ASKP 🍩 34
Wanita itu menoleh saat terlihat seseorang mendekatinya. Anak matanya memandang tangan lelaki itu yang menghulurkan cawan kertas berpenutup kepadanya.
"Coffee?"
Senyuman kecil diukir buat si dia. Perlahan tangannya menyambut huluran itu.
"Terima kasih"
"My pleasure, Beautiful" Senyuman wanita itu dibalasnya mesra.
Badan terus dialihkan menghadap lautan malam yang ditemani dengan cahaya kenderaan dari jalan raya yang dilihat seakan cahaya kelip-kelip. Angin bayu darat yang menampar lembut wajah mereka membuatkan pipinya terasa dingin.
Haiqal menoleh ke arah wanita yang berdiri bersebelahannya.
"Tak sejuk ke duduk luar ni? You kan demam. Nanti melarat pula I juga yang susah hati"
Dyana hanya menggeleng kecil.
"Tak adalah. Kalau sejuk aku boleh je masuk bilik. Saja duduk luar, nak tengok suasana malam". Ringkas si gadis membalas.
Haiqal hanya mengangguk kecil. Anak matanya turut memandang suasana malam yang tenang itu.
"So, macam mana duduk sini? Selesa? If not, aku boleh bawa kau ke bilik lain"
Dyana tarik senyuman kecil.
"Takkanlah tak selesa. Resort kau besar kot. Patutlah kaya semacam"
"Tak adalah. Ni pun aku sambung perniagaan ayah aku. Dapatlah aku merasa sikit handle resort ni seorang-seorang"
"Seorang? Tak nak cari isteri ke? Manalah tahu dia boleh tolong kau"
Haiqal angkat sebelah keningnya, mempersoalkan soalan Dyana.
"How about you being my wife? You dah jadi ID, I manager resort, sesuailah tu kan kalau kita run out bussiness sama-sama"
Dyana hanya mampu gelak segan. Menyesal pula tanya soalan tu.
"Tak apalah. Aku nak stay single and being a successful women. Just that. Kalau aku nak berkeluarga pun, maybe aku ambil anak angkat je kot"
"Wow, jaranglah perempuan nak stay single sampai tua ni. Biasanya dia orang sibuk nak berkhawin and raise their own children"
"People are different right?"
"Yeah, totally agree"
Dyana hanya tarik senyuman kecil. Penutup cawan itu ditolak sedikit bagi membuka bahagian untuk dia minum.
"So, nanti you buat kerja seorang je ke kat sini? Pekerja you tak datang ke?"
Wanita itu hanya tarik senyuman kecil. Cawan kertas itu dicubitnya sikit-sikit.
"Datang, tapi lambat sikit sebab dia orang ada yang nak nikah esok. Tu yang dia orang pakat ramai-ramai nak datang minggu depan lepas celebrate pekerja aku yang seorang tu. Lagipun first week aku kat sini tak adalah kerja yang berat-berat. Sempatlah dia orang nak enjoy sekejap"
Haiqal mengangguk kecil tanda mengerti.
"You tak datang ke majlis dia?"
"Tak nak meeting ke esok? Kata nak remake lobby and hall resort kau cepat-cepat"
Lelaki itu tersedar sesuatu. Perlahan dia tergelak kecil.
"Hehehehe, sorrylah. Terlupa pula"
Dyana hanya mencebik. Kalau tak dikenangkan kawan sekelas dia, dia ponteng saja esok. Dah lah pekerja dia buat majlis grand, sungguh rugi jika dia tak mahu tumpang menyelit didalam gambar hari pernikahan mereka.
Pasti akan ada jurukamera yang professional di sana. Yang pasti dia akan gunakan khidmat itu secara percuma berikutan mereka kenalan yang agak rapat.
"Pekerja kau dah ada yang dah nikah. Kau punya bila nak berlangsung? Tak sabar nak tengok kau bersanding"
Wanita itu tersedak kecil. Perlahan dadanya diurut kecil disamping membetulkan anak tekak yang terasa perit.
"Aku calon pun tak ada. Nak nikah celah mananya"
Haiqal berfikir seketika.
"You single lagi ke, Dyan?"
Wanita itu kerut dahi. Wajah Haiqal dipandang pelik.
"Yes, ke-kenapa tanya?"
Haiqal hanya menggeleng.
"Saja tanya. I thought you still with Aidil"
Dahi wanita itu berkerut.
"Macam mana kau kenal dia?"
Haiqal menoleh ke arah Dyana. Satu senyuman kecil diukir.
"Kita orang kenal masa zaman universiti. Aku pun datang masa majlis kau orang bertunang. No wonder I knew about both of you right?"
"Zaman uni? Aku belajar satu universiti dengan Aidil. So, it seems like kita pernah jumpa lah sebelum ni?"
Haiqal tersenyum kecil lalu menggeleng perlahan.
"No, I mean kita orang kenal masa zaman belajar. He join a tournament, and I also. Jadi kita orang sama-sama kenal, walaupun lain uni"
Dyana mengangguk kecil. Risau juga dia kalau-kalau lelaki itu kenal dia terlebih dahulu.
"It's already 10:20 pm. I think you should go to your room and take a rest. Esok ada meeting dengan the other collaboration. For sure, you kena sihat untuk esok. I tak naklah you sakit-sakit pergi meeting. Nanti nak buat kerja kat sini lagi, I juga yang susah hati"
Wanita itu menoleh ke arah jam tangannya. Dia juga tak perasan lajunya masa berlalu. Seingat dia, lepas solat Isyak tadi dia sebenarnya pening kepala. Dan cuba keluar bilik untuk cari angin yang segar. Tahu-tahu je dah lewat malam gara-gara berbual dengan lelaki itu.
Perlahan senyuman kecil dia ukir. Perlahan langkahnya diatur menuju ke biliknya.
"Ouh, yeah. Aku gerak dulu. Kau pun pergilah rest juga. You drive all day, right?"
Haiqal mengangguk kecil. Langkahnya turut mengikuti Dyana.
"I will, but after you, okay. You kan tetamu I. So, I put you as my priority first"
Dyana hanya tarik senyuman kecil. Langkah dilajukan sedikit menuju ke biliknya. Kunci yang berada di koceknya diambil sebelum ukiran besi itu membuka kunci bilik.
"I already told my room service worker untuk hantar ubat demam dengan perekat sejuk. Nanti sebelum tidur jangan lupa guna"
Pergerakan wanita itu terhenti. Dahinya berkerut sambil memandang wajah lelaki itu.
"Eh, buat apa susah-susah. Aku okay je lah. Demam ni pun sebab terkena hujan je, bukan apa pun"
Haiqal menghela nafas panjang.
"Aku cuma nak kau sihat, Dyan. Lagipun aku cuma bagi panadol dan perekat sejuk tu untuk redakan sakit sementara je. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku hantar kau ke klinik"
Dyana hanya menghela nafas panjang. Perlahan dia mengangguk kecil.
"Ye lah. Terima kasih untuk benda tu, nanti aku guna. Goodnight"
Haiqal tarik senyuman kecil.
"Welcome; and goodnight too. May you have a sweet dream"
Lelaki itu sempat melambai sebelum kakinya melangkah untuk beredar. Dyana hanya melambai kecil lalu jejarinya menutup dedaun pintu.
"Ye, ye, Abang dah sampai hotel dah ni. Esok-esoklah call. Abang dah penat dah ni. Nak tidur lagi, ngantuk tau. Syah tak kesian kat Abang ke?"
Pergerakan Dyana terhenti. Dia macam kenal suara tu. Perlahan kakinya melangkah semula ke dedaun pintu dan dibuka pepejal kayu itu perlahan untuk melihat keluar bilik.
"Majlis tu Ibu yang handle, Syah tak payah nak risaulah. Ibu tu kan professional, tahulah dia nak buat apa. Yang penting Abang nikah dengan perempuan yang dia nak, sudah. Abang malas dah nak fikir"
Bum!
Dan Dyana hanya sempat melihat tangan figura itu menarik begnya masuk ke dalam bilik sebelum pintu itu dihempas kuat.
Tak adalah kuat sangat, tapi kuatlah jugak sebab kalau slow kang, macam kuat juga tapi dengar macam slow juga. Ha macam tu lah sebab Dyana duduk selang dua tiga bilik dari suara itu.
Perlahan dia diam sebentar. Mungkin dia salah orang kot. Lagipun mana ada kebetulan yang pelik macam ni.
Wanita itu terus menutup dedaun pintu itu semula. Baik dia tidur dari memikirkan asbab-asbab yang membuatkan dia sendiri makin sakit kepala.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro