ASKP 🍩 49
Rasa sakit yang menyengat di wajah kanannya membuatkan dia terjaga. Perlahan mata dibuka bagi melihat sekelilingnya. Habis satu badannya rasa lenguh-lenguh dan menyengat. Sakit dia bukan main, rasa macam baru lepas bertukang buat rumah banglo sebiji.
"Dyana?"
Anak mata menoleh ke sisi kirinya. Wajah sembab Akif menyapa matanya. Surah Yassin yang ada ditangannya di letakkan di atas meja di sisi katil.
"Dyana, awak dah bangun. Awak ada sakit kat mana-mana? Kejap saya panggil doktor" Lelaki itu lekas bangun dan memanggil jururawat yang kebetulan lalu berdekatan dengan mereka.
Dyana pandang Akif pelik. Dia seakan-akan rasa asing dengan dunia seperti semua perkara berlaku terlalu cepat.
"A-akif" Dyana cuba untuk bangun dari baringnya.
Lelaki itu cepat-cepat menoleh. Terus dia tolak bahu wanita itu untuk baring semula.
"Tak payah bangun. Kaki awak sakit lagi tu. Nanti dulu, kita tunggu doktor dulu, okay?" Ujarnya lembut.
Dyana diam seketika. Anak matanya turun ke lengan Akif yang berbalut.
"Apa jadi? Kenapa aku kat sini? Kau okay?"
Akif tarik senyuman kecil. Kerusi ditarik bagi membolehkan dia duduk dekat dengan Dyana.
"Tak payah fikirlah apa yang jadi. Yang penting semua dah selamat"
Dyana angkat sebelah keningnya, tanda mempersoalkan kata-kata lelaki itu.
"Selamat?" Tangan Dyana menunjuk ke arah lengan Akif yang berbalut.
"Ni ke selamat?" Kaki Dyana yang berbalut dan wajahnya yang penuh dengan tampalan kain kasa di tunjuk.
Senyuman Akif mulai pudar. Badannya disandarkan pada kerusi.
"Awak marah kat saya lagi ke?" Soalnya lembut.
Dyana gelak sarkastik.
"Kau ingat kau boyfriend aku ke? Macam aku tak tahu kau sebenarnya berkomplot dengan Aidil untuk harta aku kan? Dasar lelaki miskin. Tak tahu malu"
Akif hanya diam menepi. Dia hanya tarik senyuman kecil. Suasana sunyi seketika, hanya bunyi suara orang berbual di sekeliling mereka sahaja yang kedengaran.
"Saya... cari doktor awak kejap ya. Awak tunggu tau, jangan pergi mana-mana" Lelaki itu bingkas bangun dan tinggalkan Dyana seorang-seorang di situ.
Tak sempat Dyana nak sindir lelaki itu lagi, bayangnya dah hilang. Dyana menghela nafas kecil. Rasa baran dalam hati dia tiba-tiba membara bila nampak wajah lelaki itu yang menyapa matanya. Dia patutnya halau Akif dari hidup dia awal-awal lagi.
Dyana terus bangun dari pembaringannya. Suasana sekelilingnya dipandang perlahan dan anak mata itu berhenti pada hujung katil; cuba mengimbas kembali apa yang berlaku sebelum dia bangun dan berada di sini. Kaki dia yang berbalut, badan dan wajahnya yang berbisa. Minda mula berfikir, entah apalah yang lelaki itu lakukan padanya sehingga dia yang harus menanggung rasa sakit sebegini.
Meja di sebelah dipandang dan perlahan tangannya mencapai laci meja untuk digeledah. Yang ada hanyalah barang peribadi seperti kain lap kecil, botol air dan barang mandian. Nampak macam kemungkinan besar milik Akif. Botol siapa lagi yang ada sticker dinasour biru tu kan.
Cermin kecil yang ada di dalam laci itu di ambil. Lama Dyana pandang pantulan wajah dia pada cermin itu sebelum jarinya menarik pelekat kain kasa itu dari kulit pipinya. Pergerakannya serta-merta terhenti. Jantung dia turut berombak kencang melihat luka jahitan pada wajahnya. Perlahan-lahan dia tarik habis kain itu dari wajahnya.
Terpampang luka jahitan dari hujung keningnya sampai ke tengah pipi. Plaster yang menutup hujung dahinya ditarik dan terserlah luka kecil seperti bekas terhantuk beserta sisa darah yang terlihat sudah kering.
Serta merta air matanya jatuh perlahan membasahi wajahnya. Makin lama dia pandang, makin berdenyut rasa sakit itu mencengkam kulitnya.
"Awak-"
Perlahan tangan Dyana melepaskan pegangannya pada cermin itu.
"Muka aku..."
Akif cepat-cepat rampas cermin itu dari Dyana dan di simpan terus dalam beg sandangnya yang tersedia di atas kerusi.
"It's okay. Doktor kata luka tu boleh sembuh dan tak timbul parut pun kalau sapu ubat. Jangan fikir lagi okay"
"Muka aku dah rosak... sakit..."
"Kenapa dia buat aku macam ni? Apa salah aku..."
Akif dah hilang arah. Apa pula dia nak buat ni?
"Dyana, tak ada apa-apalah. Awak kan kuat. Saya jaga awak, okay?" Pujuknya lembut.
Wanita itu hanya mendiamkan diri. Perlahan anak matanya memandang Akif yang setia di sisi katil.
"Kalau aku tak jumpa kau..."
Akif dah telan air liur melihat anak mata Dyana yang tajam memandang wajahnya.
"Dyana, awak salah faham ni. Awak dengar dulu saya explain--"
"KAU KELUAR!" Pasu kaca yang ada di atas meja itu di baling tepat pada kepala lelaki itu.
"SAMPAI MAMPUS PUN, AKU BENCI KAULAH, SIAL! KAU BERAMBUS!"
Akif terdiam melihat Dyana layan dia sebegitu. Kaca yang bertaburan di lantai hanya dipandang sepi. Jururawat yang dibawa Akif terus tarik langsir yang menutup ruangan itu hingga cahaya dari luar menerangi suasana itu.
"Encik, saya minta--"
"Sa-saya minta maaf. Sorry, saya keluar sekarang" Tak tunggu kata-kata jururawat itu habis, Akif terus buka langkah meninggalkan Dyana.
"Encik, dahi Encik"
Langkah Akif terhenti. Dahinya yang berdenyut di sentuh. Cecair merah mula keluar dari kesan luka itu.
"Tak apa, sikit je ni. Nanti kalau dia dah okay, contact saya ya. Saya turun bawah kejap" Bayang Akif terus hilang dari pandangannya, di sambung dengan figura doktor yang ditugaskan untuk Dyana.
"Okay ke? Apa yang pecah?" Doktor wanita itu terus meluru ke arah Dyana yang statik di atas katilnya.
"Patient tantrum, Doktor. Pasu pecah"
Melihat kain pembalut luka yang bersepah di atas selimut itu membuatkan hati doktor wanita itu sedikit sayu. Perlahan tangannya menarik langsir itu menutupi katil Dyana menjadikan suasana ruangan itu sedikit gelap.
"Hanna, Saya ganti bandage awak ya. Awak jangan buka lagi tau, nanti lambatlah dia baik, okay. Nanti saya bagi ubat, awak tidur dulu ya" Ujarnya lembut.
Dyana tarik nafas panjang. Wajahnya di tekup dengan tapak tangannya.
"Apa salah saya? kenapa dia buat saya macam ni?"
Doktor wanita itu memandang jururawat perlahan dan mengangguk kecil, menyuruhnya memberikan ubat cecair pada Dyana. Wajahnya memandang Dyana semula. Perlahan tangan mengusap lembut bahu wanita itu.
"Awak tak ada salah apa pun. Allah buat semua benda ni mesti bersebab dan apa pun sebabnya, mesti ada hikmahnya untuk awak. Mereka tak akan cari awak lagi, dan tak ada siapa boleh apa-apakan awak kat sini. Kami ada untuk awak, suami awak pun ada untuk awak. Awak jangan fikir sangat ya. Sekarang ni, awak fokus pada diri sendiri je. Take a good rest and let you mind rest, okay"
Dyana kerut dahi. Wajahnya diangkat memandang pelik wajah doktor wanita itu.
"Su-suami?"
Doktor wanita itu tersenyum kecil. Dia terus berdiri tegak di sisi katil Dyana sambil tangannya membetulkan bantal dibelakang wanita itu.
"Haah. Dia rajin betul datang jaga awak. Sepanjang seminggu awak terbaring kat sini, dia yang gigih tanya macam-macam pasal awak, pastikan awak bersih, kadang-kadang dia yang tolong gantikan bandage untuk awak walaupun tangan kanan dia dah berbalut. Dia buat semua tu seorang-seorang"
Kepala Dyana mulai memberat. Mindanya mula berfikir akan figura yang diceritakan doktor muda itu.
"Hanna tidur dulu ya. Ingat pesan saya tau, rehat je. Jangan fikir apa-apa" Badan Dyana ditolak lembut menyuruhnya untuk baring.
Dyana hanya menurut. Matanya tiba-tiba rasa berat sangat-sangat dan fikirannya mula rasa kosong semula. Perlahan-lahan membuatkan dia mula hanyut di lautan mimpi. Pandangannya kelam semula.
---
"Akif? Ibu baru nak pergi tengok Dyana. Eh, ni kenapa kepala ni?"
Akif sentuh sedikit kepalanya yang berdenyut. Rasa macam darahnya dah kering. Perlahan dia tarik senyuman kecil.
"Dyana. Dia terkejut kot tengok orang hensem duduk sebelah dia tadi. Tu yang terbaling pasu yang kat atas meja tu kat Akif. Tak ada apa-apalah, Ibu. Sikit je ni. Ibu masak apa? sedapnya bau". Kerusi meja makan itu ditarik sebelum punggung di labuhkan bersebelahan dengan ibunya yang sedang membungkus makanan.
"Dyana dah sedar?"
Akif mengangguk kecil. Suasana sunyi seketika. Wanita terus tarik kerusi di sebelah Akif dan duduk.
"Akif..."
"Tak ada apa-apalah, Ibu. Akif, okay. Kan Akif dah kata Dyana terkejut je"
Wanita itu menghela nafas kecil.
"Kalau tak okay, Ibu cakap dengan dia ya. Sekarang pukul berapa? Meh lah jom, hantar Ibu ke hospital. Ibu kebetulan masak asam pedas ni. Dia kan suka pedas-pedas ni" Pujuknya lembut.
Wanita itu terus kemaskan bungkusan makanan itu. Akif pandang ke arah lain. Perlahan dia bangun dari duduknya.
"Tak apalah. Ibu pergilah dengan Syah. Akif nak rehat kejap, nak mandi. Rasa macam dah busuk la"
Tingkah ibu Akif terus terhenti. Hanya memandang sepi anak lelakinya yang mula meninggalkan ruangan dapur itu.
"Akif"
Lelaki itu pandang Ibunya seketika.
"Ya?"
"Ibu pujuk dia ya. Kamu rehatlah dulu, makan ke. Jangan lupa mandi, muka tu dah tak rupa orang dah. Plaster dengan ubat ada kat tempat biasa" Ujarnya lembut.
Akif hanya tarik senyuman kecil. Perlahan ibu jarinya diangkat memberi thumbs up pada ibunya.
"Okay, Ibu. Hati-hati nanti bawa kereta. Syah tu kalau apa-apa, dia tahu jerit je" Bayangannya terus hilang dari ruangan dapur.
Wanita itu tarik senyuman kecil. Plastik bungkusan makanan di tangannya diambil dan ruangan dapur itu ditinggalkannya. Suasana di rumah itu kembali sunyi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro