ASKP 🍩 8
"Nah, boss kasi kau kerja. Dia kata kalau kau asyik main game je nanti dia nak sekat wifi syarikat untuk phone dan komputer kau" ucap Mawar lalu meletakkan sebuah fail di atas meja Yana.
Yana menaikkan wajahnya ke arah Mawar. Perlahan bibirnya mencebik.
"Ala boss tu sikit-sikit ugut nak sekat wifi aku. Aku guna sikit je" rungut Yana lalu mematikan henfonnya.
Mawar hanya menjeling Yana yang asyik merungut. Yana meletakkan henfonnya ditepi dan mengambil fail yang diberikan Mawar.
Dia membelek fail tersebut dengan teliti. Mawar meneruskan kerjanya di komputer. Asyik Yana membelek fail tersebut, matanya tertancap pada satu nama.
Dahinya berkerut, keningnya bertaut. Satu rasa yang naik di hati.
Hurmmmm...
'Ni kan nama dia. Takkan dia yang nak upah aku jadi ID rumah dia?. Mungkin orang lain kot. Takkan la dia?' Soal hati kecil gadis itu.
Jarinya pantas menyelak ke halaman yang seterusnya.
'Tapi kalau ya, tak ke naya aku kena buli dengan dia lagi?. Baik aku tanya Mawar, dia yang kasi aku fail ni' tambah hati Yana lagi.
Yana memusingkan badannya dan menghadap Mawar. Baru sahaja dia ingin bersuara Mawar terlebih dahulu memotongnya.
"Ma--"
"Weh, aku gerak dulu. Customer call. Bye" ucap Mawar lalu mengemaskan barangnya.
"Kejap. Aku nak tanya pasal customer ni. dia ni..."
"Aku tak tahu apa-apa. Nak tahu tanya Rasya"
"Macam mana kau tak tahu? kan kau..."
"Aku dah lambat bye!"
Mawar terus mengambil begnya dan berlalu pergi. Yana sudah mendengus geram melihat perlakuan rakannya.
Nafas dihela panjang meminta dirinya bertenang.
"Okay, Relax. Kita cuba dulu. Kalau betul tu dia, kita kasi je rezeki ni kat orang lain" ucap Yana sendirian lalu mencapai henfonnya.
Dia mendail nombor seseorang dan meletakkan henfon tersebut di telinganya.
Jari runcingnya mengetuk permukaan meja menunggu panggilannya disambung kepada gerangan tersebut.
"Hello, ni Encik Akif ke?" Soal Yana saat talian sudah disambungkan.
"Ye ni saya. Siapa ni?" Ucap suara tersebut sopan.
"Saya Yana, dari Dream Home Design Holding. Syarikat kami ada menerima tempahan untuk mendekorasikan rumah Encik. Betul ke?"
"Bukan rumah saya. Rumah mak saya. Baca la betul-betul"
"Sama je. Encik yang buat tempahan. Jadi kami fikir ini rumah Encik"
"Ye lah. Suka hati kau la"
"Jadi Encik nak jumpa kat mana?"
"Mana-mana je lah. Janji tempat makan"
"Makan je tahunya"
"Ei! Suka hati saya lah. Awak pun makan kan"
"Ye lah. Encik hantar location nanti saya datang"
"Okay. Tapi jangan lambat. Saya tak suka orang lambat.
"Ye lah. Tapi kalau encik yang lambat saya denda encik"
"Suka hati awak je nak denda pelanggan. Dah la bye"
TUT!
Yana memandang skrinnya yang kosong. Bibirnya diketap tanda geram.
"Dia tutup macam tu je. Eeeee! Geramnya aku. Dah la banyak mulut. Nasib baik kau customer aku. Kalau tak memang aku debik jugak kepala kau ni" bebel Yana.
Yana terus mengemas barangnya untuk bergerak ke restauran yang disebut Akif.
...setelah menjadi Statue Of New York...
Yana mengeluh sendirian. Hampir separuh airnya sudah habis. Sudah hampir satu jam dia menunggu pelanggannya sampai.
"Aku call tak nak jawab. Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai. Kata jangan lambat. Geram aku" bebel Yana sendirian.
Tidak lama kemudian, kelibat seorang lelaki yang sedang tergesa-gesa datang ke arah Yana.
"Sorry lambat. Saya ada emergency meeting tadi" ucap lelaki tersebut lalu duduk dihadapan Yana.
Yana yang mendengar suara tersebut terus memandang ke arah lelaki itu. Hatinya terus terimbau peristiwa dua hari lepas.
Melihat ayatnya tidak berjawab, Jejaka tersebut pantas mengangkat wajahnya ke arah manusia yang duduk didepannya.
Waktu terhenti seketika.
Riak terkejut dikeluarkan jejaka itu.
"AWAK?" ucap mereka berdua serentak.
Mendengar perkataan itu disebut serentak, Yana pantas memperbetulkan anak tekaknya.
"Awak memang sengaja ea upah saya untuk dekorasi rumah emak awak?" Soal Yana ingin kepastian.
"Ei! Mana ada. Tak ingin saya nak upah minah banyak mulut macam awak. Tau nya bebel je. Boleh pekak saya dengar" ucap Akif geram.
Yana tercengang.
Hatinya mulai panas kembali apabila dikutuk selamba oleh jejaka itu.
"Kalau awak yang tak tinggal kunci merata-rata tak ada saya nak bebel kat awak lah!" ucap Yana geram.
"Mana saya tau kunci tu jatuh. Masa tu pun gelap kan. Tu pun nak marah" ucap Akif geram.
Dadanya di peluk erat tanda protes dengan Yana. Yana berdecit. Pantas dia mencapai beg silangnya lalu berdiri.
"Dah la. Saya tak nak la customer macam awak. Nanti kalau saya buat kerja kat rumah mak awak macam-macam awak cakap pasal saya" ucap Yana lalu beredar.
Akif terdiam. Bibirnya dicebik tanda geram.
"Ingat aku tahu ke yang dapat projek tu kau. Tapi aku kan cakap kat Mawar. Kenapa dia yang dapat?" Soal Akif sendirian.
Rasanya dia macam terpaksa pasrah jika Mawar yang sengaja menyerahkan projek itu pada Yana.
... kejadian malam semalam...
"AKIF!!!" jerit Yana sekuat hatinya.
Kakinya pantas mengorak langkah bagi mengejar Akif yang sudah bergerak ke kereta.
Akif yang sudah sampai di keretanya terus menyorok. Mengelakkan diri dari dilenyek gadis yang menakutkan itu.
Lama dia tunggu kelibat gadis itu muncul tapi tiada. Akif mengintai sedikit dibalik keretanya.Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.
Akif pantas menoleh ke belakang. Berdirinya seorang remaja lelaki di belakang Akif menimbulkan rasa curiga di hatinya.
"Ni kunci kereta abang ke?" Soal remaja tersebut perlahan.
Mata Akif turun ke arah gugusan kunci yang dipegang jejaka itu. Tangannya naik untuk menyambut huluran tersebut dan meneliti kunci itu.
Perlahan senyumnya terukir tanpa sedar.
"Ouh ini saya punya. Terima kasih. Mana awak jumpa?" Soal Akif pelik.
"Ada akak garang tu kasi saya. Dia kata jangan asyik perli orang kalau diri sendiri pun cuai" ucap remaja tersebut.
Akif menarik muka toya mendengar ayat diucapkan jejaka itu. Pantas memandang kembali wajah remaja lelaki itu.
"Itu je ke dia cakap?"Soal Akif lagi.
"Ada. Dia kata kucing tu comel. Tapi tak sesuai dengan Abang. Saya tengok pun tak sesuai. Abang dah tua tapi pakai keychain kucing. It's look girly. Pakailah key-chain guitar. Baru rockers!" ucap remaja tersebut bersemangat.
Akif sudah bengang di kata begitu. Dia terus menyimpan kunci tersebut di dalam koceknya. Baru dia teringat yang Yana masih lagi sedang mencarinya.
"Akak tu mana?" Soal Akif lagi.
"Dia kata tak payah cari dia. Dia balik jalan kaki" ucap remaja tersebut lalu berlalu pergi.
Akif terdiam.
"Balik jalan kaki? Rumah dia bukan jauh ke?" Soal Akif sendirian.
Akif terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjinnya. Dia ingin mencari Yana. Kesian pula akan gadis itu berjalan seorang diri di malam hari.
Saat mata dan mindanya mengesan kelibat gadis itu, mata Akif terus terkunci pada gadis yang cukup dikenalinya duduk di pondok bas. Ada juga disebelahnya seorang lelaki yang sedang memerhatikannya.
"Tu macam Yana je" ucap Akif sendirian lalu memberhentikan keretanya di hadapan pondok bas tersebut.
Akif keluar dari kereta lalu menuju ke arah gadis itu. Gadis itu langsung tidak memandangnya.
"Jom saya hantar awak balik" ucap Akif memujuk.
Gadis itu langsung tidak memandangnya. Akif menghela nafas panjang apabila ayatnya tidak disahut.
"Saya tak ada niat pun nak sakitkan hati awak. Jom lah. Lagipun tak elok kalau gadis duduk kat luar macam ni. Dah la malam" ucap Akif lagi.
Yana menarik muka geram.
Tak elok la sangat!
"Betul cakap abang awak tu. Tak elok gadis macam awak ni keluar malam" ucap jejaka tersebut setelah sekian lama menyepi.
Yana kemudiannya mendengus kecil dan berdiri. Dia menghadap lelaki tersebut dengan wajah serius.
"Encik, dia ni bukan abang saya. Abang saya tak ada lah menyakitkan hati macam dia" ucap Yana geram.
Badannya terus dipusingkan menghadap Akif.
"Saya terpaksa ikut awak sebab pak cik tu. Tapi saya belum habis lagi dengan awak. Siap awak nanti" ucap Yana perlahan lalu bergerak kereta Akif.
Akif terdiam.
Dia nak tumbuk aku ke? Argh! Jangan fikir bukan-bukan lah!
Akif terus mengorak langkah ke arah keretanya. Sempat dia kirimkan senyuman pada lelaki tadi mengurangkan rasa segan.
Setelah itu, keretanya mulai bergerak di atas jalan raya menuju ke rumah Yana.
"Macam mana awak tahu tu kunci saya?" Soal Akif setelah lama mendiamkan diri.
"Kucing tu yang cakap" ucap Yana malas.
Akif memandang Yana pelik.
"Kucing?" Soal Akif pelik.
"Belakang kucing tu ada nama awak kan" ucap Yana geram.
"Ouh" ucap Akif sepatah apabila teringatkan rantai kunci miliknya.
Yana pantas menoleh ke arah Akif. Riak tidak puas hati ditayangkan.
OUH JE?!
Yana memperbetulkan anak tekaknya sebagai pembuka bicara.
"Ehem! Awak kata ouh je? Awak tahu tak kalau awak hilang kunci kereta tu awak pun boleh hilang sekali kereta awak tau. Nasib saya jumpa kat bangku tadi. Kalau tak saya tak taulah apa jadi kat kereta awak. Awak ni selalu perli orang tapi cuba tengok sikit yang awak tu pun sama. Entah-entah kalau saya tak jumpa kunci tu awak pun balik jalan kaki jugak macam saya...."
"Yana kau boleh diam tak? Asyik marah je dari tadi" ucap Akif perlahan.
Yana memandang Akif dengan tajam. Dadanya turun naik menahan amarah.
"Tak!" ucap Yana tegas.
Akif menghela nafas panjang. Diurut perlahan kepalanya yang sedikit pusing dengan tingkah gadis itu.
"Lagi satu, kenapa awak tak cakap yang Mawar balik dengan Iman naik kereta saya? Awak ni memang sengaja kan. Dah la tu kereta saya. Kalau dia selongkar kereta saya dengan Mawar tu macam mana? Mawar tu bukan boleh percaya. Awak tahu kan Mawar tu macam mana. Awak pun satu..."
Maka bebelan itu berterusan sehingga kereta Akif tiba dihadapan rumah gadis itu. Akif hanya mendiamkan diri mendengar bebelan Yana. Kalau dibantah nanti makin bising pulak si Yana ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro