ASKP 🍩 39
Akif membaca nota itu berkali-kali supaya masuk betul-betul dalam otak dia. Tak nak lah nanti Tuan Razi kata dia cuai masa buat kerja.
Kunci kereta dikoceknya dicari dan punat yang membuka kunci keretanya di tekan. Dia harus ke bandar bagi menguruskan hal keperluan barang menguruskan projek.
Dia ingat design yang Dyana buat memang tak menepati citarasa Tuan Razi, rupanya perangai lelaki tua itu sendiri yang suka ubah rasa hati ikut suka hati. Dia yang kerja tukang lukis pelan pun terkena tempiasnya sekali bila Tuan Razi kata nak buat bangunan bentuk lain.
Eh, dia ingat ni main tanah liat ke nak tukar suka hati?
Geram Akif dibuatnya. Patutlah Tuan Zarith sibuk suruh dia handle projek pembangunan Tuan Razi, rupanya lelaki itu sudah masak dengan perangai pak cik sendiri.
Haihhh, nasib lah kau Akif dapat customer tak faham bahasa.
Namun begitu, dalam dia sibuk-sibuk membebel meluahkan isi hatinya, anak matanya terpandang wajah seseorang amat iras sekali dengan memori lamanya.
"ERGH! Aku tak akan lepaskan kau, Yana!"
Pintu kereta miliknya ditutup rapat dan kaki mula melangkah menuju ke kedai makan di seberang jalan. Anak matanya tak lekang dari memandang lelaki itu yang duduk di meja luar restoran itu.
Percayalah, dalam apa tujuan sekalipun, dia memang betul-betul tak suka keberadaan lelaki itu di sini.
...
"Ouhh, jadi semua design bilik nak sama kecuali perabot dalam tu je lah?"
"Yes. Sebab Papa I kata dia nak bilik tu nampak different but at the same time still bring our identity there. As the only son, I ikut je lah apa yang dia nak"
Dyana hanya mengangguk kecil. Kata-kata itu ditulis di dalam nota di telefon pintarnya.
"Ouh, ya. By the way, kita nak pergi tengok cat dulu atau kedai perabot?" Punat pada kunci kereta di tangannya di tekan.
Wanita itu berfikir sebentar.
"I think we should choose the colour first, and then the furniture. Nanti senang sikit aku nak matching warna perabot"
Haiqal mengangguk kecil. Pintu kereta dibuka dan badan dimasukkan ke dalam. Dyana yang mahu mengikuti langkah lelaki itu terhenti.
Badan dipusingkan menghadap kedai di seberang jalan resort itu. Terkejut dia melihat gerangan itu disini. Yang pastinya, figura itu tidak keseorangan dan perkara itu jelas sekali membuatkan dia tak sedap hati.
"Dyana!"
Gadis itu tersentak. Baru dia sedar keberadaan dia di kawasan parkir ini. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta dan menutup pintu.
Haiqal kerut dahi melihat tingkah Dyana yang kelihatan pelik.
"Tadi tengok apa? Macam takut je"
Dyana menoleh ke arah Haiqal. Gelengan kepala diberikan sebagai jawapan.
"Tak ada apa-apa. Dah la, jomlah kita gerak sekarang. Nanti nak uruskan perabot lagi, benda lain lagi" tali pinggang terus ditarik dan dimasukkan ke dalam rumahnya.
Haiqal hanya pandang dengan riak kecewa. Dia betul-betul risaukan wanita itu.
"Betul ni tak ada apa-apa?" Soalnya lagi.
Dyana tarik senyuman kecil.
"Betul, Haiqal" balasnya lembut.
Lelaki itu hanya mengangguk kecil. Tali pinggang dipakainya. Perlahan nafas dihela panjang. Wajah Dyana dipandang seketika.
"Dyana, kalau ada apa-apa, cepat-cepat beritahu aku ya. Aku tak nak lah keselamatan kau tergugat. Kau kan kawan aku, mestilah aku nak jaga kau elok-elok. Ya?" Pintanya lembut.
Dyana serba salah. Namun dia ukirkan juga senyuman untuk lelaki itu.
"Okay. Dah lah, kau tak payah lah risau sangat. Jomlah kita gerak sekarang. Makin lama makin lambat pula"
Lelaki itu tarik senyuman kecil dan mengangguk. Handbrake diturunkan dan kereta miliknya di pandu keluar dari perkarangan resort.
"Kau nampak malaun riak tu?"
Gadis itu menoleh ke arah yang di lihat Akif.
"Haiqal?"
"Yes, and he always acting curiously. Kau tak pernah syak sesuatu pada dia ke?"
Dyana menyandarkan badannya pada kerusi. Nafas dihela panjang. Fikirannya menerawang ke memori beberapa jam yang lalu.
Sejak dia sampai di sini, Haiqal layan dia dengan baik sekali. Sering juga lelaki itu bertanyakan khabar dan keadaan dia sepanjang dia disini.
Cukup makan atau tidak, sihat atau tidak, selesa atau tidak bilik yang dia huni. Ya, pada mulanya memanglah dia tak berapa berkenan sangat pada lelaki itu.
Tapi, setelah diteliti dengan lebih mendalam, Haiqal tidaklah seburuk yang disangka. Perwatakan dia lebih matang dan lemah lembut berbanding dirinya semasa disekolah menengah.
Dia juga rasa sangat selesa berada di samping lelaki itu berbanding Akif yang dilihat seakan budak-budak.
Dyana menghela nafas panjang. Figura yang dilihatnya di kedai makan tadi diimbas kembali.
Haiqal atau Akif yang sebenarnya dilihat lebih mencurigakan?
— 🍩 —
Sampul coklat itu ditolak ke arah lelaki itu. Teragak-agak lelaki itu mahu mengambilnya.
"Ingat, ini antara kita bertiga. Tak ada siapa pun boleh tahu termasuklah Dyana. Faham?"
Lelaki itu mula tidak sedap hati. Sampul itu dibuka sedikit bagi melihat isi di dalam. Beberapa keping gambar daripada rakaman kamera litar tertutup ditiliknya.
Wajahnya amat jelas sekali dan amat sesuai digunakan sebagai bukti kukuh. Sampul itu ditilik lagi. Beberapa bungkusan berisi serbuk bewarna putih dikeluarkan.
Lelaki itu tersentak. Cepat-cepat dia masukkan semula barang itu ke dalam sampul. Aidil tarik senyuman sinis.
"Jadi, macam mana Akif? Setuju?"
Akif tarik nafas panjang. Sampul coklat itu ditenung seketika sebelum tangannya menolak sampul itu kembali pada Aidil.
Figura itu terpinga-pinga.
"A-aku tak nak terlibat dalam hal macam ni. Kalau kau nak dia, kau usaha sendiri. Jangan libatkan aku lagi" Kerusi ditolak dan kaki mula melangkah pergi.
Aidil berdecit geram. Lengan Akif ditariknya menyuruh lelaki itu duduk semula.
"Dengar sini, Akif. Ini peluang keemasan, kau tolak, kau hilang Dyana. Kau suka ke tengok perempuan yang kau cinta, bersama lelaki lain? Lelaki yang kau sendiri tahu akan rosakkan Dyana?"
Akif menghela nafas panjang. Tangan Aidil ditolak daripada memegangnya.
"Aku tak kira, atas alasan apa pun yang kau guna untuk yakinkan aku, aku tak nak terlibat. Kalau kau betul-betul nak jatuhkan Haiqal, kau buat sendiri. Ataupun kau buat laporan polis. Bukti kau dah ada, lagi senang kau nak jatuhkan dia, okay? aku gerak dulu"
"Tapi Abang Akif bukan memang betul-betul suka pada Dyana ke? sampaikan sanggup membelakangkan bakal isteri Abang Akif sendiri. Abang Akif... Memang dah tak sayang Dyana?"
Langkah lelaki itu terhenti. Perlahan badan dipusingkan menghadap gadis itu.
"Kau jangan sibuk-sibuk masuk campur urusan jodoh aku. Siapa pun yang aku suka, tak ada kena mengena langsung dengan kau. Faham?! Kau lepas dah tipu aku, tipu Ibu aku, jangan harap aku nak pandang muka kau lagi, perempuan tak guna"
Qiesya ketap bibir apabila dikata begitu.
"Kalau betullah Abang marah sangat pada Sya sebab Sya tipu Abang, kenapa Abang tak marah diri Abang dulu? Abang tinggalkan Dyana di bawah hujan, Abang tipu Cik Yah, Abang tipu bakal isteri Abang, Abang ingat Abang boleh benci Sya macam tu? Abang ingat lepas Dyana tahu semua benda ni, dia nak terima Abang lagi dalam hidup dia ke?"
Aidil tolak Qiesya kebelakang. Anak matanya memandang tepat wajah Akif yang semakin serius,
"Dengar sini, Akif. Aku cuma nak tanah tu je, kau nak Dyana, Sya nak balas dendam pada Haiqal. Itu je, Akif. Kalau kau berjaya jatuhkan lelaki tu, depan Dyana, kau tahu kan yang perempuan tu akan selamanya sayang kau?"
Akif diam seketika. Mungkin masih memikirkan tawaran yang diberikan lelaki itu.
"Kau tak suka dia kan? Syahriza? Perempuan yang ibu kau pilih untuk kau"
Akif kerut dahi. Macam mana...?
"Dia pernah bekerja dengan Sya. Cik Yah yang beritahu hari tu" celah Qiesya.
Akif menghela nafas panjang. Tahu dah dia perangai Ibu dia yang suka bersembang tu.
"Ini peluang kau Akif untuk ambil Dyana semula. Kau boleh batalkan perkhawinan kau, dan mulakan hidup baru dengan Dyana. Aku dan Qiesya tak akan ganggu hidup kau lagi lepas ni"
Lelaki itu berkira-kira sebentar. Sampul coklat di atas meja itu dipandang.
Pasti ke dia Dyana akan betul-betul sayang dia? Ibu boleh terima ke kalau dia bawa calon lain bertandang ke rumahnya disaat-saat akhir ini?
Perlahan nafas dihela.
"Okay, I'm in"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro