Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

59

"CEPAT sikit, bang!" jerit Athirah daripada luar rumah. Sesekali dia memandang sekeliling kawasan taman, memastikan tiada orang yang mencurigakan sedang mengintip perbuatan mereka lebih-lebih lagi pihak polis.

Barang-barang penting seperti kad pengenalan, duit dan pakaian dicapai Fajar lalu disumbat ke dalam beg bagasinya. Setelah siap, dia terus mengangkat beg itu keluar daripada rumah. Segugus kunci yang tersimpan didalam laci meja, digapainya lantas dia mengunci pintu. Terketar-ketar tangannya saat ini, menyukarkan dia untuk menusuk kunci itu masuk ke dalam lubang mangga.

"abang, cepatlah!"

"Kejap!" bentak Fajar. Serabut kepalanya apabila wanita itu sibuk mengarahkan dirinya daripada tadi. Tahulah takut! Tapi bukan dia seorang sahaja yang rasa perasaan itu, aku juga gelisah sekarang ni!

"okay, dah siap! Jom!"

Baru sahaja mereka ingin melangkah pergi daripada situ, tiba-tiba sahaja mereka dikepung oleh beberapa orang lelaki berbadan tegap bersenjata. Athirah tersentak. Lantas lengan Fajar dipeluknya erat. Takut jika diapa-apakan.

Fajar semakin gelisah. Air liur ditelannya sejenak.

"Kau nak lari ya?" Jack bersuara.

Pantas Fajar menggeleng menafikannya. "Ma... Mana ada aku lari."

"Habis tu? Kau ingat aku bodoh ke? Beg dekat tangan kau tu apa?"

"Kalau aku lari sekalipun, kau nak buat apa? Aku dah bagi cadangan pada bos kau, kan? Apa lagi yang tak cukup?"

"bagi cadangan sahaja mana cukup..." satu suara garau mencelah. Serentak Athirah dan Fajar berpaling memandang Haidin yang mengatur langkah ke arah mereka.

Dia ketawa jahat melihat wajah mereka yang mula pucat ketakutan. Bahu fajar disapanya perlahan. Dia menunduk sedikit, cuba untuk memandang wajah lelaki itu.

"rilexlah, fajar... aku bukan nak bunuh kau pun." ujar Haidin.

"Habis kau nak apa?" soal Fajar, dingin. Haidin tersenyum menyenget. Memang soalan itu yang dia nantikan daripada mulut Fajar. Ibu jari dipetik kasar, menandakan satu isyarat.

Jack mengatur langkah menghampiri Haidin. Sebotol kloroform bersama sapu tangan dihulurkan pada mereka. Lama Fajar dan Athirah memandang barangan ditangan Jack sebelum berpaling kembali memandang Haidin.

"bawa Suraya pada aku." arah Haidin.

Fajar dan Athirah mendiam. Tak mungkin mereka akan menculik Suraya. Kalau Shark tahu, nyawa mereka pasti dihujung tanduk!

"selepas tu kalau kau nak lari, kau larilah. Aku takkan halang kau." sambung Haidin lagi, selepas melihat mereka mendiam selama beberapa minit.

Teragak-agak Fajar untuk mencapai barangan yang dihulur Jack. Sekilas dia menoleh ke arah kereta toyota isuzu d-max yang terpakir tidak jauh daripada situ. Kelihatan beberapa botol minyak tanah yang tersusun dibelakang kereta itu.

"Apa kau nak buat dengan minyak tu? Kau tak rancang benda lain, kan?"

"Jangan risau. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Sekarang ni... aku cuma nak kau orang heret Suraya jumpa aku. Aku janji, aku takkan libatkan kau orang dalam hal ni."

"Tapi minyak tu... "

"just keep quiet, and do your work." cantas Haidin. Botol kloroform dan sapu tangan dirampas Haidin, lalu diletakkan keatas telapak tangan Fajar. Dia menampar lembut wajah lelaki itu beberapa kali, sebelum melangkah pergi daripada situ.

"Jumpa dekat tempat yang aku share nanti. Ingat! Jangan lari. Mata-mata aku ada dimana-mana sahaja." pesan Haidin, memberi amaran.

"Abang macam mana ni? Takkan kita nak culik Suraya pula?" soal Athirah, gelisah setelah kelibat mereka menghilang.

Fajar mengangguk. "kita dah tiada cara lain..."







MINYAK rambut disapukan pada rambut hadapannya membiarkan ia tercacak ke atas. Kot hitam yang tersarung ditubuhnya, dibetulkan sedikit memastikan ia kelihatan kemas dan cantik. Shark tersenyum puas.

Kazam yang berdiri dibelakangnya, menunjukkan isyarat bagus.

"Cayalah bos! Bukan main handsome bos hari ni. Macam jejaka terhangat dipasaran!" puji Kazam.

Shark berdecik kecil. Tergeleng kepalanya melayan si Kazam, sambil tangannya lincah membetulkan tali leher. "Kau dengan adik kau sama sahajakan? Suka sangat menyakat aku."

"eh, mana ada saya menyakat bos. Betullah bos nampak handsome, takkan saya nak tipu pula? Lagipun... jaranglah saya nak tengok bos pakai macam ni." ujar Kazam.

Shark tidak membalas apa-apa. Dia hanya tersenyum memandang diri sendiri didalam cermin. Nampak berbeza sekali dengan Shark yang sebelum ini hanya mengenakan baju T dan seluar jeans.

"Kau rasa Suraya akan suka tak dengan semua ni?" soal Shark, secara tiba-tiba. Dia menoleh ke belakang, memandang Kazam yang duduk diatas birai katil miliknya.

"Gila tak suka! Mestilah dia suka, bos! Tak semua suami nak buat benda suprise macam ni dekat isteri tahu! Jadi Suraya kira bertuah sebab dapat suami macam bos. Caring, penyayang, senang cerita semuanya completelah!"

"serius ek?"

"ciyeslah, bos. Bos meh lah duduk sini." pelawa Kazam, menepuk ruang kosong disebelah kanannya. Shark mengangguk. Dia pun melabuh punggung disitu. Sesekali jam tangan rolex diperbetulkan seketika.

"kalau saya tanya bos satu soalan boleh?" tanya Kazam, setelah lama dia mendiamkan diri.

"apa dia?"

"kenapa bos sayang sangat dengan Suraya ya? Yelah, dia kan dulu sewel. Sampaikan Rayden pun boleh jadi gila layan dia, tapi bos macam rilex sahaja. Apa yang specialnya tentang dia ek?" soal Kazam.

Shark tersenyum lebar mendengarnya. "nothing special about her, tapi... dia perempuan pertama yang buat aku jatuh cinta. Dia juga yang ajar aku tentang kasih sayang. Kalau tiada dia, aku mungkin akan tersesat dalan dunia ni." ujar Shark.

Kazam mengangguk faham. Baru dia tahu kenapa Shark bersusah payah beli buku panduan selama ini! Tiba-tiba dia kedengaran seperti ada titisan hujan turun menimpa atap rumah mereka. Kazam tersentak.

Berkerut keningnya memandang kearah langsir yang bergerak-gerak ditiup angin. pantas Kazam bangun berlari ke arah tingkap, melihat hujan lebat yang mengalir turun secara tiba-tiba.

"alaa, bos... Hujanlah!" rungut Kazam.

"Hujan? Kau biar betul? Tadi elok aje cuaca?"

"Entahlah bos... Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja hujan."

"Haih... tak apalah, kau telefon Azim suruh dia balik cepat." arah Shark. Kazam mengangguk. Lantas dia mengeluarkan telefon canggih yang tersimpan di dalam kocek seluarnya lalu menaip pantas nombor telefon Azim.

Tak sampai beberapa minit dia menghubungi Azim, loceng rumah pula kedengaran menandakan seseorang datang. "Haih, takkan dah sampai dah?"

"Hmm... Dia dah sampailah tu. Jom." ajak Shark. Kazam hanya menurut. Dia kembali menyimpan telefonnya ke dalam kocek seluar, sebelum mengekori langkah Shark keluar daripada bilik itu menuju ke tingkat bawah.

Tanpa menunggu masa lagi, dia terus memulas tombol pintu itu lalu ditarik ke arahnya. Berkerut kening Shark memandang Azim yang basah lencun dihadapannya. Langkah Kazam juga terhenti dibelakang Shark.

"Kau kenapa ni?" soal Shark, serius apabila melihat Azim yang mendiamkan diri daripada tadi. Kawasan sekeliling perumahannya diperhatikan, mencari kelibat Suraya yang tidak kelihatan. Dia mula terasa sesuatu yang tidak kena.

"mana isteri aku?" soal Shark sekali lagi, kali ini bertukar dingin. Hatinya mula berdegup laju.

Azim tidak menjawab.

"Aku tanya mana isteri aku, zim? Jawablah!" bentak Shark, mula meninggikan Suraya. Kolar lelaki itu dicengkamnya kasar. Kazam mula tidak keruan. Takut jika berlaku pergaduhan disitu.

"Zim, bagitahu aje lah. Mana Suraya?" Kazam mencelah.

Azim menggeleng kepala. Kali ini dia tidak dapat menahan dirinya daripada mengeluarkan air mata. Perlahan-lahan kolar Azim dilepaskan, sehingga dia terduduk melutut dihadapan Shark.

"Su... Suraya dah tak ada bos. Maafkan saya... saya tak sempat nak selamatkan dia. Kalau bos nak bunuh saya, bos bunuhlah! Memang salah saya bos... salah saya..." rayu Azim, teresak-esak.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro