ASKP 🍩 44
Air mineral yang berada ditangannya dihirup perlahan. Penutup biru yang berada di atas meja diambil lalu ditutup botol plastik itu dan diletakkan di atas meja.
Perlahan nafas dihela panjang dan badan disandarkan pada kerusi besi itu.
Cari Akif?
Pasti ke dia yang lelaki itu benar-benar hilang, dan bukannya bersepakat dengan Iman untuk kenakan dia?
Mereka berdua tu bukan boleh percaya. Dua-dua pandai berlakon.
Lagi pula Akif tu dah besar panjang, dah dekat 30 tahun dah, takkan ada orang berkenan pula nak culik dia?
Nak kata hensem...
Ewwwww,
Jauh sangat.
Banyak harta?
Rasanya Iman yang nampak mewah sikit.
Atau Akif ada join kumpulan kongsi gelap? Dan pembongkaran dadah pada tempoh hari membawa lelaki itu kepada penculikan tersebut?
Disebabkan rancangan Akif menyeludup dadah itu gagal, mereka culik Akif sebab penyamaran lelaki itu dah terbongkar?
Jadi... Akif... Memang betul-betul ambil dadah?
"Dyana... Sampai hati "
Muka dia nampak telus dan kecewa sangat-sangat bila Dyana marah dan tak percaya kata-kata Akif. Sejujurnya dia tak pernah nampak lelaki itu sekecewa ini. Seakan-akan hatinya dicarik-carik oleh seseorang yang sangat dia percayai.
Namun, wajarkah dia pertimbangkan semuanya hanya kerana sekeping wajah sedih itu? Bagaimana pula kalau itu hanya lakonan semata-mata demi meraih simpatinya?
"Tuan Razi..."
Dyana tersedar dari lamunan. Melihat rakan kerjanya mula berdiri dan menunduk hormat pada Tuan Razi yang baru tiba membuatkan dia sedikit gelabah.
Lelaki tua itu masuk ke dalam bilik mesyuarat sambil diiringi oleh beberapa pembantu dan pegawai keselamatannya. Dibalik beberapa orang yang mula berhimpit masuk ke dalam bilik mesyuarat itu ada seseorang yang jelas sekali menarik sepenuhnya perhatian Dyana.
Tuan Razi tarik senyuman kecil. Tangannya memberi isyarat menyuruh seluruh ahli bilik mesyuarat itu untuk duduk.
"Baiklah, semua. Kita sedia maklum bahawa kejadian tempoh hari agak mengecewakan dan mengejutkan semua pihak... Dan pihak Castella Resort telah mengambil tindakan atas kejadian tersebut dengan mengugurkan dan menyenarai hitamkan nama indidvidu tersebut dari terus berkolaborasi dengan Castella Resort. Oleh hal yang demikian, pihak kami telah pun segera melantik arkitek yang baharu dan diyakini serta mempunyai rekod peribadi yang bersih. Saya kenalkan..."
Lelaki itu melangkah sedikit kehadapan dan menunduk tanda hormat.
"Encik Tengku Aidil Farhan sebagai arkitek baharu di Castella Resort"
Damn, It's a trap.
~ 🍩 ~
"Aidil?"
"Kau pekak ke?!"
"O-okay, sorry, aku minta maaf"
Dyana menghela nafas panjang. Air batu yang berada di dalam gelas itu diambil dan dikunyahnya selamba. Wajah Iman yang tampak takut itu dipandang tajam.
"Kau tak main-main kan pasal Akif hilang itu?"
Iman mengeluh kecil.
"Dyana... Benda ni bukan boleh bawa main tau. Kau ingat aku ni budak-budak ke nak tipu-tipu macam ni? Dari aku buang masa datang sini baik aku duduk rumah sana uruskan Mawar. Banyak kerja tahu tak aku nak buat" ujarnya tegas.
Dyana hanya menoleh ke arah lain. Dia cuma pastikan betul-betul je yang Iman tu tak main-main sebab tadi dia nampak lelaki tu selamba badak je main game macam tak ada apa-apa yang berlaku. Makin musykil pula dia pada lelaki itu.
Bunyi deringan telefon pintarnya menganggu suasana tegang itu. Dyana menjengah seketika skrin telefonnya.
Ibu Akif
"Angkatlah, mak mentua kau tu" arah Iman.
Dyana ketap bibir. Laju saja tapak tangannya memukul bahu lelaki itu.
"Ow, sakitlah!"
"Mulut kau tu jaga sikit ea. Dia tu dah nak jadi laki orang, bukan laki aku" marah Dyana.
Iman mencebik geram. Patutlah wanita itu dan Akif selalu sangat bertegang urat, rupanya dua-dua perangai keras kepala dan ganas belaka.
"Assalamualaikum, Mak Cik. Ada apa call Yana ni ya?"
" 'Assalamualaikum, Ibu' --- OW! OW! OKAY!"
Dyana sempat cubit lengan Iman tanda sakit hati dengan ajukan lelaki itu. Fokusnya kembali pada panggilan itu.
"Yana masih ada kerja lagi kat Johor ni"
"Akif?"
"Ye, betul, dia memang ada check out hotel malam semalam tapi kalau Mak Cik tanya dia kemana tu saya tak pasti"
"Ouh, saya baru jumpa Iman ni ha. Dia ada tanya juga pasal Akif kemana, tapi saya memang tak ada jawapan"
"Lah Mak Cik, saya memang tak rapat dengan Akif. Biasanya dia cakap dengan Iman kalau nak kemana-mana. Mak Cik nak tanya pada Iman?"
Dyana menoleh seketika ke arah Iman. Lelaki itu mencebik dan menjeling geram. Wajah dikalihkan ke arah lain tanda merajuk dengan gadis itu. Dyana buat muka menyampah.
Terus sahaja gadis itu bangun dan bergerak jauh sedikit dari Iman. Ada lelaki itu bukan membantu pun.
"Tak apalah, Yana. Mak Cik dah cakap dah dengan dia semalam, dia yang telefon Mak Cik tanya pasal Akif, tapi Akif tak ada cakap apa-apa pula yang dia nak balik sini hari ni. Bila dia tak sampai-sampai, tu yang Mak Cik risau, Mak Cik call Yana. Tapi kalau Yana tak tahu tak apalah. Terima kasih ya"
"Yana minta maaf ya, Cik kalau tak membantu. Yana memang tak tahu apa-apa pasal Akif"
"Kamu berdua bergaduh ke? Akif ada buat sesuatu ke pada kamu?"
Gadis itu terdiam seketika. Fikirannya terkenang kembali peristiwa beberapa hari lalu.
"Kalau Akif ada lukakan kamu, Mak Cik minta maaf ya. Akif tu kadang-kadang tak boleh jangka perangai dia. Selalu buat keputusan tiba-tiba. Akif ada beritahu kamu tak tentang majlis kita nanti? Dia dah beri belum rantai dan cincin tu?"
Dyana tersentak. Majlis kita?
Takut pula dia dengar.
"Minta maaf ya, cik. Majlis apa?"
"Budak bertuah tu tak beritahu? Eh, lagi dua minggu je ni tahu tak? Ya, Allah budak bertuah ni. Dah banyak kali pesan suruh beritahu kamu. Dia ingat ni main-main ke?"
"T-tak... Majlis apa tu Mak Cik?"
"Majlis-- ha? Sabar jap, nanti Ibu pergi. Yana, Mak Cik letak dulu ya. Nak uruskan pelamin yang Akif order tu. Nanti ada masa kita berbual lagi ya, assalamualaikum"
Tut!
Dyana terdiam.
Okay.
"Waalaikumsalam"
Telefon pintarnya di alihkan dari kepalanya. Nafas dihela panjang. Dia dah nak khawin lah, Dyana. Kenapa kau masih berhubung lagi dengan Ibu dia?
Kau bukan tak suka dia ke?
Gadis itu mengeluh kecil. Langkah dibuka menuju ke mejanya tadi. Langkahnya terus terhenti.
Mana Iman?
Tinggal beg dan air dia macam tu je?
Heishh, masalah betullah lelaki ni.
Dyana terus duduk semula di kerusinya. Lantaklah Iman tu, malas dia nak fikir. Air yang dibiarkan tadi diambil dan disedut semula.
"Dengar cerita Akif hisap dadah. Betul ke?"
Dyana tersentak. Nak tersembur air dalam mulut dia dengan sergahan itu. Wajah Aidil yang selamba itu dipandang geram.
"Nak apa lagi kau ni?" Kasar dia menyoal.
Aidil tarik senyuman kecil.
"Sejak kita putus tunang, aku dah lama tak nampak kau. Makin cantik"
Dyana memutarkan bebola matanya. Menyampah dengan kata-kata lelaki itu. Wajah terus dikalihkan ke arah lain.
Melihat reaksi dingin wanita itu, Aidil mula berdecit kecil.
"Kau masih marah aku lagi ke, Yana? Kau tahu kan benda dulu tu salah faham. Lagi pun kita sekarang ni dah jadi rakan kolaborasi. Takkan kau tak nak maniskan muka kau untuk aku dan terima kerjasama antara kita?"
Dyana buat muka menyampah. Terus sahaja begnya diambil dan kaki mula melangkah untuk beredar dari situ.
"Kerjasama dengan kau? Aku tak tahu pula kaki kelab macam kau ni pandai bina bangunan. Kau datang sini anak ayam kau tak cari ke? Atau kau dah suap dia orang dengan emas permata sampai berebut dengan orang lain pun sanggup. Jangan ingat Tuan Razi dengan kawan dia puji kau melambung tadi, kau tak akan tersingkir macam Akif. Kat sini, nama kau tu tak ada makna apa-apa langsung, bukan macam kat KL. Faham?!"
Aidil hanya mampu ketap bibir. Perlahan figura itu dikejarnya semula.
"Kau pasti ke nama aku tak ada makna? Akif yang dah ada nama yang gah kat sini pun aku boleh kalahkan walau baru masuk hari ni. Kesian kan dia?"
Langkah Dyana terhenti. Aidil pandang muka Dyana dengan pandangan sinis.
"Kau rasa kenapa eak dia tiba-tiba je jadi macam tu? Rasanya Akif yang aku kenal, dia tak ambil dadah"
Dyana membalas pandangan Aidil dengan lebih tajam.
"Kau tengah ugut aku ke? Untuk apa ya?harta mak ayah aku? Heh, jangan harap cerita dengan aku macam tu buat aku takut. Sikit pun aku tak percaya"
Wanita itu terus berjalan meninggalkan lelaki itu sendirian.
"Kau yakin Akif tu baik?"
Dyana tak pedulikan kata-kata Aidil.
Puk!
Wanita itu tersentak. Mulutnya ditekup kuat. Puas dia tarik lengan yang melilitnya namun tidak berjaya.
Jam tangan tu.
Dia kenal jam tu.
Kelam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro