ASKP 🍩 45
Sesuatu yang seakan 'mengikat' kuat pergelangan tangannya membuatkan dia tidak selesa. Kakinya juga seakan-akan tidak boleh bergerak. Suasana tilam yang dihuninya terasa seperti ada manusia lain selain dia.
Perlahan anak matanya dibuka. Cahaya lampu yang menerangi matanya menyukarkan dia untuk melihat bayangan itu. Satu tangan lain datang menutupi cahaya itu untuknya.
"Dyana... Kau okay?"
Dahinya berkerut. Homosapien yang duduk di sebelahnya dipandang seketika.
Dan serta merta membuatkan dia terkedu.
Buk!
Buk!
"Ow! Dyana!"
"Hei, kenapa ni?"
"Sakitlah!"
Dyana mencebik geram. Terus sahaja dia bangun dari pembaringannya.
"Kau buat apa kat sini? Kenapa kau ada dengan aku? Kau sengaja kan berpakat dengan dia nak culik aku? Lepastu kau nak buat apa? Ha?! Nak jual aku? Pastu nak rampas harta mak ayah aku?! Kau ni kan memang dasar--"
"Shhhhh! Slow sikitlah. Nanti dia orang dengar" ujarnya lembut.
"Siapa dia orang tu? Kenapa kalau dia dengar pun?! Ha?! Ke kau ketua dia orang disebalik semua ni? Cakaplah yang Iman tu sekadar pelakon tambahan--"
"Tak, tak. Dengar dulu. Kau salah faham ni. Aku buat semua ni sebab terpaksa. Tolonglah percaya aku, kali ni je, Dyana" ujarnya perlahan.
Wanita itu pandang tajam anak mata lelaki itu. Mencari sisa kejujuran dalam diri lelaki itu.
"Tipu! Jangan harap aku nak percaya kau lagi lepas apa yang kau cakap tempoh hari. Dengan kau culik aku, duduk sebelah aku dalam satu bilik, tangan kaki aku terikat macam ni, kau ingat senang-senang ke aku nak percaya lelaki macam kau ni?"
"Dyana, stop it"
"Stop apa?! Kau marah sebab perangai sebenar kau dah terbongkar? Kau tuduh Haiqal bukan-bukan tapi kau yang sebenarnya paling tak boleh harap"
"Dyana.."
"Dasar lelaki--"
Kaki Dyana ditarik kasar sehingga wanita itu jatuh terbaring semula. Tangan lelaki itu mula mengurung kepala Dyana membuatkan wanita itu terdiam takut.
"Bila aku kata diam, kau kena diam. Faham? Jangan sampai aku hilang sabar dengan kau, Dyana"
Wanita itu terdiam. Anak matanya terkunci rapat dengan anak mata lelaki itu. Bibirnya diketap rapat saat jari kasar itu mengelus lembut kepalanya yang ditutupi tudung.
"Kau nampak cantik bila pandang dari dekat. Tak tahu pula aku bulu mata kau panjang dan cantik. Bibir kau nampak manis, bau pun... Sedap, macam buah peach. Haihhhh, untungnya siapa dapat rasa kau kan"
"Stay away from me, you sucker"
Lelaki itu tergelak kecil.
"Why, little moonlight? Feeling different when we getting close? Macam mana kalau dekat macam ni?" Lelaki itu dekatkan badannya dengan Dyana.
"Atau macam ni?" Tudung Dyana yang agak serabai itu diperbetulkan dengan lemah lembut.
Anak matanya memandang anak mata Dyana perlahan-lahan. Dengan senyuman sinis, butang lengan baju wanita itu dibuka perlahan-lahan.
Pandangan anak mata itu membuat hati wanita itu seakan tersiat-siat. Perlahan, anak matanya mula berkaca dan empangan permata itu mulai pecah.
Akif terdiam seketika. Dielus lembut permata itu dari jatuh ke pipinya.
"Dyana...a-aku--"
Tangan lelaki itu ditepis kasar. Terus sahaja dia berpaling dari menghadap lelaki itu. Akif terkesima. Adakah kata-kata dan tindakannya berlebihan?
Posture badannya diperbetulkan, ruang kosong disebelah Dyana menjadi tempatnya duduk.
"Dyana, aku minta maaf tau. Aku terpaksa, aku cuma tak nak kau jerit-jerit macam tadi"
"Dyana..."
"Dyana, aku betul-betul minta maaf"
"Dyana..."
"Pergilah"
Akif menghela nafas panjang. Pintu bilik yang terbuka sedikit diperhatikan dengan penuh rasa benci. Figura yang terbaring di sebelahnya dipandang semula.
"Dyana, aku keluar dulu tau. Kau rehat dulu ya, lagipun dah malam dah ni. Aku ... Minta maaf tau pasal tadi. Kalau kau nak apa-apa panggil aku tau"
Suasana sepi. Yang kedengaran hanyalah esakan kecil sahaja.
Akif hanya mampu melihat sahaja. Terus saja dia bangun dan keluar dari bilik itu. Pintu bilik ditutup rapat sebelum kakinya melangkah ke arah dapur.
"Kau yang kejut atau dia bangun sendiri?"
Langkah Akif terhenti. Dua lelaki yang menghuni sofa diruang tamu ditolehnya.
"Dia yang bangun sendiri"
Aidil mengangguk kecil. Perlahan lelaki itu berjalan mendekati Akif.
"Lepas ni jangan masuk bilik dia lagi tanpa kebenaran aku, faham?"
"Kau tak percaya aku ke?" Soal Akif sinis.
Aidil tidak memberikan sebarang reaksi.
"Dengan cara kau pujuk dia suruh diam tadi? Heh, banyak sangat aku jumpa lelaki macam kau ni terlajak perahu. Kau kan dah nak khawin, Dyana tu bagi aku je lah. Jangan tamak sangat. Aku pun nak yang fresh juga"
"Kau dah dapat harta dia kan? Lepas je lah dia"
Aidil tarik senyuman sinis. Langkah terus dituju ke arah dapur.
"Benda depan mata, makan je lah. Innocent sangatlah kau ni. Sya, nanti kau pindah kat bilik perempuan tu. Jaga dia, jangan sampai ada yang unboxing sebelum aku rasa. Faham?"
Gadis itu berdecit geram.
"Malas aku. Suruh je lah Akif tu jaga. Dia kan sayang sangat dengan perempuan tu"
"Aku tak nak dia. Kau nampak kan nafsu dia dekat perempuan tu macam mana. Aku dah kunci pintu pun tak tahu macam mana dia boleh buka. Aku syak si gay dua orang tu mesti terlibat sama ni"
"Hei, jangan suka hati nak kaitkan aku dengan perempuan tu ea" Haiqal yang elok duduk di pangkuan Faris mula menyuarakan rasa tak puas hati.
Aidil memutarkan bebola matanya. Air tin sejuk yang berada di dalam peti sejuk di capai.
"Kau dah ambil ke fail coklat kat bilik dia?"
"Dah"
Akif mengangguk kecil. Aidil pandang semula wajah Akif. Kocek seluarnya diseluk dan dicampak sesuatu ke atas meja.
"Ubat kau. Dua biji lepas makan. Ubat tu mengantuk tau"
Tangan Akif mencapai bungkusan ubat itu dan menelitinya. Perlahan dia mengangguk kecil tanda mengerti.
"Kepala kau masih sakit lagi?"
Akif angkat wajahnya. Perlahan dia menggeleng.
"Kadang-kadang je sakit" kakinya terus melangkah pergi dari situ.
Aidil hanya memerhatikan dari sudut dapur.
"Akif"
Lelaki itu menoleh seketika. Aidil meletakkan air tinnya diatas meja. Perlahan dia melangkah ke arah Akif. Pandangan mata yang tajam itu sedikit sebanyak membuatkan hati lelaki itu tidak enak.
"Kau masih tak ingat lagi apa yang jadi malam tu?"
Perlahan Akif menggeleng. Aidil hanya diam tanpa sebarang reaksi. Akif tarik senyuman bengang.
"Lagipun... luka aku masih sakit. Takkan aku nak paksa diri sendiri pula" ujarnya perlahan.
Lelaki itu diam seketika lalu mengangguk kecil.
"Okay. Take your time. Aku harap kau tak rancang apa-apa yang bodoh sepanjang kau ada disini. Nyawa Dyana, bergantung pada kau. Faham?"
"I know"
Aidil tarik senyuman sinis. Figuranya dijauhkan dari Akif.
"Good. By the way, kawan baik kau tu aku campak kat belakang restoran. Tak tahulah dia masih hidup lagi ke tak. Jangan kau keluar pula malam ni pergi cari dia. Dengan kau sekali aku ikat macam Dyana"
Lelaki itu mengangguk lalu berlalu pergi.
• • •
"Eh, apa ni? EIII! LIPAS!!!!! AYANGGGG!!! HUAAAAAA!!! EIII!!! PERGILAH! BANYAKNYA!!! MAMA TOLONG IMAN!!!! MAMA!!!"
Suasana sunyi di belakang restoran itu dimeriahkan dengan tendangan dari dalam tong sampah besi itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro