Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 26

"Tada..."

"Tak ada apa pun" Anak mata Dyana mencari-cari apa yang ingin ditunjukkan jejaka itu.

Akif menghela nafas panjang. Susah betul dapat girlbestfriend yang panjang akal.

"Habistu kau tak nampak ke tasik depan ni?"

Dyana memutarkan bebola matanya.

"Eish! Tu aku nampak la. Tadi kan kau suruh aku ikut kau macam nak tunjuk sesuatu yang hebat je"

"Ye la. Aku nak tunjuk tasik je. Dah jom balik" Lengan baju Dyana ditarik agar mengikutinya.

Gadis itu terpinga-pinga.

"Kau ajak aku jalan kaki jauh-jauh sampai sini semata-mata nak tunjuk tasik je?"

Lengan baju Dyana dilepaskan. Tapak tangannya disorokkan ke dalam kocek seluar.

"Ye la. Ingat tadi nak tunjuk cincin"

Gadis itu semakin tidak mengerti.

"Cin-cincin? Buat apa tunjuk cincin? Siapa siak nak khawin dengan kau?"

Akif menjeling geram.

"Tunjuk cincin je. Takut kau tak kenal pula bentuk cincin tu macam mana. Ye la... kau kan dah ada peminat baru. Mana tahu dia meminang kau ke. Tak adalah kau gelabah"

Dyana tergelak sinis.

"Kau ingat aku ni budak kecil ke tak kenal cincin? Atau... kau cemburu Haiqal rapat dengan aku?"

Akif menoleh ke arah lain. Satu jeda panjang dilepaskan sebelum menuturkan jawapan bagi soalan Dyana.

"Cemburu? Aku? Kau siapa eak? Interior designer rumah mak aku je. Bukan tunang pun. Lainlah... kau sudi terima aku yang tak  seberapa ni"

Dyana terdiam.

Dia agak... terasa dengan bicara jejaka itu. Seperti ada menyimpan satu rasa yang tak dapat digambarkan dengan perkataan.

Akif...

Dia cemburu betul ke?

Akif menukar haluan. Pathwalk untuk mendaki bukit kecil itu menjadi pilihan jejaka itu. Bukan mereka sepatutnya menuju ke hotel semula ke?

Dyana terpinga.

"Akif, ki-kita nak pergi mana ni?"

Perlahan jejaka itu menoleh. Satu senyuman sinis diberikan.

"Aku nak bawa kau khawin lari. Biar nanti tak ada siapa boleh dekat dengan isteri aku" Lengan baju Dyana ditarik agar mendekatinya.

Dyana mencebik.

Tak habis-habis dengki dengan Haiqal!

"Kau larilah seorang-seorang. Tak nak aku ikut kau" laju sahaja lengannya ditarik.

Namun, tarikannya seringkali tak berhasil.

"Aipp! No! no! no! Susah tahu nak ajak kau keluar dengan aku. Selalu dipenuhi alasan. Jadi memandangkan kita ada masa terluang ni, aku nak kau ikut je mana aku nak bawa kau. Okay?"

Lengan baju gadis itu dilepaskan. Dyana memutarkan bebola matanya.

"Masalahnya siap naik bukit bagai. Terus terang sahaja tak boleh ke? Dah la kau curi kereta aku, jemur beg aku tengah jalan, lepastu suka hati kau je paksa aku ikut kau. Ingat aku suka la?"

Akif menghela nafas panjang. Mula dah perangai dia...

"Ye la! Aku tahu aku salah. Sekarang ni kita berhenti kat sini. Aku nak kau tutup mata. Kita dah sampai"

Dyana hilang kata.

"Tu-tutup mata? Kau... nak buat apa?"

Akif memutarkan bebola matanya.

"Aku culik kau bawa pergi Thailand. Boleh tak?" Sengaja jejaka itu mempermainkan gadis itu.

"Eish! Tanya lain jawab lain"

Akif menggaru keningnya apabila gadis itu semakin degil dan tak mahu mengikut arahannya.

"Kau diam dan tutup mata dengan senyap boleh tak? Susah sangat ke arahan aku?"

Dyana menghela nafas panjang. Lantas matanya ditutup. Akif mula mengukir senyuman kecil.

Lengan baju Dyana ditarik agar mengikuti jejak langkahnya.

"Okay. Sekarang jalan perlahan-lahan ikut mana aku tarik. Jangan risau, aku jaga kau"

"Macam mana aku nak percaya kau?" Sempat lagi gadis itu menyoal.

"Aku pernah tipu kau ke?" Soal Akif geram.

"Ye lah" Lantas langkah jejaka itu diikutinya.

Akif memerhatikan setiap inci wajah Dyana. Senyuman kecil diukir. Harap apa yang dirancangnya menjadi.

Langkah mula berhenti. Senyuman jejaka itu semakin lebar.

"Okay stop. Cuba buka mata"

Perlahan-lahan kelopak mata mula terbuka. Senyuman kegembiraan mula terukir. Kalau si gadis itu gembira, apatah lagi si lelaki.

Lebih-lebih lagi hadiah itu adalah rancangannya untuk mencuri hati si dia.

Sebidang tikar dibentang dan pelbagai variasi makanan dihidang di bawah pohon rendang ini. Semua ini juga hasil bantuan Mawar dan Iman yang sudi menolong dia mengejar Dyana semula.

"Happy Birthday to you"
"Happy Birthday to you"
"Happy Birthday to Dyana~"
"Happy Birthday to you"

"Yay!!!!" Akif, Iman dan Mawar mula bersorak dan bertepuk tangan tanda kegembiraan.

Dyana sudah menunduk. Hatinya rasa sayu. Matanya mula berkaca. Tangisannya mulai kedengaran.

Suasana bertukar cahaya. Cahaya yang mungkin... lebih malap.

"Kau tak suka ke Dyana?" Mawar mula menyoal.

"Hari ni bukan birthday kau?" Akif pula menyampuk

"Ke kitorang nyanyi tak sedap?" Iman juga mengeluarkan soalan tidak berotak.

Akif dan Mawar memandang Iman dengan pandangan tajam. Iman mengangkat keningnya mempersoalkan renungan itu.

Apa salah aque?...

"A- aku... aku tak pernah sambut birthday aku sebelum ni... se-sejak..." Suaranya terhenti.

Setitis permata jernih tertumpah. Bukan mahu tunjuk lemah tapi dia... dia memang tak kuat untuk semua kisah hitam dia.

Kaki mula melangkah meninggalkan situasi tadi. Semua senyap. Memberi ruang untuk gadis itu mendapatkan jiwanya kembali.

"Sejak?" Akif mula menyoal.

Semua mata tertumpu pada Mawar. Perlahan gadis itu menghela nafas panjang.

"Both of her parents die. On her 15th birthday. Parents dia janji nak sambut sekali sempena dapat rumah baru tapi... belum sempat mata dia tengok rumah baru, family dia accident"

Akif berfikir.

"Tapi dia cakap dengan aku kereta dia tu ayah dia yang hadiahkan sempena dia dapat degree. Dia kan baru habis belajar dan terus dapat kerja kan?"

Mawar melagakan hujung kukunya. Perlahan nafas dihela panjang.

"Memang betul ayah dia yang bagi. Ayah dia yang wasiatkan kat peguam untuk beli kereta tu bila Dyana dapat apa-apa ijazah untuk kesenangan dia bergerak kemana-mana. Macam... Ayah dia dah tahu yang dia tak sempat tengok Dyana pegang ijazah. Sebab tu dia sayang kereta tu" terang Mawar lagi.

Akif menghela nafas panjang. Patutlah marah sangat bila dia sesuka hati curi kereta Dyana.

"Tak apa lah. Biar aku yang pujuk dia" Bakul berisi mufin yang dibuat Mawar diambil begitu sahaja.

Akif terus berlalu tanpa memberi sepatah dua kata pada pasangan itu demi mencari Dyana. Iman memandang isterinya.

"Dia ambil mufin kita. Mufin tu sedap tau. Kenapa Honey tak marah dia?"

"Akif kan nak pujuk Dyana. Biarlah dia ambil. Lagipun dia yang suruh Honey buatkan untuk Dyana kan?"

Iman mencebik.

"Tapi Darling lapar, pagi tadi dah la tak sempat sarapan sebab nak kejar masa sampai sini. Dia pula curi mufin favourite kita"

Mawar memukul bahu Iman. Terus sahaja bibir lelaki itu dicebik.

"Kalau nak sangat, kat rumah kan ada. Honey ada buat lebihlah untuk kita berdua. Siapa suruh tidur lambat semalam. Padan muka"

Iman semakin memuncung.

"Siapa suruh Honey goda Darling? Kalau Honey tak mula dulu Darling--"

"Ow! Janganlah cubit! Tahu tak sakit?"

"Tahu sakit! Kalau dia orang dengar macam mana? Kita jentik mula awak tu kang"

Iman mencebik.

Dia jujur pun salah!

Akif tersenyum kecil. Pemilik baju kemeja biru pekat yang kelihatan sedang duduk bersandar di bawah pohon tinggi didekatinya.

Pantas punggung dilabuhkan bersebelahan dengan gadis itu. Dyana menoleh.

Perlahan pipinya dikesat kasar.

"Dah la Dyana. Janganlah menangis lagi macam ni. Kita kan nak happy-happy. Tak best la kalau kau dah nangis dulu"

Nafas dihela panjang. Kakinya dipeluk erat.

"A-aku... aku cuma rindu mak ayah aku. Aku tak sempat pun nak happy-happy dengan dia orang, buat diorang bahagia. Macam... anak orang lain. Dah la aku anak tunggal. Aku tak ada sesiapa dah kat sini kecuali Mawar"

Senyuman Akif mulai tawar. Dia juga bersandar di pohon itu seperti Dyana.

"Kalau rindu diorang, sedekahkan al-fatihah. Melawat dia orang kat sana"

Dyana menghela nafas panjang. Cecair jernih miliknya mulai kering.

"Kalau aku tahu, dah lama aku pergi, Kif. Lepas aku keluar dari hospital, aku terus pergi sekolah asrama yang aku pernah mohon dulu. Aku tak tahu macam mana keadaan parents aku lepas accident tu. Apa yang aku tahu cuma... aku dah tinggal sebatang kara. Ayah aku anak tunggal,  adik-beradik mak aku pula aku tak kenal sebab aku tak pernah jumpa. Apa yang aku ada cuma kawan sahaja" terang Dyana panjang lebar.

Perlahan Akif mengukir senyuman kecil.

"It's okay. Aku kan ada. Aku akan selalu ada untuk kau. Mawar dengan Iman pun ada. Kita orang kan family kau juga"

Lama Dyana diam. Perlahan nafas dihela panjang.

"Kau orang memang ada dengan aku. Tapi tak selamanya akan ada di sisi"

Kaki yang dipeluk, dilepaskan dan dibiarkan menghempap daun-daun kering yang berguguran.

Dahi jejaka itu mula berkerut. Seolah-olah tidak memahami perubahan perasaan gadis itu

"Kenapa... pula?"

Dyana tersenyum sendirian.

"Semua orang ada kehidupan dia. Tengok Mawar. Dia dah khawin dengan Iman kena la ikut Iman. Takkan nak duduk dengan aku pula? Kau pun..."

Perlahan gadis itu menoleh ke arah Akif.

"Takkan kau nak selamanya melekat dengan aku? Kau mesti akan berkhawin nanti. Kau akan ada pasangan hidup. Dan aku... aku pun sama juga macam kau orang. Itupun... kalau ada yang nak datang kat aku"

Akif memandang anak mata gadis itu.

"Aku pun sama. Aku cuma akan nikah kalau orang yang aku tunggu tu datang cari aku. Kalau dia tak datang, mungkin aku akan memilih untuk membujang sampai dia datang"

Kening Dyana bertaut.

"Takkan kau tak nak khawin? Tak ada ke perempuan yang lagi menarik dari yang kau tunggu tu?"

"Entah lah. Mungkin ya atau mungkin tak"

Dyana tersenyum sinis. Pelik dengan pernyataan jejaka itu.

"Kenapa mungkin pula? Bukan soal hati itu sudah ditetapkan ke?"

Akif mengukir senyuman kecil. Dia sanggup tunggu Nona sampai bila-bila. Melainkan...

Dia yang terpaksa pergi dulu atau gadis itu yang terlupa tentang pinky promise mereka.

"Sebab kalau orang yang aku tunggu tu tak datang..."

Dyana menunggu dengan sabar.

"Aku akan pilih kau untuk jadi suri hati aku" Pipi bulat gadis itu dicucuknya sengaja.

Anak mata mula membesar, bibir pula kaku tak terkata dengab tindakan spontan itu. Pipinya mula bertukar warna.

Akif tergelak kecil. Suka dia tengok wajah polos gadis itu.

"Memandangkan kau dah okay, bolehla kita makan kan? I'm hungry la..." Bakul yang berisi mufin itu diletak di atas ribanya.

Dyana mula mencebik.

"Jadi kau pujuk aku sebab nak cepat makan la?"

Akif berfikir sebentar.

"Mungkin"

Dyana mendengus geram. Pantas bahu Akif dipukulnya kasar.

"Kau memang tak berubah kan? Suka sakitkan hati orang"

Akif mencebik. Bahunya yang perit diusap lembut.

"Kau pun sama! Suka pukul orang kalau tak puas hati. Sakit tahu tak? Nasib aku sabar lagi kalau tak dah lama aku cubit-cubit pipi kau biar tanggal terus"

Dyana mencebik geram. Terus sahaja dia mendiamkan diri.

"Dah dah la tu merajuk. Tak elok anak dara merajuk lama-lama. Baik-baik jodoh datang nak meminang terus cabut lari tengok muka kau"

Dyana memdengus geram. Kalau ikut hati dia nak je dia pukul Akif lagi.

"Dah tu kau tu sikit-sikit nak marah aku. Bebel salah, pukul salah. Baik aku diam"

Akif tersenyum kecil. Comel pula dia melihat Dyana merajuk macam tu.

Bakul berisi mufin coklat yang berada di atas ribanya dipandang. Senyuman diukir dengan lebih lebar.

"Yana, kau tahu tak apa beza kau dengan mufin ni?"

Gadis itu terus menoleh. Satu renungan boleh-ke-aku-percaya-kau diberikan dengan tajam sekali.

Perlahan nafas dihela panjang.

"Manala aku tahu"

Akif berdecit.

"Ala... cepatlah teka"

Dyana mula berfikir.

"Mufin dibuat dengan tepung, aku diperbuat daripada tanah"

Akif terdiam.

"Betul juga. Tapi jawapannya salah!"

Dyana memutarkan bebola matanya.

"Dah tu apa jawapan yang betul?"

Akif mengukir senyuman penuh makna.

"Mufin diciptakan untuk orang yang lapar. Engkau diciptakan untuk sempurnakan aku"

Terus sahaja jejaka itu melarikan diri daripada dipukul gadis itu. Dyana berubah riak.

"Akif!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro