ASKP 🍩 19
"Eish! Awak ni betul-betul la. Warna hijau ke biru? Awak tahu tak yang saya ni penat nak gaduh dengan awak. Nanti saya nak kena check balik design. Buat kira-kira balik untuk kos yang awak mengada sangat nak usik tu. Lepastu nak tengok hasil kerja kumpulan saya lagi. Buat laporan lagi. Awak tak kesian ke kat saya? " Dyana mula keluarkan kuasa membebelnya.
Mana taknya dia membebel, masuk dua minit dia bebel tadi sudah hampir setengah jam dia dan Akif di kedai cat untuk membeli warna baharu pada dinding di ruang tamu.
"Saya suka biru tapi ibu saya suka hijau" Jari telunjuknya mengurut dagunya tanda sedang berfikir.
"Kalau macam tu ambil la hijau"
"Tapi saya tak suka hijau"
"Ni rumah ibu awak bukan rumah awak. Dah ibu awak suka hijau. Biarlah dia nak ambil hijau"
"Rumah ibu saya tu rumah saya juga"
"Beli je lah dua-dua"
"Mana boleh. Membazir lah"
"Dah tu awak nak biru ibu awak nak hijau"
"Kalau campurkan jadi warna apa?"
"Manalah saya tahu"
"Kerja hias rumah orang. Tapi warna pun tak tahu"
Dyana mendengus geram. Dia paling tak suka bila orang rendah-rendahkan dia.
"Awak ni tak payah tukar topik boleh tak? Saya penat la layan awak. Dah la tepi sana" Dyana terus menolak badan Akif dan berlalu pergi.
Niatnya cuma nak ambil henfonnya di kereta Akif. Tapi disebabkan Akif mengugutnya untuk membawanya khawin lari, terpaksalah dia ikut Akif untuk membeli cat walaupun syarikatnya yang tanggung cat tu.
Semua ni salah Akif. Habis dia kena buat pengiraan kos lain semata-mata jejaka itu sibuk nak tolong membeli itu dan ini.
Kononnya apa yang terkandung dalam set ruang tamu itu, tidak menepati citarasanya sebagai seorang lelaki yang macho.
Naik berbulu tekak Dyana mendengar alasan Akif ketika itu. Walhal ruang tamu itu milik Ibunya, tapi anaknya pula kelihatan terlebih beria kuasa dua.
Dyana terus berdiri di tepi kereta Akif sambil memeluk tubuh. Wajahnya masih lagi masam dengan kerenah jejaka itu.
Tidak lama kemudian, Akif keluar dengan membawa dua tong cat di tangannya. Dyana sedikit pun tidak menoleh kearah Akif.
Hmph!
Setelah urusan Akif bersama warna cat pilihannya, Dyana terus masuk ke dalam kereta. Akif yang memandang Dyana mencuka hanya melihat dengan wajah bosan.
Malas lelaki itu untuk bertanya soal hati gadis disebelahnya. Nanti pandai lah gadis itu elok sendiri.
Lagipun bukan selalu dia kacau gadis itu.
Kan? Kan?
"Awak beli warna apa?" Rasa ingin tahu dalam hati gadis itu tetap juga terkeluar.
"Kelabu" Jawab Akif sepatah.
Dyana mulai mengerut kening. Perlahan dia menoleh ke arah lelaki itu.
"Awak kata ibu awak nak hijau"
"Haritu dia kata nak hijau. Tapi saya baru teringat yang semalam dia kata nak kelabu pula" Senyuman yang hampir terkeluar di tahan Akif.
Dyana yang berada di sebelah sudah berasa panas. Dia dah agak dah yang Akif akan membulinya seperti biasa.
Haih! Nasib customer, kalau tak memang nak kena debik dengan Dyana.
"Hantar saya balik rumah saya. Tak perlu pergi office" Amarahnya cuba dikawal.
"Tak boleh. Ibu saya ajak lunch kat rumah dia"
"Saya tak nak. Hari-hari saya dah lunch kat rumah ibu awak. Lepastu yang kena masaknya saya. Saya ni bukan menantu ibu awak pun"
"Sekarang bukan menantu. Tapi mungkin akan datang menantu ibu saya" Ekor mata Akif mengintai sebentar perubahan wajah Dyana.
"Awak jangan sampai saya mencarut boleh tak?" Nak saja dia pukul pakai lesung batu kepala Akif tu.
Akif tergelak kecil.
"Ui! Garangnya. Takut saya"
Dyana menjeling geram.
"Awak ni tak cukup lagi ke saya pukul awak kat dahi? Nak saya pukul mulut awak jugak ke?"
Dahi Akif berkerut.
"Boleh ke pukul orang kat mulut?" Keningnya dijongket mempersoalkan pernyataan gadis itu.
"Boleh. Nanti saya sumbat saja asid dalam mulut awak tu. Biar nanti tinggal tulang je"
"Alaa... Kesian la saya nanti. Tak ada orang nak khawin dengan saya" Sengaja disedihkan wajahnya.
Namun semua itu tetap tak boleh padam Marah Dyana.
"Tak apa lah. Awak kan ada" Muka sedih tadi ditukar menjadi wajah buaya muda.
"Mulut awak tu boleh diam tak?"
"Kalau tak?"
"Malas saya layan awak. Sakit hati je" Dyana mencampakkan pandangannya ke arah luar.
"Awak sakit hati. Saya suka hati"
Dyana hanya membiarkan saja ayat Akif tergantung. Malas dia melayan jejaka sakit otak itu. Buat sakit hati saja.
Akif memberhentikan keretanya di hadapan office Dyana. Gadis itu memandang pelik.
"Kenapa hantar kat sini?"
"Awak kan kerja hari ni. Jadi pergi office je lah. Balik nanti saya sedekahkan minyak kereta saya kat awak"
"Saya tak kerja lah hari ni. Saya ambil cuti. Kan saya suruh hantar balik rumah. Rumah je la!" Ton suara Dyana mula berubah.
Akif hanya mendiamkan diri saat dimarah sebegitu.
"Kenapa? A- Awak sakit ke?"
"Ye sakit. Sakit hati dengan awak. Puas hati?" Dyana menjeling geram wajah jejaka itu.
Akif menghela nafas panjang.
"Ye lah. Saya hantar awak balik rumah. Tak payah la marah-marah"
Dyana hanya mendiamkan diri. Sakit benar hatinya dengan sikap Akif.
... sesampainya di rumah Dyana...
Dyana terus membuka pintu kereta untuk keluar. Tetapi dikunci oleh Akif.
"Awak ni kenapa? Saya malas la nak layan awak. Buka je lah pintu ni"
Akif menghela nafas panjang. Badannya dipusingkan menghadap Dyana.
"Awak sakit apa?" Soal Akif lembut.
"Saya sakit apa pun bukan awak kisah"
"Sebab saya tanya la saya kisah"
"Kalau awak kisah sangat kenapa asyik buli saya?. Awak tak kisah ke pasal perasaan saya? Awak faham tak yang saya penat hari-hari sebab kerja, layan perangai tak semenggah awak tu. Sakit tahu tak kepala saya ni lama-lama" Riak mukanya sudah berubah.
Akif mulai serba salah.
"Okay. Saya minta maaf. Saya janji tak buat lagi"
Dyana menggulingkan matanya. Sudah berapa kali dia dengar janji melayu tu, tapi apa yang dia dapat? Janji hancur hati pun patah.
"Apa yang awak boleh buat cuma minta maaf je lah. Bukan boleh ubah keadaan pun" Kunci yang terletak di pintunya dibuka.
Dyana terus mengambil beg dan henfonnya lalu keluar dari kereta Akif. Jejaka itu hanya memerhatikan Dyana dengan perasaan kecewa.
Mungkin gadis itu sudah cukup muak dengan perangainya yang suka membuli. Dia suka membuli gadis hanya dengan satu sebab. Sebab mencari gadis kesukaannya semasa dia remaja.
Hanya gadis itu seorang saja yang tahan dengan perangainya. Akif terus bergerak keluar dari taman tersebut setelah memastikan Dyana masuk ke dalam rumahnya.
Dyana yang melihat kereta Akif berlalu disebalik langsir mula menghela nafas panjang.
"Nasib dia dah pergi kan Comot? Kalau tak menyemak je depan rumah. Betul tak Mot?" Tangannya menggosok kucing yang tertidur di atas lengannya.
Perlahan kaki menapak ke arah sofa. Punggung dilabuhkan di ruangan kosong. Kucing yang tertidur itu diletakkan di sebelahnya.
"Kau rasa kan Mot, betul ke dia tu kawan aku dulu?" Soal Dyana pada kucingnya.
Kucingnya hanya tidur tanpa mempedulikan soalan gadis itu.
"Tapi kat rumah dia ada gambar masa aku kat Johor lagi. Kalau nak kata orang lain, aku tak pernah nampak pun adik beradik dia masa aku kat rumah ibu dia" Dyana pantas berbaring bersama kucingnya di sofa.
"Kalau betul tu dia, kau rasa dia ingat aku lagi tak?" Jari runcing Dyana memicit hidung Comot.
Kucingnya terus bangun dari tidur tetapi matanya masih lagi tertutup. Dyana tersenyum kecil. Pantas dia menggosok kepala kucingnya untuk menidurkan kembali kucing itu.
"Kau ni asyik tidur je. Teman la aku. Dah la Mawar asyik keluar je. Tinggal aku sorang kat rumah ni. Nanti kalau Mawar dah pindah rumah Iman, aku nak borak dengan siapa?" Kucingnya dipeluk seerat mungkin.
Hanya kerana sebuah peristiwa hitam, hidupnya kini sebatang kara. Nasib dulu dia dapat tawaran kemasukan ke asrama penuh. Dapat lah dia ruang untuk berteduh dan makan minum yang cukup.
Perlahan Dyana tertidur di sofa bersama kucingnya di atas sofa. Dia membiarkan sahaja henfonnya berdering berkali-kali minta diangkat. Lebih baik dia merehatkan mindanya dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro