Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 22

"Itu la... orang duduk dapur, dia sibuk nak duduk dapur juga. Kan dah mengena" Minyak gamat itu disapu rata pada kekura anak terunanya.

Sesekali Akif mengadu kesakitan apabila dipicit kuat oleh ibunya.

"Mana ada Akif sibuk kat dapur, Ibu. Yana kata ibu cari Akif. Akif duduklah kat dapur tu tunggu Ibu" Bibirnya dicebik meminta simpati.

Ibu Akif memutarkan bebola matanya. Bukan boleh percaya alasan anak terunanya itu. Botol minyak gamay ditutup rapat.

"Ermmm ye lah tu. Kalau nak mengacau Yana, terus terang je lah"

"Ma- mana ada Akif kacau. Dia tu yang mula dulu" Kulitnya yang sedikit melecur diusap penuh kasih sayang.

Ibu Akif menghela nafas panjang. Wajah anaknya dipandang hairan.

"Kamu ni gaduh ke dengan dia? Tadi ibu tengok dia diam je. Biasa ada la juga bergerak mulut dia tu sikit-sikit"

Akif mengangkat bahu sebagai jawapan.

"Mana lah Akif tahu dia tu"

Sepatutnya Dyana yang menjawab soalan ini, bukan dia. Dia sendiri tak mengerti mengapa gadis itu tiba-tiba menyepi. Teringat akan kejadian beberapa minit lalu, Akif mula memandang Ibunya.

" Ibu, tadi Qiesya ada datang sini ke?"

"Mana ibu tahu. Ibu tadi duduk dapur, masak tengah hari. Sembang-sembang dengan Yana pasal rumah. Akif kan kat luar tadi. Tak kan tak nampak kot budak gula-gula getah tu" Ibunya terus bangkit lalu mengatur langkah ke dapur.

Ada kerja di dapur yang harus dia selesaikan. Akif termenung sendirian. Perlahan dia mengeluh kecil.

"Takkan dia tipu pula semata-mata nak raih perhatian aku?"

Akif mengusutkan rambutnya tanda serabut. Sudahlah! Malas dia nak fikir tentang dua orang gadis itu. Lebih baik dia rehatkan diri sahaja memandang hari ini dia cuti bekerja.

Kaki dibawa menuju ke biliknya. Terus badannya menghempas permukaan lembut tilam itu. Dia cuba untuk melelapkan mata, tapi entah. Fikirannya asyik melayang pada Dyana sahaja.

Apalah yang dipakai gadis itu sampai dia nak tidur pun tak boleh. Sama macam gadis 12 tahun dahulu.

Teringat akan gadis idamannya, terbayang hadiah terakhir pemberian gadis itu sebelum dia menghilangkan diri.

Pantas jejaka itu bangun lalu membuka laci di meja cerminnya. Sebuah kotak yang bewarna biru cair yang agak lusuh dikeluarkan.

Kotak tersebut dibuka dan Akif tersenyum sendirian. Isinya dikeluarkan dan ditatap penuh minat.

Sebotol jam pasir yang dihiasi pasir bewarna biru dan cengkerang laut. Pemegangnya diukir halus dengan kemas. Pasti mahal harganya.

Let the time decide us to meet

Perlahan nafas dihela panjang.

"Aku dah lama tunggu kau Nona. Bila kau nak datang jumpa aku?. Ke kau masih lagi kecewa?" Jam pasir itu diterbaliknya sementara matanya memerhatikan butiran halus yang terjatuh.

Pintu bilik diketuk.

Jam pasir tadi disimpan kedalam almari. Pintu bilik dibuka dan dihiasi dengan wajah muram Dyana.

"Ibu awak panggil suruh makan" Seusai menyampaikan pesanan, kaki terus berlalu pergi.

"Yana kejap" Lengan baju Dyana ditarik.

Dyana terus menarik kasar lengannya. Anak mata Akif ditenung tajam.

"Awak nak apa lagi?"

"Kenapa awak diam bila saya tanya?"

"Sekarang ni ada nampak saya diam ke?"

"Awak marah saya ke pasal tadi?"

"Buat apa saya nak marah awak. Saya bukan sesiapa pun dalam hidup awak. Dia kan 'tunang' awak. Awak boleh buat apa-apa kan dengan dia" Kaki terus melangkah pergi.

Figura gadis itu berlalu hanya dipandang sepi. Perlahan dia menghela nafas panjang. Pintu biliknya ditutup.

Terus sahaja dia melangkah ke dapur. Namun, ada sahaja alien yang menyemak di meja makan.

Qiesya yang melihat Akif datang terus tersenyum lebar.

"Apa kau buat kat sini lagi?" Kasar sahaja jejaka itu menyoal.

Qiesya mencebik apabila dilayan sebegitu.

"Sya baru je sampai. Abang Akif nak marah-marah ni kenapa?"

"Memang patut pun aku marah kau. Aku tak suka la kau datang rumah aku ni. Kau pergi balik je lah. Macam rumah sendiri tak ada nasi"

"Akif! kenapa layan tetamu macam tu? Depan rezeki pun takkan nak bergaduh?" Ibu jejaka itu mula mencelah.

Akif memutarkan bebola matanya tanda tidak puas hati dengan teguran Ibunya.

"Perangai kurang ajar macam ni ke ibu panggil tetamu? Ibu tahu tak dia ni tadi-- "

"Dia datang hantar lauk je lah. Ibu yang ajak dia makan sekali kat sini. Janganlah selalu buruk sangka kat orang"

Akif mendengus geram. Kenapa dia tidak diberi peluang untuk bersuara?

"Kalau ibu nak makan, ibu makan je lah. Akif tak ingin makan lauk dari tangan perempuan tak ada maruah macam dia ni" Kaki terus melangkah meninggalkan dapur.

"Akif"

Jejaka itu menghela nafas panjang.

"Bila Ibu kata duduk sini, Akif kena duduk sini. Makan sama-sama. Tak nak hormat tetamu dan ibu sekalipun, cuba hormat rezeki yang dia bagi ni. Tak elok cakap rezeki macam tu"

Akif berpaling memandang ibunya.

"Kalau macam tu Akif nak Yana ada sekali. Dia pun tetamu juga"

Akif yang berlalu pergi. Namun langkah dihentikan seketika.

"Lagi satu, dia kan bakal menantu ibu. Bukan macam orang tu. Perasan je lebih!"

Qiesya mendengus geram. Dia ni!

... A few minutes later ...

"Kenapa dia ni asyik bising je. Geram aku. Nak drive pun tak senang" Henfonnya yang terletak di tempat duduk penumpang itu dipandang geram.

Asyik-asyik nama Akif sahaja yang muncul di skrinnya. Cubalah nama Ji Chang Wook ke, Park Jimin ke, nak juga aku jawab laju-laju.

Honda City milik gadis itu berhenti ditepi jalan. Telefon pintarnya yang asyik bergetar sahaja dari tadi diambil lalu skrinnya dileret kekanan.

"Awak, awak ni kenapa tiba-tiba je balik tak bagitahu? " Tak ada salam, tak ada tanya khabar terus diterjah gadis itu.

Dyana menghela nafas panjang.

"Saya ada emergency la. Kalau awak call sebab nak tanya soalan yang sama baik tak payah"

"Nanti, nanti jangan letak dulu. Awak ni kenapa tiba-tiba je nak marah-marah saya. Saya tak ada buli awak kan"

Dyana memutarkan bebola matanya. Asyik-asyik jawapan yang sama je. Bosan dia.

"Mana ada saya marah awak. Dah la saya dah lambat ni. Awak jangan lah asyik call saya je. Saya tengah drive ni"

Akif menghela nafas panjang.

"Okay. Saya tak call dah. Tapi nanti kalau awak dah sampai sana call saya tau. Saya pun nak balik ni. Nanti kalau saya jumpa kereta awak kita race tau" Tawanya kedengaran sekejap sahaja sebelum talian dimatikan.

Dyana memutarkan bebola matanya. Henfonnya diletakkan di atas dashboard.

"Gila apa nak ajak aku race. Nak race naik kereta F1 la"

Dyana meneruskan perjalanannya menuju ke Kuala Lumpur. Ada urusan yang lebih penting dari memikirkan kerenah Akif.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro