Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 46

Bunyi kuat seperti barang yang pecah mengejutkan seluruh isi rumah itu.

"JANGAN HARAP AKU NAK BAGI MUKA LAGI KAT KAU LEPAS NI!"

BUM!

Hati-hati manusia itu terkedu. Qiesya yang baru keluar dari bilik itu menjadi perhatian.

"Hei, kenapa ni? Boleh pecah tahu tak pintu rumah laki I"

Gadis itu ketap bibir.

"Suka hati akulah rumah siapa pun. Lepas ni kalau suruh apa-apa pasal perempuan tak guna tu, jangan harap aku nak buat. Aku nak pindah tempat lain" selamba dia membalas lalu masuk ke biliknya.

BUM!

Haiqal dan Aidil berpandangan, masing-masing dah muka pasrah. Lepas ni kita kena cari orang yang boleh sponsor pintu bilik hari-hari. Nampak gaya macam dah tak ada masa depan dah pintu tu.

Kedua-dua mereka bingkas bangun lalu menuju ke bilik yang menempatkan Dyana. Tak hairanlah mereka kalau nampak nasi dan serpihan pinggan bersepah di lantai dan tilam bila dengar bunyi hempasan yang dibuat Qiesya.

"Sayang, kenapa ni? Kenapa Sayang tak nak makan? Sebab Baby tak suap Sayang ke?"

Dyana tepis tangan Aidil yang mahu hinggap di kepalanya. Haiqal dah gelak besar melihat aksi spontan itu.

"Dia tak suka playboy macam kau memujuk. Lagipun cara kau tu dah lapuk. Dia kena macam ni" Haiqal terus duduk rapat-rapat sebelah Dyana.

Dipeluk erat tubuh wanita itu selambanya.

"Dyan sayang mesti rindu nak makan sama-sama dengan Qal kan? Dyan jangan risau Qal janji akan temankan Dyan all day harini. Okay?"

Dyana pandang wajah Haiqal yang berada di sebelahnya. Ditarik senyuman lembut buat lelaki itu.

" Sampai mampus pun jangan harap aku nak makan dengan lelaki tak guna macam kau, dasar talam dua muka, penipu!" wajah mulus lelaki itu diludahnya selamba sebelum wanita itu bertindak menghentak kepala lelaki itu dengan pergelangan tangannya yang diikat.

Aidil yang berada di hadapannya turut ditendangnya kuat sehingga jatuh menyembah lantai. Tali yang hampir terungkai di kakinya terus dileraikan dan pintu bilik itu dituju. Melihat wanita itu yang tiba-tiba berani melarikan diri, cepat-cepat dia tarik kaki wanita itu sehingga dia jatuh ke lantai.

Tersenyum sinis lelaki melihat Dyana mengaduh kesakitan.

" kau nak lari kemana ha?" Kaki Dyana ditarik memaksa badan wanita itu terseret mendekatinya.

"Lepaskan aku! Aku tak ada sakitkan hati kau kan?! Apa yang kau nak dari aku ha?!"

"Apa yang aku nak?" Lelaki itu menyoal perlahan.

Dyana dah telan kasar air liurnya melihat renungan tajam lelaki itu. Aidil terus lepaskan pegangannya pada badan Dyana. Haiqal yang masih mengusap kepalanya yang berdenyut dipandang.

"Kau jaga perempuan ni, jangan sampai dia terlepas"

Haiqal hanya pandang figura Aidil yang berlalu keluar dari bilik itu dengan omelan kecil. Tubuh Dyana didekati lalu ditarik selamba baju wanita dan diheret menuju ke katil semula.

"Hidup menyusahkan orang. Kenapa kau tak duduk diam je, kan senang. Macam dengan ketuk kepala orang macam tu kau boleh lepas. Dah lah lembik, menyusahkan orang pula"

Dyana malas dah nak berbalah dengan lelaki bermasalah tu. Apa yang dibuat hanya diturutkan sahaja. Lama-lama timbul pula rasa menyesal sebab terlalu percayakan lelaki itu.

Dia ingat Haiqal memang betul-betul nak jaga hubungan baik dia dengan Dyana memandangkan mereka sudah kenal lama. Tapi bila keadaan sudah bertukar begini membuatkan dia rasa marah dan kecewa dengan diri sendiri sebab terlalu ikutkan kata hatinya yang Haiqal tu baik.

Pap!

Dyana terkedu dengan tamparan itu. Satu fail biru yang nampak tebal menyapa anak matanya. Aidil tarik kerusi dan meja di tepi katil itu mendekati Dyana.

Fail besar itu dibuka dan satu fail kecil bewarna coklat dikeluarkannya.

Dyana terkedu.

"Ma-macam mana?"

Aidil tarik senyuman sinis. Fail coklat itu ditayangkan pada wajah Dyana. Padanlah pipi dia rasa membahang dan membengkak, dari sudut pandangan mata kasar pun dah nampak kulit fail tu tebal dan keras.

"Akif kesayangan kau yang tolong ambilkan. Baik kan dia?" Ujarnya lembut.

Dyana terkesima.

Dia mula rasa dipermainkan. Akif ni betul-betul terdesak sampai nak bersekongkol dengan Aidil atau dipaksa?

"Pandai boyfriend kau buat kerja. Aku tak tahu pula dia terer bab curi kunci bilik perempuan. Biasanya perempuan ni dia jaga baik-baik barang peribadi dia, susah nak cari apa-apa. Tapi Akif, perghhh... macam berpengalaman. Mesti banyak kan dia jumpa dalam bilik kau?"

Wajah wanita itu menunduk.

Dia.

Benci.

Semua orang.

"Pffft! Chill lah, Sayang. Bukan Akif ambil apa pun, atleast kau adalah pengalaman kena rompak dengan boyfriend sendiri. Bolehlah untuk kau guna pada masa akan datang, okay?. So, can we proceed now?" Soal Aidil selamba.

Wanita itu hanya diam. Nafasnya dihela perlahan. Jelas kedengaran dengan nada yang cukup kecewa.

"By the way, you mesti tahu ni fail apa kan? Jadi tak payahlah panjang cerita kan?"

Dia betul-betul rasa ditikam depan-depan. Hatinya remuk kerana kata-kata si lelaki yang dianggap suatu janji yang manis.

"Okay, I ada dua pen. You nak sign pakai pen biru ke hitam?"

Rasanya dah cukup jelas dan terang yang dia ni hanya sebatang kara. Dia tak ada siapa-siapa untuk dia berpaut.

Hanya dia dan dirinya.

Tak nampak ke bertapa sunyinya hidup dia?

Tak nampak ke yang dia selalu seorang diri kemana sahaja?

Tak nampak ke lingkaran hitam bawah mata dia?

Tak nampak ke badan dia makin hari makin susut?

Tak nampak ke dia kerap sakit?

Tak nampak ke yang dia selalu penat?

Tak nampak?

Atau pura-pura tak nampak?

"Lepastu kan I rasa, rumah yang kat atas bukit tu, I nak jual sebab mesti dapat untung banyak. Dan kebun-kebun yang arwah parents you simpan, I nak jual juga sebab rasa macam membazir dan siapa je nak kerja kotor tu kan? Lepas tu untung kita bahagi sama rata. You 30% I 70% sebab I yang tolong you jual, cari customer semua tu. You duduk goyang kaki je. You rasa macam mana?"

Setiap hari dia rasa kosong gara-gara hilangnya orang yang paling dia sayang dalam dunia ini.

Dia rasa macam tak ada tujuan lagi untuk hidup atas muka bumi ni kalau semua yang dia perjuangkan selama ini dilihat hanya satu usaha yang sia-sia.

Dia sebagai satu-satunya anak ibu dan ayahnya pun tak mampu nak pertahankan harta warisan keluarga mereka. Tipulah kalau apa yang ibu dan ayahnya usaha selama ini satu pun tak pernah dia kesah setelah kedua-dua mereka pergi meninggalkan dia sendirian.

"Yana, you dengar tak apa I cakap ni? You nak sign ke tak surat pindah nama ni? I dah minta dengan you cara baik-baik dah ni. Ke you nak I kerat ibu jari you untuk cop surat ni?"

Aidil dah penat bebel seorang-seorang tunggu respon Dyana yang macam 'chill bro, aku hidup lagi'.

Dia dah lah ada banyak kerja, Haiqal pula tiba-tiba tarik dia suruh jadi arkitek ganti tempat Akif. Dia ingat Haiqal main-main, sekali bertimbun kertas kerja ayah lelaki itu letak atas meja dia.

Eh, arkitek plastisin dia pandailah, ini suruh jadi arkitek betul, memang tahan sehari dua je lah bangunan tu. Untuk hari yang berikutnya terus sama rata dengan tanah.

"Dyan, You tak perlu nak fikir panjang-panjang. Lagipun buat apa you nak pertahankan harta parents you kalau you sendiri tak larat nak uruskan semua? Aidil nak tolong ringankan beban you pun you nak fikir lama-lama. You sendiri tahu kemampuan diri You kan? You're sick, Hanna Dyana. You're soon to die. So why not sebelum kau mati, kau serah je harta pusaka parents kau pada kitorang. Easy choice, we're trusted dan kau still can get the benefit. In case kau masih hidup lagi lah, sempatlah kot merasa sikit titik peluh your unloving parents kan?"

Wanita itu tergelak kecil. Aidil dan Haiqal berpandangan pelik. Risau juga mereka kot-kot Dyana terlebih teruja dengan offer mereka. Maklumlah, mereka kan berhati mulia nak bantu Dyana dapatkan extra side income.

"Kau ingat semudah tu aku nak serahkan harta parents aku?"

Wanita itu mula melemparkan pandangan tajam. Dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri.

" Kau, dari dulu lagi paksa aku untuk terima kau, tunduk dekat kau, suruh aku khawin dengan kau, kau ingat aku tak ada masa depan ke ha?!" Fail keras itu dibaling ke muka Aidil.

Memang tepat ke pipi lelaki itu sehingga kulitnya terkoyak sedikit. Dyana pandang Haiqal. Lelaki itu dah telan air liur tengok muka garang Dyana.

"Kau ingat dengan modal 'kawan masa sekolah dulu' tu boleh raih kepercayaan aku ke? Dari dulu lagi patutnya aku buang kau, tapi disebabkan perangai kau baik-"

Zass!

"Perangai talam dua muka kau"

Zass!

"D-Dyan, nanti dulu"

"Aku percaya kau bulat-bulat kau tahu tak?!"

Pak!

Kerusi plastik tu patah kakinya dek kerana dibaling menghempas dinding batu itu.

Haiqal dah terduduk ketakutan di lantai. Tak pernah dia nampak Dyana seganas itu.

"Dyan, dengar sini. Benda ni boleh bincang. I dengan Aidil cuma nak tolong you je. Kita orang-"

"Aku-benci-kau!"

puk!

Dyana terus terduduk ke lantai. Pandangannya terasa berputar. Dia mula rasa ada cecair yang mengalir likat dari kepalanya.

"Dengan perempuan gila ni pun kau tak boleh nak handle ke?"

"Dia nak bunuh aku tahu tak?!"

Aidil menghela nafas geram. Fail keras yang jatuh di lantai diambilnya dan Dyana yang masih cuba menangani rasa sakit di kepalanya di tuju. Dagu wanita itu dicekam kuat memaksa wanita itu memandangnya.

"Aku tak kesah kau nak percaya aku atau tak, yang aku tahu, kau sign benda ni"

Dyana diamkam diri. Aidil lepaskan kasar muka Dyana dan paksa tangan wanita itu untuk memegang pen hitam itu.

"Sign, atau cop aku benda ni dengan darah kau"

"Kalau aku sign pun, kau tak boleh dapat harta tu, Aidil. Kau kena ada persetujuan dan kerelaan aku dekat pejabat hartanah tu nanti"

"Kau ingat aku buat semua ni dengan perkara yang sia-sia ke? Kau ingat peguam yang bapak kau ambil tu amanah sangat ke nak jaga harta orang lama-lama? Aku ada duit, Dyana. Aku akan pastikan setiap duit yang aku keluarkan itu worth every penny"

Dyana ketap bibir.

"Kau takkan dapat satu sen pun dari harta aku!"

Fail ditangan Aidil dilempar ke tepi. Cepat-cepat wanita itu bangun dan capai fail itu. Isi fail itu dikeluarkan dan dikoyakkan satu persatu.

puk!

"Kau ni memang kan?"

puk!

"Kau dengar sini ea, Hanna Dyana"

puk!

"Kalau aku tak dapat apa yang aku nak"

puk!

"That's mean kau pun tak akan dapat satu sen pun!"

Penumbuk diangkat untuk menghancurkan lagi wajah wanita itu.

puk!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro