ASKP 🍩 25
"Nampak cantik tapi warna putih" Blouse bercorak bunga itu diletakkan kembali ke tempat penyangkutnya.
"Tapi you lagi sesuai dengan baju tu"
Dyana menoleh seketika. Satu senyuman mesra diukir.
"Eh, Haiqal! Macam mana ada kat sini? Takkan resort kau pun ada kat sini juga? Kaya betul kau ni"
Haiqal tersenyum kecil.
"Tak adalah. Saja-saja je datang sini. Tak sangka pula terjumpa. Dyan datang seorang je ke? Tak ajak anak buah you semua?"
"Haah. Dah lama tak bercuti seorang-seorang. Nak juga rehat sementara diorang siapkan rumah customer I tu. Lepastu... tak payah la panggil aku Dyan. Macam peliklah. Panggil Yana je"
"Tapi aku lagi suka panggil Dyan. Macam... comel"
Dyana tertawa sinis. Bukan dia tak sedar jejaka itu seakan cuba untuk rapat dengannya. Zaman sekolah asrama dia dulu bukan main sombong tak nak tegur.
Tapi sekarang... macam lain je.
"Apa-apa je la. Kau pula datang dengan siapa? Takkan manager resort terkenal kat Malaysia single lagi?"
Kaki Dyana terus melangkah keluar dari butik itu diikuti dengan Haiqal. Mereka mula berjalan di sekitar pusat beli belah yang besar itu.
"Seoranglah. Aku ada appointment dengan arkitek kat sini. Johor kan destinasi pelancongan yang menarik. Alang- alang tu mana tahu ada rezeki aku kat sini kan? Lagipun kalau nak fokus dekat jodoh, sekarang ni susah nak cari wanita yang setia. Aku ni kan kaya. Ada sahaja pisau cukur yang datang dekat. Kadang-kadang takut juga aku dengan perempuan sekarang. Jadi lebih baik aku stay single and focus on bussiness"
Dyana hanya mengiakan sahaja.
"Habis kau tak takut ke dengan aku? Aku kan perempuan juga. Mana tahu aku ni pisau cukur, memang kemarau teruk poket kau tu aku kikis nanti" Sengaja gadis itu mahu menguji Haiqal.
Jejaka itu menggaru kepalanya mencari jawapan.
"Tak-tak kau lain. Aku kenal kau kan dah lama. Kita kawan sekelas kan? Takkan kau nak kikis aku pula?"
"Manusia kan berubah. Apa tah lagi perangai. Bukan kita rapat pun dulu. Sama-sama sombong bukan?"
Haiqal terdiam.
Entah.
Dyana seakan mahu mengusir dia dari perbualan ini.
"Sayang! Kenapa tinggal Biy macam ni? Penatlah Biy kejar Sayang!" Dyana dan Haiqal terus berpusing menghadap gerangan yang tiba-tiba sahaja mengenakan panggilan manja itu.
Dyana terkedu.
Kenapa dia harus berjumpa dengan semua orang yang dia tak suka ni?!
Macam mana dia nak berholiday dengan aman?!
"Akif kau... buat apa kat sini?"
Akif mencebik.
"Biy cari Sayanglah! Penat tau kita pusing-pusing Mall ni cari Sayang. Sayang tak kesian kat Biy ke?"
"Ouh, ni... suami kau ke Dyan?"
Anak mata Akif mencerlung tajam ke arah Haiqal.
"Siapa dia ni Sayang? Scandal baru ke? Memang dah tak sayang Biy ea?"
Dyana memutarkan bebola matanya. Dulu seorang yang kejar dia. Sekarang ni dah tiga orang menjadikan dia makin kusut dengan dunia!
"Dyan, why you look so pale? Are you okay?"
"Hei! Siapa kau nak panggil tunang aku Dyan ha? What's wrong with you dude?"
"Encik, Encik Akif ni dah salah faham. Saya kawan dia. Mestilah saya akan panggil nama dia. Takkan saya nak panggil Sayang pula macam Encik Akif panggil dia? Lainlah Encik Akif yang benarkan. Saya nak je panggil dia Sayang"
Akif mendengus geram.
"Berani kau--"
"Hei sudah-sudah! Aku penatlah dengan kau orang berdua ni! Boleh tak bagi aku peluang untuk rehat dengan aman? Aku penatlah macam ni!"
Dyana terus berlalu pergi. Akif dan Haiqal berlawan mata.
"Aku robohkan resort kau nanti"
"Aku report kat jabatan kerja raya yang kau tak reti buat kerja"
"Aku report kat Jabatan Alam Sekitar yang kau memusnahkan habitat Pokok Bakau"
"Ada aku kesah? Aku ada surat kebenaran okay!"
"Kau fikir aku kecut? Aku buat resort kau cincai je biar resort kau roboh. Dengan kau sekali tertanam kat situ"
Akif terus berlalu pergi tanpa sempat Haiqal membalas serangan. Haiqal mendengus geram. Terus sahaja dikejar gadis dan jejaka itu yang jauh dihadapan.
"Yana, pleaselah... Aku ada aggrement dengan kau tau. Kalau kau-- Eh, Nyah. Kau nak apa ha kat ni sini lagi? Blah boleh tak?"
Haiqal tidak mempedulikan amaran Akif.
"Dyan, I'm sorry kalau aku ada terkasar bahasa dengan kau. Apa kata sebagai tanda maaf kita pergi makan? Aku belanja! Kau kan suka makan kan?"
"Cuma aku je yang boleh bawa dia makan. Dia tunang aku okay?!"
"Tapi dia ada appointment dengan aku. Jadi dia aku punya"
Bahu Haiqal ditolak kasar. Lengan Dyana digenggam Akif menghentikan langkah gadis itu.
"She's mine bruh!"
Haiqal menghela nafas panjang.
"Dyan, kita teruskan appointment kita untuk resort aku boleh? I need it fastly"
Dyana mula rasa serba salah. Nak marah Akif, nanti dia report macam-macam pula dekat pihak atasan yang gadis itu tidak melakukan kerja dengan baik. Bukan dia tak kenal Akif tu yang memang suka buat masalah pada dia.
Nak marah Haiqal, dia memang ada appointment yang ditangguhkan dengan jejaka itu.
Tapi dua-dua salah sebab sekarang ni waktu dia bercuti! Kenapa dia nak fikir pasal kerja pula?!
"I'm sorry, Haiqal. Aku... aku ambil cuti bekerja minggu ini. Lagipun, tak kan waktu aku rehatkan minda macam ni aku nak push untuk kerja?"
Haiqal menghela nafas panjang.
"Okay. Betul juga kata kau tu. Nanti kalau dah puas cuti dengan 'tunang' kau tu jangan lupa customer kau kat sini. Dating, dating juga. Kerja jangan lupa"
Langkah terus dibuka meninggalkan Akif dan Dyana di situ.
"Nak appointment kena minta izin tunang dia dulu! Bukan main redah je!"
Bahu Akif dipukul kuat Dyana. Terus sahaja genggamannya pada lengan gadis itu dileraikan.
"Apa awak ni sakitlah!"
Dyana memutarkan bebola matanya. Langkah dibuka meninggalkan jejaka itu sendirian. Pantas Akif mengejar Dyana semula.
"Tunang konon! Gelilah tekak aku dengar!"
"Eh, suka hati sayalah! Penat tau tak saya cari awak merata tempat. Awak fikir Johor dengan KL dekat ke hah? Suka hati awak je nak marah saya. Kalau senang cari tak apa juga" bebel Akif panjang.
"Kalau tak suka tak payah cari aku. Macam mana kau tau aku kat sini?"
"Akif kan bijak. Kalau tak bijak macam mana nak pikat hati Yana"
Dyana mencebik. Dah muak lah dia dengar alasan bergula tu.
"Eish! Dah la. Buat apa kau nak cari aku? Bukan rumah mak kau bergegar sampai ruang tamu dia roboh. Kena cari aku untuk fikir modal dan kos lain pula"
Akif diam sebentar. Perlahan dia menyambung.
"Memang... bergegar pun. Sampai... panggilan awak dengan saya pun dah lain. Dah tak macam dulu. Tapi tak apa lah, sekarang ni kita balik hotel, awak packing baju semua lepas tu balik dengan saya"
"Pfft! Panggilan je pun. Kalau aku tak nak ikut kau?"
Akif mengukir senyuman kecil.
"Kalau kau tak nak, kau balik lah jalan kaki. Kereta kau aku dah seludup bawa balik Kuala Lumpur"
Bahu Akif dipukul.
"Suka hati kau je usik kereta aku. Nak kena debik?"
Akif memutarkan bebola matanya.
"Untung aku tak jual terus kereta kau. Kalau tak, bolehlah aku buat modal duit minyak datang sini cari kau"
"Kau jangan sampai aku halau kau macam aku halau Haiqal tadi"
"Sikit-sikit Haiqal, sikit-sikit Haiqal. Entah apalah yang best sangat kat budak tu"
Dyana berfikir sebentar.
"Kenapa? Kau kenal ke dia?"
Akif mengubah pandangannya ke arah lain.
"Customer aku juga. Aku kena buat plan untuk resort dia kat sini. Dasar customer berlagak. Aku campak resort dia dalam air baru tahu. Kau tu, apa hal dekat-dekat dengan dia? Kau kenal ke dia?"
Dyana memutarkan bebola matanya tanda menyampah.
"Ex classmate aku masa aku sekolah asrama dulu. Sekarang pun jumpa lagi sebab dia hired aku untuk tukar design office dia"
Akif mencebik.
"Macam tak boleh buat sendiri"
Dyana menghela nafas panjang.
"Kalau dia buat sendiri, aku nak makan apa? Okay apa dia nak upah aku. Sekurang-kurangnya aku boleh berdiri sendiri, tak perlu bantuan lelaki"
Akif terdiam. Betul juga. Tak mungkin dia nak tutup sendiri periuk nasi gadis yang telah menarik hatinya?
Haih...
Kenapa kau makin kuat cemburu pula sekarang ni Akif?
Dia bukan Nona kau.
===<< 🍩 >>===
Nombor Akif yang tertera di skrin sudah ditekan dua tiga kali tapi tak diangkat.
"Eish! Menyusahkan betul la dia ni. Nak kata tak ada line, line penuh. Ada henfon tak nak diangkat" bebel Yana sendirian.
"Bebel apa tu kakak?"
Dyana yang terkejut terus menyiku perut Akif menyebabkan jejaka itu mengaduh kesakitan.
Dyana tersenyum sendirian.
"Tu lah. Siapa suruh buat orang terkejut. Kan dah kena sebijik"
Akif mencebik.
"Eleh! Tadi aku panggil kau dua tiga kali, kau tak dengar aku tak ada siku kau pun tau!" Perutnya yang sedikit pedih diusap.
Dahi gadis itu mulai berkerut.
"Bila kau panggil? Aku tak dengar pun"
"Memang la kau tak dengar. Sibuk membebel je. Ibu aku bebel pun tak macam kau. Dah la jom ikut aku cepat" Lengan baju Dyana ditarik agar mengikutinya.
Dyana terpinga.
"Eh! Beg baju aku takkan nak tinggal je?"
"Tinggal je la. Mana ada orang pergi jalan-jalan bawa beg besar gajah"
Dyana mendengus geram apabila mendengar ayat dari mulut Akif. Dia terus mengikuti jejak langkah jejaka itu.
"Kita nak pergi mana ni?" Gadis itu mula menyoal apabila suasana sunyi seketika.
"Nampak Tasik tak kat sana?" Jarinya menunjuk ke arah Tasik yang tidak jauh dari kedudukan mereka.
"Kita pergi tasik?" Soal Dyana lagi.
"Tak lah kita pergi tepi tasik je. Kalau pergi dalam tasik, awak seorang je lah berenang"
Dyana mencebik geram. Mereka berdua terus berjalan menuju ke arah tasik yang tidak jauh dari hotel mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro