ASKP 🍩 13
Yana memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah yang disebutkan Akif semalam. Rumahnya agak cantik dengan sebuah taman mini diluar dan pondok kecil.
Sungguh nyaman. Biasalah rumah kampung.
"Assalamualaikum"
Memandangkan Yana ketua, jadi dialah yang harus bersemuka dengan pelanggan.
"Waalaikumsalam"
Pintu rumah dibuka seorang wanita dalam linkungan pertengahan usia.
"Anak ni siapa? Cari siapa?"
Yana hanya tersenyum kecil.
"Nama saya Yana. Saya nak tanya ni rumah ibu Akif ke?"
Sedikit berkerut wajah wanita itu saat nama anaknya disebut.
"Haah. Ada apa datang sini?"
"Akif kata mak cik ada nak ubah dekorasi rumah. Jadi kitorang datang ni nak bincang dengan mak cik pasal benda ni. Kalau mak cik setuju, kitorang nak keluarkan barang rumah mak cik harini" terang Yana dengan sopan.
Anak buah Yana sudah berada di belakangnya sambil tersenyum. Ada juga yang bersalaman dengan wanita tersebut.
"Ouh. Akif ada cakap semalam ada orang nak datang. Tapi dia kata orangnya pipi dia bulat lepas tu merah. Yana ni pipinya biasa je"
Pipi gadis itu ditilik dengan lebih tajam lagi. Mendengar ayat mak cik tadi membuatkan Yana mulai bengang.
Sempat lagi tu komen pipi aku dekat Ibu dia.
"Akif gurau je tu. Kalau mak cik tak percaya saya ada tandatangan kontrak dengan Akif"
"Eh! Tak apa lah. Mak cik saja je nak sakat kamu. Jom lah masuk. Kita berbual kat dalam ye. Akif kata kejap lagi dia sampai"
Yana dan anak buahnya terus menanggalkan kasut mereka dan masuk ke dalam rumah. Sempat lagi anak buahnya menggelakkan Yana yang diusik ibu Akif. Yana sudah muncung apabila diperlakukan begitu.
Masuk saja rumah ibunya, bau haruman bunga lavendar masuk ke hidung.
Eh! Mana ada orang tanam lavendar dalam rumah. Jadi pewangi je lah. HAHAHAHAHA OKAY HAMBAR
Yana dan anak buah mereka duduk di sofa yang disediakan. Tidak banyak barang yang berada di rumah ini jadi senanglah kerja mereka.
Ibu Akif keluar dari dapur membawa sedulang air teh. Uuuuu berasap lagi. Selepas mempelawa tetamunya untuk minum, Yana memulakan perbincagan mereka.
"Kat sini ada beberapa design yang Akif cadangkan. Dia suruh saya tanya mak cik nak pilih yang mana. Kalau mak cik tak berkenan, kita boleh buat design baru" ucap Yana lalu menghulurkan mini tabnya.
Ibu Akif menyambut huluran tersebut dan menyelak halaman di mini tab Yana. Ibu Akif khusyuk memerhatikan reka bentuk yang dilukis Yana. Asyik dia menyelak, matanya tertumpu pada suatu gambar dan tersenyum.
"Eh! Tak payah buat design baru. Ni dah lawa dah ni. Mak cik pilih yang ni je lah. Nampak luas sikit dan design pun simple" ucap Ibu Akif lalu menghulurkan mini tab Yana.
Yana menyambut huluran tersebut untuk melihat design yang dipilih ibu Akif. Setelah itu, mini tab itu bertukar tangan pada pekerjanya yang lain.
"Lagi bagus kalau mak cik pilih yang ni. Modal kecil je dan nak siapkan pun tak ambik masa yang lama" ucap Dian setelah dia memerhatikan design tersebut.
Mini tab itu kembali semula ke tangan Yana.
"Kita nak mula keluarkan barang mak cik bila?" Soal Yana setelah keadaan agak sunyi.
"Sekarang pun boleh. Nanti lambat-lambat, sampai bila pun tak siap"
Ibu Akif bangun dari duduknya lalu menuju ke dapur sebentar sementara menunggu Yana dan anak buahnya berbincang mengenai projek kecil mereka.
Ibu Akif muncul dari dapur dengan pandangan pelik. Tak bergerak pun diorang ni.
"Kata nak alihkan barang?"
Para tetamu memandang ke arah Ibu Akif yang terpacak di muka pintu dapur.
"Kitorang tunggu mak cik. Takkan suka hati kitorang je main alih. Nanti mak cik marah pula"
Senyuman dibalas dengan senyuman.
"Ouh. Korang keluarkan sofa dengan meja tu je. Yang rak ni dengan rak tv pun sama. Yang barang kat dalam rak tu nanti letak kat dalam bilik sana tu" Jarinya menunjuk ke arah bilik yang berada di hujung rumah tersebut.
Yana dan anak buahnya mengangguk setelah mendengar arahan dari Ibu Akif. Setelah ibu Akif beredar, Yana pula yang memberikan arahan.
"Adam, Kimi dengan Syakil korang angkat sofa dengan rak tv. Dian dengan Farah angkat meja. Korang letak je kat luar, tapi tempat yang redup lah. Nanti kalau lori sampai, korang angkut je lah" ucap Yana memberi arahan.
"Abis captain buat apa?" Soal Syakil pelik.
"Aku kan captain. Captain goyang kaki je lah. HOHOHOHO. Mana ada. Aku tolong Dian dengan Farah la. Takkan nak suruh dua orang ni angkut meja besar tu pulak" ucap Yana lalu ketawa kecil.
Mereka tersenyum kecil mendengar ayat dari mulut Yana. Pantas mereka semua bangun bagi memulakan kerja.
Beberapa jam selepas itu, tiba pula kereta si pembuli ni. Akif la sape lagi. Yana yang sedang mengangkat kerusi di ruang tamu hanya melihat Akif yang dengan pandangan bosan.
Kelihatan luka di dahinya sudah hilang dan hanya parut kecil saja.
Akif masuk ke dalam rumah ibunya dan bergerak ke arah Yana. Yana yang perasan Akif mengekorinya hanya buat tak tahu saja.
"Yana, ibu saya mana?"
Wajah Akif tidak langsung dipandangnya.
"Mana saya tahu. Takkan saya nak ikut dia 24 jam"
Akif mendengus geram.
"Eish! Mana saya tahu yang awak tak tahu. Saya tanya je kan"
Pantas kaki Akif beredar dari situ. Yana menjeling sekilas lalu senyuman sinis muncul diwajahnya.
"Tanya, tanya. Dah la cakap ngan mak dia yang pipi aku ni merah. Geram aku" ucap Yana perlahan.
Dia mengambil bakul yang disediakan ibu Akif untuk meletakkan barang yang berada di atas rak.
Saat dia sedang mengemas, matanya tertancap pada satu frame gambar.
Gambar itu agak lama. Tapi keseronokkan mereka bersama rakan-rakan seakan terasa sehingga sekarang.
ꕥ - Memories always with us - ꕥ
Tingkatan Tiga Cemerlang
2019
Yana agak terkedu membaca ayat di gambar itu. Dia kenal sangat semua muka yang berada di dalam gambar tersebut.
'Apa kaitan Akif dengan gambar ni?' Soal hati kecil Yana.
Saat di khusyuk memerhatikan gambar tersebut, tiba-tiba frame tersebut dirampas.
"Oi!"
"Apa yang awak tenung ni?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro