ASKP 🍩 47
"Responden hendaklah dalam kalangan pelajar sekolah, guru-guru, mak cik cleaner atau orang luar. Tapi pastikan kamu tak menganggu mereka-mereka yang sedang mengajar atau rushing. Jaga etika dan adab kamu ketika presentation, faham?"
"Cikgu, kalau responden kitorang dari kelas ni tak boleh ke?" Soal Rafi malas.
Cikgu Azam dah bagi bombastic side eye.
"Tidak sama sekali. Siapa yang berbuat demikian markahnya akan dipotong. Pastikan setiap responden tulis nama dan detail kalau bagi bintang. Kalau dah tak ada apa-apa pertanyaan, boleh mula sekarang. Nanti lambat pula kamu habis"
Anak murid yang penuh dedikasi itu mengangguk tanda faham dan mula mengangkat punggung untuk beredar keluar dari kelas.
"Kita nak mula dari mana?" Soal Hanna setelah lama mereka berjalan.
"Kita pergi kelas sebelah la. Aku nak jumpa crush. Alang-alang tu biar aku yang bentang la first sekali" ucap Aida teruja.
"Okay. Aku ikut je" ucap Sarah pula.
"Okay, yang lain?"
"Boleh" ucap Laila sepatah.
"Asalkan crush kau kasi full lima bintang" ucap Hanie pula.
"Kelas sebelah ada kat padang kan?" Soal Hanna ingin kepastian.
"Haah. Diorang ada sukan kan arini. Jom lah kita gerak. Nanti lambat susah nak cari banyak bintang" ucap Sarah lalu mengatur langkah ke tangga padang.
Mereka berlima terus menaiki tangga untuk ke padang. Sesampainya di sana, mereka terus menerkam crush Aida yang sedang berehat selepas penat bermain bola.
... beberapa minit kemudian...
"Aku bagi 2 bintang je lah. Sebab gambar orang ni tak lawa. Ada ke usus warna pink?" Soal Haziq sambil ketawa kecil bersama kawannya.
Semua pandang Aida tak puas hati.
"Dapat banyak bintang konon. Macam crush kau tu suka kau nak bagi 10 bintang. Kesian usus Sarah kena perli"
Aida putar bebola matanya tanda menyampah.
"Manalah aku tahu dia nak cakap macam tu. Chill lah"
Semua orang dah hilang mood. Mereka hanya berjalan perlahan di tepi padang itu.
"Sekarang ni kita nak pergi mana?" Soal Hanna perlahan.
Dia tak nak gagal semata-mata ikutkan mood kawan-kawan dia.
"Kita pergi sana je lah. Sana ramai orang" ucap Sarah pula.
Mata-mata mereka mula memandang suasana yang meriah di dewan terbuka yang terletak tidak jauh dari padang sekolah, tempat mereka berada.
"Okay. Siapa nak bercakap pula?" soal Sarah.
Masing-masing pandang satu sama lain sebab semua orang tengah give up sebab semua persoalkan gambar usus yang Sarah warnakan.
"Haha tak apa, biar aku lah yang bentangkan" ujar Hanna dengan penuh bersemangat.
Hanna terus bergerak pada sekumpulan lelaki yang sibuk berbual di tepi dewan terbuka tersebut.
"Ehem. Korang, kitorang nak pinjam masa sikit boleh tak?" Soal Hanna sopan.
"Pinjam banyak pon boleh" ucap Izzat selamba.
... selepas habis pembentangan..
"Jadi, ada apa-apa soalan?" Soal Hanna setelah habis penerangan di berikan.
"Ermmm ahli kumpulan, Hanna Diyana. Soalan saya yang pertama. Mana satu Hanna Diyana?" Soal Amin tanpa segan silu.
"Akulah Hanna Diyana. Tak ada soalan yang lebih kepada masa depan ke?" Soal Hanna geram.
"Ada. Kau dah couple belum? Sebab kalau belum, boleh la kau jadi teman di hati aku" ucap Amin selamba.
Kawan Amin sudah tergelak kecil. Kawan Hanna pula hanya memandang dengan wajah bengang.
"Eish! Kau ni aku sepak kau kang"
Hanna dah mula sakit hati bila nampak kumpulan lelaki itu mula gelakkan dia. Pipinya mulai memerah kerana geram.
"Eish! Asal kau comel sangat bila marah. Aku cubit kang" ucap Amin tidak mahu mengalah.
"Suka hati kau je nak cubit aku. Aku pijak kau penyek jugak nanti"
"Kau sakit hati, aku suka hati"
"Aarrgghh!! Lantak lah kau nak cakap apa. Nah! Tulis nama, kelas dengan berapa bintang kau nak bagi"
Kertas sticky notes dan pen hitam itu diserah pada Amin. Dia dah malas nak berbalah, kang tak pasal- pasal kumpulan dia paling sikit bintang.
"Okay. Aku tulis bakal suami Hanna kelas 2 Budiman lagi kacak. Nah. Aku bagi 20 bintang"
Hanna mengambil kertas tersebut dengan kasar. Dia terus membaca isi kertas tersebut lalu membulatkan matanya.
"Kau tulis betul-betul?!"
"Ye lah. Takkan main-main pulak" ucap Amin selamba.
"Eerrgghh!!! Nasib kita tak satu kelas. Aku harap tahun depan aku tak satu kelas dengan kau. Buat sakit hati aku je layan kau" ucap Hanna geram lalu menampal sticky note tersebut pada dahi Amin.
"Aku harap kita satu rumah bukan satu kelas" ucap Amin lalu ketawa kecil.
Hanna yang geram terus saja beredar dari situ. Amin hanya tersenyum kecil memandang wajah gadis itu yang memerah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro