Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 48

- ONE YEAR LATER -

"Umm, Hanna?"

Hanna yang khusyuk menyusun kotak hadiah didalam bakul mula terganggu. Badannya terus menghadap belakang untuk melihat gerangan yang memanggilnya.

"Ya? Kenapa, Amin?"

"Nak tak pergi jalan-jalan kejap? kita berdua je. Kau kan dah nak pindah, nak spend time together kejap. Hehehe"

Hanna tarik senyuman kecil.

"Okay, boleh. Kejap ea aku kemas ni dulu"

Lelaki itu mengangguk kecil. Setelah selesai, mereka mula berjalan beriringan ke tepi pantai. Merasai dan menghargai suasana tenang waktu petang di tepi pantai. Bersama cuaca redup dan warga pengunjung yang tidak ramai pada waktu ini membuatkan suasanya lebih tenang.

"Hanna, ayah kau dapat kerja apa sampai kena pindah?"

Gadis itu pandang wajah Amin dengan senyuman kekok.

"T-tak tahu. Hahaha, parents aku tak pernah bagitahu. Ibu aku kata ayah dapat naik pangkat, jadi kena pindah"

"Nanti tahun depan mesti tak best" ucap Amin sedih.

"Kenapa pula?"

"Ye la. Nanti sapa nak panggil aku Pendek lagi. Nanti aku nak panggil Nona kat siapa? Lepas tu dah tak ada dah kawan nak gaduh-gaduh dalam kelas"

Hanna gelak besar. Sebenarnya dia tak pernah nampak Amin buat muka sedih. Biasa yang dia nampak pada wajah lelaki itu adalah wajah-wajah pengganas yang suka rosakkan hari dia.

"Wow! Besarnya perubahan hidup Pendek kalau Nona pindah. Tapi nak buat macam mana. Nona kena ikut juga parents pindah"

Lelaki itu menghela nafas panjang. Kerusi di bawah pokok ceri itu menjadi tempatnya duduk.

"sinilah" tempat kosong di sebelah lelaki itu ditepuk lembut.

Hanna terus sahaja mengikut arahannya.

"Nona, kau ada mohon sekolah asrama kan?"

"Memang lah asrama. Tapi kat Melaka juga kan"

"Tapi asrama yang kita mohon tu sama kan?" Soal Amin lagi.

"Kalau dapat asrama tu. Tengoklah keputusan PMR aku dapat berapa. Tapi tak apa. Lama-lama kau dapatlah kawan kau gaduh nanti" ucap Hanna lalu ketawa kecil.

Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Anak matanya hanya memandang sepi suasana pantai itu.

"Nona, nanti kalau keputusan dah keluar, kau datang sekolah kita tak?" Soalnya pendek.

"Mestilah datang. Nak amik result kan"

lelaki itu hanya mengangguk kecil.

"Oi! Kau nak balik tak?" Soal Izzat yang tiba-tiba jatuh dari langit.

Pasangan itu terus pandang ke arah suara tersebut. Amin tayang muka tak puas hati.

"Kan balik pukul 5. Awal lagi kan?" Soal Amin geram.

"Memanglah awal lagi. Habistu kau tak nak kemas barang ke? Tu Hanna punya birthday party siapa nak kemas? Ngelat je kau. Kau pun sama Hanna. Tolong sekali. Dating je tahunya" bebel Izzat lagi.

"Ye lah- ye lah. Kau pergi la dulu. Nanti kitorang datang" ucap Hanna malas.

Izzat terus meninggalkan mereka berdua lalu menuju kembali ke perkarangan resort tersebut. Hanna mengeluh kecil lalu bangun dari tempat duduknya. Amin cepat-cepat ikut langkah wanita itu.

"Ermmm Nona, aku belum bagi hadiah lagi kan kat kau?"

Hanna tarik senyuman kecil.

"Tak apa. Aku tak harapkan hadiah dari kau pun. Aku cuma harapkan kenangan kita sentiasa terpahat dalam otak pink kau" ucap Hanna lalu tergelak kecil.

Amin hanya tersenyum kecil. Hadiah di belakangnya di pegang erat. Lama lelaki itu berdiam diri sebelum tangannya tiba-tiba bagi Dyana hadiah itu.

"Nona. Ni dari aku. Kau bukak bila kau kat dalam bilik sorang-sorang tau. Aku tak nak orang lain tau pasal aku bagi hadiah kat kau"

Dyana terdiam sejenak.

Kenapa Amin tiba-tiba cakap laju-laju ni? Dia malu ke?

Senyuman kecil ditarik. Tangannya diangkat menyambut huluran itu dengan baik.

"Terima kasih. Aku harap kau tak bagi aku gula-gula 3 biji 20 sen"

Amin tayang muka tak puas hati.

"Aku tak semiskin itu ya, Nona gemuk" Amin cepat-cepat lari ke arah rakan-rakan mereka yang sibuk mengemas, meninggalkan Hanna seorang diri di situ.

Gadis itu hanya mampu ketap gigi. Sabar je lah.

... beberapa minit selepas itu...

"Pendek, Jom lari kejap" ucap Hanna perlahan.

"Kalau kantoi?" Soal Amin yang sedang menyapu sampah yang bertaburan.

"Tak ada nya kantoi-kantoi ni. Kita bukan dalam kelas  nak pergi ponteng. Jom lah" ucap Hanna lalu menarik lengan baju Amin.

Amin yang kaku hanya mengikut saja. Hanna terus menarik tangan Amin menuju ke pantai. Hanna terus melepaskan tangan Amin.

"Kan kita dah jalan sini tadi" ucap Amin pelik.

"Tu tadi. Bukan sekarang" ucap Hanna selamba.

Amin hanya mendengus kecil dan menurut saja ajakan Hanna.

"Pendek, kejap lagi aku nak terus balik Melaka. Aku tak ikut korang balik tau. So, Aku cuma nak cakap bye je kat kau" ucap Hanna sambil berjalan di sebalik pohon kelapa tadi.

"Ouh ye ke? Alaaaaa tak best la macam ni. Baru nak balik sama-sama" ucap Amin sedih.

"It's okay. Kau kan jumpa aku lagi nanti masa amik result"

Gadis kecil itu cuba memujuk. Amin awal-awal lagi dah tarik muka.

"Kalau je kan"

Hanna menghela nafas panjang. Kocek seluarnya diseluk lalu objek itu diserahkan pada Amin.

"Nah, buat tukar-tukar hadiah"

Amin tercengang melihat reaksi Hanna. Perlahan-lahan dia menyambut kotak yang bewarna biru cair dari Hanna.

"Thanks" ucap Amin perlahan.

Gadis itu hanya tarik senyuman kecil. Lama suasana itu menyepi. Masing-masing dah garu kepala sebab tak tahu nak borak apa lagi.

"Er.. a-aku nak kena balik resort. Nanti diorang cari aku pulak. Bye! Jumpa kau nanti Nona"

Amin terus larikan diri ke perkarangan resort. Tangannya sempat melambai rakan baiknya sementara tangan yang sebelah lagi memegang erat hadiah pemberian gadis itu.

Hanna tarik senyuman kecil. Lambaian Amin disambut mesra. Melihat lelaki itu semakin menjauh membuatkan gadis itu merasakan sesuatu.

"Oi pendek! Nona nak cakap yang aku suka kau lah Pendek!!!"

Amin terus terkaku apabila Hanna berkata sedemikian. Hanna terus berlari anak mendekati Amin. Amin yang mendengar tapak kaki Hanna terus menoleh ke belakang.

"Aku dah lama suka kau Pendek. Dari kita start kerja berkumpulan tu. Aku dapat rasa sesuatu. Sebab kau sorang je lelaki dalam dunia ni yang berani selamba badak duduk sebelah aku. Sejak dari tu, aku rasa macam aku suka gaduh dengan kau. Sebab dengan cara tu, kita boleh rapat. Walaupun kau memang suka buli aku kadang-kadang. Aku suka. Aku suka kau" ucap Hanna panjang lebar.

Amin hanya terkaku mendengar luahan isi hati gadis di depannya. Hadiah dari gadis itu dipegang erat di belakang badannya.

"Er... A-aku, aku minta maaf. Aku dah ada orang lain" ucap Amin lalu menunduk.

Riak wajah Hanna berubah. Wajahnya kelihatan agak muram. Akan tetapi, senyuman masih lagi diukir buat jejaka itu.

"Haha! Tak apa. Aku cuma nak cakap apa yang aku rasa selama ni. Aku tak kisah kalau hati kau dah ada orang lain. Tapi aku janji dengan kau, yang aku akan cari kau bila aku dah besar nanti. Bye!" Ucap Gadis itu lagi berlalu pergi dari hadapan Amin.

Lelaki itu terdiam seketika. Tubuh gadis itu yang hampir menghilang dipandang sayu.

"Nona, nan- nanti dulu!"

Hanna terus memusingkan badannya ke belakang; melihat lelaki itu yang masih lagi kaku ditempatnya.

"Walaupun aku dah ada orang lain, kau janji nak cari aku kan?" Soal Amin ingin kepastian.

Hanna tarik senyuman kecil.

"Mestilah aku janji. Kau kan kawan baik aku"

Amin tarik senyuman kecil. Hanya memerhatikan tubuh gadis itu yang semakin menghilang. Perlahan nafas dihela panjang. Kotak biru ditangannya dipandang sayu.

"Aku minta maaf, Nona. Orang lain tu sebenarnya kau. Aku pun sama macam kau. Aku takut cinta aku nanti tak terbalas bila kau dah jumpa orang lain. Tapi tak apa, aku akan tunjuk setia aku kat kau. Aku akan cari kau juga, Hanna" ujarnya perlahan.

Hadiah pemberian gadis itu di pegang erat. Kakinya terus berjalan perlahan menuju ke perkarangan resort. Menantikan hidup dewasa yang bakal menjelma tiba.

Baru beberapa saat gadis itu hilang dari pandangan, hati dia sudah mula rindu dengan senyuman manisnya.

"Jangan lupa aku tau, Nona"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro