ASKP 🍩 2
"Kau tak masak ke?" Soal Dyana pelik apabila meja di dapur mereka sungguh suci dan murni tanpa sebarang makanan atau mangkuk di atas meja.
Mawar yang mendengar ayat Dyana terus mengangkat wajahnya memandang Dyana.
"Malas la. Kalau kau nak makan belilah kat luar. Aku tak ada selera. Tapi kalau kau belanja, perut aku masih ada tempat kosong"
Dyana mendengus geram. Faham benar dengan perangai Mawar. Terus saja kaki diatur menuju ke tingkat atas rumah sewa mereka.
"Kau memang. Semua nak aku belanja baru kau nak makan. Aku beli burger je lah. Kau nak ikut tak?"
"Ermmmmmmmmmmmm. Malas aku" Mawar menghadap henfonnya kembali.
Dyana memutarkan bebola matanya.
"Okay" ucap Dyana sepatah.
Dyana terus bergerak ke biliknya. Memandangkan malam sudah menunjukkan wajahnya, Dyana memilih untuk bersiap ala kadar sahaja.
Dia memakai hoodie hitam, seluar slack hitam dan tudung biru pekat.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Dyana keluar dari biliknya dan terus menggapai kunci kereta. Sempat lagi dia menjeling Mawar yang asyik dengan cerita Avengersnya.
Mawar yang melihat Dyana sudah mula bergerak ke pintu rumah terus bangun dari pembaringannya.
"Weh, burger satu. Nak daging. Special please" order Mawar bagaikan duduk di kedai mamak.
"Tengok lah kalau aku ingat" ucap Dyana lalu keluar dari rumah.
"Ala... Ingat-ingatkanlah" jerit Mawar dari dalam rumah.
Dyana malas untuk melayan perangai kawannya. Dia terus masuk ke dalam kereta dan bergerak ke kedai burger yang berdekatan dengan taman perumahannya.
Setelah sampai di kedai tersebut, Dyana keluar lalu membawa dompetnya. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila satu lembaga berdiri di depan kedai tersebut.
Wait! Tu bukan ke...
"Kenapa manusia tu ada kat sini ?!!" Soal Dyana perlahan lalu kembali ke keretanya.
Dia menoleh sekali lagi untuk memastikan itu adalah manusia yang bergaduh dengannya di Seven E tempoh hari.
Malangnya Ya.
Dyana berdecit perlahan. Memikirkan jalan untuk mengisi perutnya.
"Aduh! Macam mana aku nak makan kalau muka dia bersepah kat sini. Mawar dah lah malas nak masak. Perut pulak buat konsert" gadis itu sengaja mengetuk kepalanya perlahan di cermin kereta.
"Hah!"
Tiba-tiba jatuh pulak satu idea dari langit kat atas kepala Dyana.
Setelah beberapa minit, seorang gadis datang ke kedai burger itu dengan serba hitam. Kepalanya di tutup dengan hoodie hitam, seluar slack hitam dan membuat pesanan seperti kedai bapanya.
"Uncle macam biasa tapi nak tiga" ucap gadis itu pada penjual tersebut.
Penjual dan jejaka yang berada disebelahnya memandang gadis itu atas bawah.
Serba hitam!.
"Kamu ni kenapa Yana?. Semua hitam macam burung hantu je Uncle tengok"
"Burung hantu pun ada yang warna putih lah Uncle. Lagipun kalau pakai baju putih tapi hati hitam nak buat apa" Senyuman kecil dihadiahkan gadis itu.
"Ehemm. Perli Uncle ke?"
"Tak lah. Uncle baik. Takkan nak perli Uncle. Lain lah... orang sebelah ni" mata Dyana terus memandang ke arah manusia yang disebelahnya.
Uncle tersebut sudah tersenyum dengan Dyana. Dia tahu Dyana hanya bergurau kerana dia sudah masak benar dengan perangai gadis itu.
Jejaka tersebut menjeling geram.
"Apa tengok-tengok? Saya tahu lah saya ni hensem" ucap manusia itu tidak berpuas hati.
Pffft!
Apa dia cakap? Di- dia hensem?!
"Uncle ada cermin tak? Sebab kat sini ada orang tak sedar diri lah. Kesian orang tu, kalau tak ditegur takut makin merebak pulak penyakit dia"
Uncle tersebut sudah ketawa kecil mendengar ayat yang keluar dari mulut Dyana. Jejaka di sebelah Dyana sudah masam apabila ayat tersebut menjengah telinganya.
"Kalau kamu nak tahu Akif, dia ni memang suka bergurau. Tapi gurau dia ni kasar dan suka buat orang sentap kalau tak biasa dengar. Tapi Yana ni baik orangnya. Hormat orang tua" Jejari Uncle itu lincah sahaja membungkuskan burger dengan kertas pembalut.
Ayat yang keluar dari mulut Uncle tersebut menimbulkan tanda tanya di otak mereka.
"UNCLE KENAL DIA KE?" Soal mereka berdua serentak.
Uncle tersebut sudah terkedu dengan soalan mereka yang serentak. Perlahan dia tersenyum lalu mengangguk tanda kenal.Mereka berdua saling berpandangan dan menjeling sesama sendiri.
Senyuman sinis terlakar di wajah mereka berdua.
Akif perasan sesuatu akan gadis di sebelahnya.
Aku macam pernah nampak la minah ni. Kalau tak silap aku... dia ni minah senget yang ajak gaduh kat Seven E aritu kan?!
Dyana yang berada di sebelahnya hanya memandang ke arah lain.
Akif memusingkan badannya ke arah Dyana. Gadis itu hanya beriak biasa sahaja walhal hatinya berdoa agar Akif tak mengesyakinya.
"Kau ni... minah yang gaduh dengan aku hari tu kan?" Akif memandang tajam kearah gadis yang sedang memandang ke tempat lain.
'Dia perasan la pulak! Menyesal aku tenung dia tadi' Mimik mukanya disorokkan di balik kegelapan malam.
Dyana terus memusingkan badannya menghadap Akif sambil tersenyum. Uncle tersebut membiarkan saja Dyana dan Akif berbual atau lebih tepat lagi berperang mulut.
"Saya rasa awak salah orang kot. Bila pula saya gaduh dengan awak. Saya pun baru kenal awak harini" ucap Dyana sambil tersengih kambing.
"Yeeee keee?" Soal Akif sambil mengecilkan matanya dan merenung tepat ke anak mata Dyna.
Dyana mencebik geram.
Dia main tenung-tenung pulak. Cucuk mata kau baru tau.
Maghah ni maghah!
Akif kekal memerhatikan riak wajah Dyana yang seperti cacing dijemur di bawah terik matahari.
Memandangkan jejaka tersebut sudah mengenalinya, Dyana terus membuka penutup hoodienya. Maka teserlah lah wajahnya yang putih mulus..
Mata Akif tak lekang dari wajah Dyana.
Ye ke baru kenal harini? Aku rasa... macam dah kenal lama. Naluri jejaka kacak macam aku ni mana pernah salah.
Dyana mulai rimas dengan tenungan Akif. Akif disebelahnya dijeling tajam.
"Awak jangan tengok macam tu boleh tak. Saya cucuk mata awak baru tau" ucap Dyana geram.
"Tch! Cucuklah ingat saya takut?" Soal Akif berlagak.
Dyana terus mengambil lidi tanpa meminta izin Uncle lalu menunjukkan hujung lidi yang tajam ke arah Akif. Akif dan Uncle tersebut sudah terkedu dengan tindakan Dyana.
"Lidi ni!"
Air liur ditelan kasar tanda gerun.
"Kena cucuk kat burger. Baru tak jatuh. Ye tak Uncle?" Soal Dyana sambil mencucuk burger milik Akif sambil tersenyum.
"A... ye... ye... tapi lidi ni panjang sangat" Ayat yang dilontarkan uncle itu sedikit gagap.
Akif sudah bengang di permainkan oleh Dyana. Uncle itu pulak hanya melihat saja. Dyana sudah tersenyum kerana tindakannya untuk mengenakan Akif sudah berhasil.
"Saya punya dah siap belum?" Soal Akif apabila wujud cengkerik berbual sesama mereka.
"Dah lama. Tapi tadi Uncle tengok kamu asyik tenung dia je. Jadi uncle biar la dulu. Nah korang berdua punya" balas Uncle tersebut selamba.
Akif sudah bengang apabila tindakannya sebentar tadi dikesan oleh Uncle.
Dyana sudah tersenyum kerana Uncle tersebut secara tidak rasmi membantunya menembak Akif.
Plastik burger milik Dyana dicapai lalu wang di sakunya dihulur di atas meja.
"Nah Uncle. Disebabkan Uncle tolong saya bom orang sebelah ni saya bayar lebih. Anggap je rezeki" Wang kertas diselitkan di bawah bakul di atas meja.
Kaki diatur menuju ke keretanya semula meninggalkan Akif dan Uncle disitu.
Uncle tersebut hanya tersenyum melihat keletah Dyana. Dyana sering membayar lebih dari harga asal kerana selalu menolongnya melarikan diri dari jejaka gatal.
Akif hanya membayar burgernya dengan geram dan berlalu pergi. Dyana sudah tersenyum gembira apabila dendamnya terbalas.
Dia terus pulang kerumah dengan hati yang bahagia.
... sesampainya di rumah...
"Kau kenapa? Dari balik tadi tersenyum je. Jumpa jodoh ke?" Dah lama Mawar perhatikan ukiran senyuman di wajah Dyana tidak putus.
Senyuman Dyana mati.
Nampak sangat ke aku tengah berangan?
"Tak- tak adalah! Asal senyum je memang kena jumpa jodoh ea?"
"Ala, aku tanya je... mana tahu kau ada nak kongsi something dengan aku ke"
Dyana mencebik. Nak congkeh rahsia aku le tewww.
Perlahan nafas dihela panjang.
"Ye lah! Masa aku pergi kedai burger tadi, aku terserempak dengan manusia yang gaduh dengan aku kat Seven E haritu. Firstly, aku bengang tahu sebab dia kenal aku. Tapi nasib baik Uncle burger tolong aku tembak dia. Maka dengan bangganya bengang dia kembali pada tuan dia" cerita Yana bersemangat.
Mawar berfikir sebentar.
Manusia yang gaduh kat Seven E?
Ehem! Ehem! Ni yang aku bersemangat nak mendengar cerita orang ni!
Perlahan senyuman kecil diukirnya.
"Seriously? Kau nampak Iman tak? Ala... yang badan dia sado sikit tu. Yang kita nampak dia dengan kawan dia tu" soal Mawar teruja.
Dyana berfikir sebentar.
"Tak pula. Aku cuma nampak dia seorang saja. Kenapa? Kau jangan cakap yang kau dah angau dengan kawan dia ea! Aku debik kau"
Mawar menjeling geram.
"Ei! Aku tanya je. Mana tahu kau nampak. Kalau tak, tak apalah. Tak adalah aku rasa menyesal tak ikut kau" Bungkusan burgernya dikemaskan untuk dibuang di dalam tong sampah.
Dyana mula curiga dengan kawannya. Takkan tanya je? Ni mesti ada something ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro