Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 20

Hari perkhawinan Mawar adalah hari yang cukup membosankan bagi Akif dan Dyana. Memanglah jadi pengapit ni best sebab boleh tumpang masuk dalam gambar pengantin.

Tapi penat dia macam lagi penat dari pengantin!

Dah la Akif buat malu kat atas pelamin masa ambik gambar pengantin.

"Okay free style!"

Iman dan Mawar cantum love dengan tangan. Akif buat flying kiss tapi kena kipas dengan Dyana. Kesian Akif. Orang jadi pengapit, kononnya nak ambil seri, sampai dia perempuan pun tak nak.

"Kenapa awak halau flying kiss saya?" Gambar mereka berempat di kamera membuatkan Akif bengang.

Dyana memutarkan bebola matanya.

"Flying kiss awak salah orang. Jadi saya halau la balik"

"Mana ada salah orang. Perempuan kat situ cuma awak dengan Mawar je. Takkan saya nak bagi kat Mawar pula"

Dyana membiarkan saja ayat Akif. Air yang tersedia diambil lalu duduk di kerusi kosong. Akif juga mengikuti langkah Dyana lalu duduk di sebelahnya.

Dyana membiarkan sahaja jejaka itu. Namun, dia cukup tidak senang hati apabila mahkluk asing datang ke tempat mereka.

"Wow! I found a super sweet couple. Baju pink pula tu. So cute you are" Kerusi kosong dihadapan mereka berdua menjadi tempat duduk Qiesya.

"Saya memang cute pun. Terima kasih" Sengaja Dyana berbangga dengan pujian percuma itu.

Orang dah puji, kenalah ambil!

Qiesya menjeling geram. Pantas irisnya melirik ke arah Akif. Jejaka itu semestinya tidak senang dengan kehadiran Qiesya.

"Hai Abang Akif. Lama tak jumpa Abang Akif. Sya rinnnnndu sangat dengan Abang Akif"

Dyana hanya membiarkan saja Akif diganggu makhluk asing tersebut. Henfon di dalam tas tangannya diambil bagi menghilangkan bosan.

Akif turut berbuat demikian bagi mengelak dari soalan Qiesya. Gadis itu mendengus geram apabila rengekannya tidak dilayan.

"Kenapa Abang Akif tak nak cakap dengan Sya? Sya penat tau datang dari jauh semata-mata nak jumpa Abang Akif" Jarinya mengukir beberapa corak di baju Akif.

Laju sahaja jejaka itu menepis jari gatal dilengannya.

"Aku tak suruh pun kau datang. Tapi kan, macam mana kau boleh ada kat sini? Kau pakai ilmu hitam ea?" Sengaja jejaka itu mahu menyakiti hatinya.

Qiesya mencebik.

"Apa benda Abang Akif tuduh Sya macam tu!. Sya ni kan kawan Mawar. Sebab tu Sya dijemput. Asalnya tak nak datang tapi sebab Mawar kata ada Abang Akif, jadi Sya datanglah" terang Qiesya.

Akif mendengus geram. Macam mana pula boleh tersangkut jadi kawan Mawar pula ni?

"Dah jumpa aku kan. Baliklah" Jejaka itu terus memusingkan  badannya menghadap Dyana.

Hampir sahaja Qiesya menangis dengan layanan kejam itu.

"Sayang, sayang tolong ambil kan buah. Bibiy so hungry la" Jarinya menolak-nolak manja lengan Dyana agar gadis itu memberi perhatian padanya.

Dyana tersentak. Pantas lengannya ditarik menjauhi Akif. Wajah Akif dipandang tajam sambil dahinya berkerut memikirkan sebab perubahan drastik jejaka itu.

Qiesya awal-awal lagi dah terkejut mengalahkan beruk apabila tumpuan jejaka itu beralih ke arah Dyana.

"Ambilkan buah. Tak nak yang masam, tak nak yang manis sebab Sayang dah cukup manis untuk Bibiy" Sengaja Akif mengulangi ayatnya.

Bebola matanya menunjuk ke arah Qiesya agar gadis didepannya faham rancangan jahatnya.

Yana yang pada mulanya tidak mengerti akhirnya memahami.

Tapi kenapa pula dia kena terlibat sama?

"Alolololo. Kesiannya my Bibiy kuchi kuchi hotahey ni. Lapar ea? Kejap lagi kita makan ea. Nanti biar Sayang yang suap okay? Kejap tau. Sayang ambil buah" Dyana terus bangun bagi mengambil buah pintaan Akif.

Seketika kemudian, Dyana kembali dengan membawa dua mangkuk buah dan dua garfu plastik.

"Kenapa Sayang ambik dua?" Soal Akif pelik.

"Takut alien tu jealous. Jadi Sayang ambil la dua. Kesian kat alien tu kalau asyik tengok kita makan. Mana tau dia nak rasa sekali ke" Semangkuk buah ditolak kearah Qiesya.

Qiesya hanya menjeling geram tetapi masih lagi tersenyum.

"Tak apalah. Korang makan je lah. Sya tengok korang berdua pun dah kenyang" Senyuman yang menghiasi wajahnya bukanlah ikhlas dari hati.

"Okay, tak apa. Biar Bibiy je lah bolot semua. Nanti gemuk sikit kan Sayang?"

Dyana mengukir senyuman kurang ikhlas ditambah pakej jelingan maut pada Akif. Pada jejaka itu, dia sudah lali dengan jelingan tajam Dyana.

Makin dikenyitkan mata adalah. Habis merah pipi Dyana dapat wink wink dari Akif!

"Sayang.... suapkan" Garfu diserahkan pada Dyana.

Dyana membulatkan matanya. Amboi, lebih nampak!

Namun dipaksa juga jarinya menyambut huluran itu.

"Meh sini SAYANG suap ea. Kesian Bibiy bushuk bushuk kita lapar ea"

Buah epal dicucuk dan ingin dimasukkan dalam mulut Akif.

Akif sudah membuka mulutnya akan tetapi buah tersebut masuk ke mulut Dyana.

"Ermmmm so yummy la Bibiy" Dyana mula tergelak kecil.

Qiesya semakin geram namun ditahan juga amarahnya. Tak mahulah bila mereka berdua kata yang dia cemburu dengan mereka.

Akif mencebik melihat tindakan Dyana.

"Ala.... Sayang ni betul-betul la..." Lengan Dyana digoncangnya.

"Sorry, la Bibiy. Sayang pun nak rasa juga"

Qiesya sudah menjeling mereka berdua. Ingin saja dia menghempuk dia ketul merpati 'pink' itu.

"Aaaaaa" Potongan buah epal disuap ke mulut Akif.

Qiesya yang semakin tidak tahan  adegan tersebut terus bangun dan berlalu dari situ. Dyana yang melihat Qiesya sudah bangun terus melepaskan garfu yang berada di mulut Akif.

"Bibiy sayang la sangat. Berbulu telinga aku dengar"

Akif menjeling. Garfu dicucuk lagi ke atas buah didalam mangkuk.

"Saya jadi Bibiy betul awak baru tau" Hirisan epal dimakannya.

"Tak ingin saya jadi Sayang awak. Baik saya jadi kesayangan kucing je. Lagi bagus" Mangkuk buah yang satu lagi diambil untuk menjadi hidangannya.

Akif mendengus geram. Asal dia nak tackle Dyana je, mesti ada je gadis tu pusing topik. Susah betul!

"Yana...." panggil Akif manja.

"Nak apa?" Tumpuan Dyana teralih pada Akif.

Akif memuncungkan mulutnya pada mangkuk buah yang berada di tangan gadis itu.

"Nak kena ketuk pakai mangkuk pula ke?"

"Eish! Awak ni asyik nak ketuk saya je"

"Habistu awak nak apa?" Soal Dyana menyampah.

Akif memuncungkan bibirnya membuat muka comel.

"Suapkan. Macam tadi"

Nak tersembur Dyana mendengar pintaan Akif. Namun reaksi wajahnya dikawal.

"Mengada lah awak ni" Buah epal dicucuk lalu disumbat ke dalam mulut Akif secara paksa.

"Nah! Dengan penuh kasih sayang ni saya suapkan awak. Kalau tak sedar lagi otak tu asyik buli orang je tak tahu lah"

Akif terpinga. Perlahan dia mengukir senyuman sampai ke langit. Dyana sudah tersenyum kecil melihat Akif yang kembang kempis apabila pintaannya ditunaikan gadis itu.

"Wow! Besarnya senyum dia" Bahu Akif ditepuk Iman.

Pantas pasangan yang baru diijab kabulkan malam semalam duduk semeja dengan mereka.

"I feel like I had fall in love~" Kepala Akif diletakkan di atas meja.

Matanya dikunci serapat-rapatnya pada wajah Dyana. Iman seakan mahu tersedak mendengar ucapan rakannya. Tidak pernah rakannya jadi begini.

"Ka- kau buat apa Yana sampai dia jadi macam ni?" Mawar juga perasan akan perubahan pada jejaka itu.

Dyana menggaru keningnya.

"Errr.... tadi dia minta a-aku suapkan dia" Wajah Dyana yang mulai merah menunduk memandang skrin henfonnya.

Mawar dan Iman berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum kecil. Faham sahajalah mereka dengan pasangan baru nak rasmi ni.

"Uuuuuu... kalau dah suap- suap ni dah berbaik la ni..." Jari runcing Mawar menolak-nolak bahu Dyana.

"Aku yang dah khawin pun belum dapat suap lagi dengan Mawar. Apa siak kau ni" Iman mula menyatakan ketidakpuas hatinya pada Akif.

Akif masih lagi kekal di atas meja. Dyana mulai bengang.

"Ei! Dah la tu. Lebih la awak ni" Dahi Akif ditonjol kasar.

Akif mendengus geram. Perlahan dia mula berdiri tegak.

"I cannot believe seketul Hanna Dyana yang pemarah sanggup suapkan aku"

Iman menayangkan muka toya. Geram barangkali dengan rezeki kawannya.

"Aku lagi cannot believe yang kau boleh jadi macam ni. Ubat apa kau pakai ha Yana?"

Dyana menggulingkan matanya.

"Ubat jadah awak. Kawan kau ni je yang angau je lebih! Tak padan dengan kerepot ada hati nak panggil aku Sayang Bibiy. Heeeeeeeeee tak kuasa aku melayan kau"

Iman dan Mawar saling berpandangan.

Ada unsur cemburu yang paling kuat sekali dikesan disini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro