Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 32

Badannya dihempaskan perlahan ke atas permukaan sofa yang lembut. Badan diselesakan dahulu sebelum tangannya menggapai telefon pintar.

Aplikasi permesejan dibuka sambil anak matanya mencari sesuatu yang menarik sebagai pengisian malamnya yang sunyi.

Melihat sebaris nama yang tertera dibahagian atas mesej itu menarik perhatiannya. Sebelah keningnya diangkat tanda pelik melihat mesej yang dipaparkan sebelum jejari halusnya menekan nama tersebut.

-----------------------------------------------------

Akif gak punya otak

Hai!

Waalaikumsalam
----------------------------------------------------

Ting!

Senyuman kecil ditarik. Cepat betul balas.

—————————————————------------------

Akif gak punya otak

Sampai hati perli saya macam tu 🙂

Assalamualaikum, perempuan cantik.

—---------------------------------------------------

Dyana gulingkan matanya. Bukan Akif namanya kalau tak kacau dia sehari.

________________________________

Akif gak punya otak

Waalaikumsalam.

Kau nak apa mesej aku malam-malam buta ni?


Ouh, malam boleh buta ke? 🤔


😒

😒

Alah kau ni, gurau je. Sikit-sikit
Nak marah.

Jom dating. Bosanlah hidup alone ni.

Siapa entah nak dating dengan kau 🙄

Aku banyak kerjalah

Asal muka kau je banyak kerja. Macam
Orang lain tak kerja. 🙄

Aku dah ada depan rumah kau.

Baik kau cepat keluar sebelum aku
Pecah masuk rumah kau. 😘

Kau ni kan memang 💩

Masalah betullah orang macam kau ni.

Hehehehehe cepat, sayang.

Awak nak biar saya tercekik reuse air
Dalam kereta ni ke?


Sabarlah pompuan.

Bising betul 😒

😀

Kau tunggu kau kejap lagi.
Siap kau nanti.

Aku balas setiap perbuatan kau!

__________________________________

Dyana hanya memandang sahaja mesej itu berlalu pergi dari skrin utama henfonnya. Malas dia nak layan lelaki itu. Buat sakit hati je.

Almari miliknya didekati lalu sehelai baju T-shirt lengan panjang diambil. Dipakaikan baju itu dibadannya dan sehelai selendang hitam di belitkan di kepalanya.

Setelah berpuas hati dengan penampilanya, Dyana terus mencapai tas tangan bewarna hitam di atas meja dan bergerak ke luar rumah.

Buka sahaja pintu utama, kereta Akif terus menyapa wajahnya. Lelaki itu menjengah sedikit ke hadapan pintu rumah Dyana dan melambai mesra wanita itu. Dyana tarik senyuman kecil sebelum tangannya mengunci pintu rumah.

Kereta lelaki itu yang sudah menunggu lama diluar rumah didekati dan pintu kereta dibuka. Langkah wanita itu terus terhenti. Akif kerut dahi.

"Kenapa? Ada bau something ke? Tak wangi ke?"

Lengan bajunya ditarik dan dicium. Rasanya elok sudah dia letak minyak wangi sebelum keluar tadi.

Dyana hanya mendiamkan diri. Tubuhnya dibawa masuk ke dalam kereta dan pintu ditutup. Minyak wangi yang tersemat di kipas air conditioner kereta lelaki itu ditilik seketika.

"Cinnamon? Kau ni tak boleh ke beli minyak wangi yang elok sikit? Sakitlah kepala aku nak menghadapnya. Macam tak ada lavender atau lemon. Serai dengan ros pun wangi juga. Baru okay semangat sikit aku nak naik kereta dengan kau"

Akif mencebik. Dah agak dah. Kalau boleh membebel tu panjang lagi, sampai esok pun tak apa.

"Suka hati sayalah nak beli yang bau macam mana sekalipun. Kereta saya, bukan kereta awak"

Terus sahaja handbrake kereta diturunkan dan kereta dipandu keluar dari laluan rumah wanita itu.Dyana hanya memandang dengan wajah geram. Suka hati dialah nak komen apa pun.

"Kita nak pergi mana ni? Jangan lama-lama tau. Aku ada kerja esok"

Akif memutarkan bebola matanya.

"Aku pun kerja juga. Bukan kau seorang aja. Lagipun aku nak ajak kau pergi tasik je. Sejak Iman pindah rasa sunyi pula. Dulu selalu juga keluar sama-sama. Sekarang ni asyik dengan isteri dia je. Nak keluar jumpa kawan pun tak boleh. Takut bini betul"

Dyana hanya mendiamkan diri. Anak matanya memandang wajah Akif dengan pandangan pelik.

"Kau ni gay ke dengan Iman? Macam selalu sangat berdua-duaan"

Lelaki itu tayang muka menyampah.

"Kalau aku gay, aku tak suka kaulah, Dyana"

Gadis itu terdiam.

"Ka-kau apa?"

Akif buat tak endah. Dyana ketap gigi. Badan terus dipusingkan menghadap lelaki itu.

"Akif, ulanglah balik! Kau sebenarnya gay kan?"

"Akif! Jawablah!"

Lelaki itu mendiamkan diri. Kalau Dyana ni lelaki, dah lama dia sepak manusia kat sebelah dia. Sakit pula hati kita.

Namun, belum sempat lelaki itu membuat serangan balas, matanya menangkap figura seseorang.

"Akif--"

"Tunduk!"

"A-apa?! ARGH!"

Wanita itu sempat ditarik ke dalam pelukannya. Akif cepat-cepat tekan minyak supaya bayangan mereka hilang ditelan kegelapan malam.

Nafas dihela panjang. Nasib tak kantoi tadi. Wanita yang berada di dalam pelukannya ditoleh. Terus sahaja dia lepaskan wanita itu.

"Ouh, ya. So-sorry!"

Dyana mendiamkan diri. Anak matanya tajam memandang lelaki itu. Akif memang dah gerun dah. Lagi-lagi bila tengok tudung wanita itu dah senget gara-gara dia sembamkan kepala Dyana pada dadanya.

"Kau okay? Sorry tau tadi. Aku cuma tak nak ada orang nampak kita keluar sama-sama"

"Lainlah kalau kita dah khawin" Sempat lagi lelaki itu bergurau.

Wanita itu menjauhkan diri dari Akif.

"Kau ni menakutkanlah"

Akif tarik senyuman kecil. Matanya masih fokus dengan pemanduan.

"Aku gurau je lah. Takkanlah aku nak suka kau pula. Haiqal kan dah cop kau dulu"

Wanita itu masih mendiamkan diri. Takut dia dengan tindakan lelaki itu tadi. Namun, kata-kata lelaki itu juga sedikit sebanyak terbenam di dalam hatinya. Wajah terus dikalihkan ke arah lain.

"Dia mana suka aku. Kita orang cuma ex classmates je lah"

"Iya lah tu. Kau orang selalu keluar sama-sama tu bukan dating ke? Selalu juga aku nampak si Haiqal tu pegang tangan kau"

"Kau cemburu ke?"

Akif tergelak kecil.

"Tak adanya aku nak cemburu, Dyana. Kita cuma kawan je kan. Rapat pun sebab Iman khawin dengan Mawar. Kalau aku suka kau, dah lama aku ajak kau nikah, Dyana. Struktur ekonomi aku pun dah kukuh. Ada kereta, ada rumah, duit dekat bank tak payah cakap, rasanya aku lagi kaya dari boss sendiri. Ibu dengan Abah pun siap dah restu kita walaupun dia orang tahu kita tak ada apa-apa hubungan yang istimewa. Cuma, aku je yang tak nak khawin lagi"

Wanita itu mendiamkan diri mendengar butir bicara lelaki itu. Perlahan wajah dikalihkan ke arah Akif yang khusyuk dengan pemanduan.

"Kenapa kau tak nak khawin? Kau... Betul-betul gay--"

"Dyana" Akif tayang bengang.

Wanita itu tergelak kecil. Suka dia menyakat lelaki itu.

"Gurau je lah. Saja tanya, mana tahu kau betul-betul ke. Kau dengan Iman tu bukan boleh percaya sangat"

Akif mencebik. Ada yang dia halau suruh balik jalan kaki nanti kang.

"Iya lah tu. Aku dengan Iman dah lama kawan. Sebab tu rapat. Lagipun, aku bukan tak nak khawin. Cuma...  tunggu orang tu je"

Fikiran wanita itu mula timbul tanda tanya.

"Orang tu, tu siapa?"

"Adalah. Kenapa kau nak tahu?" Akif mula tayang muka tak puas hati.

Dyana mencebik. Dia tanya je, itu pun tak boleh.

Dentum!

Guruh di langit mula bersambung. Kilat juga mulai kelihatan di langit hitam. Wajarlah tiada bintang yang kelihatan hari ini.

"Macam nak hujan je. Kau pasti ke nak pergi tasik ni?" Dyana mula menyoal.

Akif mula berfikir sebentar. Melihat rintik-rintik halus  hujan yang mulai turun membasahi cermin keretanya membuatkan lelaki itu berdecit kecil. Dia baru je nak jalan-jalan menghilangkan kesunyian hati.

"Kita pergi makan je lah. Kalau nak terus balik macam tak berbaloi pula kau dah cantik-cantik ni"

"Cantik apanya. Baju t-shirt aja kok"

"Aku dah puji tu tolong hargai sikit boleh tak. Tak puji langsung kang baru tahu"

Dyana mencebik. Dia jujur kot! Lagipun si Akif ni kalau puji dia, mesti ada sesuatu yang lelaki tu nak buat dia sakit hati. Jadi sebelum apa-apa baik dia bersiap siaga dulu nak berperang.

Kot-kot si Akif guna mulut puaka dia tu, boleh dia tembak pakai machine gun.

Kereta milik lelaki itu terus berhenti di hadapan restoran mamak 25 jam. Rata-rata kerusi dan meja di restoran itu mulai penuh dengan warga kota berikutan cuaca pada malam itu yang sudah sememangnya hujan.

"Jom. Nak payung tak? Ke nak aku payungkan kau macam tadi?"

Dyana tayang muka menyampah.

"Tak apalah. Aku tak berminat dengan servis kau. Aku ada tudung, boleh tutup kepala. Kau payung je lah diri sendiri. Terima kasih" Pintu kereta terus dibuka lalu tubuh kecil itu berlari anak ke dalam restoran itu.

Akif tarik senyuman kecil. Dari mula kenal, sama je perangai tak nak kalah dia. Enjin kereta terus dimatikan lalu lelaki itu membawa diri ke dalam restoran itu.

Kerusi berhadapan dengan wanita itu menjadi pilihannya. Pelayan yang berada berdekatan dengan mereka dipanggil lelaki itu.

"Kau nak makan apa? Aku belanja"

Dyana kecilkan matanya.

"Emang kamu serius?"

"Ha la. Aku ingat nak ajak kau pergi tasik je. Dah hujan, terpaksa tukar plan"

Dyana tarik senyuman panjang. Hehehe tadi dia kata kaya mengalahkan boss sendiri kan.

"Anne, roti telur dua, nak double. Nasi goreng ayam satu, sup nak lebih. Teh tarik hot satu, kurang manis. Gelas besar ea. Kalau ada murtabak dengan rojak mee, dua-dua tu nak dua pinggan.  Kau nak makan apa-apa tak?"

Akif mendiamkan diri. Anak matanya tak berkelip memandang wajah Dyana.

"Kau order untuk diri sendiri ke untuk kita?"

"Diri sendirilah. Kau kata kan nak belanja" Selamba wanita itu menjawab.

Akif hanya mengangguk kecil tanda mengerti. Dia tahu wanita itu sengaja. Mana mungkin tubuh kecil itu mampu menghabiskan semua pesanan yang dibuat. Paling-paling pun roti telur dengan nasi goreng dah terlalu mengenyangkan.

"Saya punya kopi panas je"

Pelayan itu hanya mengangguk kecil lalu berlalu pergi. Dyana tayang muka tak puas hati.

"Kenapa kau tak makan? Diet ke?"

Akif angkat sebelah keningnya. Pelik dengan soalan Dyana.

"Sejak bila aku kata nak diet?"

"Dah tu kenapa tak order makan tadi?"

Lelaki itu tarik senyuman kecil. Tahu pula nak ambil berat pasal dia.

"Aku ambil langkah berjaga-jaga. Kau order banyak-banyak tu bukannya habis. Lagipun dah malam. Tak elok makan banyak. Esok sakit perut kang, tak pasal-pasal tak pergi kerja"

Dyana mencebik. Macam tahu-tahu je dia sengaja. Air yang dipesan tadi terus sampai di meja mereka. Menutup segala perbualan yang berlaku.

Sedang mereka asyik dengan alunan syahdu air hujan jatuh ke atas bumbung bertemankan air panas, henfon Akif mulai berbunyi.

Sempat juga Dyana mengintai skrin yang bernyala itu. Tapi Akif cepat-cepat angkat. Kedekut betul!

"Hello?"

"HA?!"

Dyana mula mendekatkan diri dengan Akif. Nak juga dia dengar bila tengok muka risau lelaki itu.

"Dekat mana sekarang ni?"

'kenapa? Kenapa?' Dyana mula berbisik perlahan.

Akif cepat-cepat tolak dahi wanita itu agar menjauhinya. Sibuk betul! Dyana mencebik. Wanita itu terus silangkan tangan ke dada dan duduk diam.

"Okay, okay. Nanti Abang datang"

"Kenapa? Siapa? Apa jadi?"

Akif tarik nafas panjang. Dia baru tutup panggilan, dah kena serang. Tubuh terus diangkat lalu kocek seluarnya diseluk.

"Qisya. Dia accident. Aku nak pergi tengok dia dekat hospital kejap. Ambil ni. Kalau aku lambat, bayar je pakai duit ni"

"Kejap! Badak air tu ada kat sini?"

Akif terpinga-pinga.

"Badak air? Siapa... Badak air?"

"Qisya? Dia kan gaduh dengan aku masa aku buat ruang tamu rumah Ibu kau sebab aku panggil dia badak air. Tak ingat?"

Akif mencebik. Tak habis lagi rupanya dia orang berdua ni.

"Apa-apa je lah. Tapi aku gerak dulu. Sorry tau, Dyana"

Belum sempat lelaki itu bergerak meninggalkan restoran itu, lengan bajunya ditarik perlahan. Wajah dipalingkan menghadap wanita itu.

"Kau nak tinggal aku seorang-seorang kat sini ke?"

Hati lelaki itu mula dihurung rasa serba salah.

"Sekejap je, Dyana. Nanti aku datang balik. Aku kena pergi tengok Qisya dulu"

"Kalau macam tu aku nak ikut!"

Akif berdecit perlahan. Wajah wanita itu dipandang lembut.

"Dyana, kau dah order banyak-banyak tadi takkan nak cancel? Kan tak elok membazir"

"Tapi aku--"

"Aku call Iman suruh dia bawa Mawar datang sini temankan kau. Aku minta maaf tau. Aku pergi dulu ea. Kalau sempat, nanti aku datang balik. Jangan redah hujan pula tau. Kalau aku tak balik, suruh je Iman hantarkan kau. Kalau dia tak nak, suruh Mawar pukul dia. Dia tu takut bini. Okay? I'm sorry, I need to go"

Dyana hanya memandang sepi pemergian lelaki itu dibawah pancuran hujan dari langit hitam. Perlahan nafas di hela panjang. Terus sahaja dia duduk semula di kerusinya.

Dah agak dah.

Mesti dia akan ditinggalkan seorang-seorang. Entah-entah si Akif tu sengaja gunakan nama Qisya supaya dia lagi sakit hati kalau ditinggalkan begitu.

Menyesal betul dia order banyak-banyak tadi. Kalau dia tahu jadi macam ni, tak adanya dia nak keluar dengan Akif.

Namun, dalam banyak-banyak rasa menyesal, ada juga masanya dia tertanya-tanya. Akif nampak risau sangat. Takkan Qisya memang betul-betul ada kat sini? Rapat betul dia orang sampai Akif gelarkan diri dia Abang. Walhal si lelaki itu memang tak suka dengan Qisya.

Terbit pula rasa cemburu dia melihat keprihatinan lelaki itu. Mengena pula perasaan dia dengan cuaca yang sedang hujan ni.Saat si wanita sedang sibuk mengelamun, sebaris nama muncul di skrin telefon pintarnya. 

Dahi dikerutkan sebelum ibu jarinya menyeret imoji telefon itu ke kanan.

"Hello?"





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro