Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

"APA kau buat kat sini?" tanya Aliya tanpa menunggu lama. Sempat dia kerling Suraya untuk mendapatkan jawapan namun tangan gadis itu sudah tergawang-gawang menafikan. Tak perlu Aliya lontarkan soalannya, Suraya sudah memberi jawapan terlebih dahulu.

Tak. Bukan Suraya yang mengajak Haziq ke sini.

Aliya percayakan jawapan Suraya lalu dia pandang Haziq semula. Tangan memeluk tubuh. Tak kesahlah pasal pelanggan-pelanggan lain. Farizul, Dekna dan Wan boleh uruskan. Apa yang penting saat ini ialah mempertikaikan kewujudan Haziq.

Mendengarkan nada kasar itu, Haziq pamer muka seposen. Rasa takut dirinya menerima habuan sekali lagi mulai diusir jauh-jauh. Bagaikan cermin yang memantulkan, Haziq turut berpeluk tubuh.

"Aku nak cari Su. Yang kau sibuk sangat, kenapa? Kau stalk aku? Kau follow aku sampai ke sini?" balas Haziq semula. Sengaja perkataan 'stalk' itu ditekan. Mata Haziq mula mengimbas pakaian Aliya dari atas ke bawah. Gadis itu memakai blaus putih bersama apron hitam yang mempunyai sulaman logo Mikro. Kemudian Haziq larikan anak matanya. Tika itulah pandangannya bertaut dengan Farizul pula. Mudah saja akal Haziq membuat kesimpulan.

"Kau kerja sini? Sekali dengan Farizul?"

Entah kenapa, mata Aliya seakan-akan dapat menangkap cemikan di bibir Haziq saat dia bertanya.

Aliya yang ditanya tapi Suraya yang terkulat-kulat sendiri. Tangan menarik hujung baju Haziq, menyuruh lelaki itu diam tetapi Haziq tak endahkan. Masih sengaja membalas renungan Aliya dengan gaya menjengkelkan.

Lambat-lambat Aliya kulum senyuman sinisnya. Kepala menoleh ke belakang untuk mencari salah seorang stafnya. Dilihatnya Farizul sudah membuka langkah untuk mara ke arahnya tetapi Aliya bulatkan mata, isyarat menghalang. Semerta Farizul berdiri kaku. Aliya pandang Dekna yang sedang mengangkat pinggan-pinggan kotor di meja hujung. Ringan saja mulutnya memanggil Dekna.

"Dekna! Sini sekejap," panggilnya dengan tangan digerakkan. Saat Dekna menghampiri, jari telunjuk Aliya tegak mengunjuk pada Haziq, si pelanggan yang tak dialu-alukan kedatangannya.

"Awak bagi menu kat customer kita ni," arah Aliya.

Dekna kerutkan dahi. Mata tertumpu pada menu di atas meja sebelum dia pandang Aliya semula. Mulut bertanya dengan polosnya.

"Tapi bos, menu kan memang dah ada atas meja," jawabnya sambil bibir dimuncungkan pada menu.

"Saya suruh awak bagi, awak bagi ajelah. Takkanlah saya pula kena buat?"

"Sebelum ni bos tak kesah pun?" balas Dekna, masih lagi dengan riak bingungnya. Jari menggaru kepala yang tidak gatal. Tak pernah-pernah Aliya bersikap sebegini. Kebiasaannya, Aliya tak kesah pun menjalankan tugas-tugas sebegitu. Tak kiralah cuci pinggan, ambil pesanan, hantar makanan ke meja-meja... Semuanya Aliya lakukan dengan senang hati hinggakan ada masanya mereka yang terpaksa menghalang Aliya.

Seganlah. Sudah dibayar dengan gaji setimpal dan dilayan baik, takkanlah mereka mahu biarkan Aliya lakukan kerja-kerja yang tak sewajarnya dilakukan oleh si pemilik kafe?

"Dekna... Sebelum awak kena dengan saya..."

Bukan Dekna yang kalut mencapai menu tetapi Suraya. Lekas-lekas dihulur pada Dekna sambil mulutnya herot-berot mengunjuk pada Haziq. Mata memberi isyarat pada Dekna supaya dia akur dengan kata-kata Aliya. Dalam kebingungan, Dekna capai juga menu itu lalu dihulur kepada Haziq bersama senyuman separa ikhlas.

Masih keliru tapi turutkan sajalah kata bosnya!

"Encik, silakan duduk. Ini menu kafe kami," kata Dekna sopan.

Demi melihatkan itu, Aliya berpuas hati. Tangan dimasukkan ke dalam poket apron dengan senyuman melebar.

"Bagus, macam inilah yang saya nak. Saya pergi dapur dulu, Dekna," kata Aliya seraya tangannya mencuit lengan Dekna. Sempat dia hadiahkan senyuman pada Suraya sebelum jelingan diberi pada Haziq.

"Okey, bos. Nanti saya ke dapur juga," jawab Dekna. Pemergian Aliya dihantar dengan sorotan mata sebelum perhatian kembali tertumpu pada Haziq.

Lelaki itu sedang pamerkan muka selenganya!

"Encik... Ambillah." Dekna menegur apabila menu masih belum bertukar tangan. Dilihatnya Haziq memandang ke suatu arah lalu Dekna turut berpaling ke belakang. Haziq sedang memandang Aliya yang berbual dengan Farizul di kaunter. Dekna pandang Haziq semula, bertanya soalan seterusnya dek panasaran.

"Kenapa encik tengok bos saya macam tu?"

Lambat-lambat Haziq pandang Dekna. Jelas kerutan di dahinya.

"Awak panggil dia 'bos'?"

Laju Dekna mengangguk.

"Kenapa?"

Jawapan yang dituntut Haziq daripada Dekna, diterima daripada Suraya. Lengan Haziq ditarik dengan kuat hinggakan punggung Haziq terhempas di atas kerusi. Menu dari tangan Dekna ditarik dan diletakkan tepat di hadapan Haziq.

"Dekna panggil Al 'bos' sebab Al owner kafe ni. Al bukannya pekerja macam yang kau cakap. Ha itulah. Nak cari gaduh, tak pandang kanan kiri. Kira mujur Al tak halau kau keluar. Tadi bising sangat nak lunch sama dengan aku. Cepatlah pilih nak makan apa!" bebel Suraya sambil jari telunjuknya menunjal-nunjal menu.

Haziq ternganga, barangkali tak percaya dengan kata-kata yang baru diungkap Suraya. Dipandangnya Suraya dengan mulut melopong namun si rakan masih pamer riak selamba.

"Menu. Makan. Sebelum aku tunjal kepala kau," kata Suraya berbaur amaran.

NIAT asal mahu ke dapur terbantut bilamana Farizul di kaunter memanggilnya. Ringan saja kaki Aliya menapak mendekati kaunter.

"Kau buat drama apa?" tanya Farizul tanpa menunggu lama.

Aliya jongket bahu. Malas mahu menjelaskan sebab di sebalik tindakannya tadi. Mata memandang Haziq yang kini ditarik Suraya untuk duduk di atas kerusi. Melihatkan ekspresi wajah Haziq, hati Aliya bersorak kemenangan.

"Kau memang sengaja nak tunjuk kuasa depan Haziq, kan? Kau nak beritahu dia indirectly yang kau sebenarnya bos dan pemilik Mikro, kan?" tebak Farizul. Tak sampai sesaat, soalannya sudah dijawab Aliya dengan mimik muka beria-ia.

"Dia cakap aku pekerja Mikro! Kalau orang lain yang cakap, aku tak kesah langsung. Tapi sebab keluar dari mulut dia, aku rasa macam dihina pula!"

"Dia tanya aje. Aku tak rasa dia menghina pun." Farizul menegur Aliya yang dirasakan terlampau turutkan kata hati. Bukanlah niatnya mahu membela Haziq tapi Farizul sedar, Aliya memang tak berfikiran waras setiap kali nama Haziq dikaitkan. Tengok sajalah seperti tadi. Daripada seorang bos yang sentiasa mengambil peduli akan kebajikan stafnya dan tak suka mengarah, tiba-tiba saja Aliya berubah. Mengarah Dekna itu dan ini sedangkan selama Mikro dibuka, tak pernah sekalipun Aliya menyalahgunakan kuasanya.

"Kalau bercakap dengan orang lelaki, memang menyakitkan hati. Kau mesti nak backup dia!" Aliya menempelak. Tak semena-mena isu jantina dibangkitkan pula.

Farizul melongo. Jauh betul fikiran Aliya. Sah! Aliya memang kurang waras pada setiap perihal yang berkaitan Haziq!

"Hah, aku baru teringat!" kata Aliya tiba-tiba seraya memetik jari. Laju langkahnya diatur menuju ke dapur. Mata melingas mencari sesuatu. Farizul yang mengekori di belakang memandangnya aneh.

"Kau cari apa?" Farizul bertanya.

"Cili. Wan, cili ada kat mana?" jawab Aliya sepatah sebelum dia bertanya kepada Wan, si tukang masak. Wan dan Farizul berbalas pandang. Ketara kebingungan mereka, terutamanya Farizul.

Baru saja Farizul hendak membuka mulutnya untuk bertanya soalan 'kenapa', perbualannya dan Aliya kembali memecah gegendang telinga. Sepantas kilat Farizul berlari mendekati Aliya. Tergawang-gawang tangannya mahu menghalang Aliya daripada meneruskan niat.

"Jangan buat gila, Al. Jangan..." kata Farizul bersama senyuman kelatnya. Tak dapat dia bayangkan sekiranya Aliya benar-benar kotakan apa yang dikatakan tempoh hari. Tonyoh cili ke mulut Haziq? Laju kepala Farizul menggeleng untuk mengusir fikiran itu. Dilihatnya Aliya sudah pamer muka cemberut sebelum matanya bersinar tiba-tiba. Tanda ada idea lain muncul dalam benak fikiran.

"Kalau tak boleh tonyoh kat mulut dia... Apa kata kita suruh Wan buat makanan dia pedas-pedas? Biar dia sembelit. Kalau dia tak nak makan dan cuma minum air pun, kita blend sekali air dengan cili. Okey tak?"

"Astaghfirullahalazim. Kau dah kenapa jadi psikopat tiba-tiba?!" Terjerit kecil Farizul mendengarkan idea merapu itu. Senyuman yang tersungging di bibir Aliya... Walaupun tampak biasa namun di mata Farizul kini ia tak ubah seperti senyuman badut pembunuh. Menakutkan!

Meledak tawa Aliya melihatkan wajah pucat Farizul. Orang lain yang mahu dikenakan, orang lain pula yang terkena.

"Aku main-main ajelah. Aku belum gila lagi nak jeorpardise nama baik aku dan Mikro," katanya bersahaja. Apabila Dekna menghampiri, tiga pasang mata tertumpu pada Dekna. Segera Aliya bertanya tentang Haziq.

"Dia dah oder? Oder apa?" tanya Aliya dengan senyuman yang masih bersisa.

Dekna tarik muka masamnya. Hairan juga dengan keletah pelanggan yang satu itu.

"Mula-mula dia tak nak makan, bos. Minum pun tak nak. Beria-ia tolak lepas Kak Su beritahu, bos pemilik Mikro." Dekna si lurus bendul memberitahu tanpa berselindung.

"Tapi lepas Kak Su paksa, dia pilih juga air oren. Itu pun dia pesan berkali-kali, make sure bukan bos yang buat."

Tak sempat Aliya balas apa-apa, Farizul sudah mencelah terlebih dahulu.

"Bagus, biar saya yang buat. Dekna, kalau awak tak nak esok Mikro kena tutup sebab ada pelanggan diarrhea, lebih baik awak tarik bos awak keluar dari dapur sekarang juga. Ini demi kebaikan sejagat! Demi masa depan kita semua!" 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro