ASKP 🍩 38
"Akif, orang tengoklah!" Ujarnya geram.
Lelaki itu berdecit geram. Cawan yang berisi air oren diserahkan kembali pada Dyana.
"Aku nak pastikan dia tak ada letak racun dalam tu" selamba lelaki itu berkata.
Dyana menghela nafas panjang.
"Jangan buruk sangka dengan orang boleh tak? Dah besar kan"
Akif silangkan tangannya tanda protes. Wajah Dyana dipandang tajam.
"I'm protecting you, Hanna Dyana"
"But not at the right time, Akif Amin" bidas gadis itu.
Akif berdecit geram. Badan didekatkan pada Dyana.
"It always at the right time, Dyana. Kita tak tahu siapa yang tak suka pada kita. Kita tak tahu siapa yang simpan dendam pada kita. Bila-bila je kita boleh kena serang. That's why we need be curious on everything. Especially in here. Ingat, kita ada lagi masa dua minggu tahu kat sini. Banyak benda yang boleh terjadi" nasihatnya perlahan.
Dyana menghela nafas panjang. Entah kenapa lelaki itu tiba-tiba bertindak terlalu protective. Walhal dia elok je selama duduk di sini.
"Kau nampak malaun riak tu?"
Gadis itu menoleh ke arah di lihat Akif.
"Haiqal?"
"Yes, and he always acting curiously. Kau tak pernah syak sesuatu pada dia ke?" Soalnya pelik.
Dyana kerut dahi. Mi goreng yang dibiarkannya tadi di makan semula.
"Pelik apa nya? Aku tengok biasa je" ujarnya malas.
Akif ketap bibir tanda tidak berpuas hati dengan jawapan Dyana. Kenapalah wanita itu tak pernah menyokong setiap fakta menarik dia?
Ibu pun sikit-sikit puji Haiqal. Eiiii! Sakit betul hati dia bila dengar Ibu kata macam tu. Takkan mata dia seorang je yang boleh nampak apa yang tak kena pada Haiqal?
"Dah lah, Akif. Tak elok buruk sangka pada orang. Lagipun ini tempat dia, bukan tempat kita. Jaga sikit perangai tak matang kau tu"
Lelaki itu berdecit geram.
"Tahulah aku. Dah la, aku nak pergi sana sekejap. Tunggu kau makan ni macam tunggu siput makan" Akif terus bangun dan mengatur langkah ke arah meja makanan.
"Ambilkan aku air sekali. Aku tak nak minum air yang telah dihidu oleh manusia yang macam kau ni" pesan Dyana.
Akif menggulingkan matanya. Sakit pula hati dia dengar. Kaki terus melangkah ke arah Haiqal yang berdiri sambil memerhatikan para pekerja berdekatan dengan meja makanan.
Senyuman sinis diberikan sebelum lelaki itu berdiri di sebelah Haiqal.
"Have you eaten?" Soal lelaki itu selamba.
"With your food? Obviously not" balas Akif selamba.
Haiqal hanya mengangguk kecil. Tumpuannya beralih pada cawan ditangannya.
"And then why you're here? I'm not serving myself to you"
Akif buat muka menyampah. Macam dia berkenan sangat dengan lelaki tak guna tu. Ewww !
Perlahan anak matanya menukar fokus ke arah Dyana yang sedang makan sendirian.
"Mesti kau suka kan Dyana tu ikut cakap kau, buat apa yang kau suruh. Rapat kan kau dengan dia"
Haiqal hanya tergelak kecil.
"Nope. Kita orang tak lebih dari classmates pun. Rapat pun sebab projek ni" balasnya ringkas.
Akif menggulingkan matanya. Macam dia nak percaya kata-kata lelaki itu.
"Well, I hope so. Lagipun dia aku punya. Aku harap kau jauhkan diri kau dari dia ya. Jangan kacau hubungan orang lain"
Haiqal tarik senyuman kecil. Anak matanya juga memerhatikan Dyana yang khusyuk menjamu selera tidak jauh dari mereka.
"It sound so jealousy. Lupa pula kau orang kan dah bertunang"
Wajahnya dipalingkan memandang Akif.
"Tapi kenapa dia macam tak suka kau ya? Atau kau cuma berpura-pura sebab nak ambil kesempatan atas sifat polos dia?" Soalnya perlahan.
Riak wajah lelaki itu berubah. Haiqal tarik senyuman sinis.
"I'm not that innocent, Akif. You're the one that always force her to follow you. Well, Aku tak nafikan yang dia nampak sangat tidak ramah dan terpaksa ikut kata-kata kau yang... Bukanlah tunang dia pun sebenarnya kan? Cara kau tarik tangan dia pun aku dah nampak yang kau paksa dia tunduk pada kau. Ini ke lelaki sopan dan lembut pada wanita yang Tuan Razi kata tu?" Soalnya sinis.
Akif hanya diam. Tak mampu dia nak kata apa-apa sebab apa yang Haiqal katakan itu seakan memerangkap diri dia sendiri.
Nak suruh dia mengaku? Ew, memang tak lah!
Haiqal tarik senyuman kecil. Anak matanya kembali memandang Dyana.
"Dyana tu memang cantik. Dalam ramai-ramai budak sekolah kita orang, dia yang paling menyerlah walaupun dia jarang buka mulut. Cara dia berjalan, tersenyum, sopan santun dia memang memikat hati. Tapi hati aku bukan pada dia. Dia tu memang susah sikit nak faham, kalau kau tak pernah kena smackdown dengan dia kira untunglah tu" ujarnya perlahan.
Akif diam sebentar. Pelik dengan respon yang ditonjolkan lelaki itu.
"Kau pasti tak suka dia?"
"Aku bukan budak-budak, Akif. We're growing up with people and attitude. Kalau kau suka dia, don't mind me, just go on. Lagipun aku dah ada yang lain"
Akif memerhatikan Dyana yang sibuk dengan tabletnya sambil bermain dengan garfu dijarinya. Dia boleh percaya Haiqal ke?
"Dengan siapa?" Soal Akif pelik.
Haiqal tarik senyuman kecil. Cawan ditangannya diletakkan di atas meja.
"You will know it soon. Wish you a luck"
Bahu Akif ditepuk sebelum si lelaki mulai beredar. Akif hanya mampu menghela nafas panjang. Yakin ke dia dengan jawapan lelaki itu?
"By the way, Akif. I hope lepas kau siap kerja kau, terus balik KL ya. Aku tak nak ada sketsa romantik dekat resort aku. Kau pun ada majlis khawin lepas ni kan? Jadi tak perlu kot kau lama-lama teman Dyana di sini. Rasanya dia tak suka dimadukan atau bersuamikan lelaki yang tak setia macam kau ni. Depan suka lain, belakang suka lain. Patutlah bujang sampai tua, perempuan tengok kau pun dah tahu perangai macam mana. Shame on you" ujarnya selamba.
Akif terpinga-pinga melihat Haiqal berlalu begitu sahaja. Perghhh, tadi bukan main nak senangkan hati dia kata tak nak rembat Dyana. Sekali dia sembur, terkoyak hati dia sampai berterabur serpihan kecil di lantai.
Tapi nak buat macam mana, memang apa yang dikatakan lelaki itu ada betulnya juga. Siapa suruh Dyana polos sangat ikut cakap dia, dia pun cuma cuba-cuba je nak mengorat perempuan.
Alang-alang tunggu hari nak menikah, kita menggatal dulu dengan yang di depan mata.
Akif menghela nafas panjang. Perlahan anak matanya memandang wajah Dyana yang tampak serius. Tali begnya diambil sebelum gadis itu mengatur langkah keluar dari cafe kecil itu.
Lelaki itu hanya melihat dengan pandangan kosong. Eh, tadi kata nak makan sama-sama, sekali dia pula yang kena tinggal. Macam nak balas dendam pun ada. Nasib Dyana tu comel.
Perlahan poket seluarnya diseluk dan seutas rantai perak dikeluarkan. Senyuman kecil mula terukir.
Dyana, Dyana. Kenapa aku tak boleh lupakan kau ya?
"Nona, yang ni kau tulis apa?"
"Nona?"
"Nonaaaaaaa!"
"Eish, tolonglah, menyampah tahu tak?!"
"Uish! Marah ke?"
"....."
"Hehehehehe janganlah marah. Pipi kau comel! Merah macam buah nona. Patutlah nama kau macam buah nona eak? Mesti masa kecil dulu muka--AW!"
"Sakit? Sakit kan?! Macam tu lah hati aku sakit tahu tak?!"
"Alah kau ni gurau je pun salah. Bila lagi aku nak bercakap dengan kau. Kau ni dah lah pendiam, pemalu, itu dan ini. Aku bercakap dengan kau ni pun sebab kita duduk sebelah-sebelah. Cuba hargai sikit usaha aku nak dekat dengan kau"
"Haihh, ye lah, pendek"
"Ha macam tu lah-- apa kau cakap?!"
"P-E-N-D-E-K. PENDEK, It is clear?"
"Aku lagi tinggi dari kau tau!"
"Orang pendek mana nak mengaku dia pendek"
"Kau memang dasar Nona. HANNA NONA! HANNA NONA! HANNA NONA!"
"EIIIIII! SINI KAU PENDEK!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro