ASKP 🍩 9
"Tak. Guna. Punya. Mawar. Eiiii!!! Geramnya aku dengan dia" marah Yana seorang diri.
Kini dia berada di meja officenya dan membebel seorang diri. Telefonnya sudah dicampak di atas meja.
... FLASHBACK...
Yana terus masuk ke dalam kereta memandu kearah pejabatnya.
"Baru pukul 4 lebih. Rasanya sempat lagi aku jumpa Rasya" ucap Yana seorang diri lalu memecut laju ke arah pejabatnya.
Nasib cafe tersebut tidak jauh dari pejabatnya.Sesampainya dia di pejabat, dia terus naik ke bilik Rasya yang berada di bahagian pengurusan pelanggan.
Selepas mengetuk pintu, Yana terus masuk ke pejabat tersebut lalu kerusi di hadapan meja Rasya menjadi tempatnya berlabuh.
Rasya yang sedang memerhatikan fail hitam ditangannya mulai terasa terganggu.
"Ada apa datang sini?" Soal Rasya pelik.
Matanya tidak lekang dari memandang isi kandungan fail itu.
"Akak boleh tak Yana nak tukar customer?" Soal Yana sopan.
Rasya sedikit tersentak. Wajahnya naik memandang Yana yang seakan mengharapkan sesuatu daripadanya.
Perlahan dia menarik nafas panjang. Fail ditangannya di tutup lalu di letakkan di tepi meja.
"Yana, awak tahu kan yang awak ni antara pekerja yang paling sikit customer bulan ni. Awak boleh kena buang kerja tahu kalau macam ni. " bebel Rasya pada Yana.
Yana mengeluh kecil saat jawapan yang dinantikannya seakan jauh dari jangkaannya.
"Habistu kalau customer saya tu suka buat masalah macam mana saya nak handle. Susah lah kalau macam ni" keluh Yana.
Rasya terus mencapai fail yang dibiarkan tergendala tadi. Disambung kerjanya yang terhenti kerana pintaan Yana.
"Bergantung pada customer. Kalau customer awak tu dah sign kontrak dengan awak saya tak boleh nak kata apa" ucap Rasya.
"Kalau belum?" Soal Yana lagi.
"Mungkin boleh di pertimbangkan" ucap Rasya selamba.
Yana terus bangkit dari kerusi dan ingin bergerak keluar. Tapi keinginannya diberhentikan dengan kata-kata dari Rasya.
"Lagi satu, pasal wifi syarikat. Komputer saya menunjukkan yang phone dan komputer awak paling banyak curi data syarikat. Saya tau lah unlimited, tapi tolonglah berpada-pada kalau nak guna" ucap Rasya lagi.
Yana mulai bengang. Sempat pula ingatkan pasal wifi syarikat.
"O-okey. Sorry kalau pasal wifi tu" ucap Yana perlahan.
Kantoi sudah.
Yana terus menarik tombol pintu lalu segera keluar dari situ. Nanti banyak pula yang dia nak bebel.
Meja tempat kerjanya menjadi tempat dia berlabuh. Telefon pintar berjenama Huawei miliknya dikeluarkan. Dia mencari nombor seseorang lalu henfon tersebut dilekapkan ditelinganya.
"Mawar, yang Akif dalam fail pelanggan yang kau bagi aku tu, dia dah sign kontrak ke belum?" Soal Yana tidak sabar.
"Dah. Aku siap letak nama kau lagi. Dia tak tahu pun yang aku tukar nama kau" ucap Mawar selamba.
Yana mulak naik darah mendengar penjelasan Mawar.
"Jadi kau dah tahulah yang dia tu Akif yang suka buli aku?" Soal Yana tidak percaya.
"Dah. Masa tu aku jumpa dia. Masa tu jugak aku suruh dia sign kontrak. Dah la aku nak makan ni. Malam nanti aku balik lambat Im- Im...." ucapan Mawar terhenti begitu sahaja.
"Im? Iman lagi?" Soal Yana ingin kepastian.
"Eh bukanlah. Im... ha! Imani. Imani adik aku tu" ucap Mawar lagi.
"Adik kau bukan duduk asrama ke? Asrama dia kan jauh dengan sini" ucap Yana pelik.
"Ish. Kau ni. Kalau aku kata adik aku, adik aku lah. Dah la bye. See you tonight" ucap Mawar lalu mematikan panggilannya.
... ENDFLASHBACK...
"Okay, Relax. Kita fikir cara lain" ucap Yana lalu mengurut kepalanya.
Saat gadis itu sedang menenangkan diri, telinganya menangkap bunyi seseorang mengetuk mejanya.
"Ehem. Borak dengan siapa je cik Yana?" Soal Adam.
Yana pantas mengangkat wajahnya. Setelah itu, dia menunduk kembali.
Wajahnya disembamkan ke atas meja.
"We have a super big big problem" ucap Yana perlahan.
Adam mengangkat sebelah keningnya. Wajahnya kelihatan berminat dengan 'masalah' yang menimpa gadis itu.
"Apa yang super big big problemnya?" Soal Adam perlahan.
Yana pantas mengangkat wajahnya memandang Adam. Kerusi milik Mawar menjadi tempat jejaka itu berlabuh.
"Okay. Kita dapat projek baru kat Subang Jaya"
"Baguslah. Kau pun tak banyak projek kan bulan ni"
"Ish kau ni. Dengarlah dulu"
"Kan tengah dengar ni"
Yana mencebik geram.
"Ye ye, sambung cepat"
"Customer tu kawan aku. Kawan aku yang suka buli aku. Kau rasa macam mana aku nak kerja kalau dia suka buli aku?" luah Yana pasrah.
"Tak pe lah. Yang penting kan duit. Kalau dia suka buli kau, kau buat je lah rumah dia tu ala kadar je" cadang Adam lagi.
Yana memandang Adam geram.
"Senanglah mulut kau kata ala kadar je. Nanti aku yang kena hadap Rasya lagi kalau kawan aku tu report kat Rasya pasal kerja aku" ucap Yana tidak berpuas hati dengan cadangan Adam.
"Ala Rasya je. Lagipun dia tu bebel je lebih. Bukan dia pecat kau pun. Kerja kau tip top. Mesti dia sayang nak buang kau punya" pujuk Adam lagi.
"Bebel pasal benda tu boleh lah. Kalau dia tambah bemda lain lagi. Kau tahu tak tadi masa aku request untuk tukar customer, dia boleh pulak sindir aku pasal aku guna wifi syarikat banyak sangat" rungut Yana pula.
"Kau memang patut pun kena marah pasal wifi tu. Main game je tau nya" ucap Adam sambil ketawa lalu terus berlalu dari situ.
"Kau ni memang kan. Bukan nak tolong aku" ucap Yana geram.
Adam yang mendengar ayat dari mulut Yana terus menggelakkannya. Yana hanya memandang dengan wajah geram.
"Dengar bukan nak tolong aku. Tolong gelak adalah" bebel Yana lalu duduk di kerusinya kembali.
Tiba-tiba kotak idea datang dari atas bumbung menghempap kepalanya.
"Hah!. Aku boleh jugak buat macam tu kat dia. Tapi kalau dia buli aku balik, sama je. Tak pe kita cuba je dulu. Dah ada peluang ni kita manfaat la dulu" ucap Yana perlahan sambil tersenyum kecil.
Dia terus mengambil beg dan henfonnya untuk pulang. Dia harus merancang perkara ini sebaik-baiknya. Semoga rancangannya berjalan lancar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro