ASKP 🍩 37
"Osom!"
"Osom!"
"Osom!"
"HAHAHAHAHA kau kalah lagi!"
Akif mencebik geram. Tak bagi langsung dia peluang nak menang.
"Ye lah. Nah ambiklah semua" balang berisi coklat itu diserahkan pada Dyana.
Gadis itu terpinga-pinga.
"Eh, habis kau punya?"
"Tak apa, aku memang beli untuk kau" ujarnya lembut.
Dyana tarik senyuman kecil. Dirampas manja balang itu dari pegangan Akif.
"Sengaja ea nak menghabiskan masa aku dengan pancing balang coklat ni"
Lelaki itu tersengih kecil. Suka dia tengok muka bahagia gadis itu.
"Tak adalah. Aku memang ikhlas nak bagi kau. Manalah tahu masa makan nanti kau boleh terbayang muka aku yang hensem ni. Tak adalah kau sunyi sangat dalan bilik tu"
Dyana tayang muka jelik. Suka betul masuk bakul angkat sendiri.
"Bangga diri betul. Macam tak ada orang lain yang lagi hensem dari kau. Dah la, pegang ni" balang coklat itu diserah semula pada Akif.
Akif mencebik. Diambil balang itu dari pegangan Dyana. Gadis itu terus menyelongkar begnya untuk mencari Flashcard biliknya dari dalam beg tangannya.
Flashcard itu di semak oleh pengimbas di bawah tombol pintu dan kunci pintu dibuka. Terus sahaja gadis itu menolak pintu biliknya dan masuk ke dalam.
"Jangan lupa solat Isyak. Kalau malas mandi tu, basuhlah muka dulu sebelum tidur. Tukar baju, tau" pesan lelaki itu.
Dyana berdecit kecil. Balang coklat itu diambil dari tangan Akif.
"Tahulah. Kau pun sama"
Akif kerut dahi.
"Kau nak ajak aku solat sama-sama ke? Eh, aku boleh jadi Imam kau ke? Scandal kau tu tak marah kalau nampak kita berdua dalam bilik?"
"Kau nak kena lempang ke?"
Akif tergelak kecil.
"Alah kau ni, gurau je lah. Aku tahu halal haram dengan perempuan single macam kau ni. Dah lah, aku pun penat juga ni. Goodnight, and please let me be in your dream"
Lelaki itu terus berjalan menuju ke biliknya yang tidak jauh dari bilik Dyana. Gadis itu menghela nafas panjang. Malas dah dia nak layan perangai manis lelaki itu.
"Goodnight too, Akif" ujarnya perlahan.
Dedaun pintu terus ditutup rapat tanda si empunya bilik telah menutup tirainya pada hari ini. Tanpa dia sedar, si lelaki itu sudah simpan senyum apabila telinganya sempat menangkap kata-kata lembut itu.
Alangkah bahagianya dia saat si gadis membalas ucapannya tadi. Perlahan, kocek seluarnya diseluk.
Kosong.
Kocek disebelah kiri pula hanya ada dompet sahaja.
Akif tepuk dahi.
Flashcard bilik dia tadi dia selit dalam poket dekat beg laptop. Beg laptop ada dalam kereta. Haihh, kenapalah dia boleh cuai ni?
Tu lah, teruja sangat nak ajak Dyana main osom dengan dia semata-mata nak menyakat gadis itu. Akif cepat-cepat mengatur langkah ke arah lif untuk turun ke bawah semula.
Haih, lambat lagilah badan dia ni nak rehat. Masalah betullah dia ni. Sampai sahaja di kawasan parkir kereta, Akif terus buka kunci dan cari beg laptop dia di tempat duduk belakang.
"Kenapa kau tak halang dia tadi?!"
"Dah jantan tak guna tu bawa Dyan naik atas cepat-cepat aku nak buat macam mana? Kau ingat kaki aku ni kaki sotong ke boleh terbang?"
Pergerakan lelaki itu terhenti. Telinganya cuba untuk meneliti perbualan itu dengan lebih jelas.
"Kau yang lembik, nak banyak alasan pula. Dah lah, esok make sure lelaki tu berambus dari sini. Kalau dia tak pergi juga, biar aku yang bawa Dyana pergi"
Akif cepat-cepat masuk ke dalam keretanya dan menutup sedikit pintu bagi mengelakkan dirinya dicurigai orang. Diperhatikan bayangan lelaki itu berjalan menulusuri lorong gelap itu sehingga ke pintu hadapan hotel.
Melihat gerangan yang berjalan itu membuatkan si lelaki tersentak. Dia tak sangka pula lelaki itu memang benar-benar ada niat yang tidak baik pada Dyana.
— — 🦎 — —
Akif pergi ke lokasi tapak projek seperti biasa. Kawasan tepi resort itu sudah diruntuhkan untuk membina bilik hotel mewah yang lebih selamat dan kukuh.
Tak mungkin projek ini hanya sekadar perangkap untuk Dyana. Meruntuhkan bangunan dan memanggil beberapa orang jurutera hebat pasti memakan kos jutaan ringgit.
Tambahan pula, Tuan Razi nampak bersungguh untuk menjayakan projek ini. Kalau benarlah projek ini hanyalah sekadar untuk menutup mata orang lain, pasti Dyana itu berlatar belakangkan orang yang hebat-hebat sampaikan mereka berusaha keras untuk mendapatkan gadis itu.
Tapi Dyana nampak biasa-biasa je. Gadis biasa yang penuh dengan emosi yang tak pernah stabil dan mulut yang tak henti-henti membebel.
Tak ada ciri-ciri orang misteri betul.
Akif menghela nafas panjang. Langkah terus dibuka menuju ke arah pondok dan khemah yang menempatkan pekerja untuk berehat dan makan tengah hari.
Nampak sahaja figura kesayangan dia, lelaki itu cepat-cepat mengatur langkah kearahnya. Hujung lengan baju gadis itu ditarik lembut.
"Jom pergi makan. Dah dekat pukul 2 ni"
Dyana angkat wajah memandang si empunya suara. Terus sahaja fokusnya kembali pada skrin tablet di atas meja.
"Sabarlah, aku nak siapkan ni dulu. Tuan Razi nak dekorasi lobby hotel yang lain. Dia tak berkenan dengan design aku tadi" balasnya perlahan.
Akif berdecit perlahan. Ruang kosong disebelah Dyana menjadi tempatnya duduk.
"Tinggal je benda tu dulu. Dari tadi aku tengok kau asyik lukis je. Tak siap-siap juga" ujarnya sedikit geram.
Dyana menghela nafas panjang.
"Sikit je lagi. Sabarlah"
Akif mula rasa bosan. Fail milik Dyana di atas meja diambil lalu dibeleknya. Selesai satu fail, fail lagi satu di beleknya.
"Dyana, suka warna hijau?" Soal lelaki itu tiba-tiba.
Gadis kerut dahi. Wajah Akif dipandang seketika.
"Kenapa?"
"Suka tak warna hijau?" Soal lelaki itu lagi.
"Hijau apa?"
"Emerald green?"
Dyana diam seketika.
"Kalau campur dengan gold suka lah. Tapi kalau kosong je kurang sikit" tabnya ditilik lagi.
"Kalau campur hitam?"
"Suka"
Akif mengangguk kecil.
"Aku pun suka kau juga"
Dyana tersentak. Bahu Akif dipukulnya kuat.
"Oww!"
"Dah nak khawin, masih gatal lagi dengan perempuan lain ea? Tak sayang bakal isteri kau tu ke? Ha?! Tak reti jaga hati perempuan?"
Akif mencebik. Fail ditangannya ditutup sambil satu lagi tangannya mengusap lembut bahunya yang berdenyut.
"Gurau je lah. Sakit tau kau pukul. Nanti lebam-lebam aku suruh bakal isteri aku pukul kau. Dia gangster tauu" ugut Akif.
Dyana ketap bibir.
"Dia yang mula dulu nak ugut kita pula. Hempuk pakai batang penyapu kang" tabnya ditilik lagi.
Akif simpan senyum. Tahu pula takut, tadi gangster sangat. Fail tadi diletakkan di atas meja. Beg tangan Dyana pula jadi mangsa. Habis lipbalm, losyen tangan, bedak, minyak wangi dibuat mainnya. Letak dikuku, conteng tangan, spray pokok kat belakang pondok.
"Ya Allah, janganlah dibuat main. Kan sayang kalau dibazirkan" losyen di tangan Akif diambil dan disimpan di dalam beg.
"Sayang?"
"Ye, sayanglah. Aku beli dengan duit tau, bukan dengan daun pokok" balasnya geram.
Akif tarik senyuman kecil.
"Baik, sayang"
Dyana ketap gigi. Kenapalah hidup dia boleh tersangkut dengan lelaki ni? Masalah betul.
Beg tangan miliknya dikemaskan.
"Kau nak pergi makan tak? Kerja aku dah siap" Sengaja si gadis tukar topik.
"Naklah. Lama aku tunggu kau siap. Nasib sayang"
"Nak kena lempang ke?"
Akif tahan senyum. Terus sahaja dia berdiri setara dengan gadis itu. Fail atas meja Dyana diambilnya.
"Tak payahlah nak marah. Kau duduk seorang-seorang aku yang teman tau. Hargai sikit sayang awak ni"
Dyana mencebik.
"Dah lah kau ni. Kau nak makan mana?" Langkah terus dibuka meninggalkan kawasan pondok itu.
"Kita pergi--"
"Dyan! Nak pergi mana? Puas aku cari kau, nasib jumpa"
Langkah pasangan itu terhenti. Akif awal-awal lagi dah tayang muka benci dia.
"Keluar makan, dengan Akif. Kenapa?" Soal gadis itu pelik.
Haiqal tarik senyuman kecil.
"Aku ingat nak ajak kau pergi cafe. Free je untuk semua pekerja" ujar lelaki itu lembut.
"Tak apalah. Kita orang tak minat dengan makanan free kau tu. Kita orang ada duit sendiri. Terima kasih" potong Akif.
Lengan baju Dyana ditarik agar mengikuti langkahnya.
"Tapi aku ajak Dyan je. Lagipun Papa aku nak tengok design kau tadi. Dia suruh aku pesan pada engkau" ujar Haiqal lagi.
Dyana tarik lengan baju Akif menyuruh lelaki itu berhenti. Akif menggeleng tanda tidak mahu.
"Akif, kerja aku" bisiknya lembut.
Langkah Akif terhenti. Wajah Dyana dipandang tanda tidak puas hati.
"Sekarang waktu rehat okay. Makan, bukan buat kerja. Kau dah sarapan belum tadi?"
Dyana menghela nafas panjang. Wajah dikalihkan ke arah lain.
"Belum kan? Sekarang kita pergi makan, lepastu baru pergi jumpa Tuan Razi. Aku temankan kau, bukan tinggalkan kau macam hari tu, okay?" Soalnya lembut.
Dyana mengangguk kecil. Wajah dialihkan pada Haiqal yang setia menanti jawapannya.
"I'm sorry, Haiqal. Maybe not today. Nanti aku jumpa Tuan Razi sendiri di pejabat dia"
Haiqal tarik senyuman kecil.
"It's not my invitation, girl. Tuan Razi yang jemput semua pekerja pergi cafe. Sekarang" tegasnya.
"We had choice, bro" ujar Akif menyampah.
"Do I look like giving you a choice?"
"I don't care. There's no rule that you had a right to force you workers follow your instructions"
"Dyan?" Sengaja si lelaki mendesak gadis itu.
Dyana menghela nafas panjang.
"Tak apalah, Akif. Harini je, esok lusa kita makan kat luar ya" pujuknya lembut.
Akif mendiamkan diri. Anak matanya memandang tajam mata Haiqal. Perlahan dia menoleh ke arah Dyana.
Lengan gadis itu ditariknya tanpa bicara. Haiqal tarik senyuman kecil. Dia tahu lelaki itu lemah bila dengan Dyana.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro