
✮ 𝚂𝚢𝚊𝚛𝚊𝚝 ✮
Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti bagi setiap peserta. Terdapat dua jenis syarat iaitu syarat umum dan syarat khas. Apa itu syarat umum? Syarat umum merupakan syarat wajib yang perlu peserta lakukan sebelum mendaftar buku anda di dalam award ini manakala syarat khas pula perlu dipatuhi supaya buku anda diterima untuk menyertai award ini.
Syarat Umum
1. Anda dikehendaki untuk follow akaun rasmi kami iaitu WATTZTEAM.
2. Anda perlulah mempromosikan award ini di message board (MB) masing-masing
3. Anda mestilah memasukkan buku ini ke dalam reading list (RL) dan library anda.
4. Anda dikehendaki untuk vote setiap bahagian di dalam buku ini
Syarat Khas
1. Karya yang didaftarkan perlulah karya asli, 100% buatan sendiri. Karya hasil daripada kolaborasi tidak akan diterima.
2. Karya anda perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 10 bab termasuk prolog.
3. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk mempertandingkan sebanyak 3 karya sahaja.
4. Karya anda hendaklah tidak mempunyai unsur 18x dan LGBT. Jika ada, karya anda akan ditolak secara serta merta.
Kegagalan mematuhu mana-mana syarat akan menjejaskan penyertaan anda. Pihak kami mempunyai barisan pemantau yang akan menjejaki peserta; sama ada syarat yang ditetapkan telah dipatuh sepenuhnya ataupun tidak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro