Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 28

"Hati-hati tau. Kirim salam sekali dekat dia kalau dah sampai sana" Sempat jejaka itu berpesan sebelum gadis bertubuh kecil itu meloloskan diri ke dalam kereta.

Satu senyuman dicarik sambil matanya memerhatikan kereta itu bergerak keluar dari halaman rumah ibunya.

Satu helaan nafas panjang dilepaskan. Kaki terus menapak masuk ke dalam rumah. Suasana juga semakin sunyi.

Kerusi yang digunakan Dyana petang tadi masih tersadai lagi di tepi dinding. Mungkin Ibu belum sempat mengemasnya.

Bilik pertama bersebelahan ruang tamu dituju. Pintu terus dikuak lalu lampu bilik dibuka. Kebanyakkan barang di ruang tamu disimpan dibiliknya memandangkan dia jarang sekali berkunjung ke rumah Ibunya.

Tetapi, sejak hadirnya Dyana di rumah itu, kerap kali juga dia mohon cuti untuk ke sini. Kadang kala sengaja dia ponteng kerja untuk ke rumah Ibunya semata-mata untuk mencari Dyana.

Mungkin dulu dia bolehlah hiburkan hati dengan mengusik gadis itu, tapi sekarang ini, dia tak pasti sama ada perasaan gadis itu pada dia sebagai kawan atau lawan.

Akif menghempaskan badannya ke atas tilam. Perlahan keluhan panjang dilepaskan. Teringat situasi gentir tadi membuatkan hatinya diundang rasa yang bercampur.

Marah, sedih, serba salah, kecewa, cemburu pun ada sikit. Kadang-kadang bukan sikit, tapi banyak. Ye lah, kadang-kadang je la.

Kipas yang berpusing di siling bilik lamanya ditenung tanpa rasa. Memori menyedihkan itu kerap kali berlegar di fikirannya.

Suka betul tengok tuan dia sendu.

... FLASHBACK ...

"Kenapa kau ada kat sini? Duduklah kat rumah ibu kau sana. Kan Haiqal dah tolong aku"

Akif mengangkat wajahnya memandang Dyana dan Haiqal yang baru sahaja keluar daripada klinik.

"Takkan kau jatuh aku tak tengok? Lagipun... aku yang sebabkan kau jatuh. Takkan aku nak biar je kau?"

Dyana menghela nafas panjang. Haiqal yang berdiri tegak disebelahnya hanya mendiamkan diri.

Akif mula melangkah mendekati pasangan itu. Meskipun dia tak berapa gemar jarak antara Dyana dan Haiqal, tak mungkin dia nak timbulkan lagi kekecohan di sini.

"Kau okay tak? Doktor cakap apa tadi? Nak aku hantarkan kau balik?" Akif mula menyoal saat gadis itu memilih untuk berdiam diri.

Dyana menoleh ke arah Akif.

"Doktor kata sikit je. Aku balik dengan Haiqal. Kereta aku tu aku dah suruh Dian bawa jadi kau tak perlulah risau lebih-lebih"

Dyana dan Haiqal terus melangkah ke arah Mini Cooper milik jejaka itu. Akif mula dihurung rasa bersalah.

"Yana aku minta maaf tau pasal tadi. Aku tak tahu pula--"

"Dyan, kau belum makan kan? Apa kata nanti aku belanja kau dinner masa on the way balik KL? Lagipun, kita boleh sambung bincang lagi mana yang tergendala tadi"

Dyana mengangguk tanda bersetuju. Figura Akif mula diabaikan.

"Boleh je. Lagi cepat kita bincang, lagi cepat pejabat kau siap. Lagipun aku belum makan tengah hari lagi ni"

Haiqal mengukir senyuman kecil. Namun saat berpaling menghadap Akif, senyuman itu bertukar sinis. Seakan mengejek jejaka itu tentang kedinginan Dyana padanya.

Jejaka itu hanya memilih untuk mendiamkan diri. Dia tak mahulah Dyana membencinya kerana sengaja mencari pasal dengan kawan lama gadis itu.

Akif hanya memandang sepi kereta mewah yang diparkir bersebelahan keretanya berlalu pergi.

Okay.

Baiklah.

Tak apa, aku faham.

... DONE FLASHBACK ...

"Jauh termenung tu. Buah hati merajuk ke?"

Akif tersentak. Wajahnya terus diangkat memandang ke arah dedaun pintu. Satu keluhan panjang dilepaskan.

"Mana adalah, Ibu. Akif cuma penat sikit je"

Ibu Akif mengangkat keningnya. Wajah suram anaknya dipandang.

"Yana macam mana? Dia okay?"

Akif mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Wajahnya dikalihkan ke arah lain.

"Mana lah Akif tahu. Dia kata doktor cakap tak ada apa-apa. Maksudnya tak ada apa-apalah tu" Bantal peluk disebelahnya dipeluk erat.

Ibu Akif hanya memandang sepi. Dia sedar akan perubahan wajah mendung anaknya itu sejak pulang dari 'menghantar' Dyana ke klinik.

"Okaylah kalau Akif dah cakap macam tu. Ha ni, tadi masa Ibu kemas kaca tu, ibu ada jumpa rantai ni jatuh. Mungkin Yana punya kot. Takkanlah kau orang berdua pula kan. Ni nanti pulangkan kat tuan dia. Lepastu ajak la dia keluar makan ke apa ke, pujuk balik hati dia. Itulah padahnya ingkar arahan Ibu. Ibu yang suruh Akif buat, mengada suruh orang lain buat" Seutas kalung perak itu diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil anaknya.

Akif menghela nafas panjang. Orang tengah sedih Ibu pula yang bebel.

"Ye lah, Ibu. Nanti kalau Akif ingat, Akif pulangkanlah"

Ibu pula yang stress dengan anaknya.

"Bukan kalau ingat, pulangkan. Mesti pulangkan, orang punya tu. Faham?"

Akif mengangkat jarinya tanda okay. Ibu hanya mengiakan sahaja lalu menutup pintu biliknya. Malas mahu berbalah, lagi-lagi kalau dengan Akif.

Haih, sampai kesudah memang takkan habis punya. Entahlah diikut perangai siapalah itu.

Akif hanya mendiamkan diri saat pintu biliknya ditutup rapi. Badan dipusingkan seketika menghadap ke kanan.

Kilauan rantai perak gadis itu kerana pantulan cahaya lampu biliknya hanya dipandang sepi. Perlahan bibirnya dijongket sedikit.

"Kau dah palau aku tadi, kau ingat aku nak datang pulangkan kat kau? Heh, dalam mimpi!"

Pantas rantai perak itu dicapai lalu disumbat ke dalam laci meja. Sedikit pun dia tidak memandang ke arah rantai itu.

Telefon yang berdering tanda mesej masuk membuatkan rasa amarah dalam diri Akif semakin membuak-buak. Kalau Dyana yang mesej dia, memang tak jadilah dia nak marah.

Akan tetapi, selepas melihat nama yang tertera, dahinya sedikit berkerut. Pelik dengan nama dan isi kandungan mesej itu.

FROM : Budak tak cukup kasih sayang

Abang Akif, Sya dapat tawaran kerja kat KL. Manager suruh datang esok tapi Sya tak tahu nak pergi macam mana. Boleh tak Sya tumpang kereta Abang Akif esok masa Abang Akif nak balik KL?

Mindanya ligat berfikir.

Dyana, wajarkah dia kejar gadis itu lagi setelah Haiqal dilihat sangat serasi dengannya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro