Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 5

Hari ini Yana di'paksa' Aidil untuk ke rumah mummy Aidil. Bak kata manusia zaman sekarang, nak kenal-kenal walaupun dah lama kenal.

"Yana masuklah dulu. Buat macam rumah sendiri" ucap Mummy Aidil.

Yana hanya tersenyum kecil mengikuti pelawaan mummy Aidil. Dia masuk ke dalam rumah lalu duduk di sofa diikuti Aidil.

Aidil yang mengambil Yana dari tempat kerjanya. Konon acah sweet taik kucing!

Mummy Aidil keluar dari dapur membawa teh panas yang berasap gitu~

"Jemputlah minum" pelawa Mummy Aidil.

Yana hanya tersenyum kecil. Mummy Aidil terus duduk di sofa berdekatan dengan Yana. Aidil pula duduk di sebelah tunangnya.

"Dah lama Yana tak datang sini. Auntie sooo rindu kat Yana" ucap Mummy Aidil.

Yana tergelak kecil dengan ayat Mummy Aidil. Bukanlah dia gemar sangat nak kesini. Itupun dipaksa beberapa kali oleh Aidil dan Mummynya.

"Yana sibuk la auntie. Kan Yana baru dapat kerja tahun lepas. Yana kenalah fokus kat kerja dulu" ucap Yana sambil tersenyum paksa.

Dia tidak berapa gemar bertemu dengan mummy Aidil kerana salah satu sebabnya ialah....

"Yana nanti kalau dah khawin dengan Aidil, mummy nak cucu ramai tau" ucap Mummy Aidil tanpa segan silu.

Yana sudah kemerahan apabila dikata begitu. Dah la Aidil sedang tersengih disebelahnya. Kalau bukan disebabkan ada orang tua Aidil, sudah lama dia bantai si Aidil ni.

"Hmmmm... tengok lah rezekinya macam mana" ucap Yana perlahan.

Dia sudah menjeling Aidil yang tersengih.

"Iya jugak... kalau tak ada rezeki Aidil amik anak angkat la... tak pun khawin je lagi satu... Yana mesti tak kisah kan?" Soal Mummy Aidil sambil tersenyum.

Sebut je khawin lain, lelaki mana yang tak suka!

"Boleh je... Yana kan baik... lagipun suami kan ada hak nak khawin empat" ucap Aidil lalu ketawa kecil.

Yana hanya mencebik.

Dia tahu lah yang dia ni hanya perempuan lemah!

Macam biasa, berbual kejap pastu makan. Bila makan memang tak lari dari soalan tersedak makanan.

"Yana dengan Aidil macam mana sekarang?" Soal Mummy Aidil.

Yana berhenti dari mengunyah makanan.

"Macam mana apa?" Soal Yana tidak mengerti.

"Ye lah. Korang kan dah tunang. Takkan tak fikir nak khawin bila?" Soal Mummy Aidil.

Yana yang sedang menghirup Jus Oren terus tersedak. Nasib tak tersembur. Kalau tak turun saham beb!.

"Kha... Khawin? Kan baru tunang aritu. Takkan dah nak cakap pasal Khawin?kan dah janji nak ikat 4 bulan?" Soal Yana perlahan.

"Ye, Khawin. You tak nak ke? I rasa I macam nak percepatkanlah. Apa kata turun jadi sebulan je?" Soal Aidil pula.

Yana mulai gelabah. Dia bukanlah suka sangat dengan Aidil. Terima sebab kesian!

"A? Aaaa... sa- saya rasa macam awal sangat la... lagipun saya nak kumpul duit dulu... kan saya baru dapat kerja. Biar la saya kerja dulu" ucap Yana teragak-agak.

Tunang pun sebab kena paksa dengan Aidil. Bukan dia cinta tak cinta, tapi perangai Aidil agak terlebih.

Semuanya nak cepat. Padahal baru kenal masa zaman universiti. Setahun pun tak cukup lagi sebab Aidil kenal dia masa tahun terakhir Yana di unversiti.

Walaupun gadis zaman sekarang kata badan Aidil tu body idaman gadis malaya, tapi sikit pun Yana tak cair. Nampak la sikit bicepsnya. Itupun sebab pergi gym.

"Tak pe lah. Aidil kan mampu nak tampung Yana kan. Kan Yana sorang je. Bukannya Aidil khawin empat" ucap Mummy Aidil.

"Yeah! I kan kaya. Khawin empat terus pun tak pe. I kan mampu. CEO kot. You boleh minta apa je. Nak rumah, kereta, mansion, shopping, bag or anything?" Soal Aidil berlagak.

Yana berhenti sejenak. Mencari cara untuk memberhentikan bicara soal ini.

"Emm saya rasa baik awak simpan je duit awak tu. Untuk kegunaan akan datang. Mana tau awek awak nak khawin minta majlis grand ke?" Ucap Yana untuk menyelamatkan diri.

Dia malas nak layan perangai berlagak anak beranak ni. Tau lah kaya!

"You kan awek I. Jadi yang nak majlis grand tu you sorang je lah. Tak pe kalau you nak jemput satu Malaysia pun I mampu" ucap Aidil sambil tersenyum.

Yana memutarkan bebola matanya. Tak habis lagi ke?

"Daripada you jemput satu Malaysia baik you jemput anak yatim atau gelandangan kat Malaysia ni. Sekurang-kurangnya diorang dapat la makan mewah sikit kan Auntie?" Soal Yana selamba.

Terus saja makannya disambung. Aidil dan Mummy terus terdiam.

"Ha... ha ye. Betul jugak tu. Ha ha ha" ucap Mummy Aidil teragak-agak.

Aidil pula hanya mendiamkan diri lalu sambung aktiviti mencekiknya.

"Jadi... bila Yana rancang nak khawin? Mummy tak sabar nak dapat menantu" ucap Mummy Aidil setelah suasana agak sunyi.

"Macam masa tunang tu lah. Empat bulan. Kenapa? Cepat sangat ke?" Soal Yana pelik.

Aidil terus saja menyampuk apabila topik hangat dibualkan.

"Kalau boleh I tak nak tunang dengan you tau. I nak khawin je terus. Tunang ni semua bazir masa la. Tapi kalau untuk You, I ikut je" ucap Aidil sambil tersenyum.

Yana memutarkan bebola matanya. Geram dengan Aidil.

"Kalau you rasa bazir masa, tak yah la khawin dengan I" ucap Yana geram.

"I mana boleh lepaskan bidadari syurga macam you" ucap Aidil sambil tersenyum.

Aidil cuba untuk memegang tangan Yana yang berada di atas meja, tetapi tidak sempat kerana kakinya di sepak Yana.

"Ow!"

"Aidil ni dah kenapa?" Soal Mummy Aidil pelik.

Aidil hanya mencebik sambik tangannya menggosok lututnya yang sakit.

Belum sempat Aidil membalas, Yana terus menyampuk.

"Tadi ada ulat bulu gatal merangkak kat tangan Aidil. Tu yang Yana pukul je ulat bulu tu" ucap Yana sambil tersenyum.

Mummy Aidil memandang pelik.

Ulat bulu?

"Auntie tak nampak pun ulat bulu kat mana-mana" ucap Mummy Aidil pelik.

"Macam mana mummy nak nampak. Dia kalau ada mummy, dia terus lari gatalnya" ucap Yana lalu meneruskan aktiviti makannya.

"Mana ada... tadi Yana...."

"Yana dah buang dah. Dah la tak yah risau la Aidil. Ulat bulu you tu tak ke mana. Dia ada je kat pokok tu hah. Tapi kan bahaya Aidil kalau bela ulat bulu. Takut gatalnya merebak pergi kat you pulak. Tu yang terfikir nak khawin empat kan" ucap Yana sinis.

Aidil sudah menunduk apabila terkena ayat dari mulut Yana. Yana hanya tersenyum sinis lalu terus makan. Mummy Aidil hanya diam saja saat mendengar Yana bersuara.

Majlis makan siang hanya berlangsung dengan suasana yang sunyi. Takut kena baham dengan Yana agaknya.

Selesai makan, Aidil akan menghantar Yana pulang ke office Yana. Semasa bersalaman juga mummy Aidil sempat memberi sepatah dua kata.

"Nanti kalau ada masa, Yana datang la lagi ye" ucap Mummy Aidil di depan pintu.

"Insyaallah. Kalau tak datang hari ni, nanti KALAU khawin dengan Aidil pun datang sini jugak kan" ucap Yana sambil menekankan perkataan kalau.

"Ermm ye lah. Aidil, jaga Yana baik-baik" ucap Mummy Aidil lalu bersalaman dengan Yana.

"Sebaiknya Aidil akan jaga dia. Dia kan buah hati Aidil" ucap Aidil lembut.

Tangganya cuba untuk menggapai tangan Yana tapi pantas di tepis gadis itu.

Dasar buaya gatal!

Nasib Mummy Aidil sudah masuk ke dalam rumah.

"Awak ni suka hati je pegang saya" marah Yana setelah masuk ke dalam kereta Aidil.

"Kita kan dah tunang" ucap Aidil selamba.

"Kita cuma tunang je belum khawin. Ingat tu" ucap Yana geram.

Aidil hanya mendiamkan diri mendengar bebelan Yana. Aidil terus memandu ke office Yana untuk menghantarnya pulang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro