Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 35

"And the story end bila aku redha je lah dengan perempuan tu. Malas dah aku nak buka gelanggang mahkamah pula kat parking lot tu"

Wanita itu sudah tahan gelak.

"Itulah padahnya bila tak tengok dulu sebelum keluar. Apa function cermin sisi dan belakang kalau tak guna?"

Haiqal menghela nafas panjang mendengar bebelan kecil wanita itu.

"Well, perempuan pun sama; tahunya guna cermin kereta buat pakai make up je-"

"Hei! Perli aku ea?!"

Lelaki itu sudah tergelak jahat melihat muka cemberut Dyana.

"EHEM! EHEM!"

Tawanya terhenti. Pasangan itu terus menoleh kebelakang. Melihat lelaki itu yang tiba-tiba muncul disitu membuat mereka sedikit tercengang. Akif awal-awal lagi dah kembang hidung tengok muka terkejut mereka.

"Seronok betul dating berdua sebelum mesyuarat. Berbual tu pun kalau boleh nak satu resort ni dengar. Bahagia betul" sindir lelaki itu.

Haiqal mencebik. Menyibuk betullah jantan tak guna ni.

"Macam mana kau boleh ada kat sini Akif?" Wanita itu mula menyoal.

Akif tayang gigi putihnya.

"Kita kan ada ikatan jodoh yang kuat. Dimana ada kau, disitu ada aku. Macam tak biasa"

Dyana dan Haiqal hanya memandang dengan muka menyampah. Tak habis-habis pickupline dia tu. Kalau hati dia tersangkut sekali tak apa juga.

"Kau ni tak ada kerja ke datang sini? Atau dah kena buang sebab ambil cuti banyak sangat?" Sinis wanita itu menyoal.

Akif terdiam seketika. Entah kenapa sejak dia terpaksa tinggalkan wanita itu semasa hujan di kedai makan, terus wanita itu tidak menghubunginya. Dia pula yang rasa sangat serba salah.

Perlahan senyuman kecil tetap dia ukir.

"Sebab ada kerjalah aku datang sini. By the way, kalau kau tak keberatan... apa kata lepas mesyuarat ni kita keluar makan? Cuma kita je, Dyana. Aku... ada something nak beritahu kau" pinta lelaki itu lembut.

Dyana diam seketika.

"Aku rasa tak kot. Sebab kita orang dah plan lepas  lunch nak pergi tengok kawasan renovate"

Belum sempat wanita itu berkata-kata, Haiqal terus memotong. Akif menghela nafas geram. Masalahnya si Haiqal tu jantan ke betina? Sibuk betul.

Anak matanya mengunci pada wajah Dyana. Senyuman ikhlas dia ukirkan.

"Dyana?"

Wanita itu diam seketika lalu tersenyum kecil. Perlahan dia menggeleng.

"Sorry, Akif. Hari ni memang aku sibuk sebab nak siapkan kerja awal. Lagipun kita ada banyak masa lagi, boleh je jumpa lain kali"

"See? Your invitation is invalid. Plus, aku dah buang nama syarikat kau dari list collaboration aku sebab aku rasa ada syarikat lain yang lebih bagus dari perkhidmatan kau. Aku tak naklah nanti kau tinggalkan projek ni seperti mana kau tinggalkan seorang perempuan, sendirian, di bawah hujan,  tanpa pengangkutan untuk pulang. Nampak sangat kau datang sini sebab terhegeh-hegeh nak minta maaf kan?What a shame"

Akif dah mula ketap rahang tahan geram. Dia memang dari dulu simpan rasa tak puas hati dia dengan perangai kurang ajar lelaki itu. Lelaki macam ni ke yang Dyana suka sangat?

Ergh!

"Akif? Akif kan?"

Lelaki itu terus menoleh kebelakang. Lebarnya senyuman lelaki tua itu, selebar itu Akif ukir senyumannya. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan lelaki itu.

"Ya, Tuan Razi. Saya Encik Akif, wakil dari Berjaya Berhad"

Lelaki itu tergelak kecil mendengar salam perkenalan anak muda itu. Akif dan pasangan itu tercengang melihat respon Tuan Razi.

"Tak perlu nak formal sangatlah, Akif. Panggil je Uncle, tak perlu nak ber 'tuan' sangat. Bukan dalam mesyuarat formal. Kita ni dah boleh dikira rakan seniaga, dah selalu jumpa, takkan tak biasa lagi?" Soal lelaki tua itu selamba.

Akif hanya tergelak segan.

"Mestilah saya tak biasa, Uncle lebih berpengalaman dari saya. Saya kenalah hormat Uncle sebagai sifu saya. Tambahan pula, Uncle yang jemput saya ke sini, lagilah saya segan, hehehehehe"

Haiqal terdiam melihat situasi beramah mesra itu. Anak matanya memandang tepat ke arah lelaki tua itu dengan rasa tak puas hati.

"Papa jemput dia? Kan Qal dah kata, Qal tak suka dia. Kenapa Papa ambil dia lagi?"

Tuan Razi tersentak melihat tingkah laku kasar anaknya pada tetamu. Perlahan dia menghela nafas panjang.

"Kan kamu yang beria-ria pilih Dyana untuk designer dan bahagian lain, bagilah Papa pula pilih arkitek. Lagipun ni syarikat Papa, bukan kamu"

"Betul tu" Akif angkat thumbs up tanda bersetuju dengan kata-kata Tuan Razi.

"Lagipun sepupu kamu si Zarith tu yang suruh Papa pilih dia. Takkan Papa nak tolak pula? Seganlah Papa dengan anak saudara dan adik Papa sendiri"

"Benar lagikan sahih"

"Lagipun takkan si Zarith nak hantar wakil yang lemah gemalai macam yang kamu pilih tu? Papa dah tengok background kerja Akif macam mana, dan Papa sangat berpuas hati dengan cadangan Zarith untuk menghantar dia ke sini"

"Absolutely correction, Sir"

"Kamu tak perlulah nak risau lebih-lebih, Papa yakin Akif boleh buat kerja dengan baik. Ramai dah kawan-kawan Papa recommend si Akif ni untuk renovate resort Papa yang lain-lain tu. Katanya kerja Akif ni tip top. Betul tak, Akif?"

"No doubt, Sir"

Haiqal dah tahan rasa geram bila tengok papanya sendiri memuji Akif lebih-lebih. Depan dia pula tu!

Eiiiiiiii!

Akif bila tengok muka cemberut Haiqal dah kembang hidung. Baru lelaki depan dia tu rasa malu bagai dihempap batu bata. Siapa suruh sakitkan hati dia lagi. Heh, padan muka!

"Tapi Pa, Zarith tu--"

"Sudahlah. Tak perlu nak beralasan lagi. Orang lain dah tunggu kat dalam bilik mesyuarat dah tu. Cepat sikit. Make sure Power Point kamu berjalan dengan baik hari ni ya, Haiqal. Papa tak nak kamu malukan Papa depan Akif. He's the important person for our project. Mari, Akif kita masuk dulu. Boleh berjumpa dengan yang lain"

"Boleh, Uncle. Lagipun tak elok buang masa pagi-pagi buta ni dengan berbual benda yang tak menjamin masa depan" Lelaki itu sempat memerli pasangan di depan mereka sebelum mengikuti langkah Tuan Razi.

Sempat juga dia melambai pasangan itu tanda mengejek sebelum beransur pergi. Baru lelaki itu tahu cara yang sebetulnya untuk membalas dendam.

Haiqal hanya mencebik melihat layanan first class Papanya pada si Akif. Dia pula rasa macam anak angkat. Dah lah dia memang tak sempat siapkan slide power point yang Papa dia minta dua minggu yang lalu. Mesti nanti dia kena perli lagi.

Erghhh! Sakit betul hati dia.

"Kau tak nak masuk ke, Haiqal? Nanti Tuan Razi tunggu kita" Dyana mula menyoal pelik.

Haiqal berdecit geram.

"Kau masuklah dulu. Kalau orang tua tu tanya, cakap je aku pergi ambil dokumen kat office" Lelaki itu terus berlalu pergi meninggalkan Dyana di situ.

"Dah tu takkanlah aku..."

Bayangan lelaki itu terus menghilang. Perlahan wanita itu menghela nafas kecil.

"Tak apalah, aku boleh masuk sendiri" perlahan dia mengatur langkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

Kerusi kosong dicarinya dan barang miliknya diletakkan di atas meja. Kerusi itu ditarik dan badan dilabuhkan. Rasanya sakit kepala dan demam dia macam nak datang lagi.

"See, no matter how far you are going to, we still can't fall apart"

Dyana hanya mencebik mendengar kata-kata manis lelaki itu.

"Kau diam boleh tak? Bisinglah"

Akif mula memuncung. Dia cuma nak gembirakan Dyana dengan ayat manis dia je. Bukan selalu pun ada peluang macam ni.

"Gurau je lah. Kau ni dari dulu lagi garang, cuba soft sikit, kan sejuk mata memandang. Lagipun siapa suruh kau duduk sebelah aku. Hadaplah kau satu hari ni dengan muka aku"

Wanita itu menghela nafas panjang. Malas betul dia nak layan lelaki sebelah dia ni. Kenapalah dia ditakdirkan untuk berjumpa dan bekerjasama lagi buat kali kedua?

Dia dah penatlah rasa sakit hati dan kecewa. Baik dia berbungkus je dalam bilik atas alasan masih tidak sihat. Lagipun kerja dia cuma boleh berjalan bila kerja Akif dah siap.

Haihhhhh, nampaknya lama lagilah dia kena duduk kat sini.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro