ASKP 🍩 15
Semua mata tertumpu pada pintu hadapan rumah Ibu Akif. Munculnya seorang wanita separuh usia dengan riak terkejut semakin mengejutkan warga manusia di situ.
Jap, ayat dia macam pelik. Ok sambung.
Jejarinya yang menjinjing beg plastik terus terlepas ke lantai.
"Aku rasa Captain akan ditimpa bala yang besar" Bisikan Farah mengundung rasa marah di kalangan ahli mereka.
"Diamlah!" Tegur Syakil separuh berbisik.
Farah hanya menjeling tajam wajah Syakil. Bibirnya dicebik tanda protes dengan amarah Syakil.
"Er... i-ibu, bila ibu balik?" Soalan Akif mula memecah kesunyian suasana.
Tangan Akif yang memegang pergelangan tangan gadis itu sudah dilepaskan. Perlahan Ibu Akif mara kehadapan.
Woahooooo lama doh dok sepok ore.
Dyana mulai menunduk tanda gerun manakala Qiesya tersenyum sinis. Dia memang menantikan saat beharga ini.
"Akif! Terangkan kat Ibu apa semua ni?" Soal Ibu Akif keras.
Semakin deras deruan nafas Akif mendengar soalan Ibunya.
"Errr... se- sebenarnya...." Akif sedikit tergagap untuk merungkai segala kebenaran.
"Sebenarnya, perempuan ni sengaja nak goda Akif" Pintas Qiesya selamba.
Seluruh isi rumah terdiam dan agak terkejut dengan jawapan Qiesya. Dyana pula hanya menunduk pasrah.
Semakin sinis senyuman Qiesya melihat Dyana yang seakan lemah kerana tersepit dalam keadaan itu.
"Betul ke Yana?" Soal Ibu Akif pelik.
Dyana hanya diam. Takut untuk dia menyuarakan kebenaran. Seluruh warga manusia di situ juga diam memberikan ruang untuk Dyana bersuara.
Namun, ada satu lagi manusia yang masih lagi mahu berusaha mempertahankan insan yang tak bersalah.
"Ibu tak boleh salahkan dia. Dia tak ada kena mengena dalam hal ni" Akif pantas menarik lengan Dyana untuk menyorok di belakangnya.
Biar dia yang bersuara bagi pihak Dyana.
"Siapa yang nak salahkan dia?" Riak pelik ditonjolkan Ibu Akif.
Semua orang didalam rumah tersebut memandang wajah ibu Akif dengan pandangan pelik dan terkejut.
Lebih-lebih lagi Qiesya yang menyangka keadaan akan bertukar ribut tetapi sebaliknya.
"Apa maksud mak cik ni? Perempuan ni dah goda Akif tahu! Dia ni memang perempuan kotor! Hipokrit! Depan sahaja baik, tapi belakang, macam syaiton"
Mata Qiesya menikam tajam wajah Dyana yang disorok di balik badan Akif.
"Eish! Apa mulut kamu ni teruk sangat? Kamu kan baru jumpa dia tadi. Macam mana kamu dah panggil dia perempuan kotor? Lagipun elok je dia dengan mak cik"
Qiesya hanya terdiam apabila dikata begitu. Dyana masih lagi kaku dan takut untuk bersuara. Akif sudah tergaru untuk mencari jawapan penyelamat dari keadaan ini.
"Akif, boleh kamu terangkan apa maksud kamu tadi?" Soal Ibu Akif lembut.
Fuhhhh, macam Cikgu BM tanya kat dalam kelas.
"Maksud apa?" Soal Akif tidak mengerti.
"Kan kamu kata tadi kamu nak jadikan Yana isteri kamu. Jadi betulkah? Ye lah kalau ibu nak dengar kamu kata macam tu, rasanya kalau dunia nak kiamat pun belum tentu kamu nak cakap kan?"
Wajah Dyana sudah kemerahan apabila mendengar ayat dari mulut ibu Akif. Qiesya pula mendengus geram. Dia memang tak suka situasi yang terlebih positif ni!
Akif semakin tak senang hati. Sangkaan ibunya sudah semakin jauh. Macam mana dia nak betulkan?
Atau...
Mengaku sahaja?
"A? A... be-betul kot"
Ibu Akif memandang anak terunanya pelik. Seperti ada sesuatu yang bermain di hati dan minda anaknya. Namun dibiarkan saja sangkaannya itu.
"Ibu anggap saja kamu setuju untuk jadikan Yana isteri kamu" Ibu Akif pantas menarik Dyana dari berselindung di balik badan anaknya.
Akif pula hanya membeku saat Dyana hanya mengikut sahaja tarikan Ibunya. Qiesya lagi lah, masih tak suka situasi positif.
"Mak cik pilih dia dari Sya?" Soal Qiesya tidak percaya.
"Mestilah. Akif yang pilih Yana ni kan. Kalau nak suruh Akif cari jodoh sendiri, sampai ke tua la bujangnya. Ni dia dah bawak, kira bersyukur la. Lagipun, Akif yang bawak Yana bukan Qiesya. Kalau Akif bawak Qiesya, mestilah Mak Cik pilih Qiesya." Senyuman kecil dihadiahkan wanita tua itu untuk Qiesya.
Qiesya semakin tak puas hati. Akif pula hanya mendengar celoteh ibunya dengan pasrah.
Tumpuan Ibu Akif tertumpu pula pada wajah Dyana yang sedikit merah.
"Kamu ni cantik orangnya. Betul la kata Akif pipi kamu memang merah kalau kamu malu. Macam budak cendol. HAHAHAHA"
Dyana mengukir senyuman segan. Hatinya sedikit berbunga bila dipuji begitu. Qiesya yang melihat keramahan ibu Akif pada Dyana terus keluar dari rumah tersebut sambil menghentak kaki.
Akif masih lagi di alam fantasi. Dia juga tak percaya situasi ini terlalu positif sampaikan terbawa masuk bidadari syurga datang berjumpa Ibunya.
"Ibu tak marah ke?" Soal Akif perlahan.
Ibu Akif terus memandang anaknya.
"Buat apa ibu nak marah? Untung ibu dapat anak macam Akif. Ingat dapat ruang tamu baru. Rupanya dapat sekali menantu baru. Ke Akif memang nak surprise ibu?" Akif mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Er... ye- ye kot"
"Apa pula ye kot? Tak apa, nanti ibu bagitau Ayah kamu bila dia balik kerja nanti conform dia suka" ucap Ibu Akif sambil mengangkat sebelah keningnya berkali-kali.
"Habistu yang Qiesya kata ibu suka dia, macam mana pula?"
"Ibu suka perangai dia je sebab dia selalu buat kuih hantar kat sini pagi-pagi buta. Dan disebabkan itu, ibu tak payah la pening-pening nak masak. Ibu tak suruh pun, tapi dia yang hantar. Kalau dia dah susah-susah hantar, kita makan la. Senang kan hidup" terang ibu Akif.
Akif sudah mencebik apabila ibunya berkata begitu. Apalah ibu Akif ni. HAHAHAHA.
Ibu Akif memandang Dyana yang sedikit sepi.
"Ha. Yang kamu ni. Jom teman mak cik kat dapur. Mesti kamu pandai masak kan. Ambik plastik kat depan tu bawak masuk dapur. Ha yang lain, buat kerja. Nanti kita makan sesama" Arah Ibu Akif lalu menuju ke dapur.
Pekerja Dyana mulai bersurai bagi memulakan kerja. Melihat Ibu Akif yang berlalu pergi, Dyana terus memijak kaki Akif sebelum beredar ke depan pintu untuk mengambil plastik tersebut.
Akif hanya mendengus geram. Dia sudah penat berlawan dengan gadis itu. Sebelum Dyana menuju ke dapur, sempat lagi dia menyinggah di tempat Akif.
"Kenapa awak cakap dengan ibu awak macam tu?" Ton suara Dyana dikawal.
Dia tidak mahu orang tua tersebut terdengar perbualan mereka berdua. Akif menarik nafas panjang.
"Mana saya tau ibu saya ada kat situ"
Dyana berdecit geram.
"Ke awak memang sengaja cakap macam tu depan ibu awak?"
"Eh! Awak ingat saya ni berani sangat ke nak cakap macam tu depan ibu saya. Nasib ibu saya tak marah tau"
"Dah tu awak pasrah je la?"
"Ye lah. Lagipun susah tau nak pujuk ibu saya"
"Eish! Awak ni... jangan lah cakap macam tu. Tolong lah saya... saya tak khawin lagi. Lagi-lagi dengan awak ni. Dah la saya tak kenal awak"
Riak memujuk ditonjolkan Dyana agar Akif menarik kembali kata-katanya.
"Ala sorry la... saya cuma nak selamatkan awak dari Qiesya je tapi tak tahu lah pula jadi macam ni"
"Kalau nak borak, lepas khawin pun boleh. Ni nak makan tengah hari siapa nak masak?" Soal Ibu Akif dari dapur.
Dyana mendengus geram tanda kusut. Wajah Akif dipandang tajam.
"Ergghhh!! Jaga awak nanti. Saya akan balas balik apa yang awak buat tadi" Kaki Dyana terus melangkah menuju ke dapur.
"Terima kasih sebab nak jaga saya" ucap Akif separuh menjerit.
Dyana menjeling geram Akif yang sudah tergelak kecil. Bayangan Dyana mulai menghilang.
Perlahan senyuman kecil, Akif ukir.
It seems not a part of problem when my mom though that you're the beautiful angel that I bring to her as my future Queen.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro