Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 30

"Eleh! Acah beli barang konon. Kalau nak mengintip, buatlah cara mengintip"

Akif yang terkejut terus menolak badan gadis itu dari mendekatinya. Nasib sempat disambut suaminya. Akif menghela nafas panjang.

"Kau orang rupanya. Terkejut aku. Sorrylah tertolak bini kau tadi. Perangai tak semenggah berbisik kat telinga aku macam malaikat maut" kasar sahaja Akif menegur mereka berdua.

Mawar mencebik.

"Ei! Tak semenggah konon! Dari kau, mengintip senyap-senyap, siapa yang lagi teruk? Aku ke kau?" Mawar mula guna ayat kasar.

Akif menghela nafas panjang. Malas dia nak layan perempuan ganas ni.

"Kau datang seorang ke? Atau kena tinggal dengan diorang?" Giliran Iman pula memerli.

"Siapa dia orang? Dari tadi aku jalan seorang sahaja" Sengaja Akif menyoal.

Iman tayang muka menyampah.

"Yana dengan Haiqal la. Kitorang perasan dari tempat parking kereta lagi. Kau ikut saja kemana diorang pergi. Kau memang tak nak move on ke dengan dia?"

Akif berdecit geram. Suka hati dia lah nak buat apa pun. Yang mereka nak sibuk kenapa?

"Kebetulan saja tu. Entah-entah kau orang yang duk ikut aku dari tadi. Kau orang laki bini bukan boleh percaya"

Mawar dan Iman ketap gigi. Kita pula yang disalahkan.

"At least kita orang dah khawin. Kan Abe kan?"

Iman mengangguk tanda setuju. Akif hanya menjeling. Terasa pula jiwa single dia.

"Pergilah tegur dia. Tunjuklah usaha yang kau nak kat dia. Siapa yang lebih menarik, tak penting. Yang penting kau berusaha" Iman mula memberi nasihat.

Akif hanya mendiamkan diri. Lama dia berfikir.

"Nak tak aku tegurkan dia untuk kau?"

Belum sempat Akif beri jawapan, Mawar dah berjalan dengan penuh bersemangat ke arah Dyana dan Haiqal yang sedang berjalan beberapa meter di hadapan mereka.

Akif menghela nafas panjang.

"Dia memang macam tu sejak mengandung. Semua orang dia nak tegur. Beria tak bertempat. Risau je anak aku nanti peramah macam mak dia" Iman mula mengeluh.

Akif tergelak kecil. Belum sempat dia nak memerli Iman semula, Dyana dan Haiqal pantas menoleh ke belakang.

Akif terdiam melihat gadis itu melambai ke arahnya. Dia kena lambai balik ke?

"Pergilah tegur dia" Iman sempat menyiku lengan Akif.

Akif tersenyum janggal. Dia terus bergerak ke arah Dyana yang elok bersama Haiqal. Eh, dengan malaun riak tu.

"Well, Akif. Tak sangka kita berjumpa lagi. Ingat lepas siap rumah Ibu kau, kita dah jarang jumpa"

Jejaka itu mengukir senyuman segan.

"Itu lah. Nampak sangat ikatan jodoh kita ni kuat kan. By the way, kau buat apa kat sini? Tak ada job ke?"

Haiqal tayang muka menyampah.

"Kita orang nak sambung shopping. Minggu depan ada kontrak berdua dekat Johor. Mungkin nanti dah tak jumpa kau sebab projek mega. Bye" Tangan Dyana ditarik agar mengikutinya.

"Eh, A-aku, bye kau orang. Jumpa lagi" Dyana terus sahaja mengikuti jejak langkah Haiqal.

Akif, Mawar dan Iman terpinga-pinga dengan tindakan drastik itu. Tak ada kes lain, mesti cemburu Akif bagi pickupline dekat Dyana.

"Jangan culik buah hati dia lama-lama. Nanti Akif mengamuk, dia tumbuk hidung squidward kau!"

"Yayang!"

Mawar mencebik apabila Iman mencuit bahunya. Iman menghela nafas panjang. Habis tumpuan semua orang teralih pada mereka.

"Tak malu ke cakap kuat-kuat? Orang tengok kita tau" Iman berbisik halus.

"Biar ah. Biar Haiqal tu malu. Dia yang sibuk nak tarik-tarik kawan kita tu kenapa. Tak nampak ke kita tengah berbual ni? Biybiy tu ha, kenapa nak backup sangat dia? Awak sayang siapa? Saya ke Haiqal?"

Iman terdiam mendengar bicara isterinya. Haihhhh ni mesti merajuk nanti ni. Pantas ditarik Mawar yang memuncung ke dalam pelukannya.

"Biybiy sayang awaklah. Kalau biybiy sayang Haiqal, lebih baik biybiy couple dengan Akif. Akif tu lagi baik dari Haiqal. Nasib kita ni straight. Kalau tak, tak ada baby yang Yayang kandung tu"

"Woi, tak payah sebut nama akulah. Geli lah kau orang ni. Dah la, aku nak balik. Jumpa kau orang pun bukan ada faedah"

Akif sempat menyindir sebelum mengatur langkah untuk beredar. Iman mencebik.

"Orang single memang macam tu. Jom kita pergi makan. Biybiy laparlah. Kaki pun dan lenguh dah ni asyik jalan je"

Mawar terus menoleh ke arah Iman. Pantas dia bercekak pinggang.

"Hei, siapa yang mengandung sekarang ni? Saya ke awak? Kaki saya tak lenguh lagi. Tingkat bawah pun belum pusing lagi, dah nak makanlah, kaki lenguh lah. Kita hidup kenalah cergas. Let's go for another round, bebeh. Lepastu saya tak nak naik eskalator, nak turun tangga. Tiba-tiba rasa best pula dengar kasut tumit ni berbunyi masa turun tangga apartment tadi" Mawar terus menarik lengan Iman agar mengikutinya.

Iman gigit jari. Mampu menangis dalam hati je lah. Rasa menyesal pula ajak Mawar keluar gara-gara bosan duduk di rumah. Aduhai anak papa, harap kamu keluar cepat sikit. Papa dah penat dengan Mama kamu ni, nak oi.

### 🍩 ###

"Akif! Akhirnya sampai juga kaki kau dekat office ni. Termakbul juga doa aku tadi. Tak sia-sia aku khusyukkan diri solat dhuha tadi"

Akif tersenyum janggal. Dah kenapa anak CEO ni tiba-tiba berkelah depan pintu pejabat dia? Tiba-tiba rasa macam orang penting pula.

Sekejap, adakah dia anak kandung yang tertukar sejak lahir, dan tiba-tiba mereka baru ketemu anak mereka yang selama ini hilang entah kemana? Dan tiba-tiba harta perwarisan dan syarikat ini jatuh ke tangan dia sebagai anak sulung?

Eh, Akif sedar diri. Nama bapak kau Ismail, bukan Dato' Ismail. Kerja pun tukang kebun je ada hati nak jadi anak CEO.

Pantas tumpuannya teralih pada Tuan Zarith yang setia berdiri di depan pintu

"Ke-kenapa Tuan Zarith? Ada perkara penting yang saya terlepas pandang ke?" Soalnya lembut.

Tuan Zarith terus petik jari. Lengan baju kemeja Akif ditarik agar jejaka itu mengikuti langkahnya ke dalam pejabat.

"Aku nak minta tolong kau supaya tolong aku"

Akif terpinga-pinga memandang wajah comel Tuan Zarith. Jejaka itu tersedar sesuatu.

"Eh, kau ni. Duduklah. Buat apa berdiri? Bazir tenaga kau je" Kerusi utama ditarik agar jejaka itu duduk dengan selesa.

"Ta-tapi Tuan kan--"

"Duduk"

Akif tak banyak bicara. Terus dia duduk di situ sementara Tuan Zarith duduk di kerusi tetamu. Sebuah fail kelabu ditolak ke arah Akif.

"Kau kena tolong aku handle projek ni. Aku dah tak tahu nak percayakan siapa sebab semua projek yang aku dapat semua besar-besar. Aku tahu aku hebat, tapi janganlah dera aku macam ni. Aku penat ya ampun, kesana kesini, kesana kesini handle semua meeting. Jadi kau je yang aku rasa aku boleh percaya untuk handle yang ini. Satu je Akif, satu je. Yang lain tak apa, aku boleh buat seorang sebab aku lagi power dari kau"

Akif terkesima.

Kenapa dia rasa Tuan Zarith ni macam sengaja nak kembang semangkuk dengan dia?

Nasib dia kata aku paling dipercayai. Tak adalah terasa sangat.

Akif menghela nafas panjang. Pantas fail kelabu itu diambil lalu dibeleknya.

"Jauh ke dekat? Buat apa ni?"

"Tak jauh mana. Dekat Johor. Renovate lobby Hotel. Dia nak besarkan sikit hotel tu. Tapi kau tak keseorangan sebab nanti ada yang bantu kau. Tuan Hotel ada sediakan seorang ID untuk bantu kau. Duit minyak, penginapan, makan semua aku tanggung. Bagi resit, aku bayar semua"

Akif terdiam seketika saat mendengar pernyataan Tuan Zarith. Maklumat yang tertera di fail itu dibaca dengan lebih terperinci.

Ini macam...

Wajah terus diangkat memandang boss nya.

"Aku setuju. Petang ni juga aku contact owner tu untuk berbincang. Bila tarikh mula?"

Tuan Zarith sudah menjerit kegirangan. Akhirnya berkurang juga beban kerja dia.

"Minggu depan!"

Akif melakar senyuman sinis. Kita tengok siapa yang akan menang nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro