ASKP 🍩 29
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" Habis bergema ruang kecil itu dengan tawa yang tidak dapat ditahan.
Akif mencebik. Ibu ni tak pernah nak support anak dia. Merajuk kang, tak jadi Ibu buat sarapan pagi ini.
"Dah dah la tu, Ibu. Akif cuma hantarkan dia pergi rumah sewa dia je. Bukan bercinta dengan dia pun" Naik letih Akif tengok Ibu gelak sampai tak bersuara.
Nasib Abah belum balik masjid, kalau tak mesti Abah tak sanggup tengok buah hati dia ketawa.
Haih...
Ibu Akif mengesat hujung matanya yang mulai berair. Mulutnya masih lagi mengukir senyuman apabila teringatkan kata-kata anak terunanya sebentar tadi. Bosan Akif tengok Ibunya begini.
"Ibu bukan apa Akif, takut nanti kamu pula yang masuk surat khabar. Kalau cerita best sikit, takut trending dekat Twitter, Seorang lelaki lari lintang pukang apabila seorang gadis bertindak ganas dengan--"
"Ibu! Kan Akif dah kata Akif pandai jaga diri! Qiesya tu kecil je, Ibu. Bukan besar mana pun dia tu sampai nak buat benda tak baik dekat Akif" Jejaka itu memeluk dirinya sendiri.
Bengang dengan pernyataan Ibunya. Kacang panjang yang berada ditangannya juga tak jadi dia nak sentuh.
Ibu Akif meletakan pisau di atas meja. Wajah anak terunanya dipandang dengan segaris senyuman. Tak jadi dia nak buat sarapan bila Akif datang menyibuk, kononnya meminta izin untuk bawa Qiesya ke Kuala Lumpur.
"Akif, Ibu ni bukan apa tahu, kamu sendiri yang kata Qiesya tu terhegeh-hegeh nak dekat kamu. Kononnya dia tu gatal sangat sampai nak pegang-pegang kamu bagai macam tak ingat hukum agama. Sekarang ini, kamu pula beria-ria nak tolong dia. Siap nak hantar sampai ke rumah sewa lagi. Siapa yang nak dekat siapa sekarang ni?"
Akif mencebik. Tak jadi dia nak merajuk lama-lama bila Ibu ungkit benda lama. Tapi memang Qiesya tu gatal pun, bukan dia sengaja reka cerita.
Perlahan jejaka itu menghela nafas panjang.
"Itu cerita lamalah, Ibu. Takkan selamanya Akif nak dengki dia? Akif pun penatlah nak lari dari dia setiap kali dia datang sini. Dah macam tikus gigit plastik beras ibu tu ha. Kejap ada, kejap tak ada. Kejap menyorok, kejap hilang"
Pisau yang diletakkan Ibunya sebentar tadi diambil lalu dicucuk-cucuk kacang panjang yang belum dipotong.
Laju sahaja tapak tangan Ibunya hinggap di tangan Akif. Menegah perbuatan anaknya. Akif mencebik.
"Jadi kamu betullah ni nak berdamai dengan dia? Yana pula macam mana? Dah tak nak pula dekat dia?" Ibu mula menyoal.
Akif senyum segaris.
Dyana, gadis comel yang dia ajak bergaduh di kedai serbaneka masa mula-mula berjumpa?
Yakin ke dia tertarik dekat aku? Atau pada Haiqal?
"Entahlah, Ibu. Dia macam dah tak nak dekat Akif je. Takkan Akif nak kejar dia lagi? Lagipun... dia macam lagi suka dekat malaun riak tu dari anak Ibu yang hensem ni" Air mata palsu sengaja dilap.
Ibu Akif berdecit geram. Inilah si Akif Amin. Berdrama tak kira tempat, gaduh dengan adik dia pun tak apa, janji dapat attention ibu.
"Hati perempuan ni jangan dibuat main. Sekali dah ketuk hati dia, jangan nak lari pula. Segangster-gangster Yana tu pun, kalau kamu baik dengan dia, elok je Ibu tengok dia layan kamu. Gelak ketawa bagai kat pondok depan tu ha sampai botak pokok bunga ibu kamu petik untuk dia" Kerja memotong sayur yang tergendala sebentar tadi disambungnya semula.
"Ouh"
Akif mula garu kepalanya yang tidak gatal.
"Kau bagi aku bunga ni kau petik dekat mana? Jangan cakap kau ambil Ibu kau punya pula. Aku tak nak tanggung kalau Ibu kau marah" Bunga Ros itu dihulur kembali kepada Akif.
Jejaka itu berdecit geram. Ros itu ditolak semula kepada gadis itu menyuruh dia menyimpannya.
"Halah kau ni takut sangat dengan Ibu. Tak ada apa-apalah kalau aku yang petik. Kalau kena marah demi kau pun aku sanggup terima. Lautan berapi pun aku harungi, inikan pula Ibuku sendiri"
"Ibu nampak ea?" Senyuman tak bersalah diukir jejaka itu.
Ibu Akif memutarkan bebola matanya. Lelaki, buat kerja mana nak elok-elok.
"Habis bunga tu siapa yang beria-ria solutip, letak gam gajah bagai biar lekat balik dekat pokok dia? Kucing jiran sebelah?" Wajah Akif sempat lagi dijelingnya.
Akif hanya buat muka tak bersalah. Ingat letak gam gajah biar tegak balik Ibu tak perasan.
"Halah dulu saya pun sama macam Akif ni. Sanggup kerat pokok bunga Mak, cari yang paling cantik sekali sebab nak bagi kat awak. Biasalah jiwa muda memang macam tu. Apa-apa, awek nombor satu. Kalau terpaksa berhadapan dengan maknya, dihadapnya juga. Janji awek tak lari"
Dua beranak itu mengalihkan fokusnya ke arah si ketua keluarga yang baru pulang dari masjid.
Ibu Akif mencebik.
"Itu zaman kita dulu-dulu tak perlulah diungkit. Dulu lain, sekarang lain. Lagipun bunga tu bukan saya yang minta, awak yang mengada petikkan untuk saya"
Abah yang elok mengambil cawan untuk membancuh sendiri kopinya terus memalingkan wajah ke arah isterinya. Matanya sengaja dikecilkan sambil bibirnya terukir senyuman kecil.
"Eleh! Boprend mana yang tak gelabah kalau awek dia merajuk? Sebab tu pokok bunga Mak dah tak jadi pokok bunga, jadi pokok daun sebab bunganya semua saya bagi awak"
Ibu Akif terus buat muka tak puas hati. Eleh! Kalau si lelaki tak cuba mengorat bunga lain, tak adanya dia nak merajuk!
Akif berdehem seketika. Sengaja dia menarik perhatian Ibu dan Abahnya. Tapi bila dua-dua pandang dia, rasa macam takut pula nak cakap.
"Ummm... jadi I-Ibu bagi tak ni Akif nak bawa Qiesya?" Sengaja anak teruna itu menyoal lagi menginginkan kepastian.
"Ibu--"
"La... kenapa nak dibawanya Qiesya pula? Ada Dyana seorang kan dah cukup. Tak elok tamak ni, Akif. Abah ada Ibu seorang pun tak terlayan, inikan pula kamu nak menambah dua sekaligus. Fokus pada Dyana sajalah. Qiesya tu lantak dialah nak pergi KL jalan kaki ke, naik sampan ke, kereta terbang ke, ada Abah kesah?"
Belum sempat si Ibu memberi jawapan, Si Abah sudah mencelah. Biasa kalau Abah dah masuk line, memang automatik semua kasi on!
"Tapikan Dyana dah balik KL semalam, mana ada datang sini dah. Kalau nak buat ruang tamu tu pun, nampak macam semua dah siap. Tinggal susun dan kemas sikit-sikit je" Akif mula mengelak untuk berbicara soal Dyana.
Abah membawa kopinya ke meja. Kerusi di sebelah permaisuri hatinya menjadi pilihan untuk dia berlabuh.
"Orang perempuan ni memang nampak macam tak berkenan dengan kita. Sebab nak kita kejar dia. Tunjuk yang kita sayang dia. Tak ada duit tak apa, jadi perhatian nombor satu, bak kata orang putih, more attention, more love. Kan awak, kan?" Sengaja Abah menyenggol siku Ibu.
Ibu Akif berdecit geram. Ni nak ajak gaduh la ni.
"Apa pula kena mengenanya dengan saya? Awak sembang dengan anak awak pasal cinta jangan nak libatkan saya ea. Suka sangat nak kaitkan semua benda dengan saya" Bibir si Ibu mula membebel kecil.
Si Abah pula sudah tersenyum lebar. Malu lah tu orang ungkit zaman si dia muda-muda dulu.
"Ibu Bapa kan contoh dan idola anak-anak. Apa yang Ibu Bapa tunjuk, itulah yang si anak akan ikut. Kita idola dia, mestilah kita yang kena tunjukkan pada dia macam mana nak tackle cinta hati dia nanti. Alah, lagipun tak salah berkongsi ilmu dengan anak teruna sulung saya ni. Bila lagi junior saya nak mewarisi ilmu pikat memikat hati wanita kalau bukan saya yang beritahu. Lagipun saya cerita sikit je pasal kita, yang bab jatuh pokok, terbabas dalam sungai, rumah hantu--"
"Abang!" Wajah Ibu sudah cemberut.
Si Abah muka tertawa kecil melihat wajah merah padam isterinya. Suka dia menyakat suri hatinya itu.
"Alah awak ni. Gurau sikit je pun, bukan cerita betul-betul" Si suami mula mengendurkan suasana.
Akif hanya menghela nafas panjang. Dia mampu tengok je lah Ibu dengan Abah bergurau tentang zaman kegemilangan mereka.
Dia pula?
Entah khawin dengan si dia pun dia tak tahu, inikan pula nak berkongsi cerita dengan bakal anak-anaknya seperti yang dilakukan Abahnya.
Haihhh...
Dyana, kenapalah kau ni susah sangat nak lembut hati dengan aku?
Atau kau memang bukan yang serasi untuk berdamping dengan aku hingga ke hari tua?
<<< 🍩 >>>
"Ouh, maksudnya manager memang dah sedia rumah dekat sini lah?" Sengaja jejaka itu meringankan mulut untuk menceriakan suasana.
Qiesya mengangguk tanda ya.
"Katanya pekerja lain pun duduk sekitar taman ini. Tapi sebab rumah lain banyak yang dah penuh, terpaksa Sya duduk sorang-sorang" gadis itu mula menayangkan riak sedikit kecewa.
Akif hanya mendiamkan diri. Malas dia nak bersuara kalau soal alone-alone ni. Sudahlah diri sendiri juga sendu.
"Rumah Abang Akif dekat mana? Jauh tak dengan rumah Sya?" Wajah jejaka itu dipandang.
Akif memandang pelik wajah Qiesya. Masalah apa dia ni sampai nak tahu rumah aku kat mana. Namun, senyuman kecil tetap dia ukirkan.
"Tak adalah jauh sangat, tapi jauh jugalah. Nak kata dekat macam jauh, tapi tak adalah jauh sangat, tak dekat sangat. Tapi jauhlah jugak"
Qiesya mula tergaru-garu dalam memproses ayat Akif. Argh, lantaklah! Yang penting dia dah dekatkan jarak antara dia dengan Akif.
Boleh dia selalu jumpa jejaka idamannya disamping memerhatikan Dyana.
"Rumah Sya yang mana satu ni? Kita dah sampai taman" Akif mula menyoal.
Lamunan Qiesya terhenti. Wajah terus dipalingkan ke arah jejaka itu.
"No. 5, Jalan Anggerik. Kalau ikut yang google maps, lorongnya kat depan tu je"
Akif mula telan air liur. Sejak dia dengar Qiesya sebut Taman Sri Bakti, minda dia dah mula fikir macam-macam. Inikan pula dia sebut Jalan Anggerik. Astaghfirullah, semoga apa yang dia fikirkan itu tidak terjadi.
Harap je la.
"Ni, Jalan Anggerik" Akif mula membelok secara perlahan-lahan.
Mata awal-awal lagi dia dah prepair secerah-cerahnya untuk scan semua orang yang ada di situ.
And....
Emergency break ditekan kuat.
"ARGHH!"
Habis bedak baby johnson, eye liner, blusher dan mascara yang dipakai Qiesya melekat di dashboard kereta Akif. Akif dah tak ambil peduli, yang penting dia nak cari jalan untuk lari.
Pantas gadis itu menarik nafas dalam-dalam dan membetulkan segala tudungnya yang serabut. Wajah cemas jejaka idamannya itu dipandang tajam.
"Abang Akif! Kenapa suka break mengejut ha?! Sakit tau kepala Sya terhantuk! Habis merah" jejari kecilnya menggosok lembut dahinya yang mulai bertukar warna.
Akif mula mencari alasan.
"Ermm... Ki-kita kena ikut jalan lain. A-ada roadblock tadi. Ha, roadblock. Fuhhh! Nasib sempat lari tadi"
Qiesya mengerutkan keningnya. Mana ada orang buat roadblock dekat jalan taman.
"Jap-jap..."
"Dah, Qiesya jangan banyak cakap. Ikut je cakap Akif!"
Gadis itu terus terdiam. Tak jadi dia nak tanya lebih-lebih bila wajah Akif bertukar serius.
Akif menoleh ke arah Qiesya. Melihat gadis itu diam membuatkannya menghela nafas panjang. Nasib sempat mengelak. Kalau tak, mesti Qiesya mula tanya macam-macam.
'Haih... Kenapalah mesti ada kebetulan macam ni? Ada dia sekali pula tu'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro