Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 27

"Biru pekat atau merah?" Dua helai kain langsir yang berbeza warna itu ditarik dan ditunjukkan pada jejaka itu.

Akif berfikir sebentar.

"Dua-dua tak lawa" Kakinya terus melangkah untuk melihat corak dan warna kain langsir yang lain.

Dyana berdecit geram. Penat la dia macam ni!

"Kalau semua tak lawa kau nak warna apa? Kan senang kalau bawa ibu kau sekali"

Kakinya terus melangkah mengikuti jejaka itu dari belakang.

"Kan Ibu dah kata, beli warna apa-apa je yang cantik dan padan dengan dinding. Maksudnya kalau aku ambil warna pelangi sekalipun Ibu kena terimalah sebab dia suruh aku yang pilih sendiri"

Langkah mereka berdua terhenti. Langsir yang tergantung disitu dibelek Akif perlahan.

Dyana hanya mampu mengeluh kecil mendengar jawapan jejaka itu. Asalnya dia mahu saja duduk di rumah tolong pekerjanya menyusun perabot atau kemas apa-apa yang patut.

Tapi dipaksa pula oleh Akif dan bakal 'ibu mentua', terpaksalah dia ikut.

"Kita ambil yang ni je lah. Rasanya sesuai dengan dinding warna kelabu" Langsir bewarna merah pekat ditunjukkan pada gadis itu.

"Itu kan yang aku tunjuk tadi" Riak tidak puas hati ditonjolkan gadis itu.

Akif menoleh ke arah Dyana dengan wajah tanpa perasaan.

"Ouh. Ye ke. Itu kau yang tarik bukan aku" Kaki Akif terus melangkah menuju ke arah salah seorang pembantu kedai.

Dyana berdecit geram. Nampak sangat si Akif tu nak buat dia sakit hati!

Telefon pintar yang berdering membuatkan hati Dyana semakin dibakar. Entah siapalah ni yang tiba-tiba menyibuk nak call masa dia tengah marah.

Namun, nama si pemanggil membuatkan dia terkedu.

"Kenapa tak jawab? Malaikat maut memanggil ke?" Sengaja jejaka itu menambah api.

Dyana berdecit geram. Pantas jarinya menyeret di atas skrin ke kanan.

"Ada apa call aku, Haiqal?"

===<< 🍩 >>===

"Tapi kenapa rumah Ibu, bukan rumah orang lain? Eish! Tak suka betullah aku dengan dia ni"

Dyana memutarkan bebola matanya. Dah berapa banyak kali Akif membebel menyuarakan isi hati tidak bersetuju dengan kedatangan Haiqal ke rumah Ibunya.

Dengan alasan tidak mahu menyusahkan dirinya yang masih sibuk dengan rumah Ibu Akif. Salah dia juga kerana kerap menolak pelawaan Haiqal untuk berjumpa perihal pengubahsuaian pejabatnya.

"Dia cuma nak bincang pasal pejabat dia je la. Bertolak ansur sikit boleh tak?"

Akif mencebik. Matanya masih fokus pada pemanduan.

"Habis tu tak boleh bincang tempat lainlah? Kat rumah Ibu je ea baru boleh bincang? Kau memang sengajakan nak suruh aku cemburu"

Dyana berdecit geram. Dia bukannya kekasih jejaka itu untuk memikirkan soal cemburu buta Akif.

"Aku tak suruh pun kau cemburu buta. Kan aku dah kata yang kita ni--"

Anak mata gadis itu terkunci rapat pada susuk tubuh Qiesya berjalan lenggang kangkung menuju ke rumah Ibu jejaka itu.

Akif mengerutkan dahinya.

"Kita ni?"

Dyana tersedar.

"Ki-kita ni... kita ni kena pergi tempat lain dulu. Rumah ibu kau belum ada hiasan lain lagi kan? Apa kata kita tengok kedai baru yang dekat sebelah supermarket tadi. Mana tahu kat situ ada dekorasi untuk ruang tamu yang lebih cantik"

Dahi Akif berkerut. Pelik dengan perangai gadis itu yang tiba-tiba berubah.

"Kenapa... nak pergi tempat lain pula?"

"Ikut je lah. Kita patah balik" Wajah gadis itu berubah serius.

Akif hanya mengikut saja kata-kata Dyana. Mereka berpatah balik ke pekan seperti yang disuruh gadis itu.

Perlahan Dyana menghela nafas lega. Namun, melihat kereta Akif yang berhenti di tepi jalan membuatkan Dyana semakin tidak tenteram.

"Kenapa... berhenti? Kereta kau okay tak ni?"

Akif menghela nafas panjang. Soalan gadis itu tidak dihiraukan.

"Kau ada masalah apa-apa ke dengan Qiesya?" Anak matanya beralih fokus ke arah wajah Dyana.

Gadis itu terdiam. Dia nampak ke Qiesya berjalan pergi rumah Ibu dia?

"Kita orang... ada masalah apa?"

Akif memusingkan badannya menghadap Dyana.

"Kalau tak ada masalah, kenapa kalau nampak Qiesya je kau terus mengelak? Biasanyakan kau yang asyik memekak dengan dia kalau bukan dengan aku. Kau ada masalah ke dengan dia?" Cukup lembut jejaka itu menyoal.

Dyana menoleh ke arah lain. Dia rasa serba salah pula nak beritahu hal yang sebenar pada jejaka itu.

Perlahan nafas dihela panjang. Kuku dilagakan sesama sendiri.

"Aku tak ada niat pun nak sorok apa-apa dari kau. Tapi lebih baik kalau kau tak tahu apa-apa"

Akif mula tak puas hati.

"Tapi aku kan ada hak untuk tahu. Kita kawan kan? Aku pun dah janji, yang aku akan selalu ada untuk kau kalau kau perlukan aku"

Dyana membalas renungan jejaka itu. Dengan lebih dalam supaya jejaka itu memahami apa yang dia rasa.

"Tapi sekarang... mungkin aku tak perlukan pertolongan kau. Lagipun kalau kau masuk campur, aku takut masalah ni akan jadi lagi rumit"

Akif jeda sebentar. Perlahan nafas dihela panjang. Wajah dikalihkan ke arah lain.

"Okay. Tak apalah kalau tak nak cakap. Tapi kalau kau betul-betul perlukan bantuan, aku harap kau boleh cakap awal-awal sebelum perkara yang lebih buruk terjadi"

Handbrake diturunkan. Pantas stereng kereta dipusing lalu kereta yang dipandu jejaka itu berpatah balik ke rumah ibunya.

Dyana semakin serba salah apabila wajah Akif bertukar dingin.

"Aku minta maaf kalau ada buat kau tersinggung"

Akif diam sebentar. Perlahan senyuman palsu diukir.

"Tak apa. Kau pun ada hak juga untuk tidak berkongsi masalah dengan sesiapa. Ye la, aku ni kan cuma kawan je. Tak lebih dari tu. Tapi kalau Qiesya ada cakap atau buat apa-apa, kau cakap saja dengan aku. Tahulah aku nak buat apa dengan dia"

Dyana diam. Perlahan senyuman kecil diukir.

Terima kasih sebab memahami.

"Nanti tak payah la datang sini lagi. Kesian aku tengok kau asyik menyorok je macam tikus. Kalau datang tapi tak buat apa-apa kan membazir masa. Lagipun... kau ada appointment yang tertangguh dengan Haiqal kan?"

Makin serba salah pula bila nama Haiqal disebut jejaka itu.

"Ta-tapi aku kena tengok juga hasil kerja anak buah aku. Nanti kalau diorang tak cukup tangan, aku kan boleh tolong. Sebagai ketua, aku kena la tunjuk contoh yang baik" Dyana mula mencari alasan.

Senyuman senget diukir jejaka itu. Dia tahu itu sekadar alasan.

"Aku kan customer, kau kena ikut cakap customer kau kan? Kalau customer kata tak boleh, maksudnya tak boleh. Faham?" Honda Civic milik jejaka itu terus berhenti di halaman rumah Ibundanya.

Lebih tepat lagi bersebelahan dengan Mini Cooper bewarna Merah milik Haiqal.

Qiesya yang sedang menunggu di pondok tersebut terus mengukir senyuman kecil. Bungkusan di atas ribanya dipegang erat.

"Kau jangan risau, dia tak berani buat apa-apa kalau aku ada"

Dyana hanya mampu mengukir senyuman kecil.

Kalau je.

Bukan selamanya Akif berada disisi dia. Dia cuma risaukan keselamatan jejaka itu berbanding dirinya sendiri.

Melihat jejaka itu yang sudah keluar dari perut kereta, Dyana pantas mengikut jejak langkahnya.

Macam biasa, Alien akan menerjah sasarannya.

"Abang Akif pergi mana? Lama tau Sya tunggu"

Langkah Akif terhenti. Satu senyuman sinis diukirnya sengaja.

"Aku tak suruh pun kau tunggu serupa tunggul kat sini" Langkah dibuka meninggalkan Qiesya disitu.

Senyuman Qiesya terus mati apabila dilayan kasar oleh jejaka itu. Namun, dia masih tetap berusaha untuk menawan apa yang ada didepan mata.

"Abang Akif, ni Sya ada bawak kek coklat moist favourite Abang Akif. Abang Akif makanlah" Bungkusan ditangannya dihulur pada jejaka itu.

"Aku tak makan, diet. Kau kasi je lah ibu aku atau siapa tadi tetamu tak diundang ni yang baru datang ni. Tak pun kau kasi je lah pekerja Yana tu. Boleh dapat pahala banyak sikit bagi orang penat bekerja makan"

Kasut miliknya dibuka lalu plastik berisi langsir tadi dibawa masuk ke dalam rumah. Dyana awal-awal lagi sudah masuk ke dalam rumah. Tak mahu dia bertembung dengan gadis itu sejak diberi amaran tempoh hari.

Qiesya mendengus geram.

"Eish! Penat aku buat boleh pula dia kata diet. Badan macam tiang lampu bergerak ada hati nak catu makanan. Ni siapa nak makan ni? Aku dah la diet juga"

Nafas dihela panjang. Terus sahaja bungkusan kek itu diletakkan di atas pagar beranda rumah. Kaki melangkah menuju ke rumahnya semula.

Akif hanya memandang sepi disebalik tingkap rumahnya. Malas dia mahu melayan gadis yang kelihatan sangat terdesak itu.

Kaki terus melangkah menuju ke dapur. Namun terhenti seketika di tengah jalan.

Melihat Haiqal yang mesra dengan Dyana di salah satu sofa yang belum tersusun di ruang tamu  membuatkan jiwa dia sedikit bengkak.

Mahu sahaja dia menghalau jejaka itu keluar, tapi memandangkan Dyana tidak punya pilihan lain, terpaksa juga dia terima tetamu tak diundang itu.

"Haiqal tu baik kan? Sopan je budaknya. Berkenan pula Ibu dengan dia"

Ibu Akif tersenyum manis. Suka dia melihat jejaka itu berborak mesra dengan Dyana membincangkan soal kerja mereka berdua.

Akif hampir tersedak.

Sopan?

Rupa macam kambing ni pun Ibu nak berkenan ke?

"Ibu, Haiqal tu depan orang je baik tahu tak. Belakang orang, tak payah cakaplah, memang teruk!. Daripada Ibu puji entah anak siapa-siapa tu, baik Ibu puji Akif yang anak ibu ni ha. Entah dia dari celah mana tiba-tiba sibuk kat rumah orang. Ibu lain kali jangan percaya sangat dengan orang luar. Bahaya tau! Mana tahu dia perompak ke, penyamun ke, kan bahaya tu"

Ibu Akif tergelak kecil mendengar nasihat anaknya. Nampak sangat anaknya dengki dengan tetamu yang jauh lebih hebat darinya.

Wajah anaknya yang masam diperhatikan tajam.

"Ibu ada bau aroma cemburulah kat sini"

Bahu Akif ditolak perlahan.

Sengaja mahu menyedarkan anaknya. Akif memang Ibunya dengan wajah tidak puas hati.

"Kalau dah sayang, cakap. Ibu pinangkan. Tak adalah dok kutuk orang tu bukan-bukan. Dah la, Ibu nak pergi dapur. Akif kalau datang sini tak ada kerja tolong Ibu pasangkan frame ni. Nak minta Dyana takut dia tak sampai pula"

Bingkai gambar keluarga dan beberapa potret lama di atas meja dipandang sepi jejaka itu. Perlahan dia tersenyum sinis.

Ruangan dapur dijengah bagi melihat sama ada Ibunya benar-benar sudah beredar atau belum.

Wajah dua pasangan yang kelihatan sedang berbual mesra dipandang tajam.

"Kita tengok siapa yang sebenarnya menyibuk"

===<< 🍩 >>===

"Tak takut jatuh ke pendek?"

Dyana berdecit geram. Bingkai gambar itu diangkat tinggi untuk memukul jejaka itu tapi terhenti dipertengahan jalan.

"Ei, Kau ni! Tak nak tolong diam- diam je la"

Akif tertawa kecil melihat wajah garang Dyana.

Tacowdddddd!

"Betul cakap Akif tu, Dyan. Tak takut jatuh ke? Kau tu dah la kecil, paku tu tinggi tau. Kerusi tu pun nampak tak stabil. Apa kata biar aku je yang tolong kau alang-alang dah ada kat sini" Haiqal mula bersuara.

Akif memusing badannya menghadap Haiqal. Satu jelingan maut diberikan.

"Bisinglah kau. Kau kan tadi nak balik sangat. Pergilah balik sana" Selamba jejaka itu menghalau.

Dyana dan Haiqal mula mencebik. Sekarang ni kenapa Akif lagi nampak berianya?

"Berhenti gaduh boleh tak? Pantang jumpa betul kau orang ni. Ada je benda nak berperang. Bising tahu tak, bising"

Akif dan Haiqal terus terdiam. Tak berani nak melawan bila big boss mula bersuara. Dyana terus berpusing dan menghadap dinding itu semula.

"Dah la tengok aku jinjit. Sampai ke tak" Kasar sahaja gadis itu menyuruh.

Kakinya dijinjit agar tangannya tinggi untuk menyangkut frame tersebut.

"Sikit lagi"

"Tinggi lagi la"

"Jinjit la sikit"

"Dia pendek sangatlah"

"Itulah pasal, biasakan perempuan gangster ni tinggi"

"Tapi perempuan yang pendek ni lah banyak marah-marah"

Dahi Akif berkerut.

"Kenapa pula?"

"Ye lah dah dia pendek, semua benda tak sampai. Nanti mengamuk la tu tak terima kenyataan"

"Untuk kali pertamanya, aku setuju dengan kau"

Untuk kali pertama dan mungkin juga terakhir dua lelaki itu bergelak ketawa sesama mereka. Jap macam gay la pula.

Dyana menghela nafas panjang. Bahunya mulai lenguh. Nak mengharapkan beruk dua ekor ni memang sampai kesudahnya lah tak siap semata-mata nak gantung frame.

"Orang suruh tengok, kau orang mengumpat aku pula.  Kau buatlah sendiri, Akif" frame gambar itu dihulurkan kepada jejaka itu.

"Sikit je lagi" Akif tetap dengan pendiriannya.

Dyana berdecit geram. Dia menjinjit dengan lebih tinggi. Namun, kerusi tempat dia berdiri mula hilang keseimbangan.

"ARGH! AKIF!"

"ALAMAK!"

"DYAN!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro