ASKP 🍩 6
Setelah membuat pembayaran di kaunter, Yana terus naik ke pejabatnya di tingkat 5. Hari ini dia tiada mood untuk makan jadi dia hanya membeli air saja di cafe pejabatnya.
Setelah pintu lif terbuka, Yana terus bergerak ke mejanya. Kelihatan Mawar sedang khusyuk membuat design rumah untuk pelanggannya. Yana terus duduk di kerusi dan mengeluarkan mini tabnya.
Cawan kertas berisi air coklat sejuk itu diletakkan di atas meja beralaskan tisu untuk mengelakkan mejanya daripada basah.
Mawar yang mendengar bunyi game dari tab Yana terus menghadap rakannya.
"Weh, tadi Iman call aku. Dia kata dia ajak dinner malam besok" ucap Mawar sambil tersenyum.
"Dah tu apa kaitannya dengan aku?" Soal Yana selamba.
"Dia ajak kau sekali" ucap Mawar sambil memandang Yana.
Yana terdiam. Aktivitinya terhenti seketika.
"Malas la. Nanti kau tinggal aku macam aritu" Ucap Yana malas.
Mindanya kerap memutarkan memori saat dirinya menunggu Mawar berzaman di supermarket.
"Tak lah. Kau cuma teman aku jumpa dia je. Lepastu, kalau kau nak balik, balik je lah" ucap Mawar memujuk.
"Okey. Tapi kau balik aku tak ambik tau" ucap Yana sambil memandang ke arah Mawar.
"O yeah!. That's why I love you. Nanti kalau aku nak balik, aku suruh Iman hantar" ucap Mawar lalu menyambung tugasnya.
Yana pula terus bermain game kerana dia tidak mempunyai pelanggan pada bulan ini lagi. Tapi kalau kerja kena datang office jugak.
... Di malam hari...
Yana hanya memakai blouse biru pekat dan seluar kembang-kembang ala kucing parsi dipadankan dengan tudung biru cair.
Itupun di paksa Mawar untuk cantik-cantik sikit. Ikutkan hatinya mahu saja dia pakai t-shirt dan seluar track biasa.
Mawar pula bibirnya bagaikan pontianak baru lepas melantak anak harimau. Baju blouse hitamnya berkilat bagaikan pancaran tiang lampu ke atas kertas timah. Rambut pula diikat ala-ala messy hair.
"Mawar... Aku tau la kau nak jumpa Iman. Tapi janganlah lebih sangat sampai macam ni. Bukan tak cantik tapi... melebih" ucap Yana perlahan.
Pancaran dari lampu jalan menaikkan lagi kilauan dari baju Mawar.
"Ehek. Suka hati aku la. This is the way I call fashion little girl" ucap Mawar berlagak.
Yana hanya mencebik apabila di kata begitu. Mereka keluar dari kereta lalu bergerak ke arah restauran tersebut untuk menunggu Iman.
Sementara itu, Yana dan Mawar duduk di bangku yang berdekatan dengan restauran tersebut. Yana mengeluarkan henfonnya lalu menekan butang on.
87 missed call from Biawak Sengal
Yana yang melihat notification tersebut terus berasa geram apabila teringat kejadian petang tadi. Yana terus membuang notification tersebut dan mematikan henfonnya.
Tidak lama kemudian, kelibat Iman mulai kelihatan sedang berjalan ke arah restauran tersebut. Mawar yang menantikan Iman terus bangun dan menarik tangan Yana.
Setelah mereka bertemu dan memuji sesama sendiri, jejaka itu pantas mengeluarkan sejambak bunga Mawar dari belakangnya. Biasalah pasangan baru hangit-hangit tahi ayam.
Mawar apa lagi, senyum kalau boleh sampai ke langit sambil mengambil bunga tersebut.
Tidak lama kemudian, kelibat seseorang datang di belakang Iman. Ketika itu Yana memang ingin menyumpah seranah Mawar.
Nak tau kenapa?
Mawar dan Iman pakai baju hitam. Akif dan Yana sama-sama biru pekat. Seperti sudah dirancang. Akif hanya melihat Yana atas bawah seperti tidak percaya.
"Apa tengok-tengok"soal Yana geram.
Akif menjeling geram. Wajahnya terus di paling memandang wajah Iman.
"Kau paksa aku pakai baju biru ni sebab nak sama dengan dia ke?" Soal Akif sambil jarinya menunjuk ke arah Yana.
"Bukan plan aku. Aku cuma ikut arahan Mawar je" ucap Iman lalu menunding jari kearah buah hatinya.
"Baru namanya jodoh" ucap Mawar perlahan.
Mawar hanya tersengih kambing apabila dipandang tajam oleh Akif dan Yana.
Iman yang melihat ketegangan tersebut terus mengajak mereka masuk.
Setelah mengambil meja yang ditempah untuk empat orang, mereka semua duduk. Tidak lama kemudian, makanan pun sampai. Iman dan Mawar rancak berbual manakala Akif dan Yana hanya diam sambil makan.
"Korang ni cakap la sikit. Asyik diam je. Takkan tak bosan?" Soal Iman pelik.
Mana tak peliknya, Yana sibuk bermain dengan makanan manakala Akif khusyuk melihat henfonnya.
"TAK" ucap Yana dan Akif serentak.
Mereka berdua kemudiannya berpandangan dan menyambung kembali aktiviti mereka.
Iman dan Mawar yang melihat mereka hanya tersenyum kecil. Mereka berdua berbual kembali dan membiarkan Akif dan Yana berdiam.
Suara dari henfon Mawar memecah kesunyian. Mawar mengambil henfon didalam begnya dan melihat skrin lalu berkerut.
"Siapa?" Soal Iman pelik.
"Unknown number" jawab Mawar selamba lalu meletakkan kembali henfonnya dalam beg.
Bukan sekali, tapi banyak kali hingga menganggu ketenteraman Iman.
"Jawab je lah. Mungkin dia ada hal penting kot" ucap Iman.
"Okay" Ucap Mawar lalu mengambil henfonnya lalu jarinya dileretkan ke butang hijau.
"Hello?" Soal Mawar. Mukanya berkerut sebentar mendengar ayat dari pemanggil tersebut.
"Errr... dia ada je kat sebelah saya" ucap Mawar lalu memandang Yana.
Yana hanya melihat Mawar dengan wajah pelik.
"O... kay..." ucap Mawar lalu memberikan henfonnya kepada Yana.
Yana hanya memandang huluran Mawar dengan wajah pelik.
"Siapa?" Soal Yana.
"Jawab je" ucap Mawar.
Iman dan Akif hanya memandang dengan riak biasa. Mungkin kawan mereka.
Yana menyambut huluran tersebut dengan rasa malas. Dia mengambil henfon Mawar lalu diletakkan di telinganya.
"Hello?" Soal Yana malas.
"Baby,it's me Aidil. I cuma nak cakap..."
"Yang tadi tu salah faham? Gitu?" Soal Yana keras.
Mendengar suaranya juga sudah cukup benci apalagi mendengar penjelasannya.
Akif dan Iman memandang Yana dengan pandangan pelik. Mawar pula hanya makan seperti biasa seperti dia telah tau yang Yana akan marah sebegitu.
"Errr... Baby I just nak say sorry. Bukan salah I" pujuk Aidil lagi.
"Just nak minta maaf je kan. Okay I maafkan. Bye" ucap Yana geram.
Dia ingin mematikan panggilan tetapi ada lagi suara yang berbunyi.
"Baby, baby, wait. I nak tanya yang, you tak putuskan tunang kan?" Soal jejaka itu lagi.
Yana mendengus geram.
Kau sabo jap. Aku hantar tapak selipar nanti.
"Arini mungkin kau pergi klinik je. Jangan sampai besok kau masuk hospital. Officially kita putus. You cakaplah dengan mummy you tu yang I dah campak cincin tu kat you. So jangan sibuk cari I lagi" ucap Yana lalu mematikan panggilan.
Yana terus memberi henfon tersebut kepada Mawar. Saat Mawar ingin menyambut huluran tersebut, Yana menarik kembali huluran tersebut dan memandang wajah Mawar tajam.
"Kenapa kau jawab kalau dah tau dia call?" Soal Yana geram.
"Dah dia call. Daripada dia bising-bising baik aku jawab" ucap Mawar pula.
"Block nombor dia. Aku tak nak dia call lagi" ucap Yana lalu memberikan henfon Mawar.
Mawar hanya menyambut huluran tersebut tanpa bersuara. Akif dan Iman hanya memandang dengan pelik. Akif pula tanpa menoleh kiri kanan terus bersuara.
"Siapa tadi tu?" Soal Akif.
Yana yang sedang menggulung spagetti terus memandang dengan tajam.
"Sibuklah" ucap Yana sepatah.
"Sebab saya penyibuk la saya tanya" ucap Akif selamba.
Iman dan Mawar teruskan aktiviti berbual mereka tanda tidak mahu masuk campur. Yana terus memandang Akif geram.
"Tak yah sibuk boleh tak?" Soal Yana malas.
"Yang awak marah-marah ni kenapa? Datang bulan ke?" Soal Akif tanpa segan silu.
Mawar dan Iman memandang Akif tanda tidak percaya. Muka Yana sudah mulai merah apabila ditanya begitu.
"Awak ni tak malu ke tanya macam tu?" Soal Yana sambil menunduk dan sambung bermain dengan spagettinya.
"Kalau saya malu saya tak tanya" ucap Akif selamba.
Yana yang mendengar ayat Akif semakin memerah muka dia. Siapa tak segan kalau ditanya soalan sensitif bagitu.
Yana memandang Akif dengan tajam dan mencucuk bebola daging tersebut dengan kuat. Iman dan Mawar yang terkejut melihat Yana yang sedang geram dengan Akif.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro