48
SEBENTUK cincin silver dibeleknya. Sesekali dia memasukkan cincin itu ke dalam jari manisnya, cuba untuk mengagak saiz jari wanita itu. Agak-agak sama tidak?
Ah!
Memang tidaklah. Tangan dia bukan sama besar dengan tangan aku! Shark mengeluh kecil. Kepalanya yang tidak gatal digaru.
"macam mana, encik?" Soal penjual itu. Shark hanya membalasnya dengan menjongketkan bahu.
"Saya tak tahulah saiz isteri saya berapa. Akak boleh tolong saya tak?" keluh Shark.
"Errmm... kalau macam itu, cuba encik masukkan dekat jari kelinking. Orang tua-tua selalu pesan, kalau nak tahu saiz jari perempuan yang bergelar isteri kita kena cuba dekat jari kelinking." ujar penjual itu, memberi cadangan.
Shark mengerut kening, tidak percaya.
"Seriuslah?"
Dia mengangguk. Tanpa menunggu masa lagi, dia terus memasukkan cincin itu ke dalam jari manisnya. Longgar. Lantas dia mencapai cincin yang lain pula, kali ini lebih kecil.
Muat. Shark tersenyum lebar.
"Saya ambil yang inilah."
"ini ya? Kejap ya encik." pintanya. Kotak cincin berwarna merah jambu dikeluarkan lalu dia meletakkan cincin itu ke dalam kotak. Sementara menunggu penjual itu menyiapkan cincinnya, Shark mengira terlebih dahulu wang yang berada didalam dompet. Takut-takut jika ada yang tidak cukup nanti, tak fasal-fasal kena pulangkan balik!
"Nah, dah siap." beg plastik kecil diserahkan pada Shark.
"berapa ribu tadi?"
"dua ribu lima ratus."
Shark mengangguk. Lantas dia mengeluarkan beberapa keping wang bernilai 100 lalu dihulurkan kepada penjual itu.
"Cukup tak?" Tanya Shark, sekadar untuk memastikan. Dia mengangguk kepala dan tersenyum. Setelah semuanya selesai, dia pun mengatur langkah keluar daripada kedai itu. Beg plastik berisi kotak cincin itu dimasukkan ke dalam poket jaketnya.
Shark memandang kearah kiri dan kanan, risau kalau terserempak dengan salah seorang kuncu-kuncunya pasti malu teruk nanti!
Line clear.
Shark tersenyum menyenget. Dia pun mengatur langkah menuju masuk ke dalam lorong, tempat dia memarkir motorsikalnya tadi.
"Encik!" Jerit suara wanita itu. Baru sahaja Shark hendak memusing ke belakang, tiba-tiba sahaja tubuhnya dipeluk. Shark terkedu buat beberapa minit. Lantas dia menggeleng laju, lalu tubuh wanita itu ditolaknya sehingga tergenjak beberapa tapak ke belakang.
"Kau kenapa?"
"Ad... ada gangster kejar saya." adunya, dengan nada terketar-ketar. Shark menoleh memandang sekelilingnya, kosong.
"Mana ada sesiapa kejar kau dekat sini? Kau... " Kata-kata Shark terhenti disitu saat figura wanita tadi tidak kelihatan dihadapannya. Dahi Shark mula berkerut pelik. Sesekali tangannya meraba poket pada jaketnya, kosong.
"Mana cincin aku?!" Shark mula cemas. Melilau anak mata Shark, mencari kotak cincin berwarna merah diatas tanah namun, tiada.
"Perempuan tadi... mesti dia yang ambil! Kurang ajar!" gumam Shark, tidak puas hati. Dia memusing memandang sekelilingnya, mencari kelibat wanita tadi.
"looking for this?" sampuk suara wanita itu, pantas Shark memusing ke belakang memandangnya. Dia tersenyum sinis sambil menunjukkan kotak cincin yang berada ditangannya. Shark mengetap bibir, geram.
"Bagi balik kotak cincin tu." pinta Shark, keras. Malah, wanita itu hanya menggeleng kepala dan tertawa buat-buat.
"kalau nak, datanglah sini." cabarnya.
Kecil sahaja mata Shark memandang wanita itu. Kedua belah tangannya sudah dikepal membentuk penumbuk. Tunggu masa sahaja ingin dilepaskan. Akan tetapi dia masih cuba untuk mengawalnya. Setapak demi setapak dia menghampiri wanita itu.
"sorry, lambat!" sinisnya, sebelum memecut lari ke arah lorong itu.
"sial kau!" bentak Shark, geram. Tak fasal-fasal dirinya dipermainkan buta-buta oleh wanita itu. Tanpa menunggu masa lagi, dia terus membuka langkah seribu mengejarnya.
Lama kelamaan langkah Shark semakin lama semakin perlahan, apabila kelibat wanita itu mula tidak kelihatan pada mata kasarnya. Anak matanya tidak henti melilau ke sekeliling kawasan. Dia terhenti apabila dihadapannya mempunyai dua jalan yang membawa arah yang berbeza.
Ke mana agaknya wanita itu pergi?
"Woi, keluarlah!" jerit Shark, kuat.
TUK!
kotak cincin itu dicampakkan ke tanah. Namun, kelibat wanita itu langsung tidak muncul dihadapannya. Pasti dia ada bersembunyi dimana-mana tempat. Perlahan-lahan Shark membongkokkan tubuhnya mengapai kotak cincin itu.
Tanpa sedar Haidin dibelakang sudah kemas memegang kayu. Terus dia menghayunkan kayu itu tepat mengena pada kepala lelaki itu dengan kuat.
"Arghh!" Shark terjerit kecil. Terus tubuhnya jatuh rebah ke tanah. Denyutan kuat dikepala membuatkan dia terasa pening, dan pandangannya juga berubah menjadi samar-samar.
Haidin tersenyum sinis. Dia terus mencampakkan kayu itu ke tepi. Sebelah kaki kanannya memijak kuat perut lelaki itu. Shark mengerat sakit.
"Ergh!"
"berani kau cari fasal dengan aku semalamkan? Kau fikir aku akan lepaskan kau macam itu aje ke? Kalau ikutkan hati aku, mahu saja aku bunuh kau sekarang! Tapi disebabkan Suraya, aku masih cuba untuk bersabar. Kalau tidak kau dah lama mampus, tahu tak?!" bentak Haidin.
Perut Shark dipijaknya dengan lebih kuat, membuatkan Shark terjerit menahan sakit. Air liur yang terkumpul diludahkan ke tepi. Puas dia melihat Shark menerima balasan yang setimpal atas perbuatannya semalam.
KRAK!
kotak cincin itu dihentaknya kuat, sehingga pecah. "dia tak layak pakai barang murahan kau!"
TING! TONG!
loceng rumah ditekannya sekali. Kazam dan Azim sudah berdiri tercegat diluar pintu, menunggu kehadiran Rayden untuk membukanya. Sesekali jam rolex yang mengelilingi pergelangan tangannya dipandang buat seketika.
"Mana Rayden ni? Macam tak ada dekat rumah aje?" rungut Azim.
"Apa pula tak ada? Kereta dia elok aje ada dekat situ. Kau sabarlah kejap. Manalah tahu dia tengah mandi ke?" ujar Kazam.
Azim mengeluh kecil. Kedua belah tangannya mencekak pinggang, sambil anak matanya melilau memandang sekeliling. Tak sampai beberapa minit, anak matanya terhenti pada gelang emas yang berada diatas lantai. Lambat-lambat dia menunduk mencapai gelang itu. Bahu Kazam ditamparnya berkali-kali, mengalihkan perhatian lelaki itu kearahnya.
"ini bukan gelang tangan perempuan ke?" Soal Azim, sekadar untuk memastikan.
"gelang tangan anak ayam dia lah tu... Kau pun tahu perangai Rayden macam mana kan? Semua benda dia nak sebat!"
"Ya ke? Tapi apasal aku rasa macam ada benda tak kena ek?"
"Apa yang tak kenanya? Kau ni jangan fikir bukan-bukanlah! Kita datang sini nak melawat Rayden bukannya nak jadi penyiasat!" herdik Kazam.
Azim mencebik. Dia kembali meletakkan gelang itu keatas meja, lalu memeluk tubuh. Tak sampai beberapa minit, dedaun pintu itu terbuka daripada dalam. Pasti itu Rayden!
"sorry lambat you alls... "
"Mak!!" Kazam terjerit kuat, dia terus melompat naik keatas Azim, terkejut punya fasal. Terkebil-kebil mata mereka memandang Rayden saat ini. Daripada hujung kaki hingga ke bahagian rambut dipandangnya.
Rambut bukan main lagi warna perang, kuku pula tak payah cakaplah! Memang mengerlip habis. Tak cukup dengan itu, dicuping telinganya ada tergantung subang. Wajahnya pula kelihatan berbeza apabila mengenakan solekan.
Siap pakai baju tidur hello kitty lagi?
Are you serious?!
"Hei! Kau orang dah kenapa pandang I macam tu? I minta maaflah sebab buka pintu lambat tadi, sebab I pergi bersolek."
"Ray... Rayden?"
"Hei, this is not Rayden anymore okay? My new name is Raysha. Gabungan nama I with Shark. Comelkan?"
"Ray... Raysha? Ka...Kau kenapa jadi macam ni?" tergagap-gagap Azim menyoal.
Rambutnya yang panjang ditepis ke belakang. Acah-acah diva gitu!
"I buat demi Shark. I nak bersaing dengan his wife! You tahukan Suraya tu macam mana? Dia ingat dia seorang sahaja yang pandai pikat hati Shark? I pun pandailah! Sebab itulah i dah lama tak datang jumpa dia. Shark macam mana? Dia baik-baik aje ke?"
"Err... ba.. baik. Baik sangat-sangat! Dia yang suruh kita orang datang sini, takut ada apa-apa benda tak elok jadi dekat kau. Tak sangka pula... dah bertukar."
"Oh my gosh! Dia yang hantar you alls jumpa I? I dah agak, dia masih care tentang I! ish, malulah macam ni!"
Dedaun pintu ditumbuknya manja berkali-kali. Nak termuntah Azim dibuatnya.
"Zim, baik kita blah sekarang sebelum kita pun terjebak." bisik Kazam, perlahan. Azim mengangguk setuju. Setapak demi setapak mereka mengundur ke belakang, tak sampai beberapa minit terus mereka memecut keluar daripada halaman rumah Rayden.
"Hei! Kau orang nak pergi mana? Tak nak minum teh dulu ke? Ish, dia orang ni... buat penat I make up aje. Bukannya nak puji cantik ke tak?"
Cadangnya nak buat cerita lain daripada yang lain, tapi ni dah macam lain bebenor dah ni! 😂
Maafkan author ya guys 😅
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro