Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 24

"Kau gaduh dengan Yana lagi ke? Mawar selalu cakap dengan aku yang Yana tu macam marah lagi je dengan kau" Iman mula menyoal apabila suasana di cafe itu mulai sepi.

Akif menghela nafasnya panjang.

"Aku pun tak tahu lah. Dia asyik menyorok dari aku je sejak akhir-akhir ni. Lepas tu si Qiesya pula asyik menyemak je kat rumah ibu aku. Nasib aku datang sekali-sekala je. Tak adalah tercemar mata aku tengok muka dia" Latte yang masih berasap ditenungnya sayu.

"Qiesya tu bukan minah yang suka berkepit dengan kau kat kampung ibu kau tu ke?" Kopi miliknya disisip perlahan.

"Ye lah. Minah gila mana lagi"

Iman menjongketkan keningnya mempersoalkan pernyataan jejaka itu.

"Gila? Kenapa? Dia kejar kau macam Yana kejar kau hari tu ke?" Teringat dia akan Akif yang tertarik tudung Dyana ketika majlis perkhawinannya.

Nasib tetamu dah balik. Habis satu taman perumahan Ibu Mawar di pusing jejaka itu demi melarikan diri dari Dyana.

"Hesh kau ni. Memang tak lah. Aku cakap dia gila sebab dia tu perangai macam tak ada otak. Kau tau tak Qiesya tu suka-suki atuk nenek moyang dia je tidur dekat atas lengan aku. Tahu tak berdosa? Penat la aku nak samak kulit suci aku ni hari-hari"

Nak tersedak Iman mendengar cerita bagai nak gempuok jejaka itu.

"Pergh! Memang betul-betul gila tu weyh. Habis Yana tahu tak?"

Akif mendengus geram.

"Tahulah! Dia yang kejut aku masa aku tertidur kat pondok tu. Sejak dari tu, dia terus menyorok dari aku. Aku pun dah lama tak nampak dia datang rumah ibu aku"

Iman mengecilkan matanya memandang tingkah laku rakan baiknya.

"Hrmmm.... kau orang ni ada ikatan hati dan perasaan ke? Yang dekat sana cemburu, yang kat sini merajuk. Aku pula yang menggaru kepala tengok kau orang berdua ni"

Akif menghela nafas panjang. Latte miliknya dihirup sedikit.

"Yana kata tak ada. Jadi tak ada lah. Lagipun, dia dah banyak berkasar dengan aku la. Kalau dulu, nampak la juga lembutnya, sekarang ni asal jumpa je halau. Rasa macam dekat sangatlah perkataan friendzone tu dengan hidup aku" Air mata palsu diseka jejaka itu.

Iman memutarkan bebola matanya.

"Tu maksudnya dia ada hati dengan kau la. Dia sengaja cari gaduh sebab nak kau pujuk dia balik. Kau tak nak try dia lagi ke? Mana tahu tiba-tiba sangkut, bolehlah aku merasa nasi minyak kau pula"

Akif memandang malas wajah rakannya. Makan je tahunya!

"Nak try macam mana? Dengan aku pun dia tak nak cakap"

Iman hanya membiarkan saja ayat Akif di awangan sambil memikirkan jalan penyelesaian untuk rakannya.

Namun, perhatian dua jejaka itu mula terganggu dengan senario drama waktu petang di kedai mamak.

"Seriously you pun lepak sini?"

Pandangan dua jejaka itu beralih ke arah sumber suara garau itu. Gadis itu mengangkat wajahnya. Perlahan senyuman ceria diukir.

"Haiqal! Dah lama tak jumpa you. Saya saja je nak cuba citarasa baru dekat cafe ni. How are you?"

Senyuman dibalas dengan senyuman.

"I'm good, thank you. I pun dah lama tak nampak you since kita habis form 5. You look... beautiful and charismatic, Dyana. Kerja apa sekarang? Atau... dah jumpa Imam untuk keluarga baharu?"

Dyana tersenyum. Perjumpaan dengan kawan lamanya di kaunter cafe ini adalah suatu perkara yang mengujakan! Dah lama dia tidak berkomunikasi dengan kawan-kawan sekolahnya dahulu.

Akif mahu bangun dan menegur Dyana namun dihalang oleh Iman. Dah lama dia simpan hasrat untuk bertemu gadis itu dan menyoal tentang kehilangannya beberapa minggu lalu.

"Tengok je dulu"

Akif mendengus geram.

"Aku cuma nak-" Lengan Akif ditarik kasar menyuruh jejaka itu duduk semula.

"Jangan keruhkan keadaan. Kau nak Yana halau kau dekat cafe ni ke?"

Nafas dihela panjang. Terus sahaja dia duduk semula dan memerhatikan tingkah laku mesra Dyana dan jejaka itu.

"Aku ni forever single tau. Mana ada Imam-Imam ni. Lagipun aku busy dengan kerja. Mana sempat nak cari jodoh ni. You? Tengok gaya macam... CEO syarikat besar"

Haiqal mengangguk perlahan tanda mengerti dengan pernyataan gadis itu.

"Tak ada lah besar sangat. Resort Papa I kat tepi pantai je. Lagipun bukan selalu I pakai macam ni tau. Ini pun sebab ada appointment dengan Interior designer untuk office I"

Dyana mengerutkan dahinya.

"Sekejap ini satu kebetulan or what?"

Haiqal menjongketkan keningnya mempersoalkan soalan Dyana. Perlahan senyuman ditarik lebar.

"Mak Cik gangster!"

"CEO hidung tinggi!"

Terus sahaja tawa mereka meletus. Beberapa orang pelanggan yang berada di cafe itu memandang mereka tanda tidak selesa.

Akif hanya memandang sepi.

Entah.

Kenapa dia dengan Dyana tidak kelihatan serapat itu?

"Kenapa aku tak sedar yang itu nama dan suara kau?"

"Macam mana kau nak sedar kalau kerja kau marah orang je" panggilan mereka terus ditukar ke arah yang lebih selesa.

Dyana mencebik.

"Hei! Kalau kau jawab soalan aku dengan cara baik, aku tak adalah nak marah kat kau tahu?"

Haiqal memutarkan bebola matanya.

"Come on Dyan, kau pun tahu kan aku macam mana. Kerja CEO, Of course kena acah berkarisma. By the way, let's change our date since we looks like gotta have a lot of chit chat. Tentang office I tu kita boleh je bincang kat resort I. Itupun kalau kau sudi datanglah"

Dyana menarik senyuman sinis.

"Of course aku datang! Nak tengok juga pencapaian budak hot sekolah sehebat mana"

"I'll make sure you gonna like my luxury resort. Hanya yang terbaik untuk yang terbaik. So, shall we go? Atau kau dah order apa-apa kat sini?"

Dyana menggeleng perlahan.

"Aku baru nak ambil order, kau dah tegur. Tak jadi aku nak merasa air kat cafe baru ni. Tapi tak apalah. Make sure kau belanja aku kali ni ea"

Haiqal tergelak kecil.

"No problem beautiful. Untuk kau, semua boleh"

Kaki mereka terus melangkah beriringan keluar dari cafe itu.

Akif menghela nafas panjang. Iman yang melihat wajah layu Akif mulai tumpang simpati.

"Jangan risau lah Akif. Kalau ada jodoh tak kemana"

Akif memutarkan bebola matanya.

"Siapa kata aku nak berjodoh dengan dia? Aku cuma... syak je. Dia perempuan yang aku cari atau tak. Dengan muka dia ada iras-iras Nona, dengan pipi merah dia. Mungkin aku terlalu harap dia datang cari aku kot"

Iman pula yang naik lemah tengok Akif.

"Sudah-sudah la, Kif. Kalau betul dia sayangkan kau, kau mesti dah jumpa dia. Lagipun sekarang teknologi dah canggih, cari apa-apa semua dapat. Yang penting poket kena tebal. Entah-entah perempuan tu dah ada orang lain tak. Cuba kau kira dah berapa tahun dia hilang? Dekat lima tahun juga kan? Bukan kau kena culik ke, tukar nama ke apa ke nak cari tak jumpa"

Akif memutarkan bebola matanya. Malas dia mahu mempersoalkan pernyataan rakan baiknya.

"Dah kalau dah ada orang lain kita cari lah orang lain juga. Tapi aku sangat yakin yang dia tak akan ada orang lain. Sebab dia dah janji nak cari aku balik bila dia dah besar"

"Tapi dia tak janji yang dia akan khawin dengan orang lain kan?"

Akif mendengus geram. Suka hancurkan angan-angan aku kan?

Perlahan nafas dihela panjang. Tapi betul juga apa yang jejaka itu sebutkan. Dah dekat 10 tahun mereka terpisah. Tak mungkin gadis pujaan hatinya masih ingat akan janji mereka dulu.

"Entahla. Aku cuma tunggu je la dia datang kat aku. Kalau dia dah khawin pun, aku nak buat apa? Aku yang tolak dia dulu"

"Kalau dia tak cari kau sampai kau tua?"

"Kau ni banyak tanya la. Aku suruh kau datang sebab nak tanya pendapat kau pasal Yana. Bukan masa silam aku"

"Ye lah. Aku nak tahu je apa yang kau rasa"

"Kalau kau nak tau apa aku rasa kau pergi la curang dengan Mawar. Tengok apa dia boleh buat"cabar Akif sambil menghirup latte miliknya.

"Kau gila apa? Mahu aku tinggal dalam tanah terus kalau dia tau aku curang"

"HAHAHAHAHA. Baru kau tau Mawar kalau marah macam mana"

Iman menghela nafas panjang. Dia pula yang mulakan sesi luahan isi hati.

"Aku hari-hari kena marah masa pergi honeymoon"

"Kenapa?" Soal Akif pelik

"Pergi restauran, pelayan perempuan. Dia jeling pelayan tu sampai budak tu seram nak hantar makanan. Check-in hotel, kat kaunter perempuan, Mawar yang sibuk nak uruskan padahal aku yang tempah atas nama aku. Pergi pantai, baru duduk sikit dah marah tuduh aku tengok perempuan lain padahal depan aku budak kecik je" rungut Iman panjang lebar.

"Wow! Konflik betul bini kau. Sikit-sikit jealous"

"Sama je lah macam Yana. Baru tengok kau baring sikit dah jealous setahun tak tegur. Ini, ikut ex classmate dia pula. Entah apa nak jadi dengan cerita korang berdua ni" Iman mulai menjeling Akif.

Akif hanya buat tak endah.

"Tapi aku rasa pelik juga dengan Yana"

"Apa yang peliknya?"

"Ibu aku kata, dia tak nampak Yana lepas dia jumpa Qiesya. Kau rasa Qiesya cakap apa kat Yana?" Soal Akif meminta pendapat.

"Qiesya pun makin rapat dengan kau dan Yana pun dah tak tegur kau" tambah Iman lagi.

"HMMMMM"

Maka makin bertambahlah masa mengopi mereka berdua di cafe itu membincangkan perihal yang boleh dimasukkan dalam logik akal.

Agak-agak siapalah Si Pendek dan Nona yang sebenarnya mengganggu hidup mereka ni ye?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro