ASKP 🍩 16
"Hah makan. Tambah la lagi Akif. Ni Yana masak tau" Berkali-kali mangkuk berisi asam pedas itu disudu ibu Akif untuk anak terunanya.
Akif menghela nafas panjang.
"Ibu dah la. Akif ni badan kecil perut pun kecil bukan macam Yana badan kecil perut macam anjing laut"
Dyana mengangkat wajahnya lalu memandang tajam wajah Akif. Pekerja Dyana hanya tersenyum kecil mendengar sindiran itu.
"Abah tak balik makan tengah hari ke ibu?" Soal Akif memecah kesunyian di situ.
Ibu Akif menghela nafas panjang. Seakan malas untuk menjawab soalan anaknya.
"Tak. Abah kamu ni memang suka menghabiskan duit dia kat warung tu. Bila ibu masak tak nak pula makan. Kucing kamu je la yang makan"
"Kucing? Kat sini ada kucing ke?" Soal Dian teruja.
Semua mata tertumpu pada Dian. Ibu Akif tersenyum kecil.
"Ada banyak. Kalau nak, ambil je lah. Mak cik pun bela kucing sebab kesian dengan lauk kat rumah tu. Membazir kalau tak dihabiskan. Ha ni Yana masak banyak ni makan la. Habiskan pun tak apa"
"Ei! Betul ke?. Dian dah lama nak bela kucing. Tapi tak dapat sebab adik Dian tu semput. Tapi sekarang Dian duduk dengan Farah je, jadi boleh la Dian bela kucing" Teruja seketul Dian tak pernah disorok-sorok.
"Kitorang tak tanya pun kenapa kau tak boleh bela kucing" Sengaja Syakil menyelit.
Keterujaan Dian terhenti. Pantas dia menjeling tajam wajah Syakil.
"Ei! Suka hati dia la. Nak cakap ke tak. Yang kau sibuk kenapa. Bukan dia bela kat rumah kau pun" Sampuk Farah pula.
DUM!
Masing-masing terdiam sebentar mendengar hentakan meja yang kuat itu. Terus semua mata tertumpu pada wajah Dyana.
Wajah garangnya hilang, diganti dengan senyuman manis.
"Saja nak tengok meja ni kuat ke tak. Takut korang gaduh, kang patah pulak meja ni aku yang kena ganti. Ha makan-makan"
Masing-masing terus menunduk lalu makan dengan senyap. Dyana pula terus makan dengan bahagianya.
Selesai makan, mereka meminta diri untuk pulang tetapi sedikit tergendala kerana ayat dari mulut ibu Akif.
"Eh! Takkan bakal suami isteri balik lain-lain. Balik la satu kereta" Cadang Ibu Akif teruja.
Akif dan Dyana saling berpandangan. Terus dia kembali fokus pada Ibunya.
"Ibu, Akif dengan Yana belum ada apa-apa lagi. Takkan nak balik satu kereta?"
"Tapi tak salah kan?" Senyuman lebar ditarik mengharapkan jawapan positif yang diterimanya.
"Betul cakap Akif tu mak cik. Saya dengan Akif kan lain rumah. Kawasan kitorang tinggal pun lain. Nanti kesian pula Akif nak hantar saya pastu balik rumah dia" Selit Dyana pula.
"Ala... biasa-biasakanlah. Nanti dah khawin kena naik satu kereta juga kan"
Akif menghela nafas panjang.
"Ibu, tolonglah faham Akif. Nanti Akif nak pergi pejabat lagi. Yana pun ada urusan dia kan? Kalau dia naik kereta Akif, siapa nak bawa kereta dia pula?"
Wajah Ibu Akif sedikit berubah. Senyuman masam ditayangkan buat anaknya dan tetamu.
"Akif memang tak sayang ibu kan"
Akif menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa sedikit rimas dengan paksaan Ibunya.
"Apa pula kaitan sayang kat Ibu dengan naik kereta Akif?"
"Sebab tak ada kaitan la ibu nak kaitkan" Tubuhnya dipeluk lalu dipalingkan sedikit tubuhnya dari Akif.
Dyana memandang dua beranak itu dengan senyuman kecil. Alangkah dia boleh merasa semua itu sekarang, mesti dia akan layankan sahaja pintaan Ibunya.
Bunyi motor mulai kedengaran di perkarangan rumah Ibu Akif. Retina mata menukar fokusnya.
"Eh! Abah dah balik?"
Abah Akif terus turun dari motor. Melihat wajah masam isterinya, senyuman kecil dia ukirkan.
"Ehem. Ibu kamu tu macam biasa ke?"
Akif hanya tersenyum kecil. Kelihatan Abahnya seakan sudah masak dengan perangai Ibunya. Tapi takkan dia harus jujur sekarang?
Bagaimana pula reaksi Dyana nanti bila tahu Ibunya sangat mahukan seorang menantu perempuan.
Adakah gadis itu akan selamanya mengelak dari dia? Atau yang lebih teruk lagi dengan melakukan pembatalan kontrak dan dia akan terputus hubungan dengan gadis itu?
"Err... mungkin kot" Balas Akif acuh tak acuh.
Wajah Abah Akif sedikit berkerut.
"Kenapa mungkin? Kan kamu dah duduk dengan ibu kamu dari lahir lagi. Ni siapa pula?. Calon menantu lain dari ibu kamu lagi ke? Siap dua orang lagi ni, untuk spare ke?"
Dyana dan Dian berpandangan sesama sendiri. Mereka terdiam dengan ayat Abah Akif yang agak--
Agak tiber disitu ya anak-anak.
"Tak lah. Haritu kan ibu suruh Akif carikan orang yang boleh ubah ruang tamu. Jadi ni lah dia" terang Akif.
Dyana mengukir senyuman kecil apabila fokus Abah Akif tertumpu padanya pula. Ibu Akif pula sedikit mencebik apabila dia tidak dilayan.
Abah Akif membalas senyuman Dyana.
"Lawa. Sesuai buat bini" Puji Abah Akif.
Ibu Akif sedikit tersentak. Terus tubuh dipalingkan menghadap suaminya. Matanya menikam tajam wajah suaminya yang sesikit terdiam.
"Yang lawa tu bakal isteri Akif atau bakal isteri baru Abang?!"
Fokus teralih kepada Ibu Akif. Abah Akif hanya beriak biasa.
"Dua-dua pun boleh. Kan ada dua tu, boleh share kan?" Kakinya terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan segera.
Ibu Akif sedikit berang dengan jawapan suaminya.
"Ei! Kamu tengok abah kamu tu. Tak cukup ibu seorang ada hati nak tambah lagi" Langkahnya terus diatur menuju ke dalam rumah juga.
Nak menyerang la tu.
Akif hanya terpinga-pinga memandang ibu dan abahnya. Dia sedarkan diri dari berangan. Wajah Dyana dan Dian dipandang.
"Ermm... Sorry la kalau pasal ayah saya tu. Saya minta maaf ea" senyuman segan diukir.
Dyana dan Dian hanya tersengih sahaja.
"Tak apa. Saya dah biasa dah. Selalu kalau pergi rumah customer, anak atau bapak dia yang sibuk. Padahal yang call saya tu perempuan" sengaja Dyana mengungkit kisahnya yang lepas untuk menghilangkan rasa segan Akif.
"Jadi... awak nak ikut ibu saya atau awak sendiri?" Sengaja Akif keluarkan soalan itu.
Dyana sedikit pelik dengan soalan Akif.
"Maksud awak ?"
Senyuman gatal diukir Akif.
"Kan ibu saya suruh awak balik dengan saya. Jadi awak nak ikut saya atau balik sendiri?" Soal Akif lagi.
Dyana memutarkan bebola matanya tanda geram.
"Awak ni sama je kan macam ibu awak. Saya memang balik naik kereta saya sendiri la! Tak hengen aku naik satu kereta dengan kau" Kakinya terus melangkah ke arah keretanya diikuti Dian.
"Mana ada sama. Saya anak. Jadi saya kena ikut arahan ibu saya. Tak ikut dosa" Ayat Akif menghentikan langkah Dyana.
"Hek eleh. Tadi masa ada ibu awak, awak tolak. Sekarang ibu awak dah masuk baru awak nak ajak?"
"Itu tadi bukan sekarang. Tadi saya tak nak. Sekarang saya nak" ucap Akif lalu tersenyum.
"Ei! Gatal. Dah la saya nak balik. Buat apa naik kereta orang kalau ada kereta sendiri. Jom Dian" Pintu kereta terus dibuka dan badan dibawa masuk ke dalam.
"Kalau balik sendiri, kena jalan kaki bukan naik kereta" Sindir Akif sebelum menuju ke keretanya.
Dyana sempat lagi menayangkan penumbuknya sebelum beredar dari kawasan rumah ibu Akif. Akif pula hanya tersenyum lalu bergerak mengekori kereta Dyana.
... A few minutes later ...
"Kau sembang apa je dengan Akif tadi?" Anak kucing yang diambil dari rumah ibu Akif diusap lembut.
"Nak sembang apanya? Kau tahu tak, macam-macam jadi harini yang buat kepala aku makin pening tahu. Dah la tadi dia cakap dekat ibu dia yang aku ni bakal isteri dia. Pastu, aku kena serang dengan 'tunang' dia. Pastu ibu dia pulak suruh aku masak. Nasib aku pandai sikit-sikit. Pastu balik tadi boleh pula dia pakat dengan ibu dia ajak aku balik naik kereta dia. Bila Abah dia balik pula, Abah dia sempat lagi loyar buruk cakap nak jadikan aku ni madu ibu dia. Tak ke naya aku hari-hari jadi maid kat rumah tu?" Rungut Dyana panjang lebar.
Matanya masih lagi fokus pada jalan raya. Dian hanya tersenyum mendengar bebelan Dyana.
"Aku rasa kan, ibu dia tu mesti terdesak sangat kan nak menantu. Sebab tu dia beria sangat bila Akif kata dia nak jadikan kau isteri dia. Tapi dia tu tak ada adik beradik lain ke? Takkan dia anak tunggal?"
Dyana berfikir senbentar.
"Aku pun tak tahu. Aku cuma kenal dia sorang je"
"Tadi masa kau kemas rak kat ruang tamu tu takkan kau tak jumpa gambar family dia ?" Sengaja Dian menyuruh Dyana mengimbas kembali setiap inci barang yang ada di rak tersebut.
"Tak pulak aku jumpa. Aku cuma jumpa gambar Akif masa dia sekolah menengah dengan gambar ibu Abah dia berdua"
Dian sedikit mengeluh. Dyana memandang wajah rakannya pelik.
"Ala... aku baru nak cari partner baru. Mana tahu Akif ada adik yang hensem ke? Boleh la aku try tengok boleh buat laki tak" Telinga kucing itu dipintal manja.
Dyana memutarkan bebola matanya. Rasa menyampah pula dengan jawapan Dian.
"Kau ni pendek-pendek pun gatal juga kan?"
Dian tersengih segan.
"Gatal sikit je. Bukan macam Mawar. Baru dapat nombor phone, dah dating sana sini"
Dyana hanya diam dan meneruskan pemanduannya. Sesekali dia menjeling ke cermin belakang melihat kereta Akif yang mengekorinya sejak tadi.
Satu perasaan yang kurang enak dalam hati Dyana mulai timbul.
Entah apa lagi yang Akif mahukan dari dia. Tak penat ke dia asyik mengejar Dyana dan melakukan huru-hara dalam hidup gadis itu.
Dyana menghela nafas panjang.
Seseorang.
Tubuh Dyana disandar ke kusyen kereta.
Dia macam seseorang yang gadis itu rindu. Tapi dia hilang.
Entah.
Penat gadis itu mencari untuk mengotakan sebuah janji lama. Tapi, dia hilang.
Hilang dalam realiti tapi wujud dalam hati.
Akan selamanya nama dia mekar dalam hati dan takkan pernah hilang walau ada seseorang yang cuba padam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro