Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 7

"Tengok dari tadi nak saya suap ke cik abang?" Soal Yana lemah lembut.

Akif memandang Yana dengan wajah geram. Mawar dan Iman sudah tergelak kecil mendengar ayat dari mulut Yana.

Jejaka itu merenung tajam wajah Yana dan gadis itu tetap tak mahu mengalah!.

Ngap!

"Emmm sedapnya! dah la orang suap"

Yana memandang jelik gardunya yang telah masuk ke mulut Akif.

"Ew!"

Dia meletakkan garfu tersebut ke pinggan Akif.

"Apesal letak kat pinggan saya?" Soal Akif pelik.

"Tak nak lah. Dah la bekas mulut awak" ucap Yana geli.

"Bekas mulut saya tapi ni garfu awak jadi awak kena ambik balik" ucap Akif lalu meletakkan garfu tersebut ke pinggan Yana.

"Tapi dah kena air liur awak. Ambik lah" Yana menolak garfu tersebut ke pinggan Akif.

"90% air liur awak 1% dari mulut saya. Jadi ambik la balik" ucap Akif lalu meletakkan garfu itu ke dalam pinggan Yana.

"Mana lagi 9%?" Soal Yana pelik.

"5% besi garfu ni 4% kuman dan kuah spagetti" ucap Akif selamba.

"Tapi dah masuk mulut awak jadi 100% garfu ni kena letak tempat awak" Ucap Yana lalu meletakkan di pinggan Akif.

Maka bergaduh la mereka berdua tentang kehadiran garfu yang merosakkan makan malam tersebut. Tapi pertelingkahan mereka diberhentikan apabila...

"Garfu ni disediakan untuk awak jadi ni awak punya" ucap Akif lalu mengangkat garfu tersebut ke pinggan Yana.

Sesampainya di pertengahan garfu tersebut jatuh dan...

Pup!

Iman tersenggul siku Akif dan garfu tersebut jatuh ke dalam air Yana.

"Errr sorry" Ucap Akif perlahan.

Hidung Yana sudah kembang kempis menahan amarah. Matanya tajam memandang wajah Akif.

Mawar pula hanya melihat garfu tersebut menyelam di dasar jus lobak susu dengan mulut yang ternganga. Iman pula hanya mendiamkan diri.

"Erggghhhh!"

Yana terus menggengam sudu tersebut hingga bengkok. Akif yang melihat sudu tersebut mulai bengkok terus mengecilkan diri.

Sudu cepat bengkok ni mesti beli kat kedai dua ringgit ni.

"Nasib baik kita kat restauran. Kalau tak..." Yana semakin membengkokkan sudu tersebut dengan kedua tangannya.

"Okay... I'm sorry" ucap jejaka itu perlahan.

Yana menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan. Sudu tadi diletakkan di atas pinggan.

"Huh! Memandangkan garfu ni buat snorkelling kat dalam air aku. Jadi jom kita pergi jalan-jalan. Terasa panas la pulak kat sini" ucap Yana perlahan.

"Haah la, lagipun lepas makan kena jalan-jalan jugak kan. Nanti perut cepat buncit. Jom kita pergi tasik nak?" Soal Mawar ceria.

Sengaja dia menukar topik untuk menyejukkan sedikit malam ini.

"Boleh jugak. Lagipun tasik kan dekat je dengan sini kan. Kau nak ikut tak Akif?" Soal Iman lalu menyiku lengan kawannya.

Akif berdehem sedikit memperbetulkan anak tekaknya.

"Aku tak kisah. Lagipun besok kan cuti" ucap Akif pula.

Mereka berempat keluar dari restauran tersebut selepas Iman membuat pembayaran serta ganti rugi sudu yang dibengkokkan Yana. Mawar menaiki kereta Yana manakala Iman menaiki kereta Akif.

Sesampainya mereka di tasik, mereka terpukau dengan keindahan cahaya lampu di sekitarnya.

Sebelum ini mereka tidak mengetahui suasana tasik pada waktu malam lebih cantik dari waktu siang.

Awal-awal lagi, Mawar dah turun dari kereta dan menggapai lengan Iman untuk berjalan bersama. Yana dan Akif hanya mengikuti dari belakang.

"Ermmm... sorry tau pasal air awak tadi. Saya yang salah sebab sengaja makan bebola daging tu" ucap Akif setelah lama mereka mendiamkan diri.

Mawar dan Iman sudah jauh di hadapan. Yana terus memandang ke sebelahnya.

"Tak pe. Saya tak marah pun" ucap Yana sambil tersenyum.

Tapi senyumannya samar-samar kerana jauh dari cahaya lampu di tasik itu.

"Awak, kalau saya nak tanya ni awak marah tak?" Soal Akif serba salah.

Yana mengangkat sebelah keningnya mempersoalkan soalan Akif.

"Bergantung pada soalan. Kalau soalan awak merapu memang saya lenyek je lah awak macam kentang putar" ucap Yana pula.

Akif yang mendengar ayat dari mulut Yana kejam hanya mendengar dengan wajah bosan. Tapi kembali serius apabila teringat akan soalan yang bermain di mindanya.

"Awak dah tunang ke?" Soal Akif perlahan.

Perlahan gadis itu mulai diam. Berat untuk dia menyatakan perkara sebenar.

"Macam mana awak tau saya dah tunang?" Soal Yana pelik.

"Masa saya first time jumpa awak, saya tengok jari awak kosong. Masa aritu saya jumpa awak kat supermarket jari awak ada cincin. Pastu masa awak nak jatuh, ada orang lelaki tu sambut awak. Macam awak dah lama kenal dia. Tu ke tunang awak?" soal Akif panjang lebar.

"Awak ni memang teliti kan. Yang sambut saya tu memang tunang saya pun. Tapi sekarang... dah... putus" ucap Yana sedikit kecewa.

"Kenapa putus?" Soal Akif lagi.

Kalau boleh dia nak korek rahsia Yana hingga ke lubang cacing.

"Semalam, Saya nampak dia dengan perempuan dua orang tengah makan kat restauran. Siap bergurau manja lagi. Sebelum ni saya dah banyak kali nampak. Tapi saya cuma fikir positif je. Lagipun bukan saya yang nak sangat khawin dengan dia. Terima pun sebab kesian. Tu pun saya kata nak tunang dulu. Nasib dia ikut. Kalau tak memang saya rendam dia dalam jeruk cili" ucap Yana geram.

Marahnya masih lagi berbaki pada lelaki itu.

"Then?" Soal Akif tidak sabar.

"Then, Mawar ajaklah saya masuk dalam restauran tu tegur dia dan tanya dia buat apa kat situ. Dia kata dia makan dengan sepupu dia. Itu mungkin boleh diterima lagi. Tapi yang paling saya geram bila sepupu dia tu panggil dia baby dengan gediknya. Saya tarik la si Aidil dan Mawar tarikla dua ketul betina tu pergi tempat yang sunyi sikit dan apa lagi saya belasah la dia. Tapi disebabkan belas kasihan saya hantar dia klinik beberapa minit kemudian" ucap Yana panjang lebar.

Macam real dia bercerita.

Akif hanya mengiakan cerita Yana. Mereka berdua duduk di bangku yang berdekatan kerana sudah lama mereka berjalan.

"Habis tu cincin awak? Awak tak pulang ke?" Soal Akif lagi.

"Mestilah pulang!. Saya siap baling lagi kat dia" ucap Yana lalu tertawa kecil apabila teringat akan perbuatan kejamnya itu.

"Habis tu, dia dah tak ada apa-apa la dengan awak?" Soal Akif lagi.

"Haah. Tapi sekarang ni saya dah malas la nak layan kerenah dia. Bukan saya suka dia pun. Saya terima sebab saya rasa kesian. Kalau saya terima dia dengan cinta maksudnya saya mungkir janji" ucap Yana lalu bersandar di bangku tersebut.

"Janji? Janji apa?" Soal Akif ingin tahu.

"Adalah. Mana boleh cerita kat awak. Nanti awak ejek saya. Dengan Mawar pun saya tak cerita, apalagi dengan awak" ucap Yana lalu bangun dari bangku tersebut.

Akif hanya mendengus kecil mendengar jawapan Yana. Baru nak korek rahsia. Pasangan yang hampir dewasa itu terus berjalan menerusi tasik tersebut.

"Mana Mawar dengan Iman?. Dah lama kita pusing-pusing. Takkan tak jumpa diorang?" Soal Yana letih.

Badannya terasa penat. Kakinya sudah lenguh kerana asyik berjalan.

"Diorang dah balik dah" ucap Akif selamba.

Yana yang mendengar ayat Akif terus memberhentikan langkahnya. Akif yang berada di belakang Yana terus melanggar gadis itu kerana asyik melihat remaja bermain papan selaju.

"Ow! Kenapa awak berhenti tengah jalan ni?" Soal Akif pelik saat badannya terlanggar gadis itu.

"Kenapa diorang balik awak tak cakap?" Soal Yana geram sambil menghadap Akif.

"Dah awak yang nak sangat jalan-jalan kan. Jadi saya biar je lah awak. Lagipun saya tengok awak asyik tengok tasik je. Kesian saya nak suruh awak balik" ucap Akif perlahan.

"Awak tau tak, kunci kereta saya ada kat Mawar. Macam mana saya nak balik?" Soal Yana keras.

"Habistu yang awak bawak beg ni kenapa? Awak letak apa dalam tu?" Soal Akif lalu jarinya menunding kearah beg kecil Yana.

"Dalam beg ni ada powerbank saya dan Mawar. Lepastu ada phone saya, ada mini tab saya, ada wayar USB, dompet saya dan... barang wanita. Awak ingat beg kecil ni muat ke kunci kereta yang besar tu. Dah la penuh dengan powerbank Mawar. Awak tak nampak ke beg ni gemuk?. Beg Mawar tu walaupun kecil dia cuma bawak dompet dengan phone je. Sebab tu saya letak kunci kereta dalam beg dia. Sekarang ni dia dah balik dan saya kena tunggu kat sini macam kat tunggul! Awak ingat saya suka ke? Dah la mengantuk, awak pulak buat lawak tak jadi. Eeeeeee!!! Kalau saya tau jadi macam ni memang saya debik awak awal-awal kat restauran tadi" bebel Yana panjang lebar.

Akif hanya mendengar bebelan Yana dengan pasrah.

"Iman, dia datang sini naik kereta saya. Jadi, tadi dia balik naik kereta awaklah sebab kunci kereta awak kat Mawar" terang Akif dengan nada bosan.

"Macam mana awak tau dia balik naik kereta saya?" Soal Yana pelik.

"Kunci kereta saya kat saya" ucap Akif lalu mencari kunci keretanya.

Wajah Alif terus berubah apabila poket yang dipegangnya kosong.

"Jangan. Cakap. Kunci. Kereta. Awak. Hilang" ucap Yana dengan nada keras.

Akif yang gelabah terus menyeluk ke semua poket di seluar dan bajunya.

Kosong.

Hanya dompet dan henfonnya.

"Errr... sa-saya rasa..."

"Rasa apa?!" Soal Yana tegas.

"Ter... jatuh" ucap Akif perlahan.

Yana mulai panas lagi. Akif dengan pantas mengangkat kakinya tinggi-tinggi lalu melarikan dirinya selaju yang boleh.

"AKIF!!!"

Akif sudah mula menggelibas apabila jeritan Yana didengari oleh beberapa orang di sekitar tasik tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro