I tak ada 'ex-s' atau boyfriend."

"Jadi, siapa 'mereka' yang you maksudkan?"

"Kawan," jawab Gianna pendek. Dia menunduk sambil meneruskan kunyahannya perlahan. Wajahnya ingin disembunyikan dari pandangan Emeeriz namun Gianna tidak tahu di mana.

"Jangan blushing bila you keluar dengan lelaki lain."

"Oh, I tak rasa you berhak tentukan dengan siapa I boleh dan tak blushing."

"You tidak akan suka tengok I marah. Jadi berhenti cabar I."

"Werewolf?" ejek Gianna. Mata Emeeriz masih berlari di sekitar wajah Gianna seperti Gianna sebuah lukisan yang dijadikan topik dalam kelas untuk dianalisa. Mata itu! Mata itu yang sering dijadikan senjata oleh Emeeriz untuk memikat wanita. Dan bau minyak wangi di tubuhnya! Juga wajahnya yang tidak pernah bosan dipandang. Gianna hampir melorot jatuh. Gianna, kau sudah masuk ke dalam zon yang paling bahaya. Kau mungkin akan menyesal seumur hidup kau. Mungkin.

"Kalau I serigala sekalipun, bolehkah I paksa you jadi milik I?" soal Emeeriz membuat Gianna semakin hilang punca. Tangannya digenggam di atas ribanya di bawah meja. Jauh dari pandangan Emeeriz. Telapak tangan yang mula berpeluh itu dikesat pada sisi Levi's yang dipakainya.

"I harap I silap tapi I rasa seperti ada manusia yang sedang mengurat I secara terang-terangan. You?" Sudah habiskah perempuan cantik di seluruh USA hingga Emeeriz memilihnya untuk dijadikan bahan ujian? Seorang lelaki pernah melemparkan kata, sekalipun I perlu hidup sendiri hingga ke akhir hayat, I takkan pilih you dan itu cukup membuat Gianna hilang kepercayaan dalam perhubungan.

"Ya, tapi dengan niat yang baik."

"You ni memang banyak alasannya. Sekarang nak pakai alasan tak logik pula? Flirting dengan niat yang baik, I mean. You nak kahwin dengan I?" Gianna ketawa sinis dengan kata-katanya sendiri. Jika dia sedang meneguk air, pasti Gianna tersedak.

"Bukankah semua orang yang bercinta dengan tujuan untuk berkahwin?" Soalannya lurus. Gianna hampir menepuk mukanya untuk menyedarkan jika dia bermimpi.

"What? You nak bercinta dan kemudiannya berkahwin, itu jelas adalah hal kehidupan you. Tapi dengan I?"

"I prefer bercinta selepas kahwin tapi I takut dituduh mengugut atau menculik you untuk berkahwin dengan I," ujar Emeeriz. Dia serius tapi Gianna ketawa. Ketawa yang menaikkan suhu badan Emeeriz namun dia masih cuba bersabar.

"Womanizer bercakap pasal bercinta selepas kahwin. Sekarang ni adalah moment yang paling lucu sekali yang pernah I lalui sepanjang hidup I. Dua aje sebabnya mengapa lelaki macam you bercakap soal bercinta selepas kahwin or nikah. Satu, you menipu dan kedua you dah nak mati." Gianna masih ketawa ketika mengejek Emeeriz.

"You bercakap macam tipikal mindset orang kita. You orang yang akan mengeluarkan statement tak berakal macam tak guna solat kalau mencuri atau nama aje solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Orang yang mencuri, merompak atau membunuh sekalipun tak imun pada dosa meninggalkan solat. Solat fardu wajib. Dahlah you dapat dosa merompak, you dapat lagi dosa besar sebab meninggalkan solat. Memanglah betul sepatutnya seorang yang taat pada agama tak membuat kerja yang salah. Tapi lima rukun Islam itu lebih penting. You tahu apa lima rukun Islam?" Ditampar lima kali bertubi-tubi lebih ringan impaknya dari ini. Gianna tidak mampu menjawab. Emeeriz menunggu seketika namun apabila tiada respons daripada Gianna, dia menyambung.

"I anggap you lupa. Tak apa, semua manusia buat silap. Rukun Islam dan rukun iman berbeza. Rukun Islam ada lima dan disusun mengikut kepentingan tapi kelima-limanya juga amat penting dan berdosa kalau tak dilakukan. Pertama, mengucap dua kalimah syahadah. Paling penting sebab itu menandakan you percaya pada Allah dan rasul. Kedua, solat lima waktu. Ketiga, mengeluarkan zakat. Keempat, berpuasa pada bulan Ramadan dan yang kelima, menunaikan ibadah haji bagi yang mampu. Ingat tu?"

"You fikir I ni apa?" Hanya yang pertama pernah dilakukan Gianna. Ketika usianya menginjak tiga belas tahun dan dia memilih untuk menerima agama yang dipilih Hendrique. Jika dia tidak melakukan yang selebihnya, di manakah sebenarnya Islam itu dalam dirinya?

"Gia, I faham. You boleh belajar."

"You tak layak mengajar I." Gianna malu. Malu pada Emeeriz, malu pada dirinya sendiri. Tidak pernah ada yang ingin menegurnya secara berhadapan kerana takut Gianna terasa hati. Tidak Hendrique atau Puan Laila apatah lagi Aisya. Bapa dan ibu tirinya menganggap Gianna seorang yang sensitif dan tidak boleh disentuh. Fragile. Vulnerable. Mental disorder.

"You tak perlu malu."

"Sebelum you mengajar I, you tengok dulu diri you sendiri. Kasanova. Sombong. Mungkin sekadar nak berlagak baik depan I. Who knows?"

Gianna ketawa untuk memperlihatkan dirinya yang tidak terusik. Ego dan malunya bercakap. Gianna tidak berfikir namun laju sahaja bibirnya bertutur. Ia didorong oleh rasa malu dan terancam yang menyelubungi dirinya sekian lama.

"Jadi, I nampak amat buruk di mata you. No wonder." Emeeriz senyum pahit. Wajahnya muram. Gianna sedar dengan perubahan wajah Emeeriz lantas ketawanya juga mati. Dia terasa dengan kata-kata Gianna. Itu yang Gianna mahukan tapi kenapa hatinya sendiri yang rasa sakit melihat wajah terluka Emeeriz. Argh!

"Well, harap you akan hidup bahagia walaupun sebagai kaki perempuan terbaik di dunia." Semakin kelat wajah Emeeriz. Gianna terasa ingin menyumbat mulutnya sendiri. Auch! Gia, kau memang patut berhenti bercakap sekarang.

"Are you mocking me?"

"No!"

"Ya, you perli I. Gianna, I rasa kata-kata you satu pujian. Tapi kalau menyakitkan hati I adalah kebahagian you, my pleasure then." Emeeriz memandangnya tajam.

"Oh, yup. No, sorry." What? Aku rasa bersalah sebab Emeeriz terasa dengan kata-kata aku tadi! Gianna, apa yang kau mahukan sebenarnya? Gianna mengeluarkan kata-kata pujukan tanpa berfikir panjang menyebabkan dia mengeluarkan ayat yang menambahkan rasa bersalahnya. Tetapi bukankah jelas dia hanya bergurau?

"You dah habis? Jom, I hantar you balik." Emeeriz meletakkan dua keping not di atas bil yang diletakkan pelayan di tepi meja berhampiran iPad Air miliknya.

Tanpa memandang Gianna, dia melangkah keluar dari restoran. Gianna menepuk dahinya sendiri. Gianna, apa pasal kau ni bodoh sangat? Gianna bangun mengejar langkah Emeeriz.

"Errr... Encik Emeeriz, I minta maaf." Gianna berdiri di hadapan Emeeriz menghalang lelaki itu daripada meneruskan langkah. Hampir mereka berlanggar kalau Emeeriz tidak berhenti setapak lebih awal. Gianna tahu Emeeriz lebih tua daripadanya tetapi memanggil lain jantina dan bukan saudara kandung dengan abang adalah sesuatu yang cukup janggal bagi Gianna.

"Do you?"

"Apa?"

"Rasa you memang patut minta maaf dengan I."

"Entah."

"Jadi kenapa nak minta maaf?"

"Tak pasti. Mungkin sebab I nampak you marah."

"I marah. Tapi dengan you?"

"Jadi dengan siapa? Emeeriz, I minta maaf. I patut cakap semua tu dalam hati saja," ujarnya terlalu berterus terang. Emeeriz mengulum senyuman dan menggeleng.

"I boleh berhenti marah pada you atas kata-kata you tadi tapi janji dengan I yang you takkan marah bila I cakap sesuatu yang you tak suka dengar. Tapi I jujur." Emeeriz merenungnya dengan renungan membunuhnya. Kali ini Gianna tidak mengalah. Dia mendongak sedikit untuk membalas renungan Emeeriz. Nak maki aku? Atau hendak memalukan Gianna dengan mengatakan kaulah perempuan paling hodoh pernah aku usyar? Dia sudah imun pada kata-kata hinaan seperti itu.

"I tak marah. Cakaplah sekarang," cabar Gianna. Sekali lagi mata Emeeriz berlari-lari di wajah Gianna seperti mengambil kesempatan itu untuk melihatnya lama. Seperti ini adalah kali terakhir dia berpeluang melihat Gianna di hadapan matanya.

"Apa dia?" Gianna menukas.

"You seorang yang tak boleh bersabar. Jenis panas baran. Salah tekan suis aje dah melenting," cebik Emeeriz dalam senyumannya yang semakin terbentuk.

"Itu aje? Betullah tu." Berkerut dahi Gianna. Emeeriz menggeleng namun matanya tidak pernah meninggalkan wajah Gianna. Cakap, lelaki! Biarkan aku membenci kau dan perasaan yang mengelirukan ini hilang sekelip mata.

"Cakaplah!"

"You nampak cantik sangat di mata I. You adalah perempuan yang paling cantik yang I pernah lihat. You hampir kepada segala-galanya yang paling dalam hidup I." Ayatkah itu? Gianna tidak pasti. Emeeriz tidak tersenyum. Gianna berundur setapak ke belakang. Dia mengangguk.

"I tahu pasal tu sejak I kenal ABC lagi. Terima kasih sebab mengingatkan I. Susah-susah aje." Gianna cuba bergurau dan menganggap Emeeriz hanya memerlinya. Namun, degupan jantungnya yang semakin tidak menentu itu tidak mampu diubati lagi. Kembang hatinya. Aduhhh!

"Jangan ketawa kalau you tak rasa lucu. I tak menipu. Mengatakan you cantik bukan sesuatu yang lucu. You should proud of yourself! You tahu tak, tak ada perempuan yang paling cantik atau lelaki yang paling handsome di dunia ni. Bila seorang lelaki melihat jodohnya, sudah tentu wanita tersebut menjadi wanita yang paling cantik di matanya."

"Oh, jadi you yakin yang di mata I, you adalah lelaki paling handsome?" Gianna membeliakkan mata memandang Emeeriz. Tawanya meletus.

"Tak, eh?" Sengihan Emeeriz senget. Sudah tentu ya, namun Gianna membiarkan soalan itu tidak berjawab. Kali pertama melihat Emeeriz, wajah itu kelihatan terlalu komersial namun penilaian Gianna padanya neutral. Personaliti Emeeriz yang menonjol bukan rupa.

"Hampir segala-galanya yang paling? Siapa yang paling penting?" Gianna bertanya. Dia tahu soalannya sungguh tidak berguna. Soalan yang mungkin hampir seluruh manusia tidak ingin menjawabnya.

"I banyak komitmen. Tak selamanya orang yang I cinta menjadi priority dalam hidup I." Mungkin itu terlalu berterus terang dan rasional.

"Oh." Gianna membasahkan bibirnya dengan lidah perlahan.

"You kata I perempuan yang paling cantik pernah you lihat. How about your mother? Your grandmother? Your great grandmother? Your great-great grand mother?" Dia mula mempersoalkan kata-kata Emeeriz seolah-olah Gianna mahu mempercayai kata-kata itu.

"My great-great grandmother dan anak serta cucu dia, I tak pernah jumpa. So, I tak tahu sama ada mereka cantik. Mama I cantik tapi you dengan dia tak sama."

"Tak sama macam mana?" Gianna, come on!

"Macam dua benda yang sama cantik tapi berada dalam kategori yang berbeza dan tempat yang berlainan." Emeeriz menjawab juga soalan kebudak-budakan Gianna. Tidak nampak dia marah atau rasa terpaksa menjawab soalan itu. Ketika ini secara rasminya Gianna menjadi wanita paling menggedik dalam sejarah.

"So, apa kategori I dan di mana tempat I?" Gianna, stop it! Kau nampak bodoh dan kedengaran jauh lebih bodoh!

"My lady, you driven me crazy. You don't want me talk dirty, do you? You bukan perempuan yang I boleh goda sesuka hati. At least, not yet."

"Oh, dengan I tak boleh?" Gianna mencebik. Emeeriz ketawa.

"Jadi you nak?"

"Shut up." Gianna berpaling. Dia melangkah laju meninggalkan Emeeriz. Tidak ada apa yang boleh diselesaikan dengan berhadapan dengan Emeeriz. Itu yang Gianna patut tahu sejak awal lagi. Gianna memperlahankan langkah tidak berapa lama kemudian untuk menyaingi langkah Emeeriz. Beg dan bukunya!

"Aisya tak suka you." Nama Aisya sering digunakan untuk menghalau Emeeriz tetapi pembohongannya sia-sia.

"I dah biasa. Banyak yang bencikan I walaupun di depan I mereka nampak sangat sukakan I. I dah biasa jumpa orang yang menunggu masa untuk menikam I dari belakang. Itu lebih menakutkan daripada kawan you memang nampak bencikan I secara terang-terangan. So, I rasa itu cuma hal kecil." Emeeriz membukakan pintu kereta untuk memberi Gianna laluan untuk masuk.

"Maksud you?" Gianna tidak faham. Emeeriz tidak bergerak. Dia memandang Gianna seolah-olah sedang berfikir sesuatu yang rumit.

"Masuk," katanya. Jauh menyimpang dari jawapan yang dimahukan Gianna.

"Boleh I balik sendiri? I ingat nak naik public transport."

"Don't you dare." Tubuh Gianna didorong masuk ke dalam kereta dan pintu ditutup. Emeeriz kemudian masuk ke bahagian seat pemandu dan tanpa menunggu lama selepas enjin dihidupkan, dia memecut laju meninggalkan Central Square.

(Emeeriz)

Masa seminggu yang diperuntukkan demi menjayakan sebahagian kecil daripada rancangan besar mereka tidak membantu Emeeriz apa-apa. Keterlaluan atau tidak untuk mengatakan yang hati gadis ini seolah-olah diperbuat daripada besi waja, Emeeriz tidak pasti. Tidak ada yang mampu melenturnya mengikut acuan yang Emeeriz mahukan. Masa yang terbuang membuat Emeeriz naik marah kerana egonya menguji maruahnya. Aku Khaleef Emeeriz! Merayu dan mengejar perempuan bukan normanya sepanjang 28 tahun Emeeriz hidup.

Perempuan yang datang merayu padanya dan bukan seperti saat ini ketika dia berhadapan dengan Gianna. Salahnya yang terus berdegil untuk memilih perempuan yang menghidap schizophrenia. Bipolar lebih sesuai dilabel kepada Gianna. Adakalanya Emeeriz fikir dia telah berjaya melembutkan hati Gianna namun sekelip mata semuanya kembali dingin seolah-olah Emeeriz tersedar dari mimpi indah.

Apakah dia terlalu terdesak hingga menggunakan kelemahan Gianna? Ya. Emeeriz mengerling Gianna yang senyap di sisinya sejak mereka meninggalkan lokasi makan tengah hari tadi. Gianna sukar untuk mencari topik perbualan. Itu Emeeriz dapat tangkap tentang Gianna sejak mengenalinya beberapa minggu lepas. Gadis ini kekok dan tidak selesa. Hasil yang positif apabila dia sudah sedikit selesa dengan Emeeriz. Sedikit! Tidak cukup untuk Emeeriz melihat pengakhiran yang dia inginkan. Kesudahan usahanya ini harus berakhir dengan hasil yang dia impikan. Tidak ada pilihan lain buatnya. Gianna harus tunduk pada segala kemahuan Emeeriz. Dalam kadar yang segera!

Genggamannya di stereng kereta semakin ketat. Mendapatkan Gianna bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba tetapi mimpi jika Emeeriz mengalah sekarang! Sebaik kereta yang dipandu Emeeriz masuk ke kawasan perumahan Gianna, gadis itu sudah membuka tali pinggang keselamatannya seolah-olah tidak sabar untuk menjauh dari Emeeriz.

Tidak sampai sesaat kereta berhenti di hadapan pintu masuk ke apartment, Gianna sudah memegang pintu.

"Gia." Emeeriz menahan dengan suaranya. Tetapi Gianna masih menolak pintu untuk melangkah keluar.

"Gianna, please. I perlu bercakap dengan you," tukasnya dalam masa yang sama menepis tangan Gianna dari pintu dan ia dirapatkan semula. Gianna tidak memberikan komen atau pertanyaan. Dia terkebil-kebil menanti kata-kata Emeeriz.

Seketika Emeeriz menghela nafas. Damn. Dia patut menimba ilmu dengan Rayyan untuk belajar bagaimana melembutkan hati perempuan. Damn, Eaton, Damn Oxford! Mereka tidak boleh membantu Emeeriz saat dia benar-benar perlukan pengetahuan.

"I tahu muka I ni memang bukan muka lelaki yang boleh tak dipercayai. You ada hak untuk curiga dengan niat I." Yang mana kau patut ludah muka aku dan lari sebatu!

"You cuma perempuan biasa dan I harap I punya magic untuk memukau you sejak kali pertama I tengok you." Yang ini bukan kelentong!

"Argh. I tak tahu apa yang berlaku pada I." Emeeriz menolak bisikan nalurinya yang saling berperang sesama sendiri. Jika dia menjadi menyebelahi Emeeriz berhati baik itu, dia akan berkahwin dengan Karmila dan nasibnya mungkin akan berakhir seperti Izkandar, papanya.

"Apa yang you nak cakap sebenarnya?" Gianna hilang sabar.

"Gianna, I can't do this again," keluhnya.

"This run and catch things! Banyak lagi benda yang I boleh buat tapi I habiskan masa I di sini untuk tunjukkan pada you sisi macho I. I rasa you jelas tentang niat I sejak kali pertama I ajak you dinner date. I am in love with you."

Emeeriz mencari mata Gianna yang memandangnya dengan pandangan berdebar. Dia tahu bila perempuan sedang bertarung dengan debaran. Tetapi Gianna adalah perempuan yang tidak membiarkan dirinya kalah dengan debarannya. Atau mungkin juga dengan kata hatinya sendiri.

"I bukan lelaki yang baik. Kalau you fikir I bukan lelaki yang sepatutnya tempat perempuan settle down, you betul. I tak pernah terfikir saat I pandang perempuan I akan kata inilah perempuan yang I nak jadikan teman hidup I selama-lamanya. Jika kata-kata I mengelirukan, ayat ini akan buat you faham. I adalah lelaki yang perempuan patut lari seribu batu jika nampak I. I..." Kata-katanya mati ketika tangan Gianna menyentuh belakang tangannya yang diletakkan di ruang antara mereka.

"Tak ada lelaki yang jahat mengatakan dirinya jahat. Then, tak ada lelaki yang baik mengatakan dirinya baik. You tak jahat. You mungkin bukan lelaki yang baik tapi tak berbuat jahat adalah cukup. You lebih baik daripada sesetengah orang." Gianna menepuk tangannya seolah-olah cuba menenangkan Emeeriz.

Positive vibes. Gianna seorang yang memandang orang lain dengan pandangan neutral. Dia tidak menilai sesiapa. Ketika di restoran tadi, Gianna hanya ingin menyakiti hatinya namun akhirnya gadis itu beralah. Dia tidak tahan melihat orang lain terluka dengan kata-katanya. Jarang sekali ada orang yang berfikiran seperti ini kecuali mereka yang telah melalui jatuh bangun kehidupan. Ia membuatkan Emeeriz tertanya-tanya apakah yang berlaku pada Gianna pada masa lalunya.

"Gia..."

"I bukan orang yang sesuai untuk you. I harap I sesuai tapi hakikatnya tak. Jika I tamak, I tak perlu biarkan you tunggu lama. I'll do anything to catch you. Tapi I adalah orang yang hidup tanpa harapan apatah lagi untuk memberikan harapan pada orang lain." Senyuman di bibir gadis itu nampak sedih. Bagaimana senyuman boleh memperlihatkan kesedihan? Entah. Tetapi Gianna mampu membuatnya nampak begitu.

"Minggu final exam tinggal sebulan lagi. I sibuk dengan discussion dan prep class. I tak mampu membeli masa untuk mensia-siakannya. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. I wish you good luck and have a wonderful life's." Auch! Emeeriz mungkin patut memuji dirinya sendiri dan bukan mengatakan keburukannya. Siapa tahu? Emeeriz tidak pernah perlu berusaha lebih untuk mendapatkan perempuan.

"Why you always trying to shut people's out of your life's. Or maybe just me? You takut untuk berharap, you takut untuk memberikan orang lain harapan. Itu cuma kata-kata orang yang pengecut, Gianna!" Gianna tidak akan menolaknya mentah-mentah sebegini. Tidak ada sesiapa yang boleh melayannya begini! Soalannya seolah-olah bom nuklear yang gugur di tengah bandar Nagasaki. Gianna kaku. Wajahnya tersentap.

"I need to go."

"Gia, stop. Please. I beg you." Emeeriz memegang tangan Gianna erat. Semakin gadis itu mencuba merentap, semakin dia kemaskan genggaman. Tangan kanan Gianna digenggam dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di atas ribanya.

"Hidup manusia semuanya berhadapan dengan risiko. You takut jadi you mengelak. Risikonya, you terlepas benda yang berharga dalam hidup you. Gia, jadikan I tempat you bersandar. You cuma perlu percayakan I dan yang lain biar I yang uruskan."

"I can't afford to lose."

"That's why I'm here begging you."

"Emeeriz." Gianna mendongak memandangnya. Gadis itu ingin berbicara namun suaranya tidak keluar. Apakah yang merenggut kekuatan Gianna? Apakah yang begitu sukar untuk dia luahkan dengan kata-kata? Emeeriz panasaran. Dia tidak patut panasaran. Apa yang dia perlukan hanya Gianna dan bukan perasaan yang rumit. Emeeriz tidak kesah jika Gianna berkahwin dengannya kelak kerana wang. Malah dia lega. Kerana hanya itu yang mampu dia berikan.

"Emeeriz, bila I sukakan seseorang. I tak cintakan dia, I obsessed. Orang yang jatuh cinta akan hilang akal rasional mereka tapi I akan jadi gila. Lima tahun akan datang you akan fikir sukakan I adalah kesilapan besar. I tak mahu itu."

"It's okay for me."

"No. It'll never be okay."

"Jangan ajar I tentang perasaan I, Gianna. You fikir I terkejar-kejarkan you hanya kerana I sukakan you, cintakan you? No! You adalah perempuan yang I bayangkan berada di sisi I sepuluh tahun atau dua puluh tahun akan datang. Sejak awal tadi I beritahu you, I bukan lelaki yang begitu tapi bila dengan you, doom! I kalah tanpa mampu melawan. I tak kesah you nak kata you ada penyakit berjangkit atau HIV, OCD atau PTSD sekalipun." Gianna seolah-olah terkena renjatan elektrik ketika Emeeriz menyebut PTSD. Damn, you're bad, Emeer. Oh! Mungkin HIV patut dikecualikan. Elemen romeo yang terlalu berlebihan dan Gianna bukan Juliet. Gadis ini mungkin hanya akan memandangnya tanpa perasaan saat Emeeriz di ambang antara hidup dan mati.

"You tak tahu dan you tak kenal I."

"I kenal you sangat. Percayakan I bila I kata I kenal you, Gia. I patut berikan you masa lebih lama untuk lihat niat I yang ikhlas. Tapi I tak boleh ambil risiko kehilangan you. I tak mahu terlalu mendesak you, tapi ini menunjukkan yang I benar-benar jujur dan bukan permainkan you. Kahwin dengan I, Gianna?"

"Awak dah hilang akal." Rentapan Gianna untuk membebaskan tangannya kali ini tidak dinafikan Emeeriz. Gianna perlukan ruang dan itu yang dia berikan.

"I cintakan you dan I nak kahwin dengan you."

"You dah gila."

"Ya. You fikir you tak normal tapi I jauh lebih gila sebab sekarang ni I tak berfikir dengan akal waras. I turutkan kemahuan hati I. Dan I pasti itu bukan hal yang buruk." Dan aku akan betul-betul gila jika aku tak dapat kau, Gia.

"I berikan you masa untuk fikir. Kebetulan I ada urusan lain dan I tak dapat jumpa you esok atau mungkin sehingga lusa. I akan rindukan you tapi berbaloi untuk mendapat jawapan yes."

Emeeriz menolak gear automatiknya ke huruf D sebagai isyarat dan Gianna faham. Gadis itu keluar dari keretanya. Dan tanpa menunggu lama, Emeeriz memecut.

"I'm so sorry," keluhnya perlahan. Jika Emeeriz boleh membawa Gianna balik ke Malaysia dan berkahwin sekarang, tidak perlulah dia bersabar untuk mendengar setiap kata-kata sinis Gianna. Gianna tidak sedar bahawa kata-katanya yang merendahkan dirinya sendiri cukup menyakitkan hati Emeeriz. Hendak dicari siapa yang mengatakan Gianna tidak cantik itu dan kemudian Emeeriz akan menembak kepala mereka di hadapan Gianna sebagai hukuman.

Emeeriz juga tidak mampu bertahan untuk berbohong dan mengucapkan kata-kata kosong kepada Gianna demi matlamatnya dengan lebih lama lagi. Matlamatnya lebih penting tetapi pandangan Gianna yang menampakkan hatinya yang tulus menjadikan Emeeriz seolah-olah berteleku di atas bara api. Sayang sekali, hatinya tidak setulus Gianna. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: