ASKP 🍩 1
"Aku letak dulu"
"Mana ada. Aku yang jumpa dulu. Kau lambat dua saat"
"Orang Inggeris kata 'Ladies first'" ucap gadis itu lalu mengangkat sebelah keningnya.
"Dalam Islam kata lelaki kena jadi Imam. Jadi lelaki kena duduk kat depan!"
"Apa kata cik berdua bayar sekali aje" ucap penjaga kaunter itu untuk menenangkan keadaan.
Gadis dan jejaka tersebut terhenti dan memandang penjaga kaunter tersebut.
"OFCOURSE NO!" Ucap gadis dan jejaka itu serentak.
Mereka saling berpandangan. Penjaga kaunter itu sudah terkedu.
"Erghhh! Dah la tak hensem" ucap gadis itu separuh menjerit.
"Make- up tebal" ejek Jejaka tersebut.
"Gigi mancung"
"Hidung tinggi"
"Dah la pendek"
"Ala kau pon pakai heels je tinggi. Kalau buka pendek juga"
"Kau memang nak rasa ke kasut aku?"
"Kalau berani buatlah" cabar jejaka tersebut.
Gadis tersebut kemudiannya ingin membuka kasut tumit miliknya untuk disumbat kedalam mulut jejaka tersebut. Tapi tindakannya terhenti setelah...
"Akif!"
"Yana?"
Seorang perempuan dan lelaki masuk ke dalam kedai serbaneka tersebut. Penjaga kaunter itu sudah mendengus perlahan.
"KAU BUAT APA KAT SINI?" Soal gadis dan jejaka tersebut serentak.
Mereka saling berpandangan dan mendengus geram.
"ARGHHH! SUDAHLAH" mereka berdua terus keluar dari kedai tersebut.
Semasa ingin keluar juga mereka berdua bergaduh siapa yang mahu keluar dahulu.
... sementara itu...
"Nama saya Iman. Iman Syafiq" ucap lelaki tersebut memperkenalkan diri.
"Saya Mawar Shahirah. Panggil Mawar je" Senyuman manis diukir wanita itu.
"Itu kawan awak ke?"
Anak mata Mawar tertancap pada jari Iman yang menunjuk ke arah Dyana dan Akif yang sedang bertekak di luar kedai. Perlahan dia mengangguk kecil.
"Haah. Dia memang macam tu. Suka bertekak"
Melihat Mawar dan Iman yang mahu berbual mesra, penjaga kaunter tersebut terus menyedarkan mereka.
"Cik berdua ni nak bayar untuk kawan awak ke nak mencari jodoh?" Soal penjaga kaunter tersebut kebosanan.
Iman dan Mawar terdiam. Baru mereka tersedar yang mereka masih lagi di hadapan kaunter tersebut. Terus saja Mawar mendekati kaunter itu.
"Umm... awak, nanti dulu"
Langkah Mawar terhenti. Wajah Iman dipandang pelik. Pantas jejaka itu mendekati Mawar.
"Tak apa biar saya bayarkan"
Iman terus memintas Mawar untuk bergerak ke arah kaunter bagi membayar barangan milik kawan mereka.
Mawar yang mahu mengeluarkan dompetnya terus terhenti. Tak sempat dia nak berkata apa-apa, jejaka itu sudah mengeluarkan sejumlah wang untuk barangannya.
"Tak-- tak apa ke? Itu bukan barang kawan awak"
"It's okay. Sikit je ni"
Mawar terdiam.
Wow! Macam ni rupanya rasa bila lelaki hensem tolong bayarkan makanan.
Setelah pembayaran dibuat, beg plastik yang dihulur penjaga kaunter tersebut diambil Iman.
Laju saja kaki melangkah mendekati Mawar.
"Nah. Ni mungkin kawan awak punya kot. Sebab kawan saya tu tak suka roti" ucap Iman lalu menyerahkan dua bungkus roti kepada Mawar.
Mawar menyambut huluran Iman.
"Haah. Tadi saya suruh dia tolong belikan. Tapi tak sangka pula jadi macam ni. Dah la kawan saya buat hal. Awak pula kena belanja kitorang. Segan pulak saya dengan awak. Terima kasih ye"
Senyum diukir gadis itu tanda segan.
"Ouh tak ada apa-apa lah. By the way ni kad saya"
Dompet miliknya dibuka lalu mengeluarkan sebuah kad bisnes untuk diberikan kepada Mawar.
Alang-alang dah jumpa calon, kita kenal sekali la katakan. Bak kata pepatah, rezeki depan mata jangan ditolak!
"Terima kasih. Nah ni saya punya"
Kad milik Mawar dihulurkan sebagai tanda pertukaran.
Iman tersenyum kecil dan menyambut huluran tersebut. Mereka berdua terus berjalan beriringan keluar.
Penjaga kaunter tersebut mencebik geram melihat keletah Mawar dan Iman.
Aku tahulah aku single! Jangan sweet depan aku!
Kelihatan Dyana dan Akif sudah keluar dari kedai tersebut dan berdiri di sebelah kereta masing- masing sambil berpeluk tubuh. Sesekali mereka menjeling sesama sendiri.
Melihat kemesraan Iman kepada Mawar membuatkan Akif sedikit jelik.
Gatal !
"Dah la tu! Asyik mengurat perempuan je"
Iman memcebik kecil saat dikata begitu.
"Kawan siapa entah tu. Dah la gatal" ucap Dyana perlahan tetapi masih boleh didengari oleh jejaka tersebut.
Akif yang mendengar ayat Dyana berasa geram.
Sibuklah minah senget ni!
"Ei! Kawan aku tak hengen la dengan kawan kau tu. Sama je pendek dengan kau. Pendek akal" ejek jejaka tersebut lalu melemparkan pendangannya ke jalan raya.
Dyana tersentak.
APA KAU KATA?!
"Kau kata aku pendek akal?" Soal Dyana geram.
Melihat perang dunia ketiga bakal meletus lagi, Mawar terus menuju ke arah Dyana yang bengis.
"Dah la tu Yana kau tak malu ke gaduh kat public macam ni?"
Pergelangan tangan Dyana ditarik bagi mengikuti pergerakan Mawar.
Dyana terdorong ke belakang tetapi masih boleh mengimbangkan badan. Terus saja dia menarik kembali tangannya yang dipegang Mawar.
"Memang patut pon malu. Dah tau pendek pakai... EMMM!!!" Jejaka tersebut menghentikan kata-katanya kerana mulutnya ditekup oleh tangan Iman.
"Sorry ea. Kawan saya memang macam ni... kau pahal ha Akif?"
Iman pantas memaksa Akif untuk masuk ke dalam kereta.
Akif yang berbadan sedikit kecil dari Iman terus terikut tarikannya. Jelingan tajam dihadiahkan buat Iman.
"Ew! Air liur"
Laju saja Iman mengesat tangannya yang sedikit basah ke lengan baju Akif tersebut.
Akif hanya menjeling tajam dan mengelap lengan bajunya menggunakan tisu.
Mawar hanya tersenyum melihat gelagat Iman dan rakannya. Iman kemudiannya berlari ke tempat duduk pemandu tetapi sempat lagi mengangkat tangannya ke telinga tanda 'call' kearah Mawar.
Mawar hanya tersenyum lalu mengangkat tangan tanda 'okey'. Iman menggerakkan keretanya melintasi kereta Mawar.
Dyana sempat lagi menekan hon kereta manakala Akif hanya menayangkan penumbuk.
Setelah kereta Iman mula bergerak jauh, Mawar masuk ke dalam kereta lalu memakai seat belt. Begitu juga dengan Dyana.
"Sempat lagi ek kau menggatal dengan ulat bulu tua tu"
Mawar menjeling ke arah Dyana apabila telinganya menangkap perkataan 'ulat bulu tua'
"Dia tu tak gatal la. Dia cuma nak kenal dengan aku je. Lagipun dia yang tolong belanjakan roti kau tadi. Dah la hensem"
Yana sedikit jelik dengan ayat Mawar.
Ergh! Geli telinga aku mendengar!
"Ew! Hensem?! Entah- entah dia ada letakkan minyak pengasih ke kat roti tu. Tak nak aku makan. Kau makan lah sorang"
Laju saja tangan Dyana menolak roti tersebut ke atas riba Mawar.
Mawar menjeling. Roti tersebut di letakkan dibahagian seat belakang.
"Tak nak dah kau yang rugi"
Dyana hanya menjeling melihat gerak geri Mawar yang dianggap mengada. Mawar pula tidak lekang dari senyuman.
... In the Man Car...
"Kau ni jumpa awek lawa sikit usha. Lelaki tak nak usha pulak"
Menyampah betul Akif hari ini dengan perangai Iman. Iman mendengus geram.
"Kau demam apa nak suruh aku usha lelaki. Mahu kena cop kunyit"
"Lagipun perempuan itu cantik, sopan" tambah Iman lagi.
Akif melirikkan matanya ke arah Iman. Satu jelingan tajam diberikan.
"Memang kau kunyit kan. Sebab tu kau melekat dengan aku. Nasib baik aku tak duduk serumah dengan kau. Kalau serumah..."
Sengaja Akif menggantungkan ayatnya bagi memberi laluan pada Iman untuk berfikir sendiri.
Iman mendengus geram. Ada je dia nak sindir aku!
"Ermm ye la tu. Nah air kunyit kau"
Sebotol air oren yang terletak di tempat pemegang kopi diberikan pada Akif.
Akif menjeling geram.
"Ni bukan kunyit. Ni oren. Tu lah masa belajar tidur kat kelas. Bila ditanya tak kenal" perli Akif lalu menghirup air tersebut sehingga separuh botol.
"Eh! Aku dalam kelas tak pernah tidur tau sebab aku ni pelajar cemerlang" ucap Iman sambil mengembang hidungnya.
"Pelajar cemerlang kat sekolah je. Bukan kat office. Ahahaha!" Perli Akif lalu ketawa kecil.
Iman hanya tersenyum masam.
Ye lah! Kau menang!
Terus saja Iman memandu keretanya bagi menghantar Akif ke pejabatnya.
Patutnya makan tengah hari sekejap, tapi jadi lama pulak bila si Akif ni buat hal.
Sikap tak nak kalah dia memang tak boleh dikalahkan oleh sesiapa sebab dia memang tak boleh dikalahkan dan tak pernah kalah.
Ada faham?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro