Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASKP 🍩 14

"Mana awak jumpa gambar ni?"

Tangan Akif ralit membelek frame gambar lama itu.

"Kat sini la"

Mata Akif naik memandang ke arah rak yang ditunjukkan Dyana. Seketika kemudian dia. mengangguk kecil dan kembali memerhatikan gambar tersebut.

Dyana memandang ke arah Akif. Satu persoalan terlintas di kepalanya tentang hubungan Akif dan gambar itu.

"Tu gambar apa?"

Akif terus meletakkan kembali frame gambar itu kedalam bakul yang dipegang gadis itu.

"Gambar kelas la. Dah tengok tanya lagi"

Dyana menggulingkan matanya. Akif yang mahu beredar ditahan lagi dengan soalan.

"Saya tahu la tu gambar kelas. Saya tanya diorang tengah celebrate apa?"

Akif berpaling menghadap Dyana. Dia mengambil kembali frame yang diletakkan di dalam bakul sebentar tadi.

Gambar itu ditunjukkan ke arah Dyana.

"Nampak budak kat tengah ni?"

Mata Dyana tertancap pada jari telunjuk Akif yang melekat pada seorang gadis yang dikelilingi rakan-rakannya. Perlahan dia mengangguk tanda nampak.

"Kitorang sambut hari jadi dia dan sempena hari terakhir dia kat sekolah kitorang" terang Akif lalu meletakkan kembali frame tersebut ke dalam bakul yang dipegang Dyana.

"Oooo.Awak dulu sekolah mana?"

"Kat Johor. Tapi habis je form 5 saya pindah sini"

Dyana hanya mengangguk tanda faham. Akif yang melihat Dyana bertanya soalan demikian berasa pelik.

"Kenapa awak tanya?"

Dyana terdiam. Perlahan dia memandang wajah jejaka itu.

"A? A.... saja" ucap Dyana lalu mengemaskan barang lain yang berada di rak tersebut.

Akif merenung kembali Dyana yang kembali mengemas barang di rak tersebut.

"Ye ke saja?"

"Ye- ye lah. Ke--kenapa tenung saya macam tu?"

Wajah Akif kembali normal. Satu senyuman kecil dihadiahkan buat gadis itu.

"Saja nak tengok pipi awak merah lagi" ucap Akif lalu berlalu pergi.

Dyana hanya mendengus kecil mendengar ayat dari mulut Akif. Tapi dalam mindanya masih lagi berfikir.

Siapa Akif yang dulu?

Kenapa dia tak kenal Akif dan Akif tidak mengenalinya jika mereka satu kelas?

'Mungkin adik beradik dia yang lain kot' desis hati kecil Dyana.

Selesai saja mengemaskan barang di rak tersebut, dia terus menuju ke bilik yang di beritahu ibu Akif.

Saat dia ingin memulas tombol pintu tersebut, pintu tersebut sudah di tarik dari dalam. Manusia yang berada di dalam terus melihat Dyana tanda pelik.

"Awak buat apa kat sini? Bukan kerja awak kat ruang tamu je ke?" Soal Akif pelik.

Mereka masih lagi di muka pintu tersebut. Akif bersandar pada pintu menakala Dyana masih lagi berdiri tegak memandang ke bawah.

"Er.... ibu awak kata dia suruh letak bakul ni dalam bilik ni"

"Ouh. Ye ke? Ibu saya tak cakap apa-apa pun"

Dyana mendengus geram.

"Mana saya tahu. Dah la tepi la. Saya banyak kerja lagi ni"

Saat kaki ingin melangkah masuk ke dalam bilik, badannya di tahan oleh jejaka itu.

"Eh! Eh! Ni bilik saya. Awak mana boleh masuk bilik saya. Awak kan perempuan"

Dyana mendengus geram. Bakul yang berisi barang di dalam rak tersebut dihulurkan kepada Akif.

"Nah. Awak letak la sendiri"

Akif hanya memandang sepi bakul tersebut.

"Ibu saya suruh awak kan. Awak la letak sendiri. Kenapa suruh saya?"

Dyana mencebik geram.

"Dah awak tak bagi saya masuk. Saya suruh la awak letak"

Akif menyilangkan tangannya memeluk dada.

"Saya tak bagi awak masuk je. Bukan tak bagi awak letak"

Dyana yang geram merenung tajam anak mata Akif. Akif pula berpeluk tubuh sambil membalas pandangan Dyana. Dan...

TUP!

Dyana melepaskan pegangannya pada bakul tersebut lalu terkena kaki Akif.

"OW!. Sakitlah. Tak cukup dengan dahi awak nak cederakan kaki saya ke?"

Dyana tersenyum sinis.

"Dah awak tak bagi saya masuk. Jadi saya letak je la kat depan bilik awak. Tak tau pulak kena kaki awak. So sorry ya Mr. Akif" ucap Dyana sambil tergelak kecil.

Dyana terus melarikan dirinya apabila Akif memandangnya dengan tajam. Jejaka itu pantas mengambil bakul tersebut sambil bibirnya membebel perlahan masuk semula ke dalam bilik.

Apabila melihat wajah masam jejaka itu membuatkan Dyana tergelak kecil. Dia terus berjalan tanpa melihat ke hadapan dan...

PUK!

"Eh! Sorry! Sorry!. Saya tak nampak awak tadi. Awak okay?" Soal Dyana lalu membantu gadis di depannya bangun.

Gadis tersebut terus bangun lalu membersihkan seluarnya yang sedikit kotor dengan debu di rumah ibu Akif.

"Er... saya minta maaf ea?"

Gadis tersebut memandang Dyana dengan pandangan tajam dan merampas tangannya dengan kasar.

"Lain kali mata tu tengok depan. Aku yang besar ni tak nampak ke?"

Yana memandang gadis itu atas bawah. Tidak pernah dia lihat gadis ini. Tapi sombong. Otaknya tiba-tiba berbisik memberikan idea kepada Yana.

"Er... saya tengok cik ni kurus je. Tak ada besar mana pun. Tapi kalau cik dah mengaku cik ni besar, saya ikut je lah ea"

Gadis itu semakin geram dengan Yana. Yana pula memandang gadis itu dengan selamba. Pekerja Yana yang lain hanya melihat mereka berdua dengan pandangan senyap.

"Kau ni datang sini nak kerja, kerja je lah. Bukan berlagak macam boss. Kau belum kenal aku lagi siapa kan?" Tengking gadis itu.

"Berlagaknya budak tu. Dah la sombong. Orang minta maaf pun tak nak terima. Pastu marah-marah pulak" gumam Farah pada Dian.

Dian pula hanya menjeling Farah yang menyibuk dalam pergaduhan Captain mereka dan gadis gedik itu.

Yana hanya beriak biasa dengan ayat dari mulut gadis itu.

"Untuk pengetahuan cik adik yang 'besar' ni, Saya leader untuk projek ni. Dan lagi satu, saya tak kenal awak dan tak nak kenal awak. Understand Miss Big?"

Kaki Yana terus beredar dari situ bagi mengelakkan pergaduhan berlaku.

Gadis tersebut terus terasa geram dengan Yana. Dia menarik tangan Yana dan menyebabkan Yana terdorong ke belakang.

Yana terus menarik tangannya dengan kuat. Dia memandang tajam akan gadis itu.

"Aku ni tunang Akif. Kau tu siapa? Pekerja je kan. Tak payah nak berlagak hero sangat lah kat sini. Nanti kau yang aku suruh Akif halau"

"Aku rasa macam nak serang la perempuan tu. Geram pulak aku tengok dia" ucap Farah geram.

Dian mengetuk kepala Farah.

"Kau jangan sibuk boleh tak. Tengok je lah" marah Kimi pada Farah.

Farah hanya mencebik geram.

"Tunang? Ouch! So sorry la Miss Big, saya tak kisah pun pasal awak dengan tunang awak. Lagipun yang tuan rumah ni ibu Akif. Bukan awak. Awak tak ada hak nak halau saya"

Wajah Yana dimasamkan lalu pantas dia beredar dari situ. Kalau nampak si Ibu Akif yang dia tengah bergaduh, mahunya kontrak dia dan Akif akan dibatalkan.

Tapi dia sungguh geram dengan gadis itu. Sudahlah sombong lepastu berlagak pula tu. Gadis itu yang melihat Yana berlalu pergi terus menengkingnya.

"Kau ni memang melampau kan. Tak tahu malu. Dah la kacau tunang orang pastu berlagak macam ni rumah dia. Dasar perempuan murah." jerit gadis itu kuat.

Yana yang mendengar ayat dari gadis tersebut terus berasa panas. Sebelum ini tiada siapa yang berani kutuknya kacau tunang orang. Tambahan pula dikatanya Yana ni perempuan murah.

Yana terus berpaling menghadap gadis itu. Matanya dibesarkan dan wajah dibengiskan tanda geram.

"Kau ada masalah dengan aku ke perempuan?!" Tengking Yana dengan kuat.

Gadis itu terkedu dengan dengan Yana. Suara Yana yang kuat dan lantang itu mengejutkan semua orang dirumah tersebut.

Tiba-tiba tangan Yana rasa seperti ditarik dari belakang menyebabkan dia tergerak ke belakang. Yana memandang jejaka di hadapannya dengan riak terkedu.

Pantas wajah ditundukkan tanda bersalah.

Aduh! Kenapalah dia tak pandang kiri kanan dulu sebelum meletuskan gunung berapi? Macam mana dia boleh terlupa yang dia berada di rumah Ibu Akif?

Gadis itu pula hanya tersenyum sinis sambil memeluk tubuh melihat wajah Yana yang menunduk.

"Kenapa kau tak jawab soalan dia?. Apa masalah kau?"

Gadis itu tersentak mendengar ayat Akif. Yana juga begitu. Wajah tidak puas hati ditonjolkan gadis itu.

"Abang Akif ni kenapa? Dia yang langgar Sya dulu kan. Kenapa Abang Akif nak menangkan dia?" Soal Qiesya tidak puas hati.

Akif mendengus kasar.

"Qiesya, berapa kali aku nak cakap? Kau dengan aku ni tak ada apa-apa. Kita tak tunang pun. Kita tak ada ikatan apa-apa. Aku pun tak suka kau"

Perlahan Dyana menahan senyumannya.

"Tapi ibu Akif suka Sya"

"Itu ibu bukan Akif. Dah la Sya. Sya balik je lah. Sya tahu tak, Sya kacau kerja orang kat sini"

Qiesya mencebik saat dihalau sedemikian rupa.

"Sanggup Abang Akif halau Sya. Perempuan yang Abang Akif lindung sangat ni lagi teruk dari Sya la! Dia yang langgar Sya tadi. Dia sakitkan Abang Akif lagi. Takkan itu pun Abang Akif tak fikir?"

Akif mendengus geram. Yana sedikit tersentak. Kata-kata gadis itu sedikit sebanyak menusuk ke hatinya.

"Perempuan yang Qiesya kata teruk ni, bakal isteri aku"

"APA???"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro