ASKP 🍩 4
"Awak lagi?" Bibir Dyana sudah diketap tanda geram.
"Ye la. Takkan saya dah balik kalau Iman asyik tercongok dengan kawan awak tu"
Dyana memutarkan matanya saat jawapan yang dinantikan digantikan dengan jawapan lain.
"Bukan saya tanya awak dah balik ke belum. Saya tanya awak nak ambik benda yang sama dengan saya lagi ke?" Soal Dyana geram sambil memandang tajam Akif.
Akif menjongketkan sebelah keningnya mempersoalkan soalan Dyana.
"Tak lah. Saya nak balas balik apa yang awak buat tadi. Dah la malukan saya. Nasib baik boyfriend awak ada tadi. Baru nak tengok awak buat show"
Dyana mendengus geram.
"Dia bukan boyfriend saya lah!. Dah la. Awak ni asyik muncul je kat mana-mana saya berada" Jejari Dyana terus mengambil kotak aiskrim tersebut.
Akif menayangkan riak menyampah dengan ayat Dyana.
"Ei! Ingat kita nak tengok sangat ke muka dia. Bukan comel pun" bibirnya sengaja dicebikkan tanda protes.
Dyana pula sudah malas mahu bertengkar. Pantas trolinya ditolak untuk berlalu pergi.
"Saya malas la nak layan awak. Dah la. Saya nak balik"
Akif terus mengambil aiskrim dalam troli Dyana dan diletakkan di dalam peti sejuk balik. Dyana sedikit terkedu lalu memandang geram dengan sikap Akif.
"Ei! Awak ni kenapa? Suka cari pasal. Sumbat dalam peti tu baru tahu!"
"Mana ada cari pasal. Kalau awak tak langgar troli saya tadi, mungkin saya tak hadap nak tengok muka awak sekarang ni"
"Habis tu apa yang awak nak supaya saya berlalu dengan aman?"
Akif memuncungkan mulutnya ke arah aiskrim tadi. Dyana menghela nafas panjang lalu mengambil kotak aiskrim itu dan diberikan kepada Akif.
"Yang coklat tu lah"
"Ini?"
"Tak lah sebelah dia tu"
"Ni bukan coklat"
"Tiba-tiba rasa nak makan strawberry la"
"Awak ni betul-betul la"
"Tak nak lah strawberry dah la pink. Tengok baju awak teringat pudina. Awak ambik je lah pudina"
"Apa kaitan baju saya dengan tekak awak"
"Tak de kaitan pun. Jadi awak ambik je lah coklat tadi balik"
Dyana yang geram kerana dipermainkan mengambil bekas aiskrim coklat lalu diangkat untuk dibaling ke arah Akif.
"A-awak jangan! Tu makanan tau... tak baik baling-baling" ucap Akif serius.
Dyana tergelak kecil.
"Siapa kata nak baling. Saya nak letak je" balas Dyana selamba.
Dia terus meletakkan bekas aiskrim tersebut dengan lemah lembutnya ke dalam troli Akif. Akif sudah bengang dengan ayat Dyana.
Kelihatan Dhia yang sudah bosan dengan perbualan Abangnya dan Mawar datang kearah Akif dan Dyana.
Akif menjeling geram saat Dhia menghampirinya.
"Asal datang sini? Kau kan sibuk tadi nak ikut abang gatal kau" perli Akif.
Dhia hanya beriak jelik mendengar sindiran Akif.
"Tu tadi. Bukan sekarang. Sekarang dah bosan. Abang Akif beli apa?" Soal Dhia lalu menjenguk ke dalam troli Akif.
"Beli tanah kubur. Kau nak rasa?" Soal Akif sengaja.
Dhia memutarkan bebola matanya.
"Abang Akif ni memang sengaja kan" Akif tersenyum sinis mendengar ayat Dhia.
"Kalau aku tak sengaja tak ada aku buat macam tu" sengaja dia mengapi-apikan Dhia.
Dyana yang melihat suasana dingin Akif dengan Dhia menimbulkan tanda tanya di hatinya.
"Awak ni memang suka buli budak-budak ea?" Soal Dyana pelik.
Tumpuan Akif terarah pada Dyana. Perlahan senyuman senget diukir.
"Awak pun saya buli apa lagi budak kentot ni" ucap Akif lalu ketawa kecil.
Dyana hanya menjeling tajam Akif.
"Ei! Kita sama tinggi dengan Abang Akif la. Mana ada kentot!"
Akif hanya buat tak dengar saja dengan ayat Dhia.
Dyana tersenyum kecil. Suka pulak tengok si Akif ni buli Dhia. Jam ditangan di tilik. Waktu hampir menginjak ke tengah hari.
"Dah la. Saya balik dulu. Layan lawak awak sampai ke besok tak balik rumah"
Dia terus menolak trolinya dan berlalu dari situ. Setelah kelibat Dyana agak jauh, Dhia mula bersuara.
"Kakak tu comel kan. Sesuai dengan Abang Akif" ucap Dhia sambil tersenyum.
Akif menjeling geram. Kecik-kecik dah jadi matchmacker. Dah besar nanti kalau tak khawin tak tahulah...
"Comel tu mungkin. Sesuai tu tidak. Kalau aku khawin dengan dia, mahu roboh rumah aku dengar dia memekak" ucap Akif lalu pergi dari situ.
Dhia hanya menjeling geram. Dia terus mengekori Akif dari belakang setelah ditinggalkan abangnya dan Auntie Mawar yang gatal.
"Abang kau mana?" Soal Akif malas.
Hampir setengah jam mereka pusing-pusing mencari kelibat Iman .
"Entah lah. Tadi dia kata suruh jalan dulu. Tu yang Dhia ikut Abang Akif. Cuba call dia" cadang Dhia.
Akif segera mengeluarkan henfonnya lalu menekan nombor Iman.
Henfon berdering sebentar dan terus di angkat. Nasib jenis boleh jawab call.
"Oi! Kau kat mana? Lama tahu aku dengan Dhia cari kau"
Iman terdiam sebentar. Baru teringat yang tadi dia pergi supermarket dengan Akif.
"Ouh ye ke? He. He he... Errr sebenarnya aku kat restauran dengan Mawar. Terlupa pulak yang aku datang supermarket dengan kau. Hehehe. Kau balik sendiri boleh kan?" Soal Iman perlahan tanda tidak bersalah.
Akif berhenti sejenak.
"Kau ni memang dasar binatang pink betulla. Aku dah la tak suka naik teksi. Ergh! Dah la" ucap Akif geram lalu mematikan panggilannya.
Akif terus menyimpan henfonnya di dalam kocek seluarnya.
"Abang cakap apa?" Soal Dhia ingin tahu.
"Abang kau kata dia nak jadi ulat bulu. Jadi dia tinggal kita" sindir Akif.
"Naik teksi la ni?" Soal Dhia tidak percaya.
"Ye la. Takkan nak naik kereta sorong pulak" ucap Akif lalu menolak troli ke kaunter pembayaran.
Dhia hanya mencebik geram dengan ayat Akif. Setelah membuat pembayaran, Akif dan Dhia keluar dari supermarket tersebut.
Namun, langkahnya terhenti setelah terlihat seorang gadis sedang memarahi seseorang di telefon.
"Tu bukan kak Yana ke?" Soal Dhia pada Akif.
Akif mengecilkan matanya mengamati susuk tubuh seseorang.
"Jom menggatal dengan dia" ucap Akif lalu menolak trolinya ke arah Yana.
"Abang Akif je lah mengorat dia. Abang Akif kan suka dia" ucap Dhia sambil menjeling tajam.
Akif tidak mempedulikan ayat yang keluar dari mulut Dhia dan terus bergerak ke arah Dyana yang kelihatan seolah-olah sedang memarahi seseorang didalam telefonnya.
"Kau ni kan kalau nak menggatal memang tak ingat kawan ek. Dah la lama aku tunggu sini baru sekarang kau nak cakap. Ei!!! Siap kau balik nanti" ucap Dyana geram lalu menutup henfonnya.
Bibirnya membebel perlahan geram dengan sikap Mawar.
"Hai awek!" Sapa Akif selamba.
Dyana terus menoleh ke arah kanannya. Satu jelingan tajam diberikan.
"Siapa awek kau?" Soal Dyana geram.
"Mana ada saya kata awek. Kan saya kata awak. Tu lah asyik marah je. Kan telinga dah pekak" ucap Akif sengaja.
Dyana sudah panas dengan ayat Akif hanya menyabarkan diri memandangkan ini tempat awam. Kang tak pasal-pasal kena blacklist dengan owner supermarket.
Melihat perang dingin antara Akif dengan Dyana, Dhia mulai bersuara.
"Kak Yana buat apa kat sini? Bukan tadi kata nak balik ke?" Soal Dhia perlahan.
Yana menarik nafas panjang. Relax!
"Tadi memang nak balik. Tapi tadi tunggu Mawar lama sangat. Baru tadi dia call kata dia dah keluar dengan Iman. Tu yang geram tu. Lagi satu, tak payah la panggil kak Yana bagai. Saya ni bukan kakak awak" ucap Dyana sopan.
Mendengar ayat Dyana, Akif terus menyampuk.
"Kalau panggil kakak tak boleh, panggil nenek boleh tak?" Soal Akif sengaja.
Dyana menjeling geram. Terus saja dia bangun dari situ.
"Boleh. Boleh blah. Dah la saya nak balik. Lama-lama kat sini buat apa menghadap muka awak. Bukan hensem" Terus trolinya ditolak bagi meninggalkan kawasan tersebut.
Akif terus menolak trolinya berjalan bersama Dyana.
"Jom saya hantar awak balik" pelawa Akif.
Dyana yang mendengar ayat Akif berasa pelik. Setahu dia, Akif dan Dhia datang dengan kereta Iman sebab Mawar yang cakap tadi.
"Tapi kita datang sini kan naik kereta abang Iman. Macam mana nak hantar Yana balik?" Soal Dhia pelik.
"Siapa kata kita nak hantar dia naik kereta kita? Naik kereta dia la" Balas Akif selamba.
Dhia sudah bengang dengan jawapan dari akif. Dyana pula memandang Akif dengan wajah pelik.
"Boleh ke Yana?" Soal Dhia sopan.
Dia tidak mempunyai muka tembok seperti Akif.
"Kalau Dhia boleh lah. Tapi kalau yang tua tu macam tak boleh la. Sebab kereta Yana ni cuma perempuan je boleh naik" ucap Yana sengaja.
Akif memutarkan bebola matanya.
"Kalau tak bagi tak apa. Saya boleh naik teksi" ucap Akif bengang.
"Siapa kata tak bagi?" Sengaja dia nak menyakiti hati Akif kembali.
Akif memandang tajam wajah Dyana.
"Saya bukan perempuan okay. I'm gentleman" ucap Akif berlagak.
"Ouh gentleman. Kalau macam tu, orang gentleman mesti pandai minta maaf kan?" Keningnya diangkat mempersoalkan soalan Dyana.
Kening Akif mulai bertaut. Pelik dengan ayat Yana.
"Sebab apa saya nak minta maaf?" Soal Akif pelik.
"Tadi awak buli saya masa nak beli aiskrim" ucap Dyana.
Akif mendengus geram. Perempuan kalau nak balas dendam memang suka flashback ea?
"Ye la. I'm soooo sorrryyy okay miss Yana" ucap Akif geram.
"That's my boy" ucap Yana sambil tersenyum.
Terus saja dia menolak trolinya ke arah parking kereta.
Akif sudah bengang hanya mengikuti langkah Yana. Dhia pula hanya tersenyum melihat kerenah mereka berdua.
"Awak kerja apa sampai kereta besar macam ni?" Soal Akif sambil memandu Honda City kepunyaan Yana.
Tak gentle la kalau perempuan bawak kan.
"Awak rasa ?" Soal Yana menguji.
Akif berfikir sebentar. Ada saja akalnya untuk menyakiti hati gadis itu.
"Saya rasa... awak mesti jadi operater telefon yang membebel tu kan? Tak pon... jadi penyampai radio. Sebab mulut awak asyik nak membantah je. Kalau nak kata peguam, muka tak macam peguam pun" ucap Akif selamba memberikan pendapatnya.
Yana sudah bengang dengan jawapan Akif. Dhia yang duduk di belakang hanya memerhatikan pandangan luar.
Malas mahu mendengar perbualan orang tua.
"Semua yang awak cakap tu salah! Saya ni kerja jadi ID. Interior Designer dengan Mawar. Kereta ni, ayah saya yang bagi sempena saya dapat degree dalam bidang tu... Awak pulak kerja apa?" Soal Yana pula.
Akif mengangguk kecil tanda faham dengan penerangan Yana.
"Emm... anak ayah rupanya. Saya kerja arkitek je. Iman pula kerja landskap designer" ucap Akif.
"Oooo. Adik Iman tu umur berapa?" Soal Yana pula.
"Budak tu?" Soal Akif sambil menunjuk ke arah Dhia.
Dhia terus memandang kehadapan saat namanya di sebut-sebut.
"Dia tu, baru form 3. Tapi perangai macam budak tadika. Sooo gedik you know" ucap Akif sambil membuat mimik muka.
Dhia memutarkan bebola matanya tanda geram dengan Akif.
"Ei! Daripada perangai Abang Akif macam mak cik bawang. Sikit-sikit perli. Umur je 25 tapi perangai sama aje macam budak tadika" perli Dhia pula.
Mendengar ayat Dhia, Yana berfikir sebentar.
"Ooo kita sebaya rupanya. Patut perangai sama je" ucap Yana menyelit.
"Perangai je sama. Tapi hati tak" ucap Akif pula.
Yana mendengus geram.
"Ermm ye la" ucap Yana bengang.
Mereka bertiga senyap saja apabila semuanya penat untuk bercakap. Setelah menghantar Akif dan Dhia pulang, Yana terus memandu ke rumahnya. Kelihatan pintu masih lagi berkunci menandakan Mawar belum pulang.
Yana terus masuk ke dalam rumahnya untuk memasak makanan tengah hari. Hampir pukul 2 petang baru Mawar pulang. Maka bermulalah si ibu memarahi anaknya yang seperti belum pulang seminggu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro