ASKP 🍩 10
"Assalamualaikum. Ni Yana dari Dream Home Design Holding. Saya yang akan menguruskan rumah ibu Encik. Boleh kita berbincang sekali lagi dengan cara yang baik?" Soal Yana sopan.
Akif tersenyum kecil. Ingatkan nak ajak pergi perang dunia ketiga.
"Waalaikumsalam. Baguslah kalau awak setuju. Saya baru nak pergi cari orang lain yang ikut cakap pelanggan dia. Bukan macam orang tu. Semua dia nak bergaduh. Apa yang dia makan hari-hari saya pun tak tahulah" ucap Akif sinis.
Yana mengetap rahangnya. Rasa geram pula akan ayat Akif tapi disabarkan juga apabila mengenangkan jejaka itu pelangganya.
"Encik, Encik Jangan paksa saya robohkan rumah encik. Kalau saya boleh cakap dengan encik baik-baik, boleh tak encik cakap dengan saya baik-baik?" Soal Yana tegas.
Akif tergelak kecil. Suka pula dengar gadis itu seakan mulai panas hati.
"Okay. Cuma masa awak bekerja dengan saya je lah. Kalau kita terjumpa kat mana-mana, rasanya saya tak berminat nak cakap baik-baik dengan awak" ucap Akif sombong.
Yana menarik nafas panjang.
Tak apa Yana. Sekejap je ni. Paling lama pun 2 bulan je buat rumah Ibu dia. Lepas tu kau tak akan jumpa dia lagi.
Yana menarik senyuman kecil.
"Kalau macam tu, okay. Saya akan pastikan yang kita akan kerap terjumpa. Boleh saya balas dendam kan. Jadi siapa yang decide tempat untuk kita berjumpa harini?" Soal Yana lembut.
"Nanti saya ambik awak kat pejabat. Pukul 10 tepat mesti dah ada kat bawah. Nanti awak send location" ucap Akif lalu mematikan talian.
Yana mengumam perlahan.
"Aku belum cakap apa-apa lagi dah matikan. Geram betul!" ucap Yana lalu menyimpan henfonnya didalam beg.
Dia melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 9:45 pagi. Setelah menghantar location kepada Akif, Yana terus mengemas mejanya.
Dia hanya membawa tablet kecil untuk melakar pelan jika pelanggannya ajak berjumpa di luar. Yana terus bergerak ke arah lif untuk menunggu di bawah.
... After A Few Minutes...
Tin! Tin!
Kelihatan sebuah kereta Honda Civic bewarna biru berhenti di hadapan Yana. Cermin kereta di turunkan. Kelihatan Akif sudah memanggil Yana untuk masuk ke dalam keretanya.
Yana mengambil beg yang berada di tepinya lalu masuk ke dalam kereta milik Akif. Kereta Akif segera bergerak keluar dari perkarangan Syarikat Dream Home Design Holding.
"Kita nak pergi mana ni?" Soal Yana setelah beberapa minit menyepi.
"Restauran yang baru bukak kat Petaling Jaya" ucap Akif senada.
"Awak ni memang suka makan ea?" Soal Yana pelik.
Ini kerana Yana kerap kali menjumpai Akif di restauran yang baru di buka cuma mereka tidak pernah bertemu lantaran Yana lebih gemar duduk di tempat yang tersorok.
"Suka hati sayalah. Perut saya bukan perut awak" ucap Akif geram.
"Yelah" Yana hanya menjawab sepatah kerana sikap Akif yang agak dingin.
Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya mereka sampai di hadapan restauran itu. Lantaran ramai orang yang menyerbu restauran tersebut, mereka terpaksa memarkir kereta agak jauh dari lokasi sebenar.
Masuk saja ke dalam, Yana terpegun melihat dekorasi unik restauran tersebut. Suasana restauran itu mengenakan dekorasi tradisonal Jepun yang dipenuhi dengan bunga sakura. Pekerjanya juga memakai pakaian tradisi Jepun.
"Kita duduk sana" ucap Akif lalu bergerak ke arah meja VVIP.
"Tapi tu kan untuk VVIP" ucap Yana pelik.
"Kita memang VVIP pon. Saya yang dapat projek buat restauran ni. Jadi saya dijemput. Dah la, awak ni bisinglah. Kalau tak nak makan duduk luar" ucap Akif malas.
Kakinya terus bergerak meninggalkan Yana keseorangan di tengah-tengah restauran tersebut. Yana pula lantas mengikuti Akif ke arah meja tersebut.
Setelah bertegur sapa dengan pemilik restauran itu, para tetamu disajikan dengan persembahan tradisional Jepun sebagai majlis pembukaan dan disempurkan oleh pemilik restauran tersebut bersama Akif selaku jurutera untuk projek ini dan seorang Interior Designer yang agak terkenal tetapi suka berlagak iaitu Zara Humaira.
Yana hanya melihat sahaja mereka bertiga merasmikan restauran tersebut. Selepas itu, para tetamu dan pelanggan dijamu dengan pelbagai masakan Jepun yang enak.
Yana dan Akif makan bersama tiga orang tetamu VVIP yang lain iaitu Zara Humairah, pemilik restauran tersebut dan isterinya.
Pemilik restauran tersebut adalah dari keturunan Jepun yang masuk Islam manakala isterinya asal Malaysia. Mereka berhasrat untuk membuka restauran tersebut setelah melihat belum wujud lagi unsur Jepun di daerah ini.
Semasa makan juga, Akif hanya berbual dengan pemilik restauran tersebut dan isterinya. Manakala, Yana asyik diserbu dengan pelbagai soalan dan sindiran dari Zara Humaira.
Antaranya....
"You ni siapa? I tak pernah nampak You pon masa I design kedai ni" soal Zara pelik.
Yana tersenyum kecil.
"Saya cuma kawan Akif je. Dia yang ajak saya datang sini" ucap Yana sopan.
Tangannya mencucuk beberapa sushi yang terhidang di dalam pinggannya.
"Ouh. You kerja apa?" Soal Zara lagi.
Tangannya hanya memegang cawan kaca itu. Sedikit pun tidak menyentuh makanan yang menggoda di atas meja.
"Macam awak jugak. Interior designer. Tapi saya biasa-biasa je" ucap Yana merendah diri.
Zara menarik senyuman sinis.
"Memanglah you biasa-biasa je. Kalau you luar biasa mesti I kenal You. I guess yang hasil kerja you biasa-biasa je kalau nak dibandingkan dengan hasil kerja I. Look, This shop was so amazing. Hasil titik peluh I tau. You suka tak?" Soal Zara berlagak.
Yana sudah malas untuk melayan kerenah Zara yang seakan budak kecil itu. Tapi otaknya memikirkan satu idea jahat.
Garfu di cucuk lagi pada permukaan sushi kecil itu.
"Kalau hasil titik peluh awak mesti busuk kan macam hati awak. Ye la, Orang macam awak mana suka bau peluh-peluh ni. Its smelly right?. Saya dah pernah nampak dah design ni kat google. Awak jangan risaulah, saya simpan rahsia ni baik-baik okay" Ucap Yana perlahan.
Jarinya terus bercantum membentuk tanda 'okay' pada Zara.
Kelihatan wajah Zara sudah berubah. Mukanya kelat dan masam. Yana yang mengesan perubahan muka Zara mula makan dengan bahagianya.
Jam menunjukkan hampir 12 tengah hari. Majlis tersebut ditutup dengan ucapan terima kasih dari pemilik restauran tersebut dan isterinya.
Akif dan Yana segera menuju ke kereta milik Akif lalu terus berlalu keluar dari kawasan itu.
... After A Few Minutes...
"Ei! Comelnya dia tidur. Patutlah aku panggil dia tak jawab" ucap Akif perlahan.
Tersengih dia seorang diri setelah melihat Yana terlentuk kepenatan di kerusinya. Sebenarnya Yana saja-saja je tidur sebab ingin tahu sama ada Akif masih dengki dengan dia ataupun tidak.
"Peluang keemasan" ucap Akif perlahan
Keretanya berhenti sebentar di bahu jalan. Akif mengambil pen marker yang berada di laci keretanya untuk melukis sesuatu di muka Yana.
Setelah Akif membuka penutup pen marker itu, dia memusing kepalanya untuk menghadap Yana. Namun Yana lebih pantas lalu mencalitkan sedikit dakwat pen marker tersebut ke muka Akif.
Akif agak terkejut melihat Yana tersenyum sambil memegang pen markernya yang lain.
"Terkejut ke?" Soal Yana sambil mengangkat sebelah keningnya.
Akif yang bengang menutup semula pen tersebut. Ditilik wajahnya pada cermin tersebut.
"Saya tak conteng lagi tau muka awak, awak dah conteng muka saya. Mana adil! Panjang pula tu!" Bentak Akif.
Yana tergelak kecil.
"Siapa yang mula dulu? Awak atau saya? Awak kan yang nak conteng muka saya. Ha, ambik kau Allah kasi balasan direct" ucap Yana sinis.
Akif mendengus geram. Sempat lagi dia mengutuk aku tu!.
Yana terus membuka begnya lalu tisu basah dikeluarkan.
"Nah! Lap dakwat tu. Tak pasal-pasal nanti orang ingat awak ni budak-budak" perli Yana.
Akif mencebik. Laju tangannya merampas paket tisu basah di tangan Yana.
Gadis itu tersentak.
Terima kasih tak ada, main rampas je!
"Tak cakap terima kasih pun!" Marah Yana.
Akif memandang Yana sekilas.
"Terima kasih!" Balasnya seakan tidak ikhlas.
Yana hanya mencebik. Setelah dakwat tersebut hilang, paket tisu basah itu diserahkan semula ke tuannya.
"Terima kasih tu lain kali ikhlas sikit. Dah la nak aniaya orang tak nak minta maaf" ucap Yana senada.
Akif menggulingkan matanya. Tak habis lagi ke main perli-perli ni?
"Ye lah. Awak nak pergi makan tak ni?" Soal Akif bosan.
Yana mengangkat sebelah keningnya.
"Awak tak kenyang ke makan tadi?" Soal Yana pelik.
"Benda tu sikit je. Mana kenyang. Ingatkan jadi VVIP dapat makan banyak" ucap Akif kecewa.
Yana hanya tergelak kecil mendengar ragaman dari mulut Akif.
"Suka hati awaklah. Saya tak kisah pun tapi cepat sikitlah. Kita belum bincang pelan rumah Ibu awak ni" balas Yana perlahan.
Akif hanya mengangguk kecil. Pantas kereta yang dipandu jejaka itu meluncur laju menuju ke kedai makan yang berdekatan.
Setelah duduk dan mengambil order, Yana berbual sebentar mengenai dekorasi ruang tamu yang ingin dibuat Akif. Akif kemudiannya bergerak ke tandas kerana perutnya tidak biasa menghadam makanan Jepun.
Sementara menunggu Akif, Yana melakarkan beberapa contoh dekorasi ruang tamu seperti yang dipinta jejaka itu. Tetapi tumpuannya terganggu dek kerana seekor biawak yang terlepas.
"Hello baby!"
Seorang jejaka yang tiba-tiba muncul terus duduk dihadapan gadis itu.
Yana yang mendengar suaranya itu hanya mendongak dan mendengus kecil. Dia terus melakukan lakarannya tanpa mempedulikan manusia didepannya.
"Baby, Jom keluar jalan-jalan. I belanja you tengok wayang. Dah lama kita tak spent time together" ucap Jejaka tersebut memujuk.
"Please Aidil. I'm not your baby. You pergilah ajak anak ayam you tu temankan you. Diorangkan suka kalau you nak belanja diorang" perli Yana.
Aidil menarik nafas berat.
"Yana berapa kali I nak cakap. Diorang tu cuma nak duit I je. Lagipun I cuma sayang you sorang je" pujuk Aidil lagi.
Antara contoh ayat buaya yang berjaya ye anak-anak sekalian.
"Dah la tu Aidil. I dah rimas dengan kata-kata manis you. You pergilah cakap kat semut sana. Mana tahu semut tu boleh kenyang ke makan gula you" ucap Yana lalu menutup tabletnya.
Mahu saja dia beredar dari situ. Tapi mengenangkan kelibat Akif yang tidak muncul dari tadi buatkan dia terpaksa bertahan seketika.
"Ala kejap je Yana. Nanti I hantar you balik sini" ucap Aidil lalu menarik tangan Yana.
Air muka Yana sudah berubah. Gadis itu cuba menarik tangannya namun tidak berdaya.
"Eish! Aidil. Apa ni? Lepaslah!" Ucap Yana keras.
Tangannya ditarik kasar menyebabkan dia sukar untuk melepaskan diri.
"I akan lepaskan you kalau you ikut I. Please lah Yana. Kali ini je" ucap Aidil lembut.
Tapak tangannya menggengam kuat pergelangan tangan Yana mengelakkan gadis itu dari menjauhinya.
Pelanggan di kedai itu hanya mampu melihat kerana takut akan tubuh sasa Aidil . Matanya mulai hangat apabila tangannya terasa sakit.
"Aidil! Sakitlah. Tolonglah Aidil! Lepaskan lah!" Rayu Yana.
Aidil tidak mempedulikan kata-kata Yana. Jejaka itu terus menariknya untuk keluar dari kedai makan tersebut namun Yana sempat berpaut pada meja makan tersebut.
Akif yang baru keluar dari tandas berasa pelik akan kejadian yang berlaku antara Yana dengan seorang lelaki asing yang bukan warga asing.
'Yana ni kalau nak buat drama pergilah studio ke, audition ke, jadi pelakon. Ni kat kedai makan jugak. Tapi kenapa dia nangis?' Soal hati kecil Akif.
"You dah terlalu banyak berdalih dengan I ,Yana. So, this times is no more chance" ucap Aidil tegas.
Lengannya terus menarik kuat tangan kiri Yana menyebabkan tangan kanannya yang berpaut pada bucu meja terlepas.
Yana hanya mampu menangis apabila tangannya ditarik Aidil di tengah kedai makan. Namun tidak sempat Aidil mengheretnya hingga ke pintu kedai makan, seorang jejaka yang tidak berapa baik la sangat telah membantu Yana.
SPLASH!
"Hoi!"
"Akif?"
"Sorry, tersimbah banyak pulak. Hehehe"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro