Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36

"BOS, kita nak ke klinik ke hospital bos?" Soal Azim, cemas. Sesekali dia menoleh ke belakang memandang Shark yang mengerang kesakitan. Cecair merah yang mengalir sudah sampai kebahagian sikunya. Lampu kecemasan sudah diberi, namun pemandu yang lain langsung tidak memberi kerja sama.

"Haih, kau ni Zim! Takkan itu pun kau nak kena tanya bos? Pergi hospitallah! Mana lagi?"

"Ish, kalau pergi hospital nanti kena ambil nombor giliran!"

"Habis kalau pergi klinik pun kena ambil nombor giliran juga kan?"

"sekurang-kurangnya klinik tak ramai orang!"

"Kalau kau dah tahu klinik tak ramai orang kau pandulah pergi klinik. Apa susahnya? Aduh, kau ni Zim... " tergaru kepala Kazam dibuatnya melayan perangai Azim.

Azim tersengih menampakkan giginya. Cepat-cepat dia memutarkan stereng ke kiri, menuju kearah Klinik yang berhampiran disitu. Kereta honda di parkir dihadapan klinik tersebut. Lantas dia melangkah keluar daripada perut kereta, membantu Kazam untuk memapah Shark keluar daripada kereta menuju masuk ke dalam klinik.

"Perlahan sikit, Zim... "

"baik, bos. Bos duduk sini dulu, biar saya pergi daftar nama bos." pinta Azim, Shark mengangguk.

Pantas Azim berlari menuju kearah kaunter yang tidak jauh daripada situ. "Assalamualaikum, kak." salam Azim terlebih dahulu.

Wanita yang sedang menyusun botol ubat itu terus mengalihkan perhatiannya kearah Azim. Senyuman lebar dicariknya. Azim terkedu sejenak. Ya Tuhan, cantiknya...

"waalaikumsalam, encik. Ada apa yang boleh saya bantu?" soalnya.

"saya nak nombor telefon."

"ap... apa?"

"Azim!" jerit Kazam. Pantas Azim menggeleng laju. Pipi kanannya ditamparnya perlahan. Boleh pula benda lain yang dia pinta.

"mak... maksud saya, saya nak minta tolong. Bos kami kena tikam dekat bahu. Dah banyak darah keluar."

"Kena tikam? Ya Allah, kalau macam tu cepatlah masuk ke bilik! Nanti teruk pula lukanya."

"Ba...Baik, kak. Terima kasih. Jom bos!"

Azim kembali berlari mendapatkan Shark dan Kazam. Perlahan-lahan mereka memapah Shark melangkah masuk ke dalam bilik rawatan.

"baringkan bos awak ke sini." arah wanita itu. Menepuk tangannya kearah katil pesakit yang berada disebelahnya. Mereka mengangguk serentak. Lantas, Shark dibaringkan keatas katil itu.

Baju dibahagian bahu Shark dikoyaknya menggunakan gunting. Darah yang mengalir keluar daripada luka itu dilap terlebih dahulu menggunakan kapas sebelum ubat tahan kebas disapu pada bahagian itu.

"erghh... "

"tahan sikit ya encik. Nampak gaya macam dalam sahaja luka ni." ujarnya. Tanpa membuang masa lagi dia terus menjahit luka itu secepat yang mungkin, takut jika cecair merah itu keluar dengan lebih banyak. Setelah selesai, dia membaluti bahu Shark menggunakan kain putih yang tersedia disitu.





JAM di dinding tepat menandakan pukul 8 malam. Ke hulur ke hilir Suraya tak henti berjalan memikirkan tentang Shark yang masih belum pulang. Ayahanda yang turut berada disitu juga, gelisah. Takut jika ada apa-apa yang berlaku pada anaknya yang sulong itu.

"Haih, Shark ni... kalau sehari tak buat ayahanda risau fasal dia mesti tak sah. Betul ke kamu tak tahu dia ke mana Suraya?"

"Betul ayahanda. Suraya tak tahu dia ke mana. Tadi dia ada baca surat daripada Haidin, selepas itu dia terus pergi. Suraya nak halang tapi.. "

Tak sempat Suraya menghabiskan ayatnya, kedengaran enjin motorsikal daripada halaman rumah menghentikan kata-katanya. Serentak ayahanda dan Suraya berpaling ke luar, melihat Shark yang sedang memarkir motor dibawah garaj.

"Awak!"

Lekas Suraya berlari keluar mendapatkan Shark, begitu juga ayahanda. Perlahan-lahan Shark turun daripada motorsikal kawasaki miliknya, berhati-hati dengan luka yang baru sahaja dijahit tadi. Dahinya sedikit berkerut menahan pedih dibahagian bahu.

Membulat mata Suraya memandang bahu Shark yang dibalut. Kedua belah tangannya naik menutup mulut yang terlopong terkejut.

"Shark. Kenapa dengan bahu kamu tu? Kamu okay ke tidak ni, huh?" Soal Ayahanda, risau.

"Shark, okay sahaja ayahanda. Luka sikit aje."

"apa dah jadi sebenarnya ni huh? Kenapa Haidin tiba-tiba sahaja hantar surat pada kamu? Apa yang dia tulis? Bagitahu ayahanda sekarang, biar ayahanda cari dia pula." ugut Ayahanda.

Dia paling pantang jika melihat Shark dalam keadaan sakit begini. Lebih-lebih lagi jika puncanya daripada mamat psycho si Haidin tu! Suka sangat dia cari fasal dengan anak aku!

Malah Shark hanya menggeleng perlahan. Dia tidak mahu Ayahanda pula yang menjadi sasaran lelaki itu. Cukuplah hanya dia sahaja yang menanggung semua ini.

"Shark okay sahaja ayahanda. Tak perlulah nak cari dia, buat bazir masa aje. Nanti tahulah Shark nak balas macam mana? Hari ini hari dia, usu lusa hari Shark pula."

PAP!
Bahu Shark yang terluka ditampar Suraya. Shark mengerang sakit. Kedua belah tangan Suraya mencekak pinggang. Mamat jerung ni tak kenal erti serik ke?

"Awak dah luka macam ni pun nak cari dia lagi? Untuk apa? Saya tahulah awak ni Mafia, tapi tak perlulah nak cari gaduh dengan dia lagi. Nak tunggu dia tembak awak, baru awak mengalah ke?"

"Hei, aku peduli apa kalau dia nak tembak aku sekali pun? Aku dah biasalah makan peluru. Punca pergaduhan ni pun disebabkan kau! Kau yang buat aku sakit macam ni, tahu tak?! Heh!" bentak Shark, geram. Anak mata dijelingkan kearah Suraya sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Suraya terkedu sejenak. Kepala yang tidak gatal digarunya beberapa kali. Aku pula yang disalahkan. Dia yang gaduh sana sini, aku pula yang kena?

Apahal?

Ayahanda menggeleng kepala memandang Suraya. "kamu janganlah ambil hati dengan Shark tu Suraya, dia kalau stress memang begitu. Kamu pergilah jaga dia. Karang tak fasal-fasal dia mengamuk lagi sekali."

"Baik ayahanda. Suraya naik ke bilik dulu ya." pinta Suraya, lantas dia menyalam tangan ayahanda terlebih dahulu sebelum berlari anak masuk ke dalam rumah.



PINTU bilik ditolaknya separuh, menjenguk kepala memandang Shark yang sudah menyalin pakaian baru. Senyuman nipis dicarik Suraya, sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan membawa segelas air putih.

"Nah, minumlah." pelawa Suraya, menyerahkan gelas itu kepada Shark. Malah Shark tidak mengambilnya, dia hanya berpaling ke lain memandang kearah sliding door balkoni yang terbuka.

Lambat-lambat Suraya menarik gelas itu semula, lalu diletakkan keatas meja yang tidak jauh daripada situ. Keluhan kecil dilepaskan perlahan, memandang wajah Shark yang dingin.

"Awak kenapa ni? Cuba awak cerita dekat saya apa yang berlaku? Siapa Haidin? Kenapa dia sanggup pukul awak sampai luka macam ni?"

"Kalau aku cerita pun bukannya kau boleh buat apa-apa." cantas Shark, laju.

Suraya mendiam. Sekurang-kurangnya aku ambil berat fasal dia. Kalau tidak, dah lama aku tidur aje tadi. Tak perlu susah payah aku tunggu dia!

Heh!

"ini bukan diri kau kan?" Soal Shark, setelah lama dia mendiamkan diri. Suraya tergamam sejenak. Keningnya berkerut pelik cuba menghadam soalan yang dilemparkan lelaki itu tadi.

"Sa...Saya tak faham."

"takkan soalan itu pun kau tak boleh nak faham?!" Shark merengus geram. Dia terus bangun menghampiri Suraya dengan wajah tidak puas hati. Berdebar-debar jantung Suraya dibuatnya saat jarak mereka semakin hampir sehingga pinggangnya tersandar ke meja. Air liur ditelannya sejenak.

Kepala Suraya sedikit terdongak memandang Shark. Anak mata lelaki itu ditenungnya dalam. Pelik perangai Shark malam ini.

"Maksud aku diri kau. Mana diri kau yang sebenar? Mana?!" soal Shark, dingin. Kedua belah tangannya mencengkam bahu Suraya. Tubuh gadis itu digoncangnya memaksa Suraya untuk menjawab.

"Apa maksud awak ni? Inilah diri saya, awak nak saya buat apa lagi?"

"Kau tipu! Jawab soalan aku betul-betul, Su! Siapa diri kau yang sebenarnya? Betul ke kau lupa siapa diri kau? Kau cuma hadir dalam hidup aku buat sementara aje. Betul ke? Jawab soalan aku, Su."

Suraya mendiam. Kelu lidahnya untuk menjawab satu persatu soalan yang Shark lemparkan.

"Kau akan tinggalkan aku bila kau tahu diri kau dah sempurna, betul kan?" Soal Shark, lagi.

Suraya masih mendiam. Perlahan-lahan dia melepaskan bahu Suraya saat dia melihat anak mata gadis itu mula berkaca. Bibir diketapnya kuat.

"Arghh!!" jeritnya melepaskan amarah. Gelas kaca diatas meja dicapainya lalu dihempas ke lantai, pecah. Suraya tersentak. Turun naik nafasnya apabila kembali teringat tentang Haidin. Perasaannya kini bercelaru, tak pasti apa sebenarnya yang mengawal emosinya sekarang.

"Kau percayalah cakap aku, Shark. Bila dia dah ingat siapa diri dia yang sebenar, dia pasti akan tinggalkan kau. Orang macam Suraya takkan sesekali dekat dengan syaitan macam kita, Shark."

"kenapa kau pandang macam tu? Kau tak boleh terima kenyataan yang Suraya tu sebenarnya milik aku? Huh? Tak apa Shark. Aku bagi kau pinjam Suraya untuk beberapa minggu, tapi dengan syarat kau jangan sentuh dia. Aku tak nak zuriat kau terlahir dalam perut kekasih aku. Kalau aku dapat tahu kau dah sentuh dia... aku boleh buat benda yang kau tak terjangka langsung, Shark."

Kata-kata Haidin kembali bermain difikirannya. Shark tersenyum sinis. Dia kembali menghampiri Suraya, kali ini dengan lebih dekat. Sebelah tangannya naik menyentuh bibir gadis itu. Kecut perut Suraya dibuatnya.

Panahan mata lelaki itu benar-benar membuatkan dia terkaku disitu. "Malam ni... aku nak tuntut hak aku." ujarnya dengan nada separuh berbisik.

Air liur ditelan Suraya. Entah mengapa bulu romanya tiba-tiba mencanak naik walaupun dia tidak faham apa yang dimaksudkan Shark.

"Hak? Hak ap... "

Tak sempat Suraya ingin menghabiskan ayatnya, bibirnya sudah disapa sesuatu. Suraya terkaku. Perlahan-lahan tangan Shark merayap merangkul pinggang gadis itu. Lama jugalah mereka berkeadaan begitu, dalam lima minit?

"Aku nak jadi jerung malam ni, boleh?" soal Shark dengan nada mengoda. Sebelah Keningnya diangkat memandang Suraya.

"Je...je... je...jerung?"

"Tak kisahlah kau faham ke tak, aku nak juga." ucap Shark, lantas tubuh Suraya ditolaknya jatuh keatas katil. Baru sahaja Suraya hendak kembali bangun, tubuh sasa lelaki itu sudah menghempapnya. Mata mereka kini saling bertentangan.

"cara memikat hati isteri, tips ke 25." bisik Shark dicuping telinga Suraya. Suraya tergamam. Masya-Allah! Buku macam itu pun ada tulis benda ni ke? Haih, siapakah penulisnya?

Kali ni azim dengan kazam tak menyibuk

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro