4
SENYUMAN sinis terukir dibibir Shark. Melihat seorang perempuan murahan yang terlena diatas katil tanpa seutus benang dengan empat orang lelaki yang diupahannya untuk tidur bersama gadis itu. Air minuman syaitan diteguknya sedikit.
Berkerut dahinya menahan perit dibahagian tekak saat air itu ditelan. Kepalanya juga terasa sedikit berdenyut, dan khayal.
"Shark... kau tak nak join ke? Rugi tahu kalau kau tak rasa ikan segar ni." ujar Shoun dalam keadaan mabuk.
Shark hanya menggeleng dengan senyuman sinisnya. Dia menyandarkan tubuhnya ke belakang, sambil sebelah kaki disilang keatas paha kirinya.
"Aku tak layan benda-benda yang dah kotor ni. Cukup kau orang aje lah yang layan minah tu! Biar dia rasa sikit akibat cari pasal dengan aku. Itu pun dah puaskan hati aku." balas Shark.
Kotak rokok diatas meja dicapainya, lalu diambilnya sebatang sebelum disedutnya dan menghembus kembali asap rokok itu keluar. Rasa panas dibahagian dada dan hidungnya cukup nikmat baginya.
"Tapi kalau kau tak rasmi perempuan ni, tak syok lah. Kalau kau nak perempuan lain, kau pergilah oder. Malam ni banyak barang baik kau tahu? Rugi tau kalau tak cuba!"
"kisah pula aku dengan barang baik kau tu? Kalau aku nak, aku hulur duit aje perempuan dah beratur depan aku." ujar Shark, berlagak.
Mana tidaknya? Jika dia memiliki wajah yang kacak, tubuh yang tegap serta duit yang berkepuk-kepuk setiap hari didalam dompetnya. Sekali petik jari sahaja perempuan murahan sudah beratur dihadapannya.
Tetapi malang sekali, bukan senang nak pikat hati si jerung ini. Sekali dekat dah kena ngap baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah?
"okaylah, bro. Aku rasa nak balik rumahlah. Entah budak-budak aku buat apa dekat rumah aku tu, dia orang bukannya boleh harap sangat."
"seriuslah kau nak balik dah? Lepaklah dulu. Sesekali bagilah budak-budak kau rehat."
"banyak cantik? Yang bagi makan dia orang aku juga! Kau pergilah sambung berasmara dengan minah sebelah kau tu. Aku dah nak balik, chau!" pinta Shark.
Lantas dia bangun mencapai jaket, sebelum melangkah keluar daripada bilik itu. Tudung jaket itu ditarik menutup kepalanya, menghalang orang lain atau pihak musuh mengecam wajahnya semasa berjalan keluar daripada tempat bising itu.
"Tuan Muda!" sapa seseorang, setiap kali bertembung dengannya. Menunjukkan jelas yang dia seorang yang dihormati dalam kalangan ahli gangster yang terkenal disitu.
Puntung rokok yang semakin menipis disedut buat kali terakhir sebelum dicampak kebahagian kotak-kotak lama yang tersusun disebelah kanan.
"Aduh!" jerit Suraya, mengaduh sakit apabila terkena api rokok yang dibaling lelaki itu tadi. Tersentak Shark dibuatnya. Dia mengecilkan sedikit mata, cuba menatap wajah gadis itu. Rasanya macam kenal.
"Eh, aw.. awak.. awak yang hantar saya pergi pasar petang tadi kan?" teka Suraya, sambil jarinya menunding kearah Shark.
"Ah, sudah..." desisnya, perlahan. Lantas dia kembali menyambung langkah pergi daripada situ sebelum gadis itu menganggunya buat kali kedua.
"Eh, tunggu!" pantas Suraya bangun daripada duduk disitu, berlari mendapatkan Shark. Tangan lelaki itu ditangkapnya, menghalang Shark daripada meninggalkannya seorang diri. Lantas, Shark menepis tangan Suraya dengan kasar. Dia memang cukup pantang jika seseorang itu menyentuhnya tanpa keizinan.
"kau nak apa lagi, huh?! Kau buat apa dekat sini?!" Soal shark, sedikit meninggikan suaranya.
Suraya menundukkan pandangannya ke bawah, sambil bibir digigitnya. Takut ingin bertentang mata dengan lelaki itu.
"Sa... Saya... Saya sesat."
"then? Penting ke untuk aku tahu kau sesat? Huh? Eh, aku malaslah nak bazirkan masa aku layan perempuan tak betul macam kau. Buang masa kau tahu tak, buang masa?!" degus Shark, lantas menyambung kembali langkahnya.
Tetapi Suraya lebih pantas berlari menghalang jalan lelaki itu dengan mendepakan kedua belah tangannya. Shark mengerut keningnya pelik. Siapa sebenarnya gadis pelik ini? Apa yang diw mahukan daripada aku?
"hei, kau ni anak siapa huh? Kau nak apa?! Jangan ganggu aku lah!"
"Tunggu, kejap! Saya perlukan bantuan awak kali ni. Saya betul-betul perlukan awak."
"Kau nak apa daripada aku? Nak duit? Nak duit cakap nak duit, tak payah serabut ganggu hidup aku!" herdik Shark. Lantas dia mengeluarkan dompetnya lalu mengambil beberapa keping duit bernilai seratus sebelum dicampak kearah Suraya.
"saya bukan nak duit."
"Habis kau nak apa?" Soal Shark. Perlahan-lahan Suraya menurunkan tangannya daripada menghalang jalan lelaki itu. Dia melangkah beberapa tapak mendekati Shark, sambil kepalanya menunduk memandang jari jemarinya yang daripada tadi tidak duduk diam.
"Saya... Sa... Saya nak.. err.. " Suraya menggaru kepalanya yang berlapikkan tudung. Entah mengapa sukar baginya kali ini untuk meminta pertolongan kepada lelaki dihadapannya ini.
Shark masih menantikan sambungan daripada gadis itu. Kedua belah tangannya diselut kedalam kocek seluar jeansnya.
"nak.. nak awak.. "
"nak apa?"
"Na.. nak.. "
"Kau nak apa?!!"
"Nak awak jadi suami saya!" ucap Suraya tanpa sengaja. Jerkahan lelaki itu membuatkan dia terkejut. Jatuh rahang Shark mendengarnya. Tak sampai beberapa saat selepas itu dia ketawa.
"ap.. Apa? Aku jadi suami kau? sah! Sah kau ni memang gila. Buang masa aku aje layan orang gila macam kau..." sinis Shark, terus melangkah pergi daripada situ. Bahu Suraya dilanggarnya kasar sehingga gadis itu sedikit tergenjak ke belakang.
Suraya menggeleng kepala. Dia memusing memandang lelaki itu yang berjalan pergi meninggalkannya.
"saya tak gila!" jerit Suraya, menghentikan langkah Shark. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan Shark yang menjauh darinya.
"saya memang nak awak jaga saya. Kalau tak sanggup jadi suami pun, awak bela saya pun dah cukup. Saya tak boleh duduk seorang diri macam ni. Saya akan jadi gelisah..."
"Kau carilah orang lain. Aku tak rasa kau boleh hidup lama kalau kau dekat dengan aku. Silap-silap, kepala kau boleh hilang kalau kau duduk dengan aku."
"saya tak kisah!" cantas Suraya. Terlompong mulut Shark mendengarnya. Ini orang pertama yang berani kena pancung dengannya.
"Saya tak kisah, asalkan awak bela saya. Saya boleh jadi adik angkat awak, tak pun... Orang gaji ke?"
"Hei, orang gila. Rumah aku bukannya tempat tanjung rambutan yang sesuai dengan kau! Kau kalau terdesak sangat nak kerja, tu! Kau nampak kelab malam tu? Kau pergi kerja dekat situ! Faham?!" bentak Shark.
Lantas dia berjalan menuju kearah kereta lamborgini hitam yang tidak jauh daripada situ. Suraya mula gelisah. Ke kiri ke kanan dia berjalan memikirkan cara untuk memujuk lelaki itu.
"Awak tolonglah... " rayu Suraya, tangan Shark ditarik memusing memandang wajahnya.
"Ish, lepaslah!!" jerkah Shark, menepis kasar tangan gadis itu sehingga dia tergenjak ke belakang. Pistol yang berada dibelakang seluarnya dicapai lalu diacu tepat kearah Suraya.
"Awak.. "
"hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau kau berani dekatlah!" cabar Shark.
Air liur ditelan Suraya. Kepala digelengnya perlahan, tidak berani. Dia mengundur dua tapak ke belakang, sambil kedua belah tangannya diangkat seperti menyerah diri.
"saya tak minta duit, saya tak minta harta awak. Saya cuma nak awak jaga saya sebab suami saya dah ceraikan saya. Saya dah tak tahu nak menumpang kasih sayang dekat mana? Saya perlukan seseorang untuk teman saya. Jadi saya nampak awak orang yang baik. Saya tahu awak boleh jaga saya walaupun untuk sementara. Saya janji... kalau suami saya datang kutip saya semula, saya akan ikut dia semula. Saya cuma menumpang duduk dengan awak cuma untuk beberapa minggu aje. Please... " rayu suraya.
Shark terdiam sejenak. Perlahan-lahan dia menjatuhkan pistol ke bawah. Pandangannya dialih ke lain, tidak sanggup ingin menatap lama wajah gadis itu.
"fine!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro